DISEDIAKAN OLEH : - PowerPoint PPT Presentation

1 / 82
About This Presentation
Title:

DISEDIAKAN OLEH :

Description:

Suruhanjaya Reid Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956. Keahliannya terdiri dari Lord Reid ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:218
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 83
Provided by: PusatKo4
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: DISEDIAKAN OLEH :


1
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA
  • DISEDIAKAN OLEH
  • MUHAMMAD HUSSEIRI BIN CHE HUSSEIN
  • MOHAMAD KHAIRUL AMRIE BIN SABRI
  • MOHAMAD IZHAM BIN ABD MAJID
  • PENSYARAH PEMBIMBING
  • EN. GHZALI BIN ISMAIL

2
Pengenalan
  • Perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu
    dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain
    yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu
    seperti perkara di bawah
  • Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas
    diamalkan
  • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi
    bahasa lain dibenarkan
  • Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera
    tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan

3
Konsep Perlembagaan
  • Definisi
  • Perlembagaan ialah mengandungi satu set peraturan
    tentang hak, kuasa dan prosedur serta
    tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu
    hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti
    yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat
    awam
  • Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atau
    formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam
    di dalam sesebuah negara dibahagikan dan
    digunakan

4
  • Jenis Perlembagaan
  • Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu
  • Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang
    dikumpul dan disusun dalam satu dokumen
  • Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip
    perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu
    dokumen seperti undang-undang yang diluluskan
    oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah

5
  • Perlembagaan Malaysia adalah
  • Bertulis
  • Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
  • Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan
    eksekutif
  • Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
    kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

6
  • Tujuan Perlembagaan
  • Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan
    merupakan sumber undang-undang tertinggi
    sesebuah negara dan setiap individu perlu
    mematuhi keluhurannya.
  • Sebagai panduan mengatur dan menyelaras
    pemerintahan sesebuah negara.
  • Sebagai satu panduan bagi pembentukan
    undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau
    rakyat atau sesiapa sahaja

7
Pindaan Perlembagaan (3)
  • i. Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa
    sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan
    sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat
    persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat
    setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan
    Negara dan meluputi perkara-perkara yang tidak
    disebut dalam perkara lain.

8
Pindaan Perlembagaan
  • ii. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah
    perkara boleh dipinda, perlu mendapat sokongan
    2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang
    dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan
    kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang
    kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa
    bumiputera, imegresen.

9
Pindaan Perlembagaan
  • iii. Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan
    perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan
    perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja,
    kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah
    dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama
    persekutuan.

10
  • Konsep Ketertinggian Perlembagaan
  • Di Malaysia, tidak ada satu institusi pun yang
    boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan
    Malaysia.
  • Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan,
    kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan
    Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan
    Malaysia
  • Contoh
  • 1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankan
    tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan
    oleh Perlembagaan.
  • 2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga
    dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
    dikenakan oleh perlembagaan

11
  • 3. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai
    sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak
    sah oleh mahkamah jika undang-undang itu
    bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia setakat
    mana ia bercanggah.
  • Ini kerana perlembagaan memperuntukkan dengan
    nyata Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia
    adalah undang-undang utama persekutuan dan
    apa-apa undang-undang yang diluluskan yang
    berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat
    mana yang berlawanan itu terbatal.

12
Sejarah Penggubalan
  • Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh
    orang Melayu
  • Perjuangan berdarah
  • Antara perjuangan berdarah menentang penjajah
    i. Penentangan terhadap penjajahan Siam di Zaman
    Melaka.
  • ii. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di
    Melaka.
  • iii. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di
    Melaka.
  • iv. Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di
    Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang,
    Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu.
  • v. Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

13
  • Begitu juga perjuangan orang Melayu menentang
    penjajahan digerakkan melalui semangat
    kebangsaan.
  • Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-intelek
    Melayu yang sedar bahawa perjuangan ke arah
    kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata tetapi
    juga melalui perundingan.
  • Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim
    Kajai, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos
    dan ramai lagi telah bangkit menyedarkan orang
    Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.

14
  • Selain itu, lahirnya pertubuhan-pertubuhan
    (Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu
    Perak, Kesatuan Melayu Selangor)
  • Dalam masa yang sama, media massa (Al-Imam,
    Majlis, Utusan Melayu, Saudara) digunakan sebagai
    medium untuk menentang penjajah.

15
  • Dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan
    semula British ke Tanah Melayu pula, telah
    berlaku kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan
    oleh Parti Komunis Malaya selama 14 hari.
  • Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang melibatkan
    orang Melayu dan Parti Komunis Malaya yang
    majoritinya adalah orang Cina.
  • Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan
    Pentadbiran Tentera British (British Military
    Administration BMA) dan seterusnya digantikan
    dengan Malayan Union

16
(No Transcript)
17
  • Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen
    British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold
    MacMichael telah dilantik sebagai wakil British
    untuk mendapatkan tandatangan dari Raja-Raja
    Melayu. Berikut sebab-sebab Malayan Union
    diperkenalkan
  • 1. Untuk menyatukan negeri-negeri dan
    meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran.
    Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu
    Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri
    Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan
    yang besar dan sistem pentadbirannyaa adalah
    terpisah.
  • 2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana
    orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini
    dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan
    kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu.
  • 3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
    tempatan bagi memerintah negara sendiri.

18
(No Transcript)
19
  • Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin
    diperkenalkan ialah
  • 1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura
    disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British.
    Gabenor pula, dalam menjalankan kuasanya akan
    dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan
    Majlis Undangan.
  • 2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
  • 3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan
    hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang
    menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu
    sahaja.
  • 4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang
    tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi
    yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum
    Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara
    automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah
    menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan Union
    telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa
    sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

20
  • Tentangan orang Melayu kerana
  • i. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam
    urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa
    dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan
    mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
  • ii. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan
    ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.
  • iii. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip
    jus soli iaitu penduduk asing yang telah
    bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir
    selepas Malayan Union, secara terus menjadi
    warganegara.
  • iv. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa
    mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak
    memiliki apa-apa keistimewaan.
  • v. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
    raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan
    dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata
    dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan
    Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.

21
(No Transcript)
22
  • Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh
    disaksikan apabila di Alor Setar pada Januari
    1946, sejumlah 50,000 orang Melayu telah
    mengadakan demontrasi, begitu juga di Kelantan
    yang dihadiri lebih 10,000 orang dan di Johor
    pada 10 Februari 1946, lebih 150,000 orang telah
    mengadakan demontrasi.
  • Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu,
    Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April
    1946 dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang
    pertama.

23
(No Transcript)
24
(No Transcript)
25
  • British telah membatalkan cadangan menubuhkan
    Malaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja
    pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil
    raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai
    British
  • Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka
    sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh
    orang Melayu.
  • Selepas itu, British telah menubuhkan
    Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang
    terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India
    dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang
    bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan
    Tanah Melayu.

26
  • British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah
    Melayu pada 1 Februari 1948. Berikut adalah
    ciri-ciri terpenting dalam Perlembagaan
    Persekutuan Tanah Melayu
  • 1. Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam
    persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
    Manakala Singapura kekal menjadi tanah jajahan
    yang berasingan.
  • 2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan
    diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan
    dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan
    Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
  • 3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai
    oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli
    tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.

27
  • 4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan
    oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada 14
    ahli rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan
    Negeri, dua wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri
    Melaka dan Pulau Pinang dan 50 ahli tidak rasmi
    yang mewakili kaum-kaum asing.
  • 5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa
    memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat
    Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
  • 6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu
    seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu
    dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun.
    Selain itu, seorang pemohon asing mestilah
    pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi
    kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan
    mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
  • 7. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum
    bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar
    dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

28
  • Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu,
    kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu
    semakin kuat.
  • Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa
    Perhubungan Masyarakat 1949 yang terdiri
    daripada pelbagai etnik telah berusaha
    menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan,
    politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan
    yang berlainan daripada pelbagai etnik.
  • Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi
    pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi
    membincangkan berbagai isu seperti
    kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang
    Melayu serta dasar pendidikan.

29
  • Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai
    etnik berbincang secara terbuka mengenai
    permasalahan yang wujud dan dicari jalan
    penyelesaiannya.
  • Antara tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa
    ini ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab
    Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C
    Thuraisingham dan ramai lagi.
  • Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana
    dicurigai objektif penubuhannya oleh orang Melayu
    sendiri, tetapi ia adalah satu permulaan yang
    baik dalam membentuk kerjasama antara etnik di
    Tanah Melayu pada ketika itu.

30
  • Kerjasama antara etnik diteruskan melalui Sistem
    Ahli bertujuan memberi peluang dan latihan kepada
    pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman
    memerintah secara demokrasi.
  • Seramai sembilan orang warga tempatan telah
    dilantik iaitu
  • Menteri Jawatan
  • Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
  • E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran
  • Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan
  • Lee Ting Keng Ahli Kesihatan
  • Dato Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan
    dan Perhubungan
  • J.D Mead Ahli Kerja Raya dan perumahan
  • J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan
    Perhubungan Sosial
  • O.A Spencer Ahli Hal Ehwal Ekonomi

31
  • Kerjasama ini terus terjalin erat melalui
    beberapa siri Pilihanraya dan pembentukan
    Perikatan
  • Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam
    Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan
    dan 12 kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan
    MCA telah membuat pakatan secara tidak rasmi,
    yang akhirnya menjurus ke arah penubuhan
    Perikatan pada tahun 1953
  • Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran
    Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu
    Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA. Ia
    bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama
    antara dua etnik terbesar dalam menuntut
    kemerdekaan.

32
  • Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3
    Februari 1953 itu telah dihadiri oleh wakil UMNO
    yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr.
    Ismail, Saadon Zubir, Bahaman Shamsuddin dan Syed
    Nasir Ismail.
  • MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong
    Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan.

33
(No Transcript)
34
  • Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama)
    memberi implikasi yang cukup besar kepada
    hubungan etnik di Malaysia.
  • Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan
    toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan
    bukan Melayu khususnya yang melibatkan
    pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual

35
  • Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan
    calon, ternyata Perikatan yang didominasi oleh
    UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi yang
    cukup besar kerana telah meletakkan calon bukan
    Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan
    walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2).
  • Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep
    perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi
    sahaja, MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi

36
Parti Peruntukan Kerusi Peratusan Kerusi Peratusan Pengundi
UMNO 35 69 84.2
MCA 15 28 11.2
MIC 2 3 3.9
37
  • Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia
    berkorban dan persefahaman telah ditegaskan oleh
    Tunku Abdul Rahman iaitu
  • " orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang
    munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu.
    Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang
    begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera
    Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu.
    Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi
    sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang
    Melayu".

38
  • Semangat ini juga telah diakui dan diiktiraf oleh
    pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh
    T.H. Tan
  • " mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon
    Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja
    mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak
    lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka
    bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon
    Cina dan India".

39
  • Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri
    dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui,
    berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku
    Abdul Rahman. Lapan orang wakil itu terdiri
    daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan
    iaitu
  • Wakil Raja-raja Melayu
  • 1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar
    Perak sebagai ketua.
  • 2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri
    Besar Selangor.
  • 3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri
    Besar Johor.
  • 4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas
    Menteri Besar Kelantan

40
(No Transcript)
41
  • Wakil Perikatan
  • 1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan
    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua.
  • 2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri
    Pelajaran.
  • 3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.
  • 4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri
    Hasil Bumi.
  • Setiausaha T.H. Tan

42
  • Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian
    London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
  • Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah
    dicapai iaitu
  • 1. British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu
    pada 31 Ogos 1957.
  • 2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel
    dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.
  • 3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di
    Tanah Melayu.
  • 4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal
    Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.
  • 5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah
    Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan dan
    Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat
    tempatan.

43
(No Transcript)
44
(No Transcript)
45
  • Suruhanjaya Reid
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
    digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan
    pada 1956.
  • Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir
    Ivor Jennings (British), Sir William Mckell
    (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul
    Hamid (Pakistan).
  • Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum
    bertulis dan telah bersidang banyak kali dari
    bulan Jun hingga Oktober 1956.

46
  • Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal
    serta dihormati kerana Suruhanjaya ini telah
    meminta cadangan dan pandangan daripada bukan
    sahaja parti-parti politik tetapi juga orang
    ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.
  • Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan
    Malaysia sekarang ini telah mendapat persetujuan
    dan pandangan semua rakyat Malaysia.
  • Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum
    Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa
    perkara yang sangat penting kepada kestabilan
    negara.

47
  • Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu
    telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
    berasaskan prinsip jus soli.
  • Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam
    perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu
    dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
    kedudukan Raja-raja Melayu

48
  • Perjanjian London juga telah menetapkan agar
    perlembagaan yang ingin digubal perlu
    mengambilkira perkara-perkara berikut
  • Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan
    pusat yang kuat.
  • Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan
    dan hak Raja-Raja Melayu.
  • Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang
    Di Pertuan Agong.
  • Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta
    hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.
  • Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang
    seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

49
Unsur-Unsur Tradisi
  • Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan
    perlembagaan yang meliputi
  • bahasa,
  • agama,
  • kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
    (Sabah dan Sarawak) dan
  • pemerintahan beraja

50
  • Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana
  • Ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan
    diwujudkan pada tahun 1957.
  • Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan
    laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid
    menekankan betapa pentingnya perlembagaan
    mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi,
    ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957
  • Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur
    tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan
    dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang
    dilarang daripada dijadikan isu perbincangan
    awam.

51
  • Ia juga merupakan satu pra-syarat dan
    permuafakatan yang telah dipersetujui dan
    diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini
    bermakna
  • Orang Melayu diberikan hak istimewa,
  • Islam menjadi agama persekutuan dan
  • Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan
    sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan
    oleh etnik bukan Melayu.
  • Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin
    terdahulu telah menerima satu formula bagi
    menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan
    konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika
    itu.

52
Unsur-Unsur Tradisi
  • Perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik
    dalam Perlembagaan Malaysia
  • I. Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain
    bebas diamalkan
  • II. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata
    dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama,
    kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.
  • III. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan
    bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja,
    Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan
    seumpamanya.
  • IV. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja
    menghalang Parlimen membuat undang-undang yang
    menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang
    Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.

53
Unsur-Unsur Tradisi
  • V.  Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam,
    Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan
    Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan
    darurat.
  • VI.    Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu
    sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak
    bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
  • VII.  Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa
    orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang
    sah kaum lain.

54
  • Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada
    tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah
    disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah
    dan Sarawak.
  • Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang
    mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang
    bersetuju untuk menyertai Malaysia.
  • Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh
    ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan
    hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  • Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III
    serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan
    bagi Sabah dan Sarawak.

55
Unsur-Unsur Tradisi
  • Difokuskan kepada tiga
  • Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai
    bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa
    lain menggunakan bahasa mereka.
  • Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa
    lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada
    sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
    menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau
    mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
  • Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan
    penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam
    persekutuan.

56
  • Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama
    persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan
    dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan.
  • Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan
    terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai
    hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan
    bahawa setiap agama mempunyai hak untuk
  • Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
  • Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud
    agama atau khairat.
  • Memperolehi dan memiliki harta benda serta
    memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

57
  • Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa
    prinsip Islam yang termaktub di dalam
    Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam
    beberapa fasal lain yang harus dibaca secara
    bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu
  • Perkara 11 (4)
  • Undang-undang Negeri dan mengenai
    Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
    Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal
    atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau
    kepercayaan ugama antara orang-orang yang
    menganuti agama Islam.

58
  • Perkara 12 (2)
  • ...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu
    Negeri menubuhkan atau menyelenggara
    institusi-institusi Islam atau mengadakan atau
    membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama
    Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang
    diperlukan bagi maksud berkenaan.
  • Perkara 121 (A)
  •  Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal
    (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa
    berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang
    kuasa mahkamah syariah.

59
  • Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang
    Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum
    lain.
  • Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu
    adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan
    Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang
    sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara
    ini tidak boleh dilaksanakan jika ia
    mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam
    yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan
    sebarang biasiswa atau keistimewaan yang
    dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau
    penamatan permit lesen yang dipegang olehnya

60
  • Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang
    dikatakan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
    Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara
    160), Melayu itu ditakrifkan sebagai
  • Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.
  • Menganut agama Islam.
  • Mengamalkan adat istiadat Melayu.

61
  • Manakala takrifan bumiputera
  • Sarawak
  • terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu
    Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat,
    Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat,
    Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian,
    Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan
    campuran dari kaum tersebut.
  • Sabah
  • anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum
    asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

62
  • Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu
    termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90
    berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang
    mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan
    kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara
    melindungi tanah rizab orang Melayu dari
    diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

63
  • Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam
    Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang
    bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5)
    dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai
    sebahagian dari kedudukan istimewa orang Melayu

64
Kerasionalan Perkara 153
  • Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000
    bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai
    warganegara undi pilihanraya dan hak-hak lain
    sebagai warganegara
  • Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan
    awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan
    kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti
    bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata,
    maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan

65
Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi
Warganegara Dengan Cara Pendaftaran
Sumber Pendaftar Besar Warganegara
66
Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi
Kaum Kaum 1955 1959 Melayu 84.2 56.2 Cina 11.
2 35.9 India / lain-lain 4.6
7.8 Jumlah 100 100 Sumber
Suruhanjaya Pilihanraya
67
Kerasionalan Perkara 153
  • Rasional Perkara 153 dipecahkan kepada tiga
  • 1. Perkhidmatan Awam
  • Menentukan rezab bilangan jawatan
  • Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan
    sedia ada
  • Bilangan pegawai Melayu kecil meliputi 36 saja
    (1968)
  • Rujuk Jadual IV

68
Perkhidmatan Melayu Bukan Melayu Jumlah
Perkhidmatan pentadbiran 706 515 1221
Akitek, jurutera dan pegawai profesional 73 370 443
Pegawai kesihatan dan perubatan 64 693 727
Ahli Sains Fizikal 13 51 64
Ahli sains Sejati 60 108 169
Prangkawan Profesional 38 166 204
Perkhidmatan Undang-Undang 70 37 107
Perkhidmatan beruniform 331 369 700
Pengangkitan dan media massa 67 188 255
Jumlah 1392 2447 3839
Sumber Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153,
Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan
rujukan khas kepada Malaysia Barat.
69
Kerasionalan Perkara 153
  • 2. Ekonomi
  • Kemiskinan orang Melayu 64.8 (1970) (rujuk
    Jadual V)
  • Jurang Pendapatan melebar antara etnik
  • Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai
    timur
  • Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4
    tahun 1970
  • Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan
    merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan
    etnik (13 Mei)

70
Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara)
Syarikat Berhad, 1995 dan 1999
Kumpulan Hak Milik 1995 1999
Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah) 20.6 19.1
Cina 40.9 37.9
India 1.5 1.5
Rakyat Asing 27.7 32.7
Syarikat Nomini 8.3 7.9
Jumlah 100 100
Sumber Rancangan Malaysia Kelapan
71
Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat
meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30
Matlamat
Pencapaian
1970
1990
1990
2002
  • Bumiputera
  • Bukan Bumi.
  • Cina
  • India
  • Lain-lain
  • Asing
  • Nomine
  • JUMLAH

2.4 32.3 63.3 2.0 100.0
30.0 40.0 30.0 100.0
19.3 46.8 45.5 1.0 0.3 25.4 8.5 100.0
18.7 43.2 40.9 1.5 0.8 28.9 9.2 100.0
72
Kemiskinan
Isi rumah Malaysia
Nota Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk
2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia
(saiz isi rumah 4.6) RM690 di Sabah (saiz isi
rumah 4.9) dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah
4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
dari PLI.
73
Jurang pendapatan antara kaum
Nisbah ketaksamaan pendapatan isirumah
1970
1980
1990
2002
1999
1 2.1 1 2.3 1 1.8
1 1.7 1 1.7 1 13
1 1.8 1 1.7 1 1.4
1 2.1 1 1.8 1 1.3
1 1.8 1 1.9 1 13
Luar Bandar Bandar Bumiputera
Cina Bumiputera India
74
Kerasionalan Perkara 153
  • Pendidikan
  • Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam
    sosial dan sains adalah masih rendah antara
    Melayu dan bukan Melayu
  • Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya
    4.9 berbanding bukan bumiputera 84.3 1970
  • Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan seolah
    bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang
    terkandung dalam perenggan 12 iaitu tujuan dasar
    pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud
    untuk menyatukan budak-budak daripada semua
    bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
    peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
    dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
    bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak
    dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan
    hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

75
Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di
Institusi Pendidikan Awam Tempatan, 1995-2005
Peringkat Pendidikan 1995 2000 2005
Ijazah 75,709 170,794 244,527
Diploma 46,480 92,304 148,025
Jumlah 122,189 263,098 392,552
Sumber Rancangan Malaysia Kelapan
76
Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31
Disember 2002
INSTITUSI BILANGAN INSTITUSI BILANGAN PELAJAR
IPTS Bertaraf Universiti 11 29,747
IPTS Bertaraf Universiti(Kolej Universiti) 1 488
IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Dalam Negara) 3 6,836
IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Luar Negara) 4 4,740
IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej) 518 252,789
Keseluruhan IPTS 534 294,600
Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia
77
Penyertaan golongan profesional Bumiputera
meningkat, 1990-2003
1990
2002
Profesion
Bumi
Cina
India
Cina
India
Bumi
  • Akauntan
  • Arkitek
  • Doktor
  • Doktor Gigi
  • Doktor Veterinar
  • Jurutera
  • Juru Ukur
  • Peguam
  • JUMLAH

11.2 23.6 27.8 24.3 35.9 34.8 44.7 22.3 29.0
81.2 74.4 34.7 50.7 23.7 58.2 49.6 50.0 55.9
6.2 1.2 34.4 23.7 37.0 5.3 3.7 26.5 13.2
20.0 43.6 38.5 38.2 40.1 43.5 46.0 35.1 37.2
74.6 52.6 29.9 40.3 29.8 50.1 49.3 38.4 50.1
5.1 1.3 27.5 19.1 25.7 5.3 3.1 25.8 11.2
78
Kerasionalan Perkara 153
  • Pendidikan
  • Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan
    matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka
    kepada bukan Melayu
  • IPT mengikut etnik dibenarkan UiTM, UTAR dan
    Kolej Tafe
  • Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi
  • Anggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan
    IPTS
  • Biasiawa telah ditukar kepada PTPTN

79
Rasional Perkara 152
  • Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa
    menggugat bahasa ibonda lain
  • Menjadi bahasa lingua franca
  • Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi
  • Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa
    Melayu

80
  • Kata-kata Tan Siew Sin, Masyarakat bukan Melayu
    menaruh harapan yang besar kebudayaan dan bahasa
    mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh,
    Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya
    tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan
    mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun
    bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada
    pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya
    dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan
    perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil
    hendaklah digalak dan dipelihara, mereka
    bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk
    menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa
    pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan
    berpandangan luas.

81
Rasional Perkara 3
  • Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan
    agama lain
  • Telah bertapak 600 tahun lalu
  • Perkara 160 mendefinisikan Melayu
  • Zaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan adat
    istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajah
  • Perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian
    Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara
    ini
  • Dalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti
    dalam kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan
    Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam
    ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah
    mengiktiraf dan menggunakan undang-undang
    tersebut

82
Kesimpulan
  • Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan
    yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
    dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
    dan rela berkongsi kuasa.
  • Perjanjian sosial atau social contract ini perlu
    diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu
    mempersoalkannya lagi.
  • Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia
    dapat menghindarkan negara Malaysia daripada
    berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh
    merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com