MINGGU 4 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 17
About This Presentation
Title:

MINGGU 4

Description:

Title: MINGGU 4 Author: FBMK Last modified by: Che Ibrahim Salleh Created Date: 6/22/2005 1:13:36 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:121
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 18
Provided by: FBMK
Category:
Tags: minggu | quack

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 4


1
MINGGU 4
TEORI ASAL USUL BAHASA
2
HASIL PEMELAJARAN
  • Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan
  • gt teori asal-usul bahasa melalui pendekatan
    tradisional dan moden.
  • gt asal-usul bahasa Melayu.

3
ASAL-USUL BAHASA
  • ANALOGIS
  • Suatu gejala semula jadi dan mempunyai logik yang
    tersendiri
  • Setiap kata dasar dapat diperincikan asal-usul
    dan makna
  • ANOMALIS
  • Bahasa tidak regular dan
  • tiada hubungan antara kata dengan alam semula jadi

4
TEORI ASAL-USUL BAHASA
  • MONOGENETIK
  • Beranggapan bahawa bahasa berasal daripada satu
    sumber, dan kemudian berpecah kepada beberapa
    bahasa lain di dunia. Sumber bahasa yang utama
    itu dianggap pemberian kudus daripada Tuhan
  • POLIGENETIK
  • Beranggapan bahawa sumber kejadian bahasa
    bukanlah satu tetapi pelbagai. Dengan kata lain,
    bahasa diwujudkan oleh pelbagai faktor yang
    dipengaruhi pula oleh pelbagai konteks

5
TEORI ASAL-USUL BAHASA
  • PENDEKATAN TRADISIONAL
  • Fasa kedewaan dan kepercayaan
  • Fasa organis teori bow-wow, teori pooh-pooh,
    teori ding-dong, teori yo-he-ho, teori gerak
    geri, teori muzikal, dan teori kontak
  • PENDEKATAN MODEN
  • Faktor fizikal dan psikologikal dalam
    perkembangan bahasa

6
PENDEKATAN TRADISIONAL FASA KEDEWAAN
  • Pada abad ke-17, seorang ahli filologi Swedia
    mengatakan bahawa Tuhan menggunakan bahasa
    Swedia. Nabi Adam menggunakan bahasa Denmark, dan
    naga menggunakan bahasa Perancis.
  • Bahasa di syurga ialah bahasa Belanda.
  • Pada abad ke-17, Raja Mesir membuat eksperimen
    tentang asal-usul bahasa. Bahasa pertama di dunia
    ialah bahasa Phrygia.
  • Versi Cina pula mengatakan bahawa Tuhan
    mengajarkan bahasa manusia melalui seekor
    kura-kura.
  • Amaterasu, Tuhan orang Jepun mengajarkan bahasa
    Jepun.
  • Nabu, Tuhan orang Babilonia mengajarkan bahasa
    kepada keturunan mereka.
  • Brahmana mengajarkan tulisan Hindu.

7
FASA ORGANIS TEORI BOW-WOW
  • Bahasa lahir hasil daripada peniruan bunyi alam
    semula jadi seperti salakan anjing atau ciakan
    burung. Oleh itu, teori ini dikenali juga dengan
    nama teori Onomatopia.
  • Banyak kata yang ditiru langsung daripada bunyi
    alam, iaitu simbolisme bunyi. Contoh kokok,
    ketak, dentum, wakwak, pitpit, citcak, dentam,
    quack, cuckoo, peeuit, splash, sneeze, grunt,
    bump
  • Orang primitif meniru bunyi satwa peliharaan,
    satwa buruan atau bunyi alam yang didengarnya.
  • Kata pertama ialah tiruan terhadap hujan, angin,
    sungai, ombak dan sebagainya.

8
FASA ORGANIS TEORI POOH-POOH
  • Nama pooh-pooh diberi oleh penentang teori
    Evolusi Darwin.
  • Bahasa berasal daripada bentuk primitif, iaitu
    daripada ekspresi emosi sahaja.
  • Bahasa wujud hasil daripada luahan atau jeritan
    emosi semula jadi kerana sakit atau seronok.
  • Udara yang keluar daripada hidung dan mulut akan
    mengeluarkan bunyi pooh atau pish.
  • Teori ini tidak menerangkan sifat artikulasi
    bahasa, dan tidak mengaitkan bunyi bahasa itu
    dengan lambang.
  • Seruan merupakan bentuk linguistik yang terawal,
    iaitu yang berupa panggilan, laungan, ajakan dan
    anjuran.

9
FASA ORGANIS TEORI DING-DONG
  • Wujud hubungan yang harmoni antara bunyi dengan
    makna, iaitu bahasa lahir secara alamiah.
  • Makna terbahagi dua, iaitu makna sosial dan makna
    linguistik. Makna linguistik pula terbahagi dua,
    iaitu makna leksikal dan makna struktural.
  • Manusia memiliki kemampuan yang istimewa untuk
    mengeluarkan ekspresi ujaran, dan setiap
    rangsangan luaran yang diterima akan diberi
    ekspresi pertuturan.
  • Ketika ujaran, wujud tiga suasana, iaitu
    rangsangan penutur, ujaran (tindak balas penutur
    dan rangsangan pendengar), dan tindak balas
    pendengar.
  • Teori ini tidak menerangkan apa-apa tentang
    asal-usul bahasa.

10
FASA ORGANIS TEORI YO-HE-HO
  • Bahasa tercipta daripada bunyi yang dihasilkan
    oleh sekumpulan manusia ketika bekerjasama
    melakukan sesuatu.
  • Bunyi wujud dengan tidak disengajakan akibat
    penggunaan tenaga dan hembusan udara, seperti
    mengangkat rumah, pokok, batu
  • Ucapan tertentu wujud kerana gerakan otot, dan
    pita suara bergetar lalu terciptalah ucapan
    khusus. Bunyi itu berkembang, dan akhirnya
    menjadi kata yang bermakna, seperti bunyi house,
    left, angkat
  • Konsep bunyi yang dikemukakan dalam teori ini
    dapat menerangkan kejadian vokal dan konsonan
    dalam ujaran
  • Bahasa pertama lahir akibat daripada kegiatan
    sosial, dan tujuan utamanya untuk berkomunikasi
    antara manusia dalam konteks budaya tertentu.

11
FASA ORGANIS TEORI GERAK GERI
  • Kewujudan bahasa berasaskan gerak geri satwa, dan
    masyarakat primitif. Ini menunjukkan bahawa gerak
    mendahului pertuturan dalam semua aktiviti
    kehidupan.
  • Pergerakan yang berbeda akan menghasilkan bunyi
    yang berbeda. Bunyi ini akhirnya akan
    menggantikan pergerakan untuk digunakan secara
    meluas.
  • Teori ini mengatakan bahawa masyarakat yang
    semakin maju memerlukan isyarat yang lebih tepat
    untuk menyatakan sesuatu. Ini bermakna isyarat
    mendahului ujaran.
  • Dalam beberapa hal, isyarat tidak dapat
    digunakan, seperti di tempat gelap atau sedang
    membawa sesuatu. Oleh itu, mereka memerlukan
    isyarat lisan, yang akhirnya berkembang menjadi
    bahasa.

12
FASA ORGANIS TEORI MUZIKAL
  • Bahasa berasal daripada nyanyian atau bahasa
    berirama.
  • Sejarah perkembangan bahasa mempunyai haluan yang
    sama sejak adanya manusia dan bahasa pada zaman
    dini.
  • Bahasa primitif terdiri daripada perkataan atau
    ungkapan yang panjang, dan menyakitkan rahang
    apabila membunyikannya.
  • Bahasa mempunyai jeda muzik/irama yang luas,
    sejenis nyanyian tanpa kata, untuk tujuan
    ekspresi semata-mata, bukannya tujuan komunikasi.
    Ekspresi yang paling kuat ialah ekspresi CINTA
    (suka sekali, sayang benar, perasaan atau
    berperasaan)

13
FASA ORGANIS TEORI KONTAK
  • Bahasa wujud daripada keinginan semula jadi
    manusia untuk berhubung sesama mereka dalam
    kehidupan sehari-hari. Oleh itu, bahasa dini
    ialah bahasa imperatif, iaitu terdiri daripada
    perintah, suruhan, arahan, larangan
  • Peringkat kelahiran bahasa
  • Bunyi kontak (ekspresi bukan komunikasi)
  • Jeritan (bersifat komunikatif untuk tujuan
  • persekitaran bukannya individu, dan tujuan
    mengawal bahaya)
  • Panggilan (memenuhi keperluan individu)
  • Perkataan (fungsi simbolik dan kiasan)

14
PENDEKATAN MODEN
  • Mekanisme artikulasi manusia memungkinkan
    terhasilnya ujaran yang lengkap. Namun, faktor
    psikologi juga turut membantu perkembangan bahasa
    yang baik dan berkesan.
  • Kesan psikologi terhadap benda, perkara atau
    peristiwa dinyatakan dalam bentuk ujaran. Oleh
    itu, ujaran ialah hasil kemampuan manusia untuk
    mengenal pasti gejala sebagai lambang dan
    keinginan untuk mengungkapkan lambang itu dalam
    pelbagai konteks.
  • Ahli Antropologi menyimpulkan bahawa manusia dan
    bahasa berkembang bersama. Apabila manusia
    mempunyai kemampuan, menemukan ketrampilan dan
    mempergunakan alat, maka mulailah mereka
    berbicara.

15
PENDEKATAN MODEN
  • Ada yang mengatakan bahawa perkembangan bahasa
    sama seperti bayi yang berkembang menjadi dewasa.
    Ucapan bayi akan berkembang menuju kemantapan dan
    ketuntasan.
  • Perkembangan bahasa selari dengan perkembangan
    budaya dan peradaban. Ini demikian kerana manusia
    dianugerahi konsep kebahasaan dan kemampuan
    berbahasa, dan dengannya manusia berupaya
    mengkonsepkan alam sekitar melalui ujaran yang
    merupakan penampilan kebahasaannya.

16
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
  • Dua kelompok nenek moyang orang Melayu
  • gt Yunan, China Melayu proto atau Melayu kuno.
    Tiba di Nusantara sejak SM 2,500
  • gt Asia Tengah Melayu Deutro atau Melayu moden.
    Tiba di Nusantara sejak SM 1,500
  • Melayu proto berpecah menjadi orang Jakun, Laut,
    Kanak, Temuan, Biduanda
  • Melayu Deutro memperkembang bahasa Jawa, Dayak,
    Minangkabau, Batak, Visaya

17
KESIMPULAN
  • Asal-usul bahasa digarap oleh golongan Analogis
    dan Anomalis.
  • Golongan Analogis mewujudkan teori Monogenetik,
    dan golongan Anomalis newujudkan teori
    Poligenetik.
  • Pendekatan tradisional melihat asal-usul bahasa
    daripada dua fasa, iaitu fasa kedewaan dan
    kepercayaan, dan fasa organis.
  • Pendekatan moden melihat bahasa melalui fakta
    fizikal dan psikologikal.
  • Bahasa Melayu berasal daripada dua kelompok asal
    orang Melayu, iaitu dari Yunan, China, dan Asia
    tengah.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com