Kursus Induksi - PowerPoint PPT Presentation

1 / 46
About This Presentation
Title:

Kursus Induksi

Description:

Kursus Induksi STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Pengenalan kepada struktur dan organisasi Definisi struktur Satu bentuk susunan secara berlapis dan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:670
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 47
Provided by: ipislamEd
Category:
Tags: induksi | kursus

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Kursus Induksi


1
Kursus Induksi
STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA
2
Pengenalan kepada struktur dan organisasi
  • Definisi struktur
  • Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap
    lapisan mempunyai hirarki tertentu.
  • Susunan itu menjelaskan ranking jawatan,
    fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab.
  • Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi
    jawatan yang disandang, semakin banyak fungsinya,
    semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang
    perlu dilakukan.

3
Definisi organisasi
  • Satu kumpulan individu yang telah setuju
    bekerjasama untuk satu-satu tujuan yang tertentu.
  • Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga
    manusia untuk mencapai sesuatu matlamat.
  • Mempunyai 5 unsur seperti
  • 1. dasar yang tegas,
  • 2. tujuan yang jelas,
  • 3. adanya kepimpinan wakilan,
  • 4. anggota yang konkrit serta
  • 5. usaha yang positif dan kreatif.

4
Model organisasi dan struktur.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • satu organisasi formal
  • terbentuk dari unit-unit sosial yang kompleks
  • mengandungi peraturan, peranan, dan matlamat,
    yang berasaskan kepada pola-pola kewibawaan.
  • Setiap unit yang terdapat di dalam gabungan yang
    kompleks itu adalah penting ia memberi makna ke
    arah memahami Kementerian Pelajaran Malaysia
    sebagai satu organisasi.
  • Perhubungan di antara unsur atau unit di dalamnya
    ialah strukturnya.
  • Misalnya perhubungan di antara Ketua Pengarah
    Pelajaran Malaysia dengan Pengarah Bahagian atau
    di antara Pengetua dengan guru-gurunya.

5
Model Organisasi dan Struktur.
                                       
2
1
Petunjuk   1-8 unit-unit yang terdapat di dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia
3
  8
  4
  7
    5
    6
Rajah 1 Model Struktur dan Organisasi
Kementerian Pelajaran Malaysia.
6
Rasional Struktur dan Organisasi
  • Berdasarkan Rajah 1.
  • mencapai matlamat-matlamat yang khusus.
  • setiap individu atau unit dapat memainkan
    peranan masing-masing secara berkesan.
  • matlamatnya menolong dan memajukan pertumbuhan
    dan perkembangan seseorang individu dari semua
    aspek, iaitu jasmani, akal, emosi, sosial dan
    moral.
  • maka individu yang terdapat di dalam organisasi
    akan menjalankan tugas masing-masing demi
    kepentingan masyarakat dan negara.

7
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan objektif
Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Proses pendidikan menggalakkan
  • perkembangan diri individu dan orentasi terhadap
    masyarakat dan negara.
  • menjadi warganegara yang berguna, patriotik dan
    bertanggungjawab.
  • Paksinya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Bertindak mengikut misi dan objektif yang telah
    ditetapkan.

8
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
    berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
    mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
    segi intelek, rohani , emosi dan jasmani
    berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada
    Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
    Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
    memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
    kemakmuran masyarakat dan negara.

9
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
    bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
    individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
  • Malaysia.

10
Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
    bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman,
    berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan
    sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia
    untuk keperluan kemajuan negara. Memberi
    peluang-peluang pendidikan kepada semua
    warganegara.

11
Carta organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bahawa
    pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan
    persekutuan.
  • Di negara kita, sistem pentadbiran pendidikan
    diawasi sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.
  • Ketua Kementerian Pelajaran ialah Menteri
    Pelajaran.
  • ahli kabinet dan bertanggungjawab kepada
    Parlimen.
  • memastikan dasar pendidikan serta pentadbiran ke
    seluruh sistem pendidikan itu berjalan dengan
    berkesan.

12
CARTA ORGANISASI JABATAN PELAJARAN NEGERI
                                               
 
 
Pengarah Pelajaran Negeri
Tim. Pengarah Pelajaran Negeri
Petunjuk 1. SPA 2. SPS 3. SPIM 4. SPPK 5.
SPP 6. SPS/PKhas 7. SJK 8. SKPP(2P) 9. Unit
ICT 10. Pegawai Pelajaran Daerah (11 )
1,2
3,4
5,6
7,8
9,
 
Sekolah Pengetua / Guru Besar
13
CARTA ORGANISASI PEJABAT PELAJARAN DAERAH
 
                                               
 
 
Pegawai Pelajaran Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
Sektor Pengurusan Akademik
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan
Khidmat Sokongan
Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
Sekolah Pengetua / Guru Besar
14
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
 
                                               
 
Pengetua/Guru Besar
Lembaga Pengelola Sekolah
PIBG
Lembaga Tatatertib
Guru-guru Penolong Kanan
Penyelia Petang
 
Ketua Bidang
Guru
Guru
Guru
Guru
Kakitangan sokongan
Kakitangan sokongan
15
JABATAN-JABATAN UTAMA DI BAWAH
  • KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

16
JABATAN SEKOLAH
  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

17
CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SEKOLAH
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan
Sekolah
Pengarah Bahagian Sekolah
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum
Pengarah Bahagian Buku Teks
Pengarah Bahagian Sukan
18
FUNGSIJABATAN SEKOLAH
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Sekolah
  • Bahagian Sekolah melaksanakan dasar pendidikan
    melalui perancangan, penggubalan, penyelarasan,
    pemantauan pelbagai program persekolahan dan
    pengurusan persekolahan, guru dan pelajar.
  • Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
    bertanggungjawab menggubal kurikulum kebangsaan
    peringkat prasekolah, sekolah rendah dan
    menengah. Usaha ini adalah bagi mencapai tahap
    kurikulum yang relevan kepada keperluan negara,
    koheren dan berkualiti secara berterusan,
    berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
  • Bahagian Pendidikan Guru (BPG) merupakan bahagian
    yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Program
    dan Kursus Pendidikan Perguruan Perkhidmatan dan
    Dalam Perkhidmatan.
  • Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan
    pemerakuan buku teks, menetapkan harga dan
    mengawal mutu fizikal buku teks, melaksanakan
    Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah
    Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah
    Agama Rakyat, memastikan murid di luar SPBT
    mendapat bekalan, mengawal penggunaan buku teks
    di sekolah bantuan kerajaan dan menyemak semula
    buku teks.
  • Bahagian Sukan berperanan melaksanakan pengurusan
    Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan Dan
    Sukan Untuk Integrasi Nasional di
    sekolah-sekolah.

19
JABATAN
  • PENDIDIKAN TEKNIKAL

20
CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal
Pengarah Bahagian Pengurusan Teknikal dan
Vokasional
Pengarah Bahagian Kurikulum Teknikal Vokasional
Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik
Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan
Teknikal Vokasional
Pengarah Bahagian Latihan Kemajuan Staf
Pengarah Bahagian Kolej Komuniti
21
FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL
Tim. Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal
  • Bertanggungjawab mengawal selia
  • Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional,
  • Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional,
  • Bahagian Pengurusan Politeknik,
  • Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Teknikal
    dan Vokasional,
  • Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf Bahagian Kolej
    Komuniti.

22
JABATAN
  • JABATAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL

23
CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan Moral
Pengarah Bahagian Pendaftaran Piawaian
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan
24
FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral
  • Bertanggungjawab mengendalikan
  • pengurusan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
    dalam sistem pendidikan kebangsaan.
  • Tanggungjawab tersebut meliputi
  • perancangan pembangunan dan penyelenggaraan
    kemajuan pendidikan Islam dan Bahasa Arab di
    semua peringkat persekolahan, selaras dengan
    falsafah dan aspirasi pendidikan negara.

25
JABATAN
  • PENDIDIKAN SWASTA

26
CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SWASTA
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta
Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan
Pengarah Bahagian Pendaftaran Piawaian
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan
27
FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN SWASTA
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta
  • Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) berperanan
  • menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis
    institusi pendidikan swasta (IPS)
  • menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk
    memastikan dasar dan peruntukan perundangan
    dipatuhi.
  • 2. Juga dipertanggungjawabkan untuk
  • mengubal peruntukan perundangan yang berkaitan,
  • menguruskan data dan maklumat pendidikan swasta,
  • menjalankan penyelidikan ke arah penggubalan
    dasar dan mempromosikan pendidikan swasta ke luar
    negara.
  • 3. Pelaksanaan semua fungsi dan tanggungjawab
    tersebut dijuruskan kepada pencapaian matlamat
    untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
    kecemerlangan pendidikan.

28
JABATAN
  • PENDIDIKAN KHAS

29
CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas
Pengarah Bahagian Perancangan Penyelidikan
Khas
Pengarah Latihan Khidmat Bantu
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Khas
30
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas
  • Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab
    merancang dan melaksanakan aspek-aspek yang
    berkaitan
  • perancangan dan pengurusan dasar,
  • pengurusan kurikulum,
  • pengurusan kokurikulum,
  • pengurusan murid,
  • pembangunan,
  • penyenggaraan dan perolehan,
  • latihan dan perkembangan staf,
  • khidmat sokongan,
  • pengurusan dan pentadbiran, dan
  • pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang
    upaya.

31
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN(EPRD)
32
FUNGSI BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
DASAR PENDIDIKAN (EPRD)
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan berperanan sebagai urusetia
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan
perancangan perkembangan dan pembangunan
pendidikan.
33
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
34
FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia
  • Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan
    peperiksaan kebangsaan dengan mengendalikan
    peperiksaan UPSR, PMR, SPM (Bertulis), STAM
    (Bertulis) dan SPM (Matematik dan B. Melayu).
    Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
    juga diperkenalkan mulai tahun 2000.
  • Lembaga Peperiksaan Malaysia mengendalikan
    peperiksaan-peperiksaan luar negeri iaitu
    University of London, Associated Board of the
    Royal School of Musics (ABRSM), City and Guilds
    of London Institute, Institute of Chartered
    Secretaries and Administrators (ICSA), The
    Chartered Association of Certified Accountants
    (CACA), Institute of Transport, Institute of Fire
    Engineers, London Chamber of Commerce and
    Industry (LCCI), Association of Certified
    Accountants (London), Association of Business
    Executives (ABE), University of Michigan,
    Institute of Building, Institute of Chartered
    Shipbrokers, Institute of Quantity Surveyors dan
    Institute of Statisticians.

35
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
36
FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
  • Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
    bertanggungjawab
  • meningkatkan akses bagi pelajar-pelajar khususnya
    di luar bandar kepada bahan-bahan pengajaran dan
    pembelajaran dalam pelbagai media yang bermutu
  • memperkayakan persekitaran pembelajaran khususnya
    di sekolah-sekolah luar bandar dengan media dan
    teknologi pendidikan
  • meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
    pembelajaran dengan memastikan guru-guru dan
    pelajar-pelajar menggunakan media dan teknologi
    pendidikan.

37
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
38
FUNGSI INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Pengarah Institut Aminuddin Baki
  • Institut Aminuddin Baki (IAB) bertanggungjawab
  • memperbaiki kualiti pendidikan di samping
    mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan
    operasi sistem pendidikan negara.
  • IAB turut membina dan membangunkan
    profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan
    pendidikan dalam semua program latihan yang
    dilaksanakan setiap tahun.
  • IAB menyediakan program-program latihan
    berkualiti, khidmat perundingan, penerbitan,
    penyelidikan serta berusaha secara berterusan
    mempertingkat tahap pengurusan dan kepemimpinan
    pendidikan di kalangan pemimpinan-pemimpinan di
    pelbagai peringkat sistem pendidikan.

39
JABATAN
  • PELAJARAN NEGERI

40
FUNGSI JABATAN PELAJARAN NEGERI
PENGARAH PELAJARAN NEGERI
  • Jabatan Pelajaran Negeri adalah
    bertanggungjawab
  • melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta
    menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan
    dengan kurikulum, sukatan pelaqjaran,
    kokurikulum, pinjaman buku teks, perpustakaan,
    pendidikan radio dan tv, majlis sukan
    sekolah-sekolah, bantuan kewangan, pembangunan ,
    penempatan, guru serta pencalonan guru untuk
    latihan dan pelbagai kursus.
  • Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai
    Pelajaran Daerah yang bertanggung jawabdidalam
    semua hal pentadbiran dan semua sekolah di
    satu-satu daerah

41
BIDANG TUGAS
  • KETUA SETIAUSAHA

42
BIDANG TUGAS
  • Sebagai Ketua Eksekutif dan Pegawai Pengawal
  • Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
    bertanggungjawab
  • menentukan pengurusan dan pentadbiran Kementerian
    Pelajaran berada pada tahap kualiti yang tinggi.
  • Untuk tujuan ini, tugas utama Ketua Setiausaha
    Kementerian Pelajaran adalah seperti berikut
  • Penggubalan, Perancangan dan Pelaksanaan Dasar
  • Pengurusan kewangan
  • Pengurusan Pembangunan dan Bekalan
  • Pengurusan dan Pembangunan Personel
  • Lain-lain tugas

43
BIDANG TUGAS
  • KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

44
BIDANG TUGAS
  • Penasihat utama Menteri Pelajaran berhubung
    dengan dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya
    serta hal ehwal pendidikan pada amnya.
  • Merancang dan mengubal kurikulum persekolahan
    kebangsaan, rancangan perkembangan keiktisasan
    dan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan
    pendidikan.
  • Menentukan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri di
    semua negeri di Malaysia berjalan lancar.
  • Bertanggungjawab menentukan semua Jabatan dan
    Bahagian-Bahagian Profesional Kementerian
    Pelajaran berfungsi dan berjalan lancar selaras
    dengan keperluan negara.
  • Lain-lain tugas.

45
SOALAN-SOALAN LATIHAN
  • 1.   Bina semula carta organisasi Kementerian
    Pelajaran di peringkat Pejabat Pelajaran
    Daerah dan Sekolah.
  • 2.   Senaraikan 2 (dua) fungsi dari setiap
    Jabatan utama Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 3.   Anda memohon pertukaran antara negeri dengan
    mengikut saluran yang ditetapkan. Untuk
    mengetahui status permohonan tersebut, Jabatan
    manakah anda perlu membuat rujukan.
  • 4.   Nyatakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian
    Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
  • 5.  Jika anda bertugas di sekolah, siapakah Ketua
    Jabatan anda?

46
SEKIAN TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com