PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN - PowerPoint PPT Presentation

1 / 27
About This Presentation
Title:

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

Description:

Pengguna Dalaman Pihak Pengurusan ... Audit Dalaman - pengesahan sistem pengurusan dan sistem kewangan sesebuah syarikat adalah mematuhi piawaian perakaunan. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1120
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 28
Provided by: niz62
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN


1
BAB 1
PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
2
OBJEKTIF
  • Memahami maksud perakaunan secara umum dan
    perbezaannya dengan simpan kira serta sedikit
    latar belakang sejarah kewujudan bidang
    perakaunan.
  • Mengenalpasti pengguna dalaman dan pengguna
    luaran maklumat perakaunan.
  • Mengetahui cabang perakaunan.
  • Mengetahui jenis-jenis penyata kewangan.
  • Mengenalpasti entiti dan aktiviti perniagaan.
  • Menerangkan tiga badan perakaunan di Malaysia.

3
Definisi Perakaunan
  • Bahasa Perniagaan.
  • Perakaunan merupakan satu
  • proses
  • Mengenalpasti
  • Merekod dan mengkelas
  • Meringkas
  • Melapor
  • Mentafsir
  • maklumat kewangan kepada pengguna-pengguna
    luaran dan dalaman.

4
Pengguna Maklumat Perakaunan
  • Pengguna Dalaman
  • - Pengguna yang berada dalam organisasi dan
    terlibat dalam proses membuat keputusan bagi
    organisasi tersebut.
  • Pengguna Luaran
  • - Pengguna yang menggunakan maklumat bagi
    kepentingan individu dan organisasi lain.

5
Contoh Pengguna Maklumat Perakaunan.
  • Pengguna Dalaman
  • Pihak Pengurusan
  • - menilai keputusan pengurusan
  • yang lepas.
  • - membuat keputusan untuk
  • masa depan.
  • Audit Dalaman
  • - pengesahan sistem pengurusan dan sistem
    kewangan sesebuah syarikat adalah mematuhi
    piawaian perakaunan.

6
  • Pengguna Luaran
  • Pelabur Sedia Ada
  • - ketahui nilai modal yang dilaburkan.
  • - jumlah dividen yang diterima
  • - ketahui sumber kewangan perniagaan.
  • Pihak Bank / Pemiutang
  • - nilai kebolehan perniagaan untuk bayar
  • balik hutang serta faedah atas pinjaman.
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • - untuk tentukan jumlah cukai yang perlu
  • dibayar ikut keuntungan perniagaan.
  • Bakal Pelabur
  • - untuk lihat prestasi perniagaan sebelum
  • membuat keputusan.
  • Pekerja / Kesatuan Sekerja
  • - untuk mengetahui keupayaan sesebuah
    organisasi bagi kenaikan gaji atau bonus dan
    sebagainya.
  • Pelanggan
  • - untuk mengetahui keupayaan sesebuah
    organisasi dalam tuntutan pelanggan seperti
    jaminan / waranti.

7
Perbezaan antara Perakaunan dan Simpankira
  • Perakaunan
  • Adalah proses merekod, meringkas, mengelas,
    menganalisis dan mengkomunikasi maklumat-maklumat
    dari peristiwa ekonomi.
  • Simpankira
  • Sebahagian daripada perakaunan, dimana ia
    merupakan proses merekod, mengelas dan meringkas
    urusniaga dalam nilai wang kepada bentuk penyata
    kewangan.

8
Cabang Perakaunan
  • Perakaunan Kewangan
  • Pengguna luaran dan dalaman
  • Peristiwa lepas
  • Laporan ringkas berkenaan dengan firma secara
    keseluruhan
  • Mengikut standard perakaunan.
  • Perakaunan Pengurusan
  • Pengguna dalaman
  • Peristiwa lepas dan masa hadapan
  • Laporan adalah secara terperinci berkenaan
    jabatan, bahagian atau cawangan.
  • Tiada standard yang perlu dipatuhi.

9
Jenis-jenis Milikan Perniagaan
  • Pemilikan Tunggal
  • Dimiliki oleh seorang individu
  • Bersaiz kecil dari segi modal dan operasinya
  • Liabiliti tidak terhad kerana pemilik menanggung
    semua hutang
  • Perkongsian
  • Mengikut Akta Perkongsian 1966
  • Mempunyai potensi untuk berkembang dengan mudah
  • Liabiliti tidak terhad dimana pekongsi secara
    peribadi menanggung semua hutang perkongsian
  • Syarikat
  • Pendaftaran dibuat dengan SSM (Suruhanjaya
    Syarikat Malaysia)/ CCM (Companies Commission of
    Malaysia) mengikut Akta Syarikat 1965.
  • Terbahagi kepada Syarikat Sendirian Berhad dan
    Syarikat Awam Berhad.
  • Liabiliti Terhad dimana pemegang saham tidak
    menanggung beban hutang syarikat.
  • Berpotensi untuk berkembang kerana saham
    diterbitkan untuk mendapatkan dana tambahan.

10
  • Perkhidmatan
  • Tidak melibatkan penjualan barangan. Berikan
    contoh?
  • Pembarangan
  • Melibatkan pembelian dan penjualan barang siap.
    Berikan contoh?
  • Perkilangan
  • Terlibat dalam proses penukaran bahan mentah
    kepada barang siap. Berikan contoh?

11
Jenis-jenis Penyata Kewangan
  • - Penyata Pendapatan
  • - Penyata Ekuiti Pemilik
  • - Kunci Kira-kira
  • - Penyata Aliran Tunai

12
Penyata Pendapatan
  • Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau
    pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan
    yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan.
  • Tujuan Untuk melaporkan kejayaan atau
    keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat
    atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.

13
  • Contoh
  • Perniagaan Usahamaju
  • Penyata Pendapatan
  • Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006
  • Hasil 140,000
  • (-) Belanja (103,240)
  • Untung Bersih 36,760

14
Penyata Ekuiti Pemilik
  • Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh
    sesuatu perniagaan.
  • Contoh
  • Perniagaan Usahamaju
  • Penyata Ekuiti Pemilik
  • Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006
  • Ekuiti Pemilik
  • Modal 40,000
  • Untung Bersih 36,760
  • (-) Ambilan (10,000)
  • Jumlah ekuiti pemilik 66,760

15
Kunci Kira-kira
  • Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan
    sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh.
  • Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti
    dan ekuiti pemilik.
  • ASET LIABILITI EKUITI PEMILIK

16
Penyata Aliran Tunai
  • Berapa banyakkah tunai yang diterima dan
    digunakan oleh perniagaan dalam tahun yang
    dinilai?
  • Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan
    perubahan dalam tunai hasil daripada
    aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan
    pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh
    mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan
    baki awal dan akhir tunai.

17
Perniagaan Usahamaju Penyata Aliran TunaiBagi
Tahun Berakhir 30 Jun 2006
  • Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi
  • Tunai diterima untuk hasil xx
  • Tunai dibayar untuk belanja xx
  • xx
  • Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan
  • Belian aset xx
  • Jualan aset xx xx
  • Aliran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan
  • Terbitan saham xx
  • Bayaran dividen xx xx
  • Pertambahan dalam Tunai Bersih xx
  • Baki Tunai Awal xx
  • Baki Tunai Akhir xx

18
Badan-badan Perakaunan Malaysia
  • - Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
  • - Institut Akauntan Malaysia (MIA)
  • - Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia
    (MICPA)

19
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia
(MASB)
  • Dibentuk sebagai sebuah badan autoriti untuk
    membangunkan dan menerbitkan standard perakaunan
    bagi Malaysia.
  • Tujuannya untuk memastikan kualiti dan
    penguatkuasaan standard-standard perakaunan.
  • Mempunyai satu badan penasihat yang dikenali
    sebagai Financial Reporting Foundation (FRF)
    yang berperanan sebagai penasihat perkara
    pelaporan kewangan, mengawasi operasi MASB,
    menyediakan dan meluluskan dana untuk pembiayaan
    operasi.

20
Institut Akauntan Malaysia (MIA)
  • Ditubuhkan pada 1967, sebaik sahaja Akta Akauntan
    1967 dikuatkuasakan.
  • Diberikan kuasa mutlak dalam pengiktirafan
    kelulusan untuk 10 buah badan perakaunan luar
    negara dan satu badan perakaunan tempatan (MICPA)
    serta kesemua ijazah perakaunan dari IPTA
    terpilih.
  • Menjadi badan untuk mengawal selia para akauntan
    supaya mematuhi peraturan dan etika profesion
    perakaunan.
  • Mengendalikan peperiksaan kelayakkan bagi mereka
    yang berkelulusan perakaunan yang tidak memenuhi
    syarat-syarat kelayakkan MIA.

21
INSTITUT AKAUNTAN BERTAULIAH MALAYSIA (MICPA)
  • Ditubuhkan pada 1958.
  • Bertanggungjawab melatih akauntan-akauntan
    bertauliah.
  • Terlibat secara aktif dalam penyelidikan,
    pembangunan dan pengumuman berkaitan dengan
    perakaunan, pengauditan dan standard-standard
    pelaporan sejak tahun 2002.

22
SOALAN
  • Objektif laporan penyata kewangan adalah
    menghubungkan maklumat perakaunan kepada
    penggunan. Anda dikehendaki kenalpasti dua
    kumpulan pengguna dan terangkan bagaimana
    maklumat perakaunan berguna kepada mereka.
  • Nyatakan tiga (3) pengguna maklumat perakaunan.
    Terangkan mengapa setiap satu daripada pengguna
    tersebut memerlukan maklumat kewangan sesebuah
    perniagaan.

23
  • Nyatakan tiga ciri bagi setiap jenis pemilikan
    perniagaan
  • Berikan tiga perbezaan di antara perkongsian
    dengan syarikat.
  • Berikan 4 fungsi MIA.

24
JAWAPAN
Pengguna maklumat Kegunaan maklumat
1. Pihak pengurusan Menilai keputusan pengurusan yang lepas Membuat rancangan dan keputusan untuk masa depan
2. Pelabur sedia ada Mengetahui nilai modal yang dilaburkan Mengetahui dividen yang diterima daripada modal yang dilaburkan.
3. Bakal pelabur atau bakal rakan kongsi Melihat keuntungan atau kerugian sebelum membuat keputusan melabur atau menjadi rakan kongsi.
4. Pihak bank atau pemiutang Menilai kebolehan perniagaan untuk membayar balik hutang bersama faedah atas pinjaman
4. Agensi kerajaan Menentukan jumlah cukai yang harus dikenakan atas untung perniagaan Menentukan kepatuhan perniagaan kepada undang-undang yang telah ditetapkan.
25
Syarikat Perkongsian Milikan Tunggal
Bermodalkan saham Bermodalkan aset yg disumbangkan oleh pekongsi Sumbangan modal sendiri atau saudara mara
Tanggungan terhad kpd pegangan saham Tanggungan tidak terhad Tanggungan tidak terhad
Pemilikan berdasarkan pegangan saham lebih 2-50 org bg sdn bhd, bg awam bhd 2 dan ke atas Perkongsian antara 2 20 org pekongsi Seorang pemilik
26
Perbezaan Antara Perkongsian Dan Syarikat
Perbezaan Perkongsian Syarikat
1. Penubuhan perniagaan Berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan Berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC)
2. Kekangan peraturan Terikat dengan Akta Perkongsian 1961 Terikat dengan Akta Syarikat 1965.
3. Liabiliti Tidak terhad Terhad mengikut jumlah saham
4. Pemilik 2 20 orang 2 tiada had (bergantung pada saham dibenarkan)
27
Fungsi MIA
  • mengiktirafkan para akauntan bertauliah
  • memastikan pengamal perakaunan mengikut peraturan
  • menganjurkan seminar/ceramah yang berkaitan
    dengan bidang perakaunan
  • menetapkan syarat untuk menjadi akauntan
    bertauliah
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com