1 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 18
About This Presentation
Title:

1

Description:

Syarikat menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun. ... Tiada apa-apa potongan diberikan dalam tempoh asas tahun taksiran 2006. ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:65
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 19
Provided by: LHDN
Category:
Tags: tahun

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: 1


1
TATACARA PENGIRAAN CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH
SUBSEKSYEN 34(6)(m) 34(6)(ma) AKTA CUKAI
PENDAPATAN 1967 BAHAGIAN KHIDMAT NASIHAT JABATAN
DASAR PERCUKAIAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
2
Peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP)
1967 1. Subseksyen 34(6)(m) ACP 1967 an
amount equal to the expenditure, not being
capital expenditure, incurred by the company in
the relevant period for the purposes of
obtaining certification for recognized quality
systems and standards, and halal certification,
evidenced by a certificate issued by a
certification body as determined by the
Minister Provided that the
expenditure incurred in the relevant period shall
be deemed to be incurred by the company in the
basis period for the year of assessment in which
the certificate is issued mulai tahun
taksiran 2001
3
Pindaan Sebelum pindaan, hanya syarikat yang
melakukan perbelanjaan untuk tujuan mendapatkan
sijil perakuan sistem kualiti dan piawaian serta
perakuan halal adalah layak diberikan
potongan. Pindaan terhadap subseksyen 34(6)(m)
ACP 1967 adalah bertujuan untuk menggalakkan
syarikat menubuhkan makmal pengujian dan
tentukuran atau menjadi badan pensijilan yang
diakredit oleh Jabatan Standard Malaysia
(JSM). Dengan pindaan ini, perbelanjaan yang
dilakukan oleh syarikat bagi mendapatkan
akreditasi untuk makmal pengujian atau sebagai
badan pensijilan adalah dibenarkan sebagai
potongan dengan syarat akreditasi ini dibuktikan
dengan sijil yang dikeluarkan oleh JSM.
4

2. Subseksyen 34(6)(m) ACP 1967 an amount
equal to the expenditure, not being capital
expenditure, incurred by a company in the
relevant period for the purposes of-
(i) obtaining certification for recognized
quality systems and standards, and halal
certification, evidenced by a certificate
issued by a certification body as determined by
the Minister or (ii) obtaining
accreditation for a laboratory or as a
certification body, as evidenced by a
certificate issued by the Department of
Standards Malaysia Provided that the
expenditure incurred in the relevant period shall
be deemed to be incurred by that company in the
basis period for the year of assessment in which
the certificate is issued, mulai tahun
taksiran 2004
5
Pindaan Untuk tahun taksiran 2004 dan tahun
taksiran sebelumnya, syarikat yang melakukan
perbelanjaan bagi tujuan mendapatkan sijil
perakuan sistem kualiti dan piawaian serta
perakuan halal adalah layak diberikan potongan
sekali. Dalam usaha untuk meningkatkan daya
saing produk keluaran tempatan di pasaran global
khususnya produk halal, potongan ini telah
dinaikkan kepada dua kali perbelanjaan yang
dilakukan di bawah subseksyen baru 34(6)(ma) ACP
1967
6
3. Subseksyen 34(6)(m) ACP 1967 an amount equal
to the expenditure, not being capital
expenditure, incurred by a company in the
relevant period for the purpose of obtaining
accreditation for a laboratory or as a
certification body, as evidenced by a certificate
issued by the Department of Standards
Malaysia Provided that the expenditure incurred
in the relevant period shall be deemed to be
incurred by that company in the basis period for
the year of assessment in which the certificate
is issuedand mulai tahun taksiran
2004
7
  • Subseksyen 34(6)(ma) ACP 1967
  • an amount twice the amount of the expenditure,
    not being capital expenditure, incurred by a
    company in the relevant period for the purpose of
    obtaining certification for recognized quality
    systems and standards, and halal certification,
    evidence by a certificate issued by a
    certification body as determined by the Minister
  • Provided that the expenditure incurred in the
    relevant period shall be deemed to be incurred by
    that company in the basis period for the year of
    assessment in which the certificate is issued
  • mulai tahun taksiran 2005

8
Bilakah perbelanjaan tersebut boleh
dituntut Perbelanjaan adalah dibenarkan dalam
tempoh asas di mana sijil perakuan itu
dikeluarkan. Jika proses mendapatkan perakuan
melibatkan suatu tempoh yang melebihi satu tempoh
asas, maka perbelanjaan yang dilakukan dalam
tempoh asas sebelum sijil perakuan itu
dikeluarkan akan disifatkan telah dilakukan dalam
tempoh asas di mana sijil perakuan dikeluarkan.
9
Bagaimana menuntut perbelanjaan ini Untuk tujuan
mendapatkan potongan perbelanjaan di bawah
perenggan 34 (6)(m) dan 34(6)(ma) ACP 1967
syarikat tidak perlu memohon kepada LHDNM . Tiada
borang permohonan yang perlu diisi atau
dikemukakan. Syarikat boleh mengambilkira
perbelanjaan ini terus didalam akaun untung
rugi. Syarikat hanya perlu menyimpan sijil
sebagai bukti bahawa syarikat telah diakredit
oleh Jabatan Standard Malaysia atau syarikat
telah memperolehi sijil dari Badan Pensijilan
yang diiktiraf oleh Menteri . Apa-apa dokumen
yang berhubungkait dengan proses mendapatkan
sijil perakuan sistem kualiti dan piawaian serta
perakuan halal hendaklah disimpan oleh syarikat
dan dikemukakan apabila dikehendaki oleh pegawai
LHDNM.
10
Apakah perbelanjaan yang dibenarkan
potongan Perbelanjaan yang dibenarkan potongan
hendaklah yang bukan berbentuk perbelanjaan
modal. Perbelanjaan hendaklah yang dilakukan
khusus bagi tujuan memperolehi akreditasi dari
Jabatan Standard Malaysia atau mendapat sijil
perakuan sistem kualiti dan piawaian dari senarai
badan pensijilan yang diluluskan oleh Menteri.
Perbelanjaan yang dibenarkan potongan
adalah Yuran permohonan Yuran taksiran
(assessment fee) Yuran tahunan Lain-lain
yuran-yuran yang dikenakan oleh Badan Persijilan
atau JSM untuk mendapatkan akreditasi tersebut.
11
Perbelanjaan untuk mengekalkan prestasi
(maintenance of certification ) perakuan sistem
kualiti dan piawaian di benarkan suatu potongan
di bawah subseksyen 33(1) ACP 1967.
12
Pengiraan Cukai Bagi maksud menentukan
pendapatan larasan sesuatu syarikat daripada
perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun
taksiran, maka hendaklah dibenarkan suatu
potongan yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan
atau potongan dua kali amaun perbelanjaan yang
dilakukan bagi tujuan memperolehi akreditasi dari
Jabatan Standard Malaysia atau mendapat sijil
perakuan sistem kualiti dan piawaian dari senarai
badan pensijilan yang diluluskan oleh Menteri.

13
  • subseksyen 34(6)(m) ACP 1967
  • NH Sdn Bhd telah melakukan perbelanjaan berjumlah
    RM12,000.00 untuk mendapatkan akreditasi daripada
    Jabatan Standard Malaysia (JSM) sebagai suatu
    badan pensijilan dalam bulan November 2006. NH
    Sdn Bhd berjaya mendapatkan akreditasi tersebut
    dan JSM telah mengeluarkan sijil pada 1 Februari
    2007. Syarikat menutup akaunnya pada 31 Disember
    setiap tahun.
  • Perbelanjaan RM12,000.00 boleh dibenarkan
    sebagai potongan dalam tempoh asas bagi tahun
    taksiran 2007.
  • Tiada apa-apa potongan diberikan dalam tempoh
    asas tahun taksiran 2006. Perbelanjaan dalam
    tempoh asas ini disifatkan telah dilakukan dalam
    tempoh asas bagi tahun taksiran 2007.

14
Ringkasan Syarikat menutup akaun pada 31
Disember setiap tahun. Sijil diperolehi pada 1
Februari 2007. Perbelanjaan November 2006 RM
12,000.00 RM 12,000.00 dibenarkan dalam tahun
taksiran 2007
15
  • subseksyen 34(6)(ma) ACP 1967
  • Potongan dua kali bagi perbelanjaan yang
    dilakukan untuk mendapat sijil perakuan sistem
    kualiti dan piawaian serta perakuan halal.
  • NH Sdn Bhd telah melakukan perbelanjaan
    berjumlah RM10,000.00 untuk mendapatkan sijil
    halal daripada badan persijilan yang ditentukan
    oleh Menteri dalam tahun 2006. NH Sdn Bhd telah
    berjaya mendapat sijil halal dan sijil
    dikeluarkan pada 1 April 2007. Syarikat menutup
    akaun pada 31 Disember setiap tahun.
  • NH Sdn Bhd diberi potongan dua kali sebanyak
    RM20,000.00 (RM10,000.00 x 2) dalam tempoh asas
    bagi tahun taksiran 2007.

16
Ringkasan Syarikat menutup akaun pada 31
Disember setiap tahun. Sijil diperolehi pada 1
April 2007. Perbelanjaan Tahun 2006 RM
10,000.00 RM 20,000.00 ( RM 10,000.00x 2 )
dibenarkan dalam tahun taksiran 2007
17
KH Sdn Bhd diberi sijil sistem kualiti dan
standard daripada badan persijilan yang
ditentukan oleh Menteri pada 30 April 2007.
Syarikat telah melakukan perbelanjaan sebanyak
RM25,000.00 untuk mendapat sijil sistem kualiti
dan standard itu. Perbelanjaan tersebut termasuk
perbelanjaan konsultansi dan latihan sebanyak
RM15,000.00. Syarikat menutup akaun pada 31
Disember setiap tahun. Perbelanjaan konsultansi
dan latihan merupakan perbelanjaan yang tidak
layak diberi potongan cukai. Oleh itu KH Sdn Bhd
hanya layak diberi potongan dua kali sebanyak
RM20,000 (RM10,000.00 x 2) dalam tempoh asas bagi
tahun taksiran 2005. Perbelanjaan
sepenuhnya RM25,000.00 Perbelanjaan tidak
layak RM15,000.00 Perbelanjaan
dibenarkan RM10,000.00
18
Untuk mendapatkan pendapatan larasan potongan
hendaklah dibuat daripada pendapatan kasar
sesuatu perniagaan. Pendapatan kasar
perniagaan RM 140,000.00 (-) Kos jualan RM
80,000.00 Untung kasar RM 60,000.00 (-) Perbel
anjaan yang dibenarkan Perbelanjaan
lain xxx 34)6)(m) xxx 34(6)(ma) xxx RM
50,000.00 Pendapatan larasan RM 10,000.00
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com