ISU JIHAD DAN KEGANASAN - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

ISU JIHAD DAN KEGANASAN

Description:

ISU JIHAD DAN KEGANASAN Salah faham Barat Islam sering dilabelkan sebagai pengganas. Islam-phobia. Media tidak memperbesarkan keganasan yang dilakukan oleh masyarakat ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:459
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 32
Provided by: NEW100
Category:
Tags: dan | isu | jihad | keganasan | hukum | ilmu

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ISU JIHAD DAN KEGANASAN


1
ISU JIHAD DAN KEGANASAN
2
Salah faham Barat
  • Islam sering dilabelkan sebagai pengganas.
  • Islam-phobia.
  • Media tidak memperbesarkan keganasan yang
    dilakukan oleh masyarakat bukan Islam terhadap
    muslim, seperti Israel, Bosnia, Rusia, China,
    Thailand dll.
  • Keganasan di kalangan masyarakat bukan Islam
    sesama mereka sendiri, seperti di Ireland,
    Amerika Latin dll.

3
Pengganas
  • Ku Klux Khan
  • Aun shin
  • LTTE (Gerila Tamil Sri Lanka)
  • FARC (Revolutionary Armed Forces of Colombia)
  • IRA

4
MAKSUD JIHAD
  • Terdapat dua perkataan yang lahir daripada sumber
    yang sama dengan al-Jihad iaitu al-Ijtihad dan
    al-Mujahadah. Perkataan al-Jihad, al-Ijtihad dan
    al-Mujahadah memberi maksud mengerahkan keupayaan
    secara maksimum (bersungguh-sungguh) dan berakar
    umbi daripada huruf yang sama iaitu Jahada.

5
Al-Jihad
  • Kalimah al-Jihad umpamanya, menurut penggunaannya
    lebih tertumpu kepada pengerahan upaya kekuatan
    yang berbentuk lahiriyyah atau fizikal seperti
    dengan kekuatan anggota tubuh badan dan harta
    benda dalam usaha menegakkan agama Allah.

6
  • Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah dan
    berjihad pada jalan Allah, mereka itulah
    orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan
    Allah Maha pengampun lagi Maha mengasihani
  • Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta
    berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan
    jiwa raga mereka, adalah lebih tinggi darjatnya
    di sisi Allah dan itulah orang-orang yang
    mendapat kemenangan

7
Al-Ijtihad
  • Manakala perkataan al-Ijtihad pula menurut
    terminologi, penggunaannya seringkali didapati
    dalam disiplin ilmu Usul al-Fiqh. Hakikat ini
    menjelaskan bahawa maksud al-ijtihad ialah
    bersungguh-sungguh mengerahkan kemampuan intelek
    (aqliyyah) dalam usaha mendapatkan suatu
    ketetapan hukum

8
hadis
  • Apabila seseorang hakim berijtihad
    (bersungguh-sungguh mengerahkan keupayaan
    intelek) lalu menepati hasil ijtihadnya itu
    dengan kebenaran maka ia memperolehi dua
    ganjaran, sekiranya ijtihadnya itu salah maka ia
    memperolehi satu ganjaran

9
Mujahadah
  • Sementara perkataan al-Mujahadah pula dari sudut
    penggunaannya lebih tertumpu kepada aspek
    kerohaniaan dan seringkali diguna pakai dalam
    disiplin ilmu tasawuf. Al-Mujahadah juga
    bermaksud bersungguh-sungguh mengerahkan
    kemampuan atau keupayaan. Cuma ia lebih
    menumpukan kepada pengerahan keupayaan jiwa
    nurani agar dapat mengalahkan godaan nafsu
    syahwat dan syaitan

10
  • Bertolak daripada huraian tersebut maka difahami
    bahawa perkatan al-Jihad, al-Ijtihad dan juga
    al-Mujahadah memberi maksud bersungguh-sungguh
    mengerahkan keupayaan dan kemampuan secara
    maksimum mungkin dari seorang individu. Cuma
    penggunaannya adalah menurut disiplin ilmu yang
    berlainan. Al-Jihad lebih kebiasaannya digunakan
    dalam disiplin ilmu fiqh, sementara al-Ijtihad
    dalam disiplin ilmu usul al-Fiqh manakala
    al-Mujahadah pula dalam disiplin ilmu tasawuf

11
Al-Jihad dan al-Qital
  • Sama ada perkataan al-Jihad atau al-Qital yang
    bermaksud perang, selalunya disandarkan dengan
    kalimah fi sabilillah dalam kebanyakan ayat dalam
    al-Quran
  • Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang
    yang memerangi kamu dan jangan kamu melampaui
    batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka
    kepada orang-orang yang melampaui batas

12
  • Maksud perkataan al-Qital lebih khusus
    penggunaannya daripada al-Jihad kerana perkataan
    al-Qital lebih tertumpu kepada peperangan yang
    menggunakan senjata serta menyebabkan berlakunya
    pembunuhan antara satu sama lain.
  • \Manakala kalimah al-Jihad pula selalunya
    digunakan secara umum yang bermaksud mengerahkan
    keupayaan sama ada dari aspek harta benda, tenaga
    dan pemikiran untuk meletakkan agama Allah s.w.t.
    pada tempat yang sewajarnya

13
Definisi al-Jihad
  • Mencurahkan segala tenaga dan keupayaan dalam
    memerangi orang-orang kafir dan menahan serangan
    mereka dengan jiwa, harta dan lidah
  • Istilah-istilah tersebut seperti al-Siyar,
    al-Ribat, al-Ghazwah, al-Sariyyah dan seumpamanya

14
hadis
  • Rasulullah s.a.w. apabila melantik seorang
    panglima angkatan perang yang besar atau yang
    kecil, Baginda secara khusus akan berpesan
    kepadanya untuk bertakwa kepada Allah dan berlaku
    baik kepada para tentera Islam yang bersamanya.
    Kemudian Baginda bersabda Perangilah dengan nama
    Allah, di jalan Allah dan perangilah orang kafir
    kepada Allah, berperanglah dan jangan mengambil
    harta rampasan perang sebelum ia
    dibahagi-bahagikan, jangan sekali-kali kamu
    melakukan khianat, jangan melampaui batas dan
    jangan sekali-kali mencincang musuh

15
hadis
  • Berangkatlah dengan nama Allah dan kerana Allah
    dan di atas agama Rasulullah, dan janganlah kamu
    membunuh orang tua yang sudah tidak berupaya,
    kanak-kanak, anak kecil dan wanita. Dan janganlah
    kamu mengambil harta rampasan perang sebelum ia
    dibahagi-bahagikan, himpunlah ia terlebih dahulu,
    dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai
    orang-orang yang berbuat baik

16
HUKUM JIHAD
  • jihad atau kewajipan al-qital tidak menunjukkan
    Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan,
    malah ia sebagai suatu bentuk pengawalan
    kehidupan manusia. Islam merupakan suatu sistem
    kehidupan yang diturunkan Allah s.w.t. kepada
    manusia bagi menjamin keadilan serta kesamarataan
    di antara manusia apabila ia benar-benar
    dilaksanakan dalam kehidupan

17
  • untuk menjaga supaya keadilan dan kesamarataan
    sesama manusia maka Allah mewajibkan jihad untuk
    mempertahankan agamanya daripada orang-orang yang
    angkuh dan sombong serta menolak kebenaran

18
Al-Quran
  • Diwajibkan ke atas kamu berperang pada hal
    berperang itu sesuatu yang kamu benci, boleh jadi
    kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
    kepada mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
    sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah
    mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui

19
Keadaan menyebabkan kefarduan jihad
  • Apabila negara Islam diserang oleh musuh
  • Apabila pemerintah atau imam memerintahkannya

20
Beberapa hadis
  • Seorang mukmin kepada mukmin yang lain adalah
    ibarat sebuah bangunan, sebahagiannya menguatkan
    / mengukuhkan sebahagian yang lain
  • Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam
    maka tidaklah ia termasuk golongan mereka

21
hadis
  • Orang-orang Islam seumpama satu tubuh, jika
    matanya sakit maka terasa sakit seluruh tubuhnya
    dan jika kepalanya sakit maka terasa sakit
    seluruh tubuhnya

22
Al-Quran
  • Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya
    apabila dikatakan kepada kamu berangkatlah untuk
    berperang pada jalan Allah, kamu berasa berat dan
    ingin tinggal ditempat kamu , apakah kamu puas
    dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan
    akhirat, padahal kehidupan dunai untuk
    dibandingkan dengan kehidupan akhirat amatlah
    sedikit

23
Akhlak para pejuang
  • 1. Keikhlasan niat
  • Orang-orang yang beriman berperang pada jalan
    Allah, manakala orang-orang kafir pula berperang
    pada jalan taghut, justeru itu perangilah
    kawan-kawan syaitan itu, sesungguhnya tipu daya
    syaitan itu adalah lemah

24
  • Sesungguhnya manusia yang pertama dihitung ke
    atasnya pada hari qiamat nanti ialah yang mati
    syahid, maka dia dibawa (mengadap Allah) dan
    Allah memperkenalkan kepadanya segala nikmatNya
    lalu dia mengenalinya. Kemudian Allah berfirman
    Maka apakah yang telah engkau lakukan terhadapnya
    (nikmat-nikmat tersebut)?. Dia menjawab Aku
    berperang pada jalan Mu (Allah) sehingga aku mati
    syahid. Allah berfirman Engkau berdusta, akan
    tetapi engkau berperang supaya diperkatakan Dia
    seorang yang berani maka sesungguhnya engkau
    telah diperkatakan (sebagaimana engkau mahu).
    Kemudian diperintahkan para Malaikat kepadanya)
    maka diseret di atas mukanya sehingga dilemparkan
    ke dalam neraka

25
  • 2. Tidak memerangi orang-orang awam
  • Dan perangilah kerana agama Allah akan
    orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah
    kamu melampaui batas/menceroboh, kerana
    sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
    yang melampaui batas / menceroboh

26
hadis
  • Berangkatlah kamu dengan nama Allah dan kerana
    Allah dan atas agama Allah dan janganlah kamu
    membunuh orang tua yang sudah tidak berupaya,
    kanak-kanak kecil dan wanita dan janganlah kamu
    mengambil harta rampasan perang sebelum ia
    dibahagi-bahagikan, himpunkanlah ia terlebih
    dahulu dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah
    menyukai orang yang berbuat baik

27
  • 3. Dilarang menghina / mengaibkan mayat
  • Rasulullah s.a.w. apabila melantik seorang
    panglima angkatan tentera yang besar atau kecil,
    Baginda secara khusus akan berpesan kepadanya
    agar bertaqwa kepada Allah dan berlaku baik
    kepada tentera muslimin yang turut serta
    bersamanya. Kemudian Baginda bersabda Perangilah
    dengan nama Allah, di jalan Allah, perangilah
    orang-orang kafir dengan Allah, berperanglah dan
    jangan mengambil harta rampasan perang sebelum ia
    dibahagi-bahagikan, jangan melampaui batas,
    jangan mengkhianati, jangan mencincang musuh

28
  • 4. Tidak merosakkan harta benda musuh kecuali
    jika perlu
  • Harta benda yang dimiliki oleh manusia merupakan
    hak individu yang tidak boleh diusik atau
    diganggu gugat oleh individu lain. Kehormatan
    tersebut bukan sahaja berlaku dalam suasana aman,
    malah dalam suasana genting seperti peperangan
    sekalipun Islam masih menitikberatkan konsep
    keamanan dan kesejahteraan manusia.
  • Dalam melakukan jihad peperangan umpamanya,
    mujahid atau tentera muslim ditegah daripada
    melakukan kerosakan ke atas pokok-pokok, harta
    benda, bangunan dan sebagainya

29
  • 5. Memberi perlindungan kepada pihak musuh yang
    menyerah kalah
  • Dan jika seseorang daripada kaum musyrikin
    meminta perlindungan kepadamu maka berilah
    perlindungan kepadanya sehingga ia sempat
    mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang
    hakikat kebenaran Islam), kemudian hantarlah dia
    ke mana-mana tempat yang ia beroleh keamanan,
    perintah yang tersebut itu ialah kerana mereka
    merupakan kaum-kaum yang tidak mengetahui

30
  • 6. Berbuat baik kepada tawanan perang
  • Dibebaskan tanpa bayaran tebusan
  • Dibebaskan dengan bayaran tebusan
  • Dihukum bunuh

31
  • 7. Hukum ghanimah (Harta rampasan perang)
  • Bahkan tidak, demi diriku yang berada dalam
    gengamanNya, sesungguhnya selimut yang diambilnya
    pada hari Khaibar daripada harta rampasan perang
    sebelum ia dibahagi-bahagikan menjadi api yang
    membakarnya. Mendengarkan yang demikian, maka
    seorang sahabat datang kepada Baginda dengan
    membawa seutas tali kasut lalu bekata aku
    mengambil ini Rasulullah s.a.w. menjawab
    seutas atau dua utas tali kasut daripada api
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com