BAB 9 - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

BAB 9

Description:

BAB 9 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM Kandungan Pendahuluan Prinsip pemerintahan dan pentadbiran Islam Mentauhidkan Allah Risalah Rasulullah Khilafah – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:57
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 17
Provided by: word1008
Category:
Tags: bab | masa | pengurusan

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB 9


1
  • BAB 9
  • PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM
  • Kandungan
  • Pendahuluan
  • Prinsip pemerintahan dan pentadbiran Islam
  • Mentauhidkan Allah
  • Risalah Rasulullah
  • Khilafah
  • Ciri Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
  • Konsep khilafah, Imamah dan Imarah
  • Pemerintahan Rasulullah
  • Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
  • Institusi Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
  • Majlis syura
  • Jawatankuasa hisbah

2
  • Pengenalan
  • Kepimpinan Rasulullah dan khulafa al-rasyidin
    merupakan model pemerintahan kurun terbaik dlm
    sejarah Islam dan mengandungi qudwah hasanah
  • Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya
  • Sahabat-sahabat diibaratkan bintang-bintang di
    langit. Sekiranya kamu mengikut mereka, nescaya
    akan mendapat petunjuk

??????? ????? ?????? ??? ??????? ??????? ????????
????????? Demi sesungguhnya adalah bagi kamu
pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik
(al-Ahzab 21)

3
  • Prinsip Pemerintahan dan Pentadbiran
  • Sistem pemerintahan sebagai salah satu dari
    kewajipan agama dan syariah berlandaskan al-Quran
    dan al-Sunnah. Bertujuan lahirkan negara dan
    ummah yang mardhatillah bagi mencapai kebahagian
    akhirat
  • Asas falsafah dan prinsip pemerintahan Islam
    ialah
  • Mentauhidkan Allah
  • Menyedari bhw segala kuasa dan hak pemerintahan
    adalah milik mutlak Allah sebagai penguasa,
    pentadbir, pemilik kerajaan langit dan bumi.
    Tiada lain yang berhak melainkan Allah jua.
  • Inilah yang dimaksudkan dengan tauhid Uluhiyyah
    (hanya Allah sahaja yang berhak disembah) dan
    tauhid Rububiyyah (Dialah Pencipta, pemerintah
    dan pemilik segalanya)
  • Risalah Rasulullah
  • Iaitu Rasulullah s.a.w satu-satunya utusan Allah
    s.w.t untuk memimpin dan membimbing manusia ke
    jalan kebenaran serta menjadi contoh teladan
    (role model)
  • Rasulullah s.a.w dibekalkan al-Quran untuk
    dijadikan panduan kepada umat manusia

4
  • Khilafah
  • Manusia dicipta oleh Allah di muka bumi sebagai
    khalifah untuk memikul amanah dan tanggungjawab
  • Antara tugas manusia ialah memakmurkan alam.
    Setiap anugerah seperti pangkat, kekayaan dan
    kekuasaan datang bersama amanah yang bakal
    dihitung di akhirat kelak.
  • ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?
  • Kemudian Kami (Allah) jadikan kamu sebagai
    khalifah di muka bumi sesudah mereka, supaya Kami
    nilaikan aapa yang kamu perbuat (Yunus 14)
  • Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya
  • Ia (pemimpin) adalah amanah. Pada hari kiamat ia
    menjadi punca kehinaan dan penyesalan, kecuali
    mereka yang mengambilnya dengan haknya dan
    menunaikan kewajipan-kewajipan..

5
  • Ciri-ciri Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
  • Pemerintah mentauhidkan Allah
  • Menjadikan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber
    rujukan
  • Mewujudkan perlembagaan yang meletakkan ketaatan
    kepada Allah dan Rasul
  • Konsep khalifah yang memegang amanah
  • Wujud sistem syura
  • Mengutamakan keadilan, persamaan dan kebebasan
  • Memelihara akhlak
  • Berusaha mencapai keredhaan Allah dan kejayaan
    (dunia dan akhirat)

6
  • Konsep Khilafah, Imamah dan Imarah
  • Dalam sistem pemerintahan Islam, istilah Siasah
    Syariyyah sering digunakan yang bererti ilmu
    ketatanegaraan, ilmu kenegaraan dan ilmu
    pengetahuan berkaitan dgn kegiatan manusia utk
    peroleh kuasa
  • Siasah bermakna perintah melakukan pembaikan dan
    mendidik. Iaitu pemerintah memimpin rakyat ke
    arah kebaikan
  • Segi praktikalnya siasah syariyyah ialah sistem
    dan peraturan yang diwujudkan bagi memelihara dan
    mendaulatkan negara dan pemerintahan serta
    melaksanakan syariat Allah

7
  • Khilafah
  • Asal perkataan ialah khalafa iaitu pengganti kpd
    org terdahulu / menggantikan org lain
  • Khalifah diertikan sebagai ketua negara /
    masyarakat
  • Saidina Abu Bakar merupakan pemegang jawatan
    khalifah pertama dlm pemerintahan Islam selepas
    kewafatan Rasulullah.
  • Hakikatnya, umat Islam merupakan khalifah yg
    bertanggungjawab melaksanakan amanah bg
    mentadbir, mengurus, memakmurkan bumi seterusnya
    melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
  • Nabi Adam khalifah pertama (manusia)
  • ? ? ? ? ? ? ? ? ?
  • Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami
    hanya menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu
    tidak akan dikembalikan kepada Kami?(al-Mukminun1
    15)

8
  • Imamah
  • Khalifah juga disebut sebagai imamah .
  • Orang melaksanakan / beroleh kuasa dikenali ulil
    amri _at_ imam. Dalam konteks sekarang dikenali
    sbg. sultan, raja, perdana menteri dsb.
  • ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?
  • Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada
    Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari
    kalangan kamu.(an-Nisaa 59)
  • Elemen berkaitan khalifah dan imamah
  • Kuasa mutlak adalah milik Allah
  • Khalifah sbg pemegang amanah / wakil utk tadbir
    alam
  • Tujuan khalifah ialah utk memastikan manusia
    bertindak sejajar dgn Allah dan Rasul
  • Hukum menegakkan imamah Islam adalah wajib

9
  • Sebaik-baik calon khalifah ialah dari mereka yang
    soleh
  • ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?
  • Allah menjanjikan orang yang beriman dan
    beramal soleh dari kalangan kamu (Muhammad)
    bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang
    memegang kuasa pemerintahan di bumi..(an-Nur 55)
  • Tugas Khalifah dan Imam terhadap alam
  • mewujudkan kesejahteraan
  • tidak berlaku zalim
  • tidak rakus dalam menikmati hasil alam sehingga
    melakukan pencemaran dan kemudharatan
  • mengkaji alam utk kebaikan dan mengenal Allah
  • Berhati-hati dlm menikmati alam ini kerana ia
    adalah amanah
  • memahami alam tidak kekal, tetapi akhirat tempat
    kembali dan kekal

10
  • Imarah
  • Berkait rapat dgn khilafah dan imamah. Ia
    bererti pemerintah atau pemimpin umum berkaitan
    dengan hidup di dunia utk kesejahteraan akhirat
    spt raja, perdana menteri, khalifah dsb.
  • Kesimpulan
  • Khilafah, imamah dan imarah ialah konsep yg
    berkaitan dgn pentadbiran, pemerintahan dan
    jawatan dlm Islam
  • Ianya bertanggungjawab
  • Memelihara kebajikan masyarakat
  • Memastikan mereka mentaati syariat
  • Mencotohi kehidupan Rasulullah
  • Menegakkan amar maaruf dan nahi mungkar

11
  • Pemerintahan di Zaman Rasulullah s.a.w
  • Usaha-usaha pentadbiran dan pemerintahan baginda
    di Madinah
  • mendirikan masjid yang menjadi tempat ibadat,
    perhimpunan dan pusat pentadbiran
  • menyatukan dan mempersaudarakan masyarakat yang
    berbilang kaum
  • membentuk perlembagaan dan negara Islam
  • membentuk majlis syura yang terdiri dari kalangan
    sahabat dan diketuai oleh baginda
  • memperkenalkan sistem ekonomi Islam seperti
    mudharabah, wadiah dan menghapuskan riba
  • mengasaskan undang-undang/syariat dalam seluruh
    aspek kehidupan
  • menjamin keadilan dan hak warganegara

12
  • Pemerintahan di Zaman Khulafa al-Rasyidin
  • Terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq, Umar al
    Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib
  • Mereka merupakan sahabat yang pernah berjuang
    menegakkan Islam bersama nabi
  • Konsep pemerintahan yg diaplikasikan oleh
    Khulafa al-Rasyidin dlm pemerintahan
  • Keadilan
  • Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada
    tempatnya iaitu melaksanakan sesuatu tindakan dan
    hukuman yang bersesuaian
  • Keadilan termasuk sebahagian amanah yg wajib
    dilaksanakan.
  • Contoh keadilan Saidina Umar sering melakukan
    rondaan waktu malam untuk menyiasat masalah
    rakyat. Beliau telah mengarahkan pihak Baitulmal
    membantu seorang lelaki tua Yahudi yang hidup
    melarat kerana kerajaan telah mengutip jizyah
    (cukai) yang dikenakan ke atas orang kafir.

13
  • Kesamarataan dan persamaan
  • Persamaan (musawwah) ada kaitan bahawa umat Islam
    adalah bersaudara. Hak dan kedudukan manusia di
    sisi Allah adalah sama dan yang membezakannya
    adalah taqwa.
  • Hak rakyat dilayan dengan adil dan saksama.
  • Orang bukan Islam (kafir zimmi) yg tinggal di
    bawah pemerintah Islam tidak boleh dizalimi
  • Di zaman Khulafa al-Rasyidin, orang Islam
    diwajibkan bayar zakat, manakala orang bukan
    Islam dikenakan jizyah
  • Kebebasan
  • Kebebasan bermaksud bebas dalam lingkungan yang
    dibenarkan syarak.
  • Contoh kebebasan - Khulafa al-Rasyidin memberi
    kebebasan kepada rakyat mengamalkan agama masing
    namun tertakluk kepada peraturan demi menjaga
    keharmonian / keamanan

14
  • Ketelusan
  • Khulafa al-Rasyidin sentiasa mengamalkan prinsip
    ketelusan dalam pemerintahan kerana dosa dan
    pahala tidak boleh dipisahkan daripada urusan
    sebagai ketua negara.
  • Sikap telus dalam setiap perkara menggambarkan
    kejujuran dalam melaksanakan amanah
  • Sesuatu yang bukan hak pemerintah akan diberikan
    kepada yang berhak atau diberikan kepada Baitulmal

15
  • Institusi Pemerintahan dan Pentadbiran Islam
  • Majlis syura
  • Syura bermaksud perundingan / perbincangan /
    nasihat. Ianya dilaksanakan dalam hal ehwal
    pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
  • Sebelum keputusan dicapai terlebih dahulu
    diadakan majlis syura.
  • Sistem syura berlawanan dgn sistem autokrasi
    (pemerintahan bersifat kuku besi iaitu pemerintah
    mempunyai kuasa mutlak)
  • Rasulullah dan para sahabat menggunakan
    pendekatan syura dalam pemerintahan. Contoh, nabi
    menerima pandangan membina parit keliling Madinah
    dalam peperangan Khandak
  • Ciri-ciri ahli syura adil, luas ilmu,
    berhikmah, cerdas, cergas, mempunyai kemahiran
    dan kepakaran dalam pelbagai bidang
  • Antara tugas ahli syura
  • Memilih, melantik dan melucutkan jawatan Khalifah
  • Melakukan ijtihad
  • Menafsir al-Quran
  • Menasihati kerajaan / pemerintah

16
  • Contoh ahli syura zaman Saidina Umar al-Khattab
  • Ketua Muhajirin dan Ansar, Ulama, Panglima
    tentera dan Khalifah
  • Urusan syura di zaman Rasulullah adalah mengenai
    hal-ehwal
  • Pentadbiran dan pengurusan negara
  • Peperangan
  • Perlantikan jawatan penting
  • Masyarakat yang melibatkan persoalan ijtihad
  • Membuat keputusan bagi permasalahan yang timbul
  • Jawatankuasa Hisbah
  • Hisbah bermaksud menyeru kepada kebaikan dan
    cegah kemungkaran.
  • Pegawai pelaksana disebut Muhtasib
  • Peringkat Islam institusi hisbah berperanan
    mengawasi dan menyelia pasar berkaitan harga
    barangan, sukatan dan timbangan, hak pengguna
    dsb.
  • Dlm konteks hari ianya boleh dikaitkan dengan
    KPDNHEP, SPRM dsb.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com