Proses-Proses Penerbitan Elektronik - PowerPoint PPT Presentation

1 / 22
About This Presentation
Title:

Proses-Proses Penerbitan Elektronik

Description:

Title: Penerbitan Elektronik Author: agil Last modified by: SYED AGIL Created Date: 8/27/2004 9:10:24 AM Document presentation format: On-screen Show – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:71
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 23
Provided by: agil96
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Proses-Proses Penerbitan Elektronik


1
Proses-Proses Penerbitan Elektronik
  • Syed Agil Alsagoff

2
Konsep Penggunaan Aplikasi dalam Penerbitan
Elektronik Patti Myers
  • Proses P.E
  • Pengambilan data
  • Menentukan struktur data
  • Peningkatan Data
  • Menentukan Susun Atur
  • Indeks
  • Ujian (Testing)
  • Pra-Induk (Pre-mastering)
  • Proses Pengindukan (Mastering)
  • Pemeriksaan
  • Pembuatan

3
Pengambilan data(Data Capture)
  • Pengambilan data menggunakan
  • mesin pengimbas (scanner),
  • kamera digital,
  • kamera video ataupun
  • menerusi laman-laman web di dalam Internet.
  • Proses pengambilan data ini bergantung kepada
  • bilangan kandungan data yang diperlukan,
    kesesuaian data,
  • tempoh hayat sesuatu data yang diperlukan dan
  • penggunaan teknologi untuk merakam dan menyimpan
    kandungan data berkenaan.

4
Menentukan struktur fail (Determining file
structure)
  • Selepas peringkat pengambilan data selesai,
    kandungan data perlu dikenalpasti bentuk format
    yang akan disetor dan diterbitkan kemudian.
  • Data berbentuk tulisan akan diformatkan ke dalam
    bentuk HTML.
  • Data berbentuk audio, grafik, gambar akan
    disimpan dalam bentuk MPEG.
  • Kesesuaian dan pengenalpastian penggunaan format
    data adalah diperlukan bagi memastikan bahawa
    data-data yang telah mengikut format yang betul
    akan dapat disesuaikan dengan sistem komputer
    bagi membolehkan proses penerbitan data
    dipermudahkan.

5
Peningkatan Data (Data enhancement)
  • Pada peringkat ini, kandungan data yang telah
    ditentukan formatnya itu akan digabungkan dengan
    unsur-unsur data lain. Misalnya, data berbentuk
    tulisan akan digabungkan dengan data audio atau
    video bagi menghasilkan suatu penggabungan data
    yang interaktif.
  • Pada peringkat ini juga, proses penggadunan
    kandungan data dibuat dengan mengambil kira
    kesesuaian kandungan data, penjenisan dan
    kategori data yang akan dipilih untuk
    diterbitkan.
  • Pada peringkat ini j proses pencatuman atau
    penyatuan penerbitan elektronik dijalankan untuk
    mensetorkan kandungan maklumat yang telah ditapis
    ke dalam bank data.
  • Jenis teknologi penyimpanan data yang digunakan
    pada peringkat ini ialah pengkalan data
    intelektual (intellectual database technology)
    yang berkeupayaan untuk mengenal pasti dan
    membuat keputusan ke atas keputusan proses storan
    dan proses penyambungan data yang terbaik untuk
    dilaksanakan.

6
Menentukan Susun Atur (Determining layout)
  • Selepas berakhirnya proses peningkatan data,
    suatu peringkat penyusunan susun atur data dibuat
    bagi menyempurnakan flow data-data berkenaan.
  • Pada peringkat ini, beberapa penekanan diambil
    kira dalam proses produksi, iaitu
  • kewajaran susunan data,
  • pengaturan rupahuruf atau rupa taip kandungan
    data,
  • kesesuaian data dengan elemen data tambahan
    seperti grafik, audio, visual dan sebagainya,
  • merangka dan menyusun protokol aliran data supaya
    proses penerbitan data menerusi susun atur
    tersebut akan dapat disempurnakan.

7
Indeks (Indexing)
  • Pada peringkat ini, susun atur aliran data akan
    dicatatkan sebagai rujukan atau indeks, bagi
    membolehkan kod kata indeks yang dipanggil oleh
    pengguna, dapat dibaca dan disenaraikan oleh
    sistem.
  • Sistem dapat menentukan jenis dan kategori
    keperluan kandungan maklumat yang dipilih oleh
    pengguna data berkenaan.
  • Biasanya, seorang petugas akan diberikan
    tanggungjawab untuk menyusun indeks berdasarkan
    kepada kata kekunci maklumat atau nama data bagi
    kemudahan pengguna data berkenaan.

8
Ujian (Testing)
  • Pada peringkat ini, data yang telah disempurnakan
    susun atur dan alirannya, akan diuji sekali lagi
    oleh sistem bagi memastikan kelancaran pengaliran
    data berkenaan.
  • Ujian biasanya dilakukan secara rambang
    sekiranya banyak aplikasi atau produk penerbitan
    elektronik dihasilkan.

9
Pra-Induk (Premastering)
  • Selesai ujian pemeriksaan ke atas pengaliran data
    selesai dilakukan, peringkat pra-induk produk
    yang mengandungi susunatur data dibuat.
  • Pada masa ini, suatu produk utama (master
    product) dibentuk bagi menampungi kesemua
    kandungan maklumat data yang telah disetorkan
    tadi.
  • Data-data yang telah tersusun akan mengalami
    proses penerbitan yang kemudiannya akan
    dipindahkan kepada produk induk sebelum
    disalinkan kepada produk-produk yang lain.

10
Proses Pengindukan (Mastering)
  • Pada peringkat ini, data-data yang telah sedia
    untuk diterbitkan, akan dipindah dan diterbitkan
    ke dalam suatu produk induk yang berteknologi dan
    berkapasiti tinggi.
  • Ia penting bagi memastikan bahawa proses
    penyalinan data daripada produk induk kepada
    produk-produk salinan yang lain.

11
Pemeriksaan (Checking)
  • Pada peringkat ini pula, proses penyalinan data
    daripada produk induk kepada produk salinan telah
    pun selesai dilakukan.
  • Peringkat seterusnya ialah membuat pemeriksan ke
    atas penerbitan produk-produk yang dihasilkan
    itu. Pemeriksaan dilakukan secara rambang tetapi
    teliti, bergantung kepada peratusan produk-produk
    salinan yang diuji.

12
Pembuatan (Manufacturing)
  • Setelah selesai proses pemeriksaan ke atas
    produk-produk salinan dilakukan, barulah
    penerbitan atau pembuatan produk dilakukan dalam
    jumlah yang besar. Pemeriksaan yang dibuat
    sebelum ini menguji ketahanan dan keupayaan
    produk dalam menampungi kandungan data dan
    berjaya menyiarkan data sebagaimana yang
    dikehendaki.
  • Sementara itu proses pembuatan yang telah selesai
    akan diagihkan pula kepada peringkat pembungkusan
    dan pemasaran produk.

13
  • Kebiasaannya proses penerbitan elektronik ini
    dilakukan ke atas produk elektronik yang
    dihasilkan dengan menggunakan teknologi CD-ROM,
    Laser Disk, DVD dan sebagainya. Proses
    penghasilan produk memerlukan penekanan yang
    teliti supaya kerja-kerja penerbitan produk dapat
    disempurnakan dan memiliki kapasiti jangka hayat
    penampungan kandungan data yang lebih lama lagi.
  • Bagi penerbitan elektronik berasaskan kepada
    dokumen bercetak pula, beberapa proses penerbitan
    perlu dipenuhi, di antaranya ialah proses
    pengumpulan maklumat, penyunting, perekaan bentuk
    kandungan, percetakan dan pemasaran produk.

14
Aplikasi P.E
  • Postscript
  • Acrobat Distiller
  • Acrobat Reader
  • Portable Document File (PDF)
  • Hyper Text Markup Language (HTML)

15
Format Teks
  • Pada kebiasaannya, apabila seseorang mengirimkan
    teks atau grafik kepada seorang individu lain,
    dia boleh menggunakan aplikasi pemperosesan
    Microsoft Word. Penerima boleh menerima teks
    tersebut dengan menggunakan Adobe Pagemaker atau
    Acrobat.
  • Masalah yang dihadapi oleh penerima maklumat
    menggunakan aplikasi ini ialah apabila maklumat
    tersebut dipaparkan di skrin atau apabila ia akan
    dicetak. Ini adalah kerana format Word memiliki
    sambungan .Doc. yang tidak dapat dibaca oleh
    kesemua aplikasi yang lain.

16
Format Grafik
  • Penerbitan teks dan grafik menerusi aplikasi
    sedia ada dipindahkan kepada format ASCII. Format
    ini menyingkirkan saiz dan stail rupa huruf,
    perbezaan font, grafik dan diagram serta hanya
    menerima isi kandungan total dokumen itu tadi.
  • Dalam hal ini, capaian penghantaran menerusi
    e-mail dikatakan popular di akalangan pengirim
    mesej kerana mesej yang dikirimkan kepada
    penerima dapat dikekalkan dari segi struktur
    kandungan mesej tersebut.

17
Format Mel Elektronik
  • Pemprosesan mel seperti LISTSERV dan Majordomo
    digunakan oleh para penerbit elektronik untuk
    menyiarkan kandungan maklumat mereka. Format
    sebegini sebenarnya sesuai digunakan dalam proses
    perbincangan maklumat, berbanding degan sistem
    penghantaran dokumen dalam talian yang diperlukan.

18
Portable Document Format (PDF)
  • Adobe telah meperkenalkan suatu format dokumen
    berasaskan kepada struktur mudah alih pada tahun
    1993 yang dikenali sebagai Portable Document
    Format (PDF).
  • Dengan menggunakan format PDF, dokumen-dokumen
    yang dikirimkan akan dipandukan oleh penyelia
    dokumen untuk menghasilkan suatu isyarat yang
    sama kepada pencetak khas bagi menghasilkan fail
    PDF.
  • Pemandu pencetak tersebut dikenali sebagai
    Acrobal Disitiller. Ia menukarkan dokumen atau
    file Postscipt kepada format fail mudah alih
    (Portable Document File).
  • Kemudiannya, fail atau dokumen PDF ini akan
    disalurkan kepada Acrobat Reader bagi membolehkan
    pengguna membaca dan melihat struktur fail atau
    dokumen mengikut format asal menerusi Internet.

19
Penggunaan HTML Dalam Penerbitan Elektronik
  • Hyper Text Markup Language (HTML) merupakan suatu
    sistem format penulisan di dalam Internet boleh
    dianggap sebagai suatu sistem piawai standard
    yang dpat menggantikan fungsi Acrobat.
  • Ia digunakan secara meluas dalam bidang
    penerbitan elektronik . Ia mudah digunakan dan
    boleh dicapai oleh semua jenis komputer peribadi.
  • HTML dianggap sebagai suatu format penulisan yang
    fleksibel dan membolehkan pengguna berkongsi
    sistem penghantaran dan penerimaan fail atau
    dokumen di dalam Internet.

20
Model CAPDM
21
Model CAPDM
  • Capture
  • Author
  • Publish
  • Deliver
  • Manage
  • Pengurusan Perolehan
  • Pengurusan Penciptaan/perekaan data
  • Pengurusan Penerbitan
  • Pengurusan Penghantaran Produk

22
  • Kesimpulan
  • Penggunaan aplikasi dalam penerbitan elektronik
    adalah bergantung kepada keupayaan perolehan,
    penformatan dan pengagihan serta pemasaran data
    agar ia dapat disampaikan kepada pengguna dengan
    berkesan, mengalami kelajuan yang pantas dan
    sempurna.
  • Kesesuaian pemakaian format yang dibentuk dalam
    sesuatu dokumen atau fail yang hendak dihantar
    kepada pengguna memerlukan suatu penekanan
    teknologi yang terperinci dan kompleks. Ini
    adalah untuk memastikan bahawa penghantaran
    kandungan data tersebut melalui format yang
    betul, boleh dibaca oleh sistem dan dicetak sama
    seperti keadaan asal.
  • Pemilihan terhadap aplikasi dalam penerbitan
    elektronik ini menggalakkan pertumbuhan dan
    perkembangan kandungan data yang berterusan bagi
    menyokong teknologi penerbitan elektronik sedia
    ada. Ini termasuklah dengan mencambahkan
    kepelbagaian fungsi Internet sebagai medium
    pendukung aliran maklumat yang penting pada hari
    ini.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com