Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

Description:

Title: Slide 1 Author: user Last modified by: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Created Date: 11/21/2003 8:42:49 AM Document presentation format: On-screen Show – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:156
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 21
Provided by: word510
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.


1
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang
besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu
lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am (
Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata
Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan
2
Nama Betul Nama betul dibahagi kepada dua jenis
iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am Kata Nama Am ialah kata yang digunakan
untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda,
dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama
Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.
3
Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
4
  • Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama
  • yang
  • konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat
    dipegang,
  • atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
  • abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat
  • dibayangkan atau dikhayalkan.
  • Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri
    daripada
  • kata asal dan kata nama terbitan.
  • Berikut adalah beberapa contoh kata nama
    terbitan
  • buai - buaian
  • tua - ketua
  • raja - kerajaan
  • tahu - pengetahuan

5
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan
huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh  
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
6
Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya
digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama
ada benda yang bernyawa dan yang tidak
bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah
nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang
tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku,
nama bangunan, dan sebagainya.
7
  • Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut
  • sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
  •  
  •    benda misalnya
  • Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang
  • Tuah, dll
  • b)    orang misalnya
  • Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
  • c)    binatang misalnya
  • Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
  • d)    tempat misalnya
  • Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala
  • Lumpur dll

8
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini
hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam
binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana (kereta), Pilot(pen), Seiko (jam)
9
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas    
Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas
Benda bangunan kereta buku sekolah Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau
Orang doktor kerani guru budak lelaki Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi
Binatang kucing lembu katak ayam burung Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai
Tempat negeri bandar kampung tasek Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana  
Tumbuhan pisang cili jambu limau Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi
10
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am
diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata
nama terbitan boleh diletakkan di awal kata (
awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan
di akhir kata ( apitan )
11
Sila teliti contoh-contoh imbuhan
di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata per- -an, penge--an, peng-.-an, pen--an, pem-.-an, pe-.-an, dan ke--an
12
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan
kata nama terbitan terdiri daripada beberapa
kelas iaitu -
kelas kata kata dasar kata terbitan
kata kerja peraga latih bawa lawan peragawati latihan pembawaan perlawanan
kata sendi oleh untuk perolehan peruntukan
kata nama lombong rumah guru perlonbongan perumahan perguruan
kata adjektif cantik besar tinggi kecantikan pembesar ketinggian
13
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang
menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama
ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu
Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama
Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama
Sendi.     Kata ganti diri ialah kata yang
digunakan untuk menggantikan kata nama
orang 2. Kata ganti diri terdiri daripada
(a) kata ganti diri (pertama,
kedua, dan ketiga) (b) kata ganti
diri singkat (c) kata ganti tanya
(d) kata ganti tempat dan
(e) kata ganti tak tentu.
14
  • Kata Ganti Diri Pertama
  • Kata ganti diri pertama ialah kata
  • yang digunakan untuk menggantikan diri orang
    yang bercakap.
  • 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu
    yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

15
Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
16
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan
Banyak    
Bentuk contoh kata nama diri pertama
tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang
17
Kata Ganti Diri Kedua  Penggunaannya          
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita          
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita          
engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.          
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.          
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.          
kamu (tunggal dan jamak) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.          
18
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri
kedua 1. Awak pekerja yang patuh 2. Kamu semua
adalah murid yang baik 3. Guru mencari
engkau. 4. Anda semua dinasihati membaca soalan
dengan teliti 5. Tunku akan bersiram sekejab
lagi.
19
  • Kata Ganti diri ketiga
  •  
  • Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk
    kepada orang ketiga,kata-kata seperti
  • mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
  • Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada
    dua bentuk iaitu tunggal dan
  • jamak.

        Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya      
        baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan      
        beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin      
        dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan      
        mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang      
20
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri
ketiga.    1. Dia pegawai pendidikan. 2. Mereka
itu orang India. 3. Beliau banyak membantu
penduduk di situ. 4. Ia diburu oleh pihak
polis. 5. Baginda sedang bertitah di atas
singgahsana. 6. Dia menolong bapanya, kata
Sang Murba kepada Sang Samba.  7 "Sekiranya dada
halangan, . akan berangkat esok pagi , kepada
bendahara. 8 "Sertailah peraduan ini.
berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang
lumayan," kata pengacara itu. 9 Wakil rakyat
akan merasmikan mesyuarat itu. jam lagi. 10 "
Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu
dahulu," kata Bagok kepada
pengikut-pengikutnya.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com