BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 25
About This Presentation
Title:

BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Description:

TUJUAN KAUM MUDA MENUBUHKAN BEBERAPA BUAH MADRASAH Menjalankan pendidikan Islam Memberi pendidikan yang meliputi dunia dan akhirat Memberi peluang kepada pelajar ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:83
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 26
Provided by: PC19167
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB 2 TINGKATAN 5 NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA


1
BAB 2TINGKATAN 5NASIONALISME DI MALAYSIA
SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
2
SEBAB-SEBAB PEMIMPIN TEMPATAN MENENTANG BRITISH
  • JAJAHAN British mahu meluaskan jajahannya
  • TERIKAT Kawasan taklukan akan terikat
    dengan peraturannya
  • NANING Contohnya,Naning dipaksa membayar
    ufti kepadanya
  • EKONOMI British berusaha mengeksploitasi
    ekonomi tempatan
  • PERJANJIAN Menandatangani perjanjian
    dengan pembesar tempatan
  • KUASAI Saudagar Negeri Selat menguasai
    perlombongan dan
    perdagangan bijih timah
  • PENTADBIRAN British memaksa pentadbiran
    barat kepada penduduk tempatan
  • CUKAI Pengenalan sistem cukai,undang-undang
    dan peraturan tanah

    bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat
  • TERENGGANU Contohnya di Terengganu,tanah
    yang hendak dibuka mesti mendapat
    keizinan British dan dikenakan cukai
  • ADAT British mencampuri adat resam
    tempatan
  • PERAK Di Perak,British melarang amalan
    gunakan orang suruhan
  • PEMIMPIN Pemimpin tempatan kehilangan
    kuasa dan pengaruh
  • PENDUDUK Penduduk tertekan dengan
    pelaksanaan undang-undang British
  • SOKONG Mereka memberi sokongan kepada
    pembesar menentang British

3
MAT SALEH DI SABAH
  • DUDUKI SBUB menduduki Tambunan dan Sungai Sugut
    yang diperintah Mat Saleh
  • CUKAI SBUB memperkenalkan cukai kepala dan surat
    perahu
  • KASAR Pegawai SBUB bersikap kasar dengan penduduk
    tempatan
  • RUNDING Mat Saleh ke Sandakan untuk berunding
    tetapi tidak dilayan
  • BAKAR SBUB membakar kampung Mat Saleh menyebabkan
    beliau melarikan diri
  • BALAS Mat Saleh menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya
  • DAMAI SBUB mahu damai dengan menyerahkan Tambunan
    kepada Mat Saleh
  • MUNGKIR SBUB mungkir janji menyebabkan Mat Saleh
    menyerang semula
  • TEWAS SBUB menyerang balas menyebabkan Mat Saleh
    terkorban

4
PENGHULU DOL SAID
  • JAJAHAN British mendakwa Naning sebagai jajahan
    takluknya
  • ENGGAN Dol Said enggan membayar ufti kepada
    British di Melaka
  • TENTERA British menghantar tentera untuk
    menakluki Naning
  • BANTU Penghulu Dol Said yang dibantu oleh
    Penghulu Rembau,Penghulu Remai,DatoKelana
    Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh mengalahkan
    tentera British
  • SERANG British menyerang Naning sekali lagi
  • SERAH Penghulu Dol Said menyerah diri dan dibawa
    ke Melaka

5
DATOSYAHBANDAR ABDULLAH TUNGGAL DI SUNGAI UJONG
  • BEREBUT DatoSyahbandar Abdullah Tunggal dan
    DatoKelana Syed Abdul Rahman berebut
    kawasan sempadan memungut cukai kepada
    pedagang Negeri Selat
  • ENGGAN DatoSyahbandar enggan menandatangani
    perjanjian dengan British
  • TENTANG Beliau menentang DatoKelana yang
    mengundang British campur tangan dalam
    pertikaian antara mereka
  • KALAH DatoSyahbandar dikalahkan oleh
    DatoKelana yang bekerjasama dengan British
  • UNDUR DatoSyahbandar berundur ke Selangor
  • TANDATANGANBeliau kembali ke Sungai Ujong untuk
    menandatangani perjanjian dengan British
  • HIJRAH DatoSyahbandar meletakkan jawatan dan
    berhijrah ke Singapura
  • KUASAI Sungai Ujong dikuasai oleh DatoKelana
    di bawah penguasaan British

6
DATOBAHAMAN DI PAHANG
  • HAKIS Dato Bahaman menentang undang-undang
    British yang menghakis kuasanya sebagai
    pembesar Semantan
  • TENTANG Mereka menentang pembinaan balai polis
    di Lubuk Terua
  • SERANG Menyerang British yang menangkap anak
    buahnya
  • TAWAN Menyerang dan menawan balai polis Lubuk
    Terua
  • KUASAI Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling
    dan Jeram Ampai
  • UNDUR Diserang oleh British menyebabkan beliau
    berundur ke Kelantan
  • PERLINDUNGAN DatoBahaman berpindah ke Bangkok
    dan diberi perlindungan politik oleh Raja
    Chulalongkorn
  • CHIENGMAI Menetap di Chiengmai dan meninggal
    dunia di sana

7
TOK JANGGUT DI KELANTAN
  • BANTAH Bantahan Tok Janggut terhadap
    pelaksanaan Sistem Penasihat dan cukai tidak
    dilayan
  • ARAH Arahan dikeluarkan supaya Tok Janggut
    ditangkap tetapi gagal
  • MENDUDUK Tok Jnggut bersama pengikutnya
    menyerang Pasir Puteh dan berjaya
    mendudukinya
  • KERAJAAN Mereka membentuk kerajaan dengan
    Engku Besar Jeram sebagai Raja,Tok Janggut
    sebagai Perdan Menteri, dan Che Ishak
    sebagai Pegawai Daerah
  • SERANG British menyerang Kampung Saring
  • TERKORBAN Tok Janggut terkorban dalam serangan
    itu.

8
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
  • KECEWA Haji Abdul Rahman Limbong kecewa dengan
    sistem cukai dan undang-undang tanah yang
    diperkenalkan oleh British
  • TELEMONG Beliau mengetuai penduduk membersih
    tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan
    peraturan tanah
  • MAIMUNAH Beliau sekali lagi berkumpul dan membuka
    tanah milik Tengku Nik Maimunah tetapi dapat
    disuraikan oleh British
  • SENJATA Penduduk tempatan melancarkan serangan
    bersenjata terhadap bangunan kerajaan di Kuala
    Berang dan berjaya mendudukinya
  • SULTAN Dengan menggunakan nama sultan,British
    menghantar pembesar dan berjaya menangkap Haji
    Abdul Rahman Limbong
  • BUANG Beliau dibuang negeri ke Makkah.

9
FAKTOR KEBANGKITAN SEMANGAT NASIONALISME DI
KALANGAN PENDUDUK DI TANAH MELAYU SEHINGGA PERANG
DUNIA KEDUA
  • MUSNAH Sistem politik Barat memusnahkan sistem
    politik tempatan
  • GANTI Pegawai British menggantikan pembesar
    tempatan dalam pentadbiran
  • MARUAH Perubahan menjatuhkan maruah mereka
  • PENDIDIKAN Sistem pendidikan melahirkan intelek
    Melayu
  • IDEA Mereka menggunakan idea memajukan bangsa
    dan menolak penjajahan Barat
  • PERSAINGAN Kemasukan orang asing menimbulkan
    persaingan kepada orang Melayu
  • JURANG Jurang ekonomi antara orang Melayu dengan
    orang asing
  • JEPUN Pendudukan Jepun menjadi pemangkin gerakan
    nasionalisme
  • PERSAUDARAAN Jepun mengemukakan konsep Kawasan
    Kesemakmuran Asia yang menggalakkan
    persaudaraan di kalangan negara Asia
  • JANJI Jepun berjanji memberi kemerdekaan kepada
    negara Asia
  • SENGSARA Kesengsaraan hidup semasa pendudukan
    Jepun
  • PKM Parti Komunis Malaya memerintah dengan kejam
  • KONFLIK Kekejaman itu menimbulkan konflik
    perkauman
  • CETAK Kemunculan mesin cetak menyebabkan idea
    menentang penjajah boleh disebarkan melalui
    buku,majalah dan akhbar
  • PAN-ISLAM Gerakan Pan-Islamisme membangkitkan
    pemahaman terhadap Islam untuk menentang
    penjajahan
  • SERANTAU Keadaan politik serantau mendorong
    kebangkitan nasionalisme
  • BACAAN Karya Indonesia menjadi bacaan penduduk
    Tanah Melayu
  • MASUK Kemasukan orang Indonesia memudahkan
    penerimaan unsur nasionalisme

10
MESEJ-MESEJ BERKAITAN SEMANGAT KEBANGSAAN YANG
DIBANGKITKAN MELALUI NOVEL-NOVEL MELAYU TAHUN
1930-AN
  • PERJUANGAN Semangat perjuangan menentang penjajah
  • CINTA Semangat cinta akan tanah air
  • TOKOH Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan
    Melayu Melaka
  • SEJARAH Menggunakan sejarah mendorong semangat
    perjuangan bangsa
  • WARISAN Menghargai warisan bangsa
  • TOLAK Menolak kesenangan demi maruah bangsa
  • MARUAH Semangat generasi muda menjaga maruah
    bangsa
  • KEBOLEHAN Berbangga dengan kebolehan sendiri
  • CINTA Menolak cinta pegawai penjajah demi menjaga
    maruah bangsa
  • WANITA Kebebasan wanita menentukan hala tuju
    kehidupannya
  • PENDIDIKAN Mementingkan pendidikan untuk kebaikan
    diri
  • NEGATIF Mmebuang pandangan negatif untuk
    menghalang kemajuan

11
MAKSUD GERAKAN ISLAH
  • Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu
    supaya membetulkan pandangan mereka terhadap
    Islam

12
IDEA-IDEA YANG DISAMPAIKAN MELALUI GERAKAN ISLAH
OLEH KAUM MUDA
  • Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
  • Gesaan memajukan ekonomi,pendidikan,politik dan
    sosial orang Melayu
  • Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran
    orang Islam
  • Mengkritik raja/pembesar Melayu yang tidak
    memejukan orang Melayu

13
SEBAB-SEBAB GERAKAN ISLAH OLEH KAUM MUDA TIDAK
DAPAT DIGERAKKAN DI NEGERI-NEGERI MELAYU KECUALI
DI NEGERI-NEGERI SELAT SAHAJA
  • Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman Kaum
    Tua
  • Undang-undang dikeluarkan untuk menghalang
    pengaruh Kaum Tua
  • Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat
    keizinan Sultan
  • Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah Kaum
    Muda ke negeri itu.

14
TUJUAN KAUM MUDA MENUBUHKAN BEBERAPA BUAH MADRASAH
  • Menjalankan pendidikan Islam
  • Memberi pendidikan yang meliputi dunia dan
    akhirat
  • Memberi peluang kepada pelajar wanita mendapat
    pendidikan
  • Membendung tekanan British dan Kaum Tua

15
AKHBAR-AKHBAR MELAYU YANG DITERBITKAN PADA TAHUN
1930-AN
  • Warta Malaya
  • Lembaga Malaya
  • Majlis
  • Utusan Melayu
  • Warta Negara
  • Fajar Sarawak

16
ISU-ISU EKONOMI YANG DIBANGKITKAN OLEH
AKHBAR-AKHBAR MELAYU
  • Menggalakkan syarikat bekerjasama
  • Meminta British mengurangkan kemasukan orang
    dagang
  • Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
  • Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
  • Menyeru orang Melayu berjimat-cermat
  • Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di
    Kuala Lumpur

17
ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN SOSIAL DAN
PENDIDIKAN YANG DIBANGKITKAN OLEH AKHBAR MELAYU
PADA TAHUN 1930-AN
  • Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
  • Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
  • Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih
    kerja dan malas
  • Menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak
  • Mementingkan pendidikan Bahasa Inggeris untuk
    kemajuan orang Melayu
  • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan
    memberi nilai ekonomi
  • Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
    dalam pentadbiran
  • Menyeru orang Melayu tidak meninggalkan
    pendidikan Islam
  • Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

18
ISU POLITIK YANG DIBANGKITKAN AKHBAR MELAYU PADA
TAHUN 1930-AN
  • Mengkritik British yang mengurangkan kuasa
    raja-raja Melayu
  • Mengkritik pembesar dan raja-raja Melayu yang
    tidak melaksanakan kepimpinan untuk rakyat
  • Menolak dasar pilih kasih British dalam
    pentadbiran
  • Menuntut diadakan Malay Administrative Service
    (MAS)
  • Menyeru orang Melayu bersatu dalam satu
    pertubuhan kebangsaan
  • Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik
    tempatan

19
PERANAN AKHBAR-AKHBAR MELAYU TAHUN 1930-AN
SEBAGAI AGEN GERAKAN NASIONALISME
  • MAJU Membangkitkan kesedaran untuk memejukan
    diri/bangsa
  • KRITIK Mengkritik dasar British yang menekan
    orang Melayu
  • PENDIDIKAN Menggesa supaya memajukan pendidikan
    tinggi orang Melayu
  • PEREMPUAN Menggalakkan pendidikan untuk anak
    perempuan
  • SIKAP Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap
    memilih kerja/malas
  • KEMAHIRAN Mementingkan kemahiran pertukangan dan
    kerja tangan
  • BI Mengutamakan pendidikan bahasa Inggeris untuk
    kemajuan diri
  • SEKOLAH Meminta sekolah Melayu diberikan nilai
    ekonomi
  • BM Memartabatkan Bahasa Melayu dalam pentadbiran
    British
  • ISLAM Menyeru supaya tidak meninggalkan
    pendidikan Islam
  • NILAI Menyeru supaya mengekalkan nilai-nilai
    baik masyarakat Melayu
  • SYARIKAT Menggalakkan penubuhan syarikat bersama
  • DAGANG Meminta British mengurangkan kemasukan
    orang dagang
  • PERNIAGAAN Menggalakkan perniagaan di kalangan
    orang Melayu
  • TANAH Melarang orang Melayu menjual tanah mereka
  • JIMAT Menyeru orang Melayu berjimat cermat
  • KAMPUNG Meminta orang British adakan kampung khas
    Melayu di Kuala Lumpur
  • RAJA Mengkritik British yang mengurangkan kuasa
    raja-raja Melayu
  • LAKSANA Mengkritik raja dan pembesar yang tidak
    melaksanakan kepimpinan sewajarnya untuk rakyat

20
ISU-ISU BERKAITAN WANITA YANG DIBANGKITKAN DALAM
AKHBAR,MAJALAH DAN NOVEL MELAYU PADA TAHUN 1930-AN
  • ANAK Pendidikan untuk anak perempuan
  • PENDIDIKAN Menggalakkan wanita mendapatkan
    pendidikan
  • KESOPANAN Mendorong wanita menjaga nilai-nilai
    Islam dan budaya Timur
  • OBOR Menggalakkan wanita menjadi obor
    memajukan bangsa
  • KEBEBASAN Kebebasan wanita menentukan hala tuju
    kehidupannya
  • NEGATIF Membuang pandangan negatif yang halang
    kemajuan
  • PERPADUAN Perpaduan di kalangan guru perempuan
    Melayu Johor

21
PERANAN YANG DIMAINKAN OLEN MOHAMMAD EUNOS
ABDULLAH MELALUI KESATUAN MELAYU SINGAPURA (KMS)
  • Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
  • Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis
    Perundangan Negeri Selat
  • Mendesak British memberi perhatian terhadap
    kebajikan orang Melayu
  • Memperoleh kawasan petempatan khas bagi orang
    Melayu di Singapura
  • Mendorong penubuhan cawangan khas di Melaka,Pulau
    Pinang dan di Negeri-negeri Melayu

22
TUJUAN PENUBUHAN PERSATUAN SAHABAT PENA MALAYA
(PASPAM)
  • Menggalakkan ahli berkenal-kenal
  • \Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk
    memejukan diri dan bangsa
  • Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di
    kalangan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah
    Melayu

23
TINDAKAN-TINDAKAN OLEH KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
YANG MENUNJUKKAN KESATUAN INI BERSIFAT POLITIK
  • Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British
    dari Tanah Melayu
  • Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun
  • Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat
    propaganda anti-British
  • Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan
    sokongan
  • Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif
  • Menubuhkan tentera semut untuk menentang British

24
KEPENTINGAN KONGRES MELAYU YANG DIADAKAN PADA
TAHUN 1939 DAN 1940
  • Kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu
  • Membincang kemunduran orang Melayu dalam ekonomi
    dan pendidikan
  • Mendedahkan layanan pilih kasih oleh British
    dalam pentadbiran kerajaan
  • Menunjukkan perjuangan kesatuan mendapat sokongan
    golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu
  • Mewujudkan perpaduan orang Melayu untuk mengatasi
    permasaalahan sosioekonomi dan politik
  • Mengatasi perasaan kenegerian di kalangan orang
    Melayu
  • Menunjukkan kesepakatan orang Melayu di seluruh
    semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme

25
DISEDIAKAN OLEH-mahfuzah mohd noh guru sejarah
smksr.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com