INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 24
About This Presentation
Title:

INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Description:

institut aminuddin baki kementerian pendidikan malaysia – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:172
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 25
Provided by: Ministr108
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
PENGURUSAN
MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
2
PENGENALAN
  • Pengurusan ialah satu proses yang dilalui untuk
    mencapai matlamat tertentu
  • Pelaksanaannya memerlukan kerjasama antara pihak
    pengurusan dan kakitangan umum
  • Proses pengurusan melibatkan beberapa unsur
  • Matlamat
  • Sistem
  • Kaedah
  • Pengurus
  • Kakitangan
  • Alat ( teknologi )

3
Pengurusan sebagai cara atau kemahiran
melaksanakan sesuatu tugasan menerusi manusia. (
Mary Follet )Pengurusan sebagai
aktiviti-aktiviti kumpulan manusia yang tersusun,
melaksanakan tugas secara paling berkesan,
kerjasama, harmoni dan membuat keputusan yang
rasional. Ianya merupakan satu proses dimana
matlamat digubal dan dicapai dan keadaan-keadaan
diubah. ( Muhammad al-Burney )
4
Pengurusan Islam
  • Pengurusan Islam ialah proses yang menjadikan
    aqidah Tauhid ( iman ) sebagai landasan dan
    pegangannya.
  • Aqidah Islam akan menentukan matlamat sesebuah
    organisasi.

5
MODEL RAJAH PENGURUSAN ISLAM
6
Aqidah Islam
Persekitaran Luar Organisasi
Persekitaran Dalam Organisasi
Syura
ORGANISASI
Kakitangan
Pengurus
Sumber-Sumber
Output
7
Aqidah tauhid akan membentuk bukan sahaja
pengurus dan pekerja, malah persekitaran di dalam
dan di luar organisasi
8
  • Dalam perkara yang tidak bercanggah dengan nas
    ( Quran dan Hadis ) pengurus merancang,
    melaksanakan tugas, mengeluarkan arahan dan
    memastikan aktiviti jabatannya menuju ke arah
    pencapaian matlamat organisasi.
  • Kakitangan organisasi yang bersungguh-sungguh
    mengamalkan Islam akan meneruskan amalan ini di
    dalam dan di luar organisasi

9
  • Sekiranya kefahaman Islam berjalan dalam
    masyarakat kesan aqidah anggota organisasi maka
    komitmen di kalangan orang ramai akan saling kuat
    menguat antara satu sama lain.
  • Organisasi akan bekerja untuk mengeluarkan
    barangan-barangan dan perkhidmatan yang selari
    dengan roh syariah
  • Pengguna pula akan terdorong menggunakan barangan
    dan perkhidmatan tersebut kerana wujud ikatan
    aqidah yang kuat sesama mereka

10
Prinsip Pengurusan Islam
  • Mencari keredhaan Allah
    ( At-Taubah 9 72, Al-Rum 30 38 )
  • Melaksanakan makruf dan mencegah mungkar
    ( Ali Imran 3 104,
    110 )
  • Menjaga kesejahteraan masyarakat
    ( Al-Baqarah 2 148, Al-Qasas
    28 77 )
  • Membangun individu semaksimum mungkin
    ( Ali Imran 3 134,
    Al-Hujarat 49 13 )

SAMBUNGAN
11
  • Melaksanakan syura
    ( Ali Imran 3 159, Asy-Syuura 42
    38 )
  • Mewujudkan jamaah
    ( As-Saff 61 4 )
  • Berlaku adil
    ( Al-Maaidah 5 8, An-Nisaa 4 129 )
  • Berlaku ihsan ( kebajikan )
    ( An-Nahl 16 90 )
  • Membuat keputusan sesuai dengan prinsip-prinsip
    Islam ( Al-Maaidah 5 44,
    45, 47, 50 )

12
Syarat Penerapan Pengurusan Islam
  • Difahami dan diyakini oleh pihak pengurusan
    terlebih dahulu.
  • Program kesedaran dan peningkatan ilmu Islam
    hendaklah konsisten pada seluruh kakitangan
    organisasi
  • Pembimbing organisasi hendaklah dari mereka yang
    lebih memahami Islam untuk tujuan membimbing
    kakitangan lainnya.
  • Persekitaran dalaman hendaklah jangan mengganggu
    pertumbuhan kefahaman Islam di kalangan pekerja

13
Ciri-Ciri Pengurusan Organisasi Islam
  • Bekerjasama
  • Musyawarah
  • Kebolehan Asas Pembahagian Tanggungjawab
  • Perhubungan berdasarkan hikmah
  • Kepimpinan Organisasi Berasaskan Konsep Rain
  • Berorientasikan kesedaran dan sistematis

14
Bekerjasama
  • Dalam hal kebajikan sahaja
  • Melarang penekanan dan konflik
  • Pembahagian tugas dalam konteks kerjasama
  • Kerjasama antara semua bidang

15
Musyawarah ( syura )
  • Penyertaan dan perbincangan mendalam oleh semua
    anggota terlibat yang berkemampuan dalam bidang
    masing-masing
  • Syura wajib dalam menyelesaikan urusan kehidupan
    ( 42 38 )
  • Syura proses pengurusan dan kehidupan organisasi
  • Tidak semestinya suara majoriti

16
Kebolehan Asas Pembahagian Tanggungjawab
  • Kemahiran yang diperlukan oleh tugas dan
    organisasi
  • Adil berdasarkan kepakaran seseorang
  • Melanggar kehendak profesionalisme ini dianggap
    pecah amanah

SAMBUNGAN
17
  • Kesannya kemerosotan prestasi dan produktiviti
  • Hadis Apabila diserahkan sesuatu urusan
    kepada bukan ahlinya, tunggulah masa
    keruntuhannya. ( Riwayat Muslim )
  • Ini kerana tugas itu adalah amanah
  • Hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin

18
Perhubungan Berdasarkan Hikmah
  • Hubungan mesra dan hormat menghormati
  • Berhikmah dalam percakapan dan arahan
  • Pengurusan moden perbezaan pekerja dan majikan
    amat ketara wujud konflik
  • Majikan memerah pekerja demi keuntungan

19
Kepimpinan Organisasi Berasaskan Konsep Rain
  • Pemimpin berfungsi menjaga kebajikan pekerja
    dalam organisasi dan kehidupan mereka
  • Pemimpin bertindak sebagai imam dalam organisasi
  • Berakhlak mulia dan dihormati
  • Sedar kepimpinannya akan dihisab di akhirat
  • Ia mesti berpandangan jauh dan mempunyai visi

20
Berorientasikan Kesederhanaan dan Sistematis
  • Mudah dan sederhana dalam segala urusan
  • Sistematik, berkesan dan berakauntabiliti
  • Hadis Berikanlah kesenangan dan bukannya
    masalah, berikanlah kesejahteraan dan bukannya
    penindasan. ( Riwayat Bukhari, Muslim )

21
Teknik-Teknik Pengurusan Islam
  • Perancangan memilih matlamat, polisi untuk
    mencapai matlamat. ( At-Taubah 9
    122 )
  • Perorganisasian merekabentuk struktur tugas dan
    hubungan antara tugas ( As-Saff 61 4
    )

SAMBUNGAN
22
  • Pengambilan Kakitangan menempatkan individu
    dalam organisasi ( Al-Baqarah 2
    247, Yusuf 12 55 )
  • Pengarahan mengurus secara interpersonal (
    An-Nisa 4 59 )
  • Pengawalan menilai dan membetulkan
    aktiviti-aktiviti ( Al-Baqarah 2
    107, 108, 257, Ali Imran 3 139, Al-Mukmin 40
    51, Al-Hujarat 49 17 )

23
KESIMPULAN
  • Pengurusan Islam adalah berbentuk sistematik
  • Pengurusan Islam hendaklah mempengaruhi
    persekitaran dalaman dan luaran untuk mewujudkan
    keseimbangan
  • Untuk mencapai matlamat ini program pendidikan
    berterusan hendaklah dilaksanakan dalam dan luar
    organisasi

SAMBUNGAN
24
  • Pengurusan Islam bersifat universal dan kekal.
    Oleh itu ia sesuai diamalkan di mana-mana sahaja
    dan dalam apa jua keadaan
  • Firman Allah Kerosakan dan keburukan telah
    tersebar di bumi dan di laut disebabkan perbuatan
    tangan manusia, dengan itu Allah memberi manusia
    itu merasakan sebahagian dari akibat usaha mereka
    sendiri semoga manusia itu kembali kepada-Nya.
    ( Ar-Rum 41 )
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com