TEKNOLOGI DAN PERADABAN TEKNOLOGI PURBA ASIA BARAT, AFRIKA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 53
About This Presentation
Title:

TEKNOLOGI DAN PERADABAN TEKNOLOGI PURBA ASIA BARAT, AFRIKA

Description:

... SEB, tamadun ini pindah 300 km ke hulu Nil lagi dari Napata ke Meroe akan tetapi ... Kush diikuti oleh Axum atau Etiopia moden di hulu Nil dan Nok di Afrika Barat ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1942
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 54
Provided by: irdrwanram
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TEKNOLOGI DAN PERADABAN TEKNOLOGI PURBA ASIA BARAT, AFRIKA


1
TEKNOLOGI DAN PERADABANTEKNOLOGI PURBA ASIA
BARAT, AFRIKA AMERIKA
  • Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud
  • Prof. Dr. Hj. Kamarudin Mohd. Yusof
  • Fakulti Kejuruteraan
  • http//pkukmweb.ukm.my/drkmy/sejarah/index.html

2
TUJUAN KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
  • Memahami sejarah pembangunan teknologi dalam
    peradaban manusia
  • Memahami hubungan antara teknologi, kejuruteraan
    sains
  • Memahami falsafah teknologi, kejuruteraan sains
  • Memahami perkembangan teknologi, kejuruteran dan
    sains terkini dan kesan perkembangan itu terhadap
    peradaban moden
  • Memahami falsafah etika dan penggunaannya dalam
    profesion kejuruteraan moden

3
SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
  • Kursus ini membincangkan faktor-faktor
  • teknik
  • Saintifik
  • Falsafah
  • Agama
  • Politik
  • ekonomi dan
  • sosial
  • yang mempengaruhi atau dipengaruhi oleh
    perkembangan teknologi.

4
SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
  • Pengenalan
  • Tujuan kajian teknologi dan peradaban, berbagai
    takrif teknologi
  • Sains dan teknologi peradaban purba
  • Mesopotamia, Mesir, Yunani Helen dan Helenistik,
    Rom, Afrika, Amerika, India, Cina, Islam Melayu
  • Roda, bangunan, piramid, kerja logam, seramik,
    jentera perang, saloran air, percetakan, kertas,
    kincir air, kincir angin, kek, meriam, istinggar
  • Gerakan sains dan teknologi ke Barat
  • Pemindahan sains dan teknologi ke Barat
  • sains dan teknologi Eropah zaman Pertengahan dan
    Renaissance
  • peminggiran ahli seni bina / kejuruteraan sebagai
    profesion pada zaman Pertengahan dan
  • kebangkitan semula pada zaman Renaissance

5
SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
  • Revolusi sains dan revolusi industri
  • Revolusi sains zaman kesedaran, berbagai takrif
    sains, kaedah sains, perkembangan dalam bidang
    matematik, fizik, kimia, dan biologi
  • Revolusi industri berbagai takrif kejuruteraan,
    teknologi kuasa air dan stim, keretapi, kilang
    pembuatan kain, perkakas mesin, kebolehtukaran
    bahagian
  • Penghijrahan ke kota industri, pencemaran,
    kemiskinan, kekotoran, wabak penyakit berjangkit,
    eksploitasi buruh, gerakan anti-mesin kilang
    (Luddite), infrastruktur bandar seperti
    pembentungan, saloran gas, pengangkutan,
    pengukuhan ahli seni bina / kejuruteraan sebagai
    profesion, pemisahan ahli seni bina / jurutera

6
SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
  • Revolusi Industri Kedua dan perubahan paradigma
    sains
  • Revolusi tenaga tenaga elektrik, penjana
    hidroelektrik, enjin pembakaran dalaman, turbin
    gas dan jetRevolusi pengangkutan jalan raya,
    kereta, kapal dan kapal terbang
  • Perubahan paradigma sains teori elektromagnet,
    kenisbian istimewa, dan kuantum
  • Revolusi komunikasi telegraf, telefon, radio,
    television, radar, transistor dan komputer,
    Makmal inovasi sains gunaan
  • Revolusi pembuatan pembuatan keluli dan kimia,
    perkakas mesin, barisan pemasangan Ford,
    pembuatan barangan besar-besaran, zaman
    kepenggunaan, hiburan massa

7
SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
  • Sains dan teknologi besar
  • Angkasa lepas pengembangan roket dan kapal
    angkasa Jerman, Russia, Amerika, Eropah, Cina
    dan Jepun, misi ke bulan, marikh, dsb.
  • Tenaga nukleus pemecahan atom, lunggukan atom
    pertama, bom nukleus, dan kuasa nukleus awam
  • Perang dingin, kompleks tentera-industri,
    perlumbaan senjata, dan kemalangan nukleus
  • Sains dan teknologi tinggi
  • Bioteknologi penemuan heliks DNA, kejuruteraan
    gen, organisma gen terubah-suai, organisma
    transgenik, sel pangkal
  • Teknologi komunikasi dan maklumat, komputer
    peribadi, internet, budaya maya, ledakan
    maklumat, nanoteknologi

8
SINOPSIS KAJIAN TEKNOLOGI PERADABAN
  • Isu sekitaran
  • Pencemaran sekitaran, lubang ozon, penghancuran
    ekosistem, perubahan iklim global, pemanasan
    global, dan gas rumah hijau Kitaran semula dan
    teknologi hijau
  • Teori perubahan dalam sains dan teknologi
  • Penciptaan, inovasi, model inovasi linear dan
    pautan rantai, reka bentuk, heuristik, sintesis
    dan analisis, lengkung sigmoid hayat produk,
    pemindahan teknologi
  • Falsafah Sains Barat dan Timur,
  • Falsafah sains positivisme berlojik, Karl Popper,
    Thomas Kuhn dan Islam, falsafah teknologi dan
    kejuruteraan
  • Pembangunan dan pemindahan teknologi
  • Pempribumian sains dan teknologi, teori
    pembangunan Barat dan Islam, pembangunan mampan
    dan lestari, teknologi wajar

9
TAKRIF TEKNOLOGI
  • Teknologi sebagai penyusunan ilmu untuk mencapai
    tujuan praktik (Mesthene 1970)
  • Sebarang benda atau teknik yang praktikal
    dianggap sebagai teknologi
  • Teknologi sebagai benda yang dibuat (artefak)
    atau dilaksanakan (teknik) dan cara membuat
    artefak atau melaksanakan teknik (Singer, 1954)
  • Teknologi sebagai semua teknik untuk mencapai
    sebarang tujuan (Ellul, 1964)
  • Manusia menjadi hamba teknologi
  • Teknologi sebagai pengawal alam sekitar
    (Carpenter, 1974)
  • Manusia sebagai tuan kepada alam tabii
  • Teknologi sebagai kuasa politik (Spengler, 1934)
  • Disalah-gunakan oleh Hitler untuk menguasai
    Eropah dengan teknologi ketenteraan yg hebat

10
TAKRIF TEKNOLOGI
  • Teknologi (Islam) sebagai satu cabang ilmu
    praktik untuk mencapai tujuan praktik,
    bertunjangkan tawhid, berimbang dan berseimbang
    dengan alam sekitar, terkekang dalam lingkungan
    had syariah (undang-undang), terlaksana mengikut
    sistem etika (Islam) yg mengutamakan keadilan
    dipertanggung-jawabkan kepada manusia sebagai
    khalifah (pengganti) Allah untuk mentaskhirkan
    (mengguna) alam tabii (Wan Ramli Wan Daud, 1991)
  • Takrif ini memastikan perkembangan teknologi
    terkekang dgn perundangan, terlaksana dengan adil
    mengikut sistem etika dipertanggung jawabkan
    kpd manusia
  • Pentaskhiran (penggunaan) alam tabii dibenarkan
    dengan syarat tidak ada eksploitasi berlebihan
    sehingga mencabuli hak org lain dan alam sekitar
  • Keimbangan dan keseimbangan teknologi dgn alam
    sekitar memastikan kesan sebarang teknologi
    terhadap alam sekitar tidak merosakkan imbangan
    ekologi

11
PERMULAAN TEKNOLOGI
  • Teknologi bermula jauh lebih awal daripada
    kejuruteraan dan sains sejak pada zaman
    pra-peradaban lagi
  • Manusia awal mencipta teknologi kehidupan seperti
    artefak alat mudah iaitu pisau, mata lembing,
    anak panah, batu pengisar, baji, dan kapak drpd
    batu untuk membantu mereka hidup
  • Teknologi awal penting lain ialah penggunaan api
    yang terkawal, pembuatan pakaian dan alat
    kegunaan harian
  • Peradaban agro (6000 SEB) bermula dengan revolusi
    pertanian di lembah sungai subur yang mempunyai
    cuaca panas, pembanjiran tahunan yang mengendap
    tanah, rumput yang menghasilkan bijiran dan
    haiwan yang dijinakkan untuk makanan atau haiwan
    tunggangan
  • Permulaan peradaban di Lembah Tigris Eufrates
    di Iraq, Nil di Mesir, Indus di India, Huang Ho
    di China

12
PERMULAAN PERADABAN
Revolusi pertanian
13
TEKNOLOGI PURBAAnok, tuas, roda, penulisan
pengiraan
  • Pada 5000 SEB, anok dicipta untuk mengangkut
    hasil tuaian, tenggala digunakan untuk memecah
    tanah, dan tuas digunakan di Mesir untuk
    mengangkut air dalam alat syaduf
  • Pada 3500 SEB, roda telah dicipta di Mesopotamia
    dan selepas itu kereta kuda beroda dicipta
    sebagai pengangkut umum dan juga sebagai kereta
    kuda perang
  • Pada 3000 SEB, penghasilan makanan cekap yang
    mampu menyara lebih ramai orang daripada golongan
    petani sahaja menyebabkan kemunculan golongan
    bukan petani seperti raja, askar, rahib dan
    tukang yang hidup di bandar
  • Pengurusan penghasilan makanan seperti kawalan
    pengairan, pembahagian tanah, penanaman dan
    penuaian menjadi lebih kompleks sehingga
    menyebabkan penciptaan penulisan piktogram dan
    kemudian penciptaan penulisan berabjad dan
    pengiraan serta piawai berat dan ukuran

14
KEMUNCULAN KOTA
Gerbang Isytar di Kota Babylon
15
TEKNOLOGI PURBAPermulaan kajilogam
  • Artefak logam tak dilebur terawal di Iraq pada
    9500 SEB
  • Kuprum dan emas tak dilebur adalah terlalu lembut
    dan hanya digunakan dalam artefak hiasan sahaja
  • Pada 3500 SEB gangsa, aloi kuprum yang mempunyai
    10 18 timah ditemui secara tersendiri di
    Iraq, Mesir, China dan Alam Melayu secara tak
    sengaja ketika melebur hasil galian atau membakar
    tembikar
  • Aloi ini lebih kuat dan digunakan secara meluas
    dalam senjata dan bekas di seluruh Dunia sehingga
    zaman ini digelar Zaman Gangsa
  • Proses pembuatan lilin lesap bagi barangan gangsa
    yang dicipta pada Zaman ini masih digunakan
    hingga hari ini
  • Pada 1500 SEB, besi pertama kali dilebur di
    pergunungan Kaukasus akan tetapi suhu lebih
    tinggi yang diperlukan memperlahankan
    perkembangan teknologi besi
  • Zaman Besi menyusul setelah kualiti besi
    diperbaiki dengan teknik lindapkejut , pengerasan
    selonsong pembajaan sesuai untuk pisau pedang

16
TEKNOLOGI PURBAPermulaan teknologi tembikar,
kaca kek
  • Kain tertenun diperbuat dengan menggunakan roda
    pemejaman dan kek pada 6000 SEB
  • Flax merupakan gentian pertama diikuti oleh bulu
    kambing pada 5000 SEB, kapas pada 4300 SEB dan
    sutera pada 2700 SEB
  • Artefak tembikar diperbuat di Alam Melayu pada
    6000 SEB, di perbatasan India Iran dan di China
    pada 5000 SEB dan di Amazonia Colombia pada
    4000 SEB
  • Tembikar becat dibakar di dalam tanur berkubah
    besar
  • Roda pembuat tembikar dicipta di Mesopotamia pada
    3500 SEB dan di China pada 3000 SEB
  • Roda pembuat tembikar membolehkan pembuatan
    tembikar yang mempunyai dinding senipis kulit
    telur
  • Pada 1500 SEB, pembuatan kaca dicipta di Mesir
    dan peniupan kaca dicipta sekitar 1000 SEB

17
TEKNOLOGI PURBABangunan, jambatan, jalan, kapal,
saloran air, empangan, kolam saliran
  • Kemegahan kerajaan dan penyembahan agama
    memerlukan bangunan, kuil dan tugu yang besar
  • Piramid di Mesir sebagai makam Firaun dan
    Ziggurat sebagai kuil di Iraq
  • Teknologi pengangkutan seperti jalan jambatan
    diperbaiki dan kereta beroda (tidak di Mesir)
    kapal dicipta dan dikembangkan untuk mengangkut
    bahan binaan seperti bata kayu ke lembah
    Tigris-Eufrates Indus batu kayu di lembah
    Nil
  • Teknologi kapal yang berlunas, berlinggi,
    bertulang dan berdinding papan terikat atau
    terpaku dikembangkan
  • Pengurusan air di bandar diselesaikan dengan
    pembinaan saliran air hujan dan buangan, dan
    saloran air minum dan di ladang dengan pembinaan
    permatang, empangan, kolam saliran

18
TEKNOLOGI PURBAPengaruh budaya agama Mesir
Mesopotamia
  • Budaya dan agama setiap tamadun menentukan jenis
    artefak teknologi yang dicipta, cara
    penggunaannya dan pengekalannya untuk generasi
    seterusnya sistem sosio-teknologi
  • Sistem sosio-teknologi Mesir yang menekankan
    kehidupan selepas mati mendorong penciptaan
    teknologi pengawetan mayat dan pembinaan piramid
    sebagai makam diraja yang dipenuhi harta, isteri
    dan hamba bagi Firaun terus hidup di alam selepas
    mati dengan selesa
  • Sistem sosio-teknologi Ur di Iraq yang menekankan
    penyembahan Nanna, tuhan bulan di langit,
    mendorong pembinaan kuil berbentuk piramid yang
    mencecah langit ziggurat yang merupakan bangunan
    3 aras dengan kuil Nanna di puncaknya

19
TEKNOLOGI PURBAMesir
Piramid di Giza
20
TEKNOLOGI PURBAIraq
Kuil Ziggurat di Ur
21
TEKNOLOGI PURBAPengaruh budaya agama Mesir
Mesopotamia
  • Piramid bertangga pertama merupakan makam diraja
    Firaun Joser yg dikembangkan drpd makam diraja
    lazim oleh jurutera Imhotep
  • Piramid Khufu di Giza, Mesir yg paling besar
    253 m segi empat tepat dan tinggi 160 m
  • Batu dibawa ke tapak dgn kapal, ditarik atas
    tanah dgn bantuan pelincir ditarik ke atas
    piramid atas tanjakan tanah dgn menggunakan tali
    dan tuas
  • Pembinaan piramid yang begitu jitu memerlukan
    pengetahuan mendalam tentang geometri
    pengukuran
  • Bentuk piramid zigurat merupakan bentuk paling
    mudah dan tabii bagi longgokan blok batu dan bata
    yang amat stabil tanpa sebarang struktur
    penyokong yang lain

22
TEKNOLOGI PURBAMesir
Piramid Bertangga Firaun Joser
23
TEKNOLOGI PURBA Yunani Helen
  • Pewaris tamadun Minos, Mycenae Mesir
  • Yunani Helen (Yunani Tulen/pra-Iskandar) Yunani
    Helenistik (Yunani campuran/pasca-Iskandar)
  • Walaupun golongan intelek Yunani memandang rendah
    kegiatan kejuruteraan dan penciptaan teknologi,
    akan tetapi tamadun inilah yang pertama sekali
    mengiktiraf profesion jurutera yang digelarnya
    architekton, technites atau mechanopoios
  • Kuil Parthenon untuk Athena di Athens yang dibina
    oleh Iktinos dan Kallikrates mempunyai
    tiang-tiang keliling yang mendukung palang-palang
    yang seterusnya menyokong bumbung kajang .
  • Batu tiang disambung dengan batang besi untuk
    mengukuhkan tiang
  • Terowong air sepanjang 1 km, selebar 1.7 m dari
    bukit 300 m tinggi ke bandar Pulau Samos
  • Penggunaan pengguling kayu untuk mengheret blok
    batu besar
  • Penggunaan pertama kapi derik utk mengangkat
    blok batu berat

24
TEKNOLOGI PURBA Yunani Helen
  • Negara kota Yunani sentiasa berperang di antara
    satu sama lain dan antara teknologi yang
    terkembang ialah kapal lancang dan enjin perang
  • Penciptaan kapal perang jenis lancang seperti
    bireme (dua lapis pendayung) trireme (tiga
    lapis pendayung)
  • Penciptaan enjin perang seperti pelancar panah
    besar yg digelar oxybele dicipta pada 340 SEB.
    Busur panah besar diletakkan pada tripod dan anak
    panah di tarik dengan menggunakan win dan dikunci
    dengan menggunakan gear sehaladi dalam
  • pembaling batu yang digelar catapulta utk
    memecahkan tembok pertahanan dengan membaling
    batu mempunyai rupa bentuk hampir sama dengan
    oxybele akan tetapi mempunyai gear sehala di luar

25
PELONTAR ANAK PANAH
Pelontar anak panah catapulta
26
PELANCAR ANAK PANAH
Pelancar anak panah oxybele
27
TEKNOLOGI PURBA YUNANI HELEN
Kuil Parthenon untuk Athena di bukit Akropolis di
Athens
28
TEKNOLOGI PURBA Yunani Helenestik
  • Teknologi Yunani mencapai kematangan pada zaman
    Hellenestik
  • Kemunculan buku kejuruteraan pertama, Mekanika
    karya Straton seorang anak murid Aristotle pada
    abad ke-2 SEB
  • Buku ini menerangkan rangkaian roda gear,
    penimbang rasuk, tuas, pengguling, baji, kapi,
    tali pelontar, kapstan, takal dan kapi kompleks
  • Kemudian Philon dari Byzantium mengarang buku
    Mechanike Syntaxis dan Pneumatics
  • Kotaraya Iskandariah dirancang oleh Deinokrates
    rumah api Pharos setinggi 147 m di situ dibina
    oleh Sotratos
  • Bentuk menara rumah api ini yang mempunyai
    bahagian bawah segi empat, bahagian tengah
    oktagon dan bahagian atas bulat menunjukkan
    pengaruh fahaman hermetika dan bentuk ini
    dikekalkan dalam menara masjid di seluruh Asia
    Barat hingga kini
  • Pembinaan tugu gergasi Helios-Appollo 40 m di
    Rhodes oleh Chares
  • Ktesibios dari Iskandariah mencipta pam paksa,
    organ paip hidraulik, papan kunci musik, pegas
    logam dan jam
  • Philon mencipta berbagai mesin automatik untuk
    hiburan, dan roda air, Heron dari Iskandariah
    mencipta turbin stim Archimedes dari Syracuse
    mencipta enjin perang, pam skru dan planetarium

29
TEKNOLOGI PURBAYUNANI HELENISTIK
Rumah api Pharos di Iskandariah
30
TEKNOLOGI PURBAYUNANI HELLENISTIK
Noria di Hama
31
SAINS PURBAMesopotamia Mesir
  • Sains yang dikembangkan di Mesopotamia Mesir
    berhubung rapat dengan amalan agama dan kegiatan
    pertanian
  • Sistem nombor terawal di Mesopotomia berasaskan
    enam-puluhan yang jelas ditunjukkan dalam sistem
    berat berdasarkan (1 talent 60 mana 1 mana 60
    busyel) dan bilangan 360 hari setahun
  • Sistem ini masih digunakan kini dalam pembahagian
    sudut bulatan kepada 360 darjah dan pembahagian
    unit masa
  • Ilmu geometri merupakan sains pertama
    dikembangkan oleh tamadun Mesopotamia Mesir
    kerana keperluan pengukuran tanah pertanian
  • Pengetahuan nisbah 345 untuk segi-tiga tepat
    bagi lakaran bentuk segi empat tepat dan luas
    bulatan diketahui
  • Bentuk alam mengikut tamadun Mesopotamia ialah
    bumi leper yang ditutup oleh langit semi sfera
    manakala tamadun Mesir tidak mempunyai bentuk
    alam kerana penumpuannya dengan kehidupan selepas
    kematian
  • Sistem perubatan berasaskan gangguan syaitan dan
    ubatan herba

32
SAINS PURBAYunani Helen
  • Matematik Yunani terbina atas geometri
  • Pelopor geometri, Thales menemui garis pusat yang
    membahagi dua sama bulatan, kesamaan sudut
    segi-tiga sama dua garis yang berpintasan
    menghasilkan sudut bertentangan yang sama
  • Pelopor teori angka Pythagoras menemui angka
    genap ganjil, angka segi-tiga segi-empat
    (angka diwakili oleh titik susunan berbentuk
    segi-tiga spt 1,3,6,10 . . ./segi-empat spt
    4,9,16,25 . . .) Teorem Pythagoras iaitu
    c2a2b2 utk segi-tiga tepat
  • Anaximander pelopor teori evolusi organisme
    mencadangkan haiwan pertama dari air, kemudian
    haiwan darat, manusia drpd haiwan lain
  • Aristotle mebincang tentang struktur, tabiat
    pembesaran tumbuh-tumbuhan dan haiwan dlm bukunya
    De Anima
  • Democritos seterusnya Epicurus mencadangkan
    teori atom kebendaan iaitu semua benda terdiri
    drpd atom, benda hilang apabila atom bercerai
    akan tetapi atom kekal abadi tiada alam lain
    selain daripada alam benda

33
SAINS PURBAYunani Helen
  • Plato (Aflatun) yakin roh wujud menentang
    kebendaan Epicurus mencadangkan bumi sebagai
    pusat alam
  • Aristoteles pula mencadangkan jirim bersifat
    selanjar, bahan terdiri drpd 4 juzuk iaitu tanah,
    udara, api air 4 sifat panas, sejuk, kering
    lembab, alam semesta terhad ruangnya, dan bintang
    planet bergerak di atas sfera habluran langit
  • Mengikut perubatan Yunani, kesihatan seseorang
    bergantung kepada imbangan empat juzuk air,
    udara, tanah dan api (Alcamaeon, Empedocles,
    Hippocrates)
  • Bagi Hippocrates kesihatan juga bergantung kpd
    makanan
  • Hippocrates menghasilkan koleksi cerapan kes
    perubatan yg berbentuk saintifik iaitu bebas drpd
    tahyul

34
SAINS PURBAYunani Hellenistik
  • Sains Yunani mencapai kematangan pada Zaman
    Hellenestik
  • Teori matematik Yunani disimpulkan dalam buku
    Elements karya Euclids yg digunakan hingga ke
    hari ini
  • Penganggaran nilai ?lilitan bulatan/garis pusat
    oleh Archimedes sebagai nilai antara nisbah ini
    untuk poligon dalam bulatan yg verteksnya
    menyentuh bulatan dgn nisbah ini utk poligon
    luaran bulatan yg sisinya menyentuh bulatan yg
    sama
  • Geometri keratan kon dipelopori Appolonius
    menghasilkan lengkung elips, parabola hiperbola
    dgn memotong kon pada satah tertentu
  • Galen mengkaji anatomi manusia ketika menjadi
    tabib utk pahlawan laga dan mendapati urat
    membawa darah bukan udara
  • Mengikut Galen kesihatan seseorang dipengaruhi
    oleh empat humor iaitu kahak, hempedu hitam,
    hempedu kuning dan darah
  • Kehidupan ditentukan roh pneuma dari udara yg
    masuk ke paru-paru
  • Teori tuas dan takal, dan graviti tentu
    dipelopori oleh Archimedes
  • Almagest atau He Matematike Syntaxis karya
    Ptolemy/Batlamus

35
TEKNOLOGI PURBARom
  • Rom mewarisi sains teknologi Yunani tetapi
    tidak mengembangkan sainsnya sendiri
  • Jurutera Rom handal dlm urusan kontrak, penentuan
    spesifikasi kos
  • Dua jenis jurutera ingeniator atau jurutera
    tentera architectus atau jurutera arkitek
  • Jurutera Rom terkenal ialah Censor Appius
    Claudius Crassus, Consul Marcus Vispanius
    Agrippa, Architectus Marcus Vitruvius Heron
  • Archetictus Marcus Vitruvius dalam bukunya de
    architectura menyatakan ciri jurutera jurutera
    mestilah boleh menulis, pelukis yg handal, ahli
    matematik, tahu tentang sejarah, pelajar
    falsafah, tahu musik, tidaklah jahil tentang
    perubatan, tahu pendapat ahli hukum, dan handal
    dalam astronomi pengiraan astronomi
  • Hero/Heron dari Iskandariah mengarang Mekanika,
    Belopoiika (teknologi kepungan), Dioptra (kaji
    ukur), dan Pneumatics (udara)
  • 10 jilid buku ini memperihalkan kelayakan
    jurutera, prinsip seni bina, perancangan bandar,
    bahan binaan, pembinaan kuil, tiga tertib tiang
    Doric, Ionic dan Corinthian, bangunan awam,
    rumah, hiasan dalaman, bekalan air, geometri,
    astronomi dan mekanik termasuk pam roda dan
    kincir air, organ air, enjin perang dsb.

36
TEKNOLOGI PURBA Rom
  • Teknologi jalanraya merupakan teknologi tentera
    terpenting Rom kerana tentera Rom boleh bergerak
    dengan pantas ke seluruh pelusuk jajahan
    takluknya melalui jalan-jalan raya itu
  • Jalan raya Rom direka dengan mengambil kira
    keselarasan supaya pergerakan lebih pantas,
    saliran yang cukup supaya tahan hujan, tapak dan
    permukaan terlas yang kukuh supaya tahan lama
  • Jalan raya itu terdiri drpd 4 lapis lapis bawah
    batu leper segi-empat tersusun dalam konkrit,
    lapisan pasir dalam konkrit, lapisan pasir yang
    ditutup oleh batu segi-empat besar
  • Jurutera Rom handal dalam hidraulik telah
    membina saloran air besar daripada batu yg
    digelar aqueducts dari sumber air ke bandar
    membina jaringan paip plumbum untuk membekal air
    ke rumah
  • Rom dibekali air melalui 11 aqueduct
  • Teknologi ciptaan Rom yang membolehkan aquedcut
    dibina terutama bagi queduct yang merentas lembah
    yang lebar ialah teknologi gerbang

37
TEKNOLOGI PURBAROM
Jalan raya Rom
38
TEKNOLOGI PURBAROM
Aqueduct Rom
39
TEKNOLOGI PURBA Rom
  • Gerbang Rom dibina dgn membina penyokong gerbang
    dahulu, menyusun bata berbentuk baji utk
    membentuk gerbang, meruntuhkan penyokong dan
    akhirnya meninggalkan bata-bata itu menyokong
    diri sendiri pada gerbang
  • Kubah juga dibina sedemikian dengan menggabungkan
    banyak gerbang dan menggunakan satu lagi
    teknologi ciptaan Rom iaitu konkrit
  • Kubah Rom hanya digunakan sebagai bumbung bilik
    bulat seperti kuil Pantheon yg mempunyai berhala
    Rom kerana jurutera Rom masih belum mengetahui
    penggunaan pedentif untuk meletak bumbung kubah
    di atas bilik segi-empat yang dicapai oleh
    jurutera Byzantium
  • Konrit Rom mengandungi abu gunung berapi (simen),
    batu kapur batu kikir (agregat) dan air
  • Konkrit digunakan sebagai pengisi antara blok
    batu kubus dalam dinding (opus reticulatum),
    antara batu rencam dalam dinding (opus incertum)
    dan dinding konkrit bersalut bata dan penggabung
    gerbang dalam pembinaan kubah

40
TEKNOLOGI PURBAROM
Gerbang Rom
41
TEKNOLOGI PURBAROM
Kubah Rom di bahagian belakang bangunan Kuil
Pantheon ni
42
TEKNOLOGI PURBAROM
Opus reticulum
Dinding bersalut bata
Opus incertum
Penggunaan konkrit Rom
43
TEKNOLOGI PURBARom
  • Kejayaan tentera Rom menakluk hampir seluruh
    Eropah disebabkan oleh tentera yang berdisplin,
    strategi taktik perang yang bijak dan senjata
    enjin perang yang hebat
  • Enjin perang merupakan teknologi yang diwarisi
    daripada tamadun Yunani Hellen Hellenistik
  • catapulta oxybele
  • Enjin perang yang disempurkan oleh jurutera
    tentera Rom ialah
  • Ballista yg merupakan pembaikan catapulta Yunani,
    diperbuat drpd kayu dan menggunakan bingkai pegas
    yg lebih kuat daripada catapulta Yunani
  • Onager lebih mudah dan murah drpd ballista
    terdiri drpd 2 batang kayu yg melengkung,
    tersambung di tengah dengan seberkas tali
    terpiuh, sebatang palang yg mempunyai pin dan
    uncang, terselit dalam berkas tali terpiuh. Alt
    ini ditembak dengan menarik palang, mengunci
    pin, mengisi bola lempung berisi minyak ke dalam
    uncang dan memukul pin keluar

44
TEKNOLOGI PURBAROM
Ballista Rom
45
TEKNOLOGI PURBARom
Onager Rom
46
TEKNOLOGI PURBAAfrika
  • Walaupun fosil manusia terawal ditemui di Afrika,
    tetapi tamadun penting Afrika terawal, Kush atau
    Nubia muncul di Napata di teBing Sungai Nil
    sekitar Aswan pada 1000 SEB
  • Kush pernah menakluk Mesir seketika pada abad
    ke-8 SEB
  • Tamadun ini terkenal dengan emas yg diekspot ke
    seluruh Dunia
  • Bijih besi dilombong dilebur dan besi waja yg
    terhasil digunakan untuk membuat senjata besi
  • Pencapaian tamadun ini dalam penghasilan besi
    waja ditunjukkan oleh bukit jermang yg masih ada
    di Nubia hingga ke hari ini
  • Tamadun ini juga merupakan pembina bangunan yang
    bijak
  • Agama asal Kush sama dengan agama Mesir dan
    bangunannya mengikut rupa bentuk Mesir
  • Piramid yang lebih cerun dibina sebagai makam
    diraja
  • Kuil juga dibina mengikut rupa bentuk Mesir
  • Pada abad ke-6 SEB, tamadun ini pindah 300 km ke
    hulu Nil lagi dari Napata ke Meroe akan tetapi
    hancur pada 500 SEB

47
TEKNOLOGI PURBAAFRIKA
Pintu masuk kuil di Kush
48
TEKNOLOGI PURBAAFRIKA
Piramid Kush
Menara berbentuk papirus di Kush
49
TEKNOLOGI PURBAAFRIKA
  • Kush diikuti oleh Axum atau Etiopia moden di hulu
    Nil dan Nok di Afrika Barat
  • Di sekitar pantai Afrika Barat Timur, terdapat
    banyak kerajaan Afrika pada Zaman Pertengahan yg
    mempunyai teknologi yg setara dengan Eropah
    seperti kesultanan Ghana
  • Benin merupakan sebuah bandar berkota yang besar
    pada 1600 EB
  • Tamadun Afrika Barat ini terkenal dengan kerja
    logam yang baik terutama emas yg dilombong di
    Zimbabwe dan gangsa dgn menggunakan kaedah lilin
    lespa terutama di Yoruba dan Benin
  • Masjid dan istana besar kerajaan Islam di Kilwa
  • Kota granit di Zimbabwe

50
TEKNOLOGI PURBAAFRIKA
Runtuhan Istana Kilwa di Tanzania 12 EB
Runtuhan Masjid besar Kilwa 12 EB
51
TEKNOLOGI PURBAAMERIKA
  • Kaum Olmec telah mula membina piramid batu
    bertangga seperti piramid Mesir dengan puncak
    rata pada 1200 SEB di La Venta, Mexico
  • Piramid dibina di merata tempat di Amerika Tengah
    oleh berbagai kaum seperti Teotihuacan, Toltec,
    Maya, Zapotec, Aztec, Moche Inca
  • Pada 150 EB bandar pertama dan terbesar,
    Teotihuacan yg bermakna Bandar Tuhan-Tuhan dibina
    hampir dgn bandar Mexico kini
  • Pembinanya tidak diketahui
  • Mitos kaum Aztec Teotihuacan dibina oleh
    gergasi bagi menukar manusia menjadi tuhan
  • Bandar ini yg dirancang mengikut grid yg bersudut
    15? ke timur arah Utara menunjukkan pengetahuan
    geometri dan astronomi
  • Piramid terbesar di Teotihuacan ialah Piramid
    Suria selebar 213 m dan setinggi 61 m dan
    diperbuat drpd batu yg lebih kecil drpd yg di
    Mesir
  • Teotihuacan ditinggalkan pada 900 EB dan
    digantikan oleh kaum Toltec yg kemudian ditakluk
    kaum Aztec yg menentang tentera Sepanyol

52
TEKNOLOGI PURBAAMERIKA
  • Kaum Maya di Guatemala juga membina bandar dan
    piramid antara 330 900 EB menggunakan sistem
    tulisan hiroglif
  • Kaum Inca membina jalanraya kubu di seluruh
    empayarnya di pergunungan Andes untuk tujuan
    ketenteraan walaupun tidak mempunyai kereta
    beroda
  • Gerbang batu bertangga dan bukan gerbang betul
    digunakan dalam semua bangunan Amerika
  • Semua bangunan, alat dan senjata dalam tamadun
    Amerika dibuat daripada batu sahaja tanpa
    penggunaan sebarang logam dan tanpa bantuan alat
    yg menggunakan prinsip roda seperti kapi dsb.
  • Kaum Toltec mengetahui peleburan logam seperti
    gangsa hanya pada 950 EB dan itupun untuk
    pembuatan barang hiasan dan alat dapur sahaja
  • Kaum Maya mengembangkan sains matematik dan
    astronomi sendiri yg maju melalui cerapan mata
    kasar tanpa bantuan teleskop

53
TEKNOLOGI PURBAAMERIKA
Piramid olmec
Piramid Maya
Piramid suria di Teotihuacan
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com