Title: PENILAIAN ASAS FARDU AIN (PAFA)
1PENILAIAN ASAS FARDU AIN(PAFA)
2PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA)
- Beberapa perkara asas Fardu Ain yang terkandung
dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam,yang
ingin dipastikan benar-benar diketahui,difahami,di
amalkan dan dihayati oleh setiap murid dengan
betul dan sempurna sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Syarak
3TUJUAN PENILAIAN PAFA
- Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman
dan amalan PAFA,kemudian membimbing sehingga
mereka dengan sendirinya faham dan dapat
mengamalkannya dengan betul dan sempurna. - Memastikan tidak terdapat keciciran dalam PAFA
,dengan perkataan lain,menentukan kejayaan 100. - Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan
kerelaan yang positif untuk menghayatinya dalam
amalan kehidupan harian. - Merangsang tanggongjawab guru untuk memastikan
murid menguasai dan menghayati PAFA secara
berterusan.
4PERATURAN PENILAIAN PAFA.
- Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid yang
beragama Islam. - penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1
hingga Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 4 hingga
Tingkatan 5 (SPM). - Penilaian PAFA hendaklah dikendalikan sepenuhnya
oleh sekolah. - Penilaian dijalankan sendiri oleh Guru Pendidikan
Islam mengikut masa dan tempat yang sesuai
sebagai proses penilaian biasa yang bersifat
formatif dalam pengajaran dan pembelajaran (PP).
5- Penilaian dijalankan secara Lisan dan Amali
mengikut kod-kod yang telah ditetapkan. Apabila
murid-murid telah menguasai kod-kod yang telah
ditetapkan, dia boleh dinilai dengan kod-kod
Tahun/Tingkatan seterusnya. Bagaimanapun murid
ini boleh dinilai semula untuk pengukuhan. - Soalan dan jawapan penilai tidaklah rahsia
sebagaimana yang dicadangkan dalam buku panduan
ini. Apabila ujian dibuat secara formal murid
akan diberitahu lebih awal.
6- sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid diberi
masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya
untuk mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan
kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka
sendiri faham dan dapat mengamalkan sesuatu
kemahiran dengan jaya, betul dan sempurna. - Pencapaian murid dikemas kini dari semasa ke
semasa dalam borang Pencapaian Individu dan
Berkelompok. Catatan tersebut merupakan rekod
bagi proses dan keputusan yang dicapai oleh
murid.
7- Pemantauan proses perlaksanaan penilaian PAFA di
peringkat sekolah akan dijalankan oleh
Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa. - Tandakan (/) dibuat apabila murid menguasai
sesuatu tajuk, manakala dalam hal ibadah , dapat
mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya
pada tahap keupayaan yang paling minimum yang
dikira sah dari segi syarak.
8- Murid diperakui lulus dalam keseluruhan
Penilaian PAFA apabila mereka berjaya memahami
dan mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah
ditetapkan. - Borang Pencapaian Individu (dalam simpanan guru)
hendaklah disertakan bersama rekod perpindahan
pelajar ke sekolah lain. - Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan
penilaian di peringkat sekolah mengguna format
Penyata Prestasi yang disediakan. Laporan juga
perlu diserahkan kepada Bahagian/Unit
Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri menurut
prosedur yang ditetapkan.
9TAHUN KOD DINILAI TAJUK
1 01 Mengucap dua kalimah syahadah
1 02 Rukun Islam
1 03 Rukun Iman
1 04 Beristinjak
1 05 Membersihkan Diri , Pakaian dan tempat daripada najis
2 06 Cara Berwuduk
2 07 Cara Bertayamum
2 08 Cara Mandi Wajib
2 09 Azan , Iqamah dan jawapannya dan doa selepas azan dan Iqamat
2 10 Solat Fardu
3 11 Solat Jenazah
3 12 Puasa
3 13 Adab Terhadap Ibu Bapa
3 14 Ihsan
3 15 Kewajipan Menutup Aurat
3 16 Batas Pergaulan Dalam Islam
10BIL TINDAKAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT CATATAN
1. Memastikan murid memiliki Buku Panduan Penilaian PAFA v v
2. Penyediaan fail PAFA (Borang Pencapaian Individu dan Borang Kelompok) v v
3. Pelaksanaan PAFA 3.1 Ting 1 dan 2 3.2 Ting 3 (PMR) v v v v v v v v v v v v v v v v v
4. Mengemaskini Borang Berkelompok PAFA PMR v v
5. Menghantar keputusan penuh PAFA / disket ke Unit / Bahagian Peperiksaan JPN 5.1 PMR v v
6. Mengemaskini Rekod Pencapaian Individu murid yang akan berpindah ke sekolah baru (sekiranya ada) v v v v v v v v v v
7. Penyertaan daripada pihak kementerian/JPN/ Bahagian/ Daerah Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan Mengikut takwim pihak berkenaan
11(No Transcript)