ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH - PowerPoint PPT Presentation

1 / 24
About This Presentation
Title:

ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH

Description:

ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH Pengetahuan dapat dibahagikan kepada tiga kategori: i. Pengetahuan Indera: Pengetahuan pertama, umum dan menjadi asas pengetahuan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:787
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 25
Provided by: idealUpm
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH


1
ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH
  • gt Pengetahuan dapat dibahagikan kepada tiga
    kategori
  • i. Pengetahuan Indera Pengetahuan pertama, umum
    dan menjadi asas pengetahuan manusia.
    Pengalaman pancaindera melalui induksi menjadi
    pengetahuan umum yang bersifat asas.Contoh
  • - Kita mengetahui setiap pagi matahari terbit di
    ufuk timur dan tenggelam di ufuk barat
  • - Hubungan kekerabatan lebih mesra daripada
    hubungan di luar kekerabatan
  • - Cermat dan rajin bekerja pangkal kaya
  • - Makin tinggi taraf pendidikan, makin tinggilah
    kedudukan seseorang
  • - Orang selalunya tertarik pada keindahan dan
    kecantikan
  • - Pada hari tua, orang lebih tertarik pada
    agama
  • - Apabila menghadapi kesusahan, orang kerap
    teringat pada Tuhan
  • - Apabila bahagia orang lupa akan Tuhan
  • gt Semua itu dibentuk daripada pengalaman hidup
    yang ditempuh sehari-hari, iaitu pengalaman yang
    penuh pancaroba dan pancarona

2
PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN
  • Abraham Maslow, bapa psikologi humanisme
    mengatakan bahawa hasil pemikiran manusia
    berasaskan lima hierarki terancang yang
    mendominasikan nafsu manusia, dan kemudiannya
    hilang apabila kepuasan diperoleh
  • Keperluan psisiologi, iaitu keperluan makan
    dan minum
  • Keperluan keselamatan, seperti pernjagaan
  • keperluan sosial, seperti kasih sayang dan
    belaian perasaan
  • Keperluan penghormatan, seperti status diri,
    pangkat dan penghargaan
  • Keperluan pewujudan diri, iaitu keperluan
    untuk memenuhi segala-gala yang mampu
    dilaksanakan
  • gt Bagi Maslow, keperluan (v) merupakan kesepaduan
    segala potensi yang ada pada manusia yang dapat
    mewujudkan dirinya yang sebenar. Hasil pemikiran
    merupakan manifestasi daripada keperluan diri
    tersebut. Maslow menafikan manusia sebagai insan
    yang mempunyai roh, kalbu, nafsu akal, dan jasad
    yang wujud secara bersepadu. Yang difokuskan
    hanyalah tingkah laku luaran yang terjelma
    melalui psikologi, persekitaran atau sifat
    dalaman insan.

3
PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN
  • Ibnu Sina menganggap bahawa pengetahuan hasil
    pemikiran berasaskan tiga jiwa utama, iaitu jiwa
    sensitif, jiwa rasional dan agen cendekia. Setiap
    jiwa mempunyai fungsi dan keperluan tersendiri,
    serta bertindak secara sepadu
  • gt Jiwa sensitif terbahagi tiga, iaitu
  • Deria luaran yang membolehkan seseorang itu
    menghidu, merasa, menyentuh, mendengar dan
    melihat, serta dapat memberikan rangsangan
    terhadap persekitaran
  • Deria dalaman yang terdiri daripada akal budi,
    daya ingatan, imaginasi keinsanan, imaginasi
    kehaiwanan, anggapan, memori dan mengingat semula
  • Nafsu, iaitu tempat diri merasakan keenakan
    atau kesengsaraan, suka, seronok, duka atau
    benci
  • Jiwa rasional terbahagi dua, iaitu
  • Cendekia praktikal yang dapat mencerap dan
    memperhatikan fenomenon secara empirikal dan
    pengalaman amali
  • Cendekia berfikir yang mencerap fenomenon
    dalam minda secara konseptual
  • gt Agen cendekia ialah agen yang dapat memberikan
    makna kepada ilmu (intuitif)

4
PENGETAHUAN ILMU
  • Ilmu yang diperoleh langsung daripada Allah swt
    kepada para anbia melalui wahyu dan para awlia
    melalui ilham
  • Ilmu yang diperturunkan daripada nabi dan para
    sahabat, seperti ilmu al-Quran, hadis, fiqah dan
    ilmu agama yang lain
  • Ilmu akal atau ilmu sains the rational science.
    Ilmu ini ialah ilmu hasil daripada pengalaman dan
    pemikiran. Pengalaman dan pemikiran itu digunakan
    secara sistematik dan radikal, diarah dan dikawal
    oleh hukum berfikir (logika). Yang difikirkan itu
    ialah fakta atau data hasil penyelidikan dan
    eksperimen
  • Semua ilmu sains mempunyai falsafahnya sendiri
    kerana perkembangan ilmu berpangkal daripada
    falsafah. Itulah sebabnya falsafah dikenali
    sebagai induk semua ilmu pengetahuan

5
FALSAFAH
  • Kata falsafah (Melayu), philosophie (Belanda),
    philosophie (Jerman), philosophy (Inggeris),
    philosophie (Perancis) berasal daripada kata
    bahasa Yunani, iaitu Philien mencintai, Sophia
    kearifan, kebijaksanaan, hikmat, kebenaran
  • Falsafah ialah perihal mencintai kearifan,
    kebijaksanaan, hikmat, kebenaranmelalui
    pemikiran yang mendalam. Berfalsafah merupakan
    puncak ketuntasan berfikir, iaitu dengan belajar
    dan menyelidik
  • Falsafah ialah kebijaksanaan atau hikmat dalam
    penggunaan fikiran untuk mencari kebenaran
    hakiki. Kebenaran ialah perkara tertinggi yang
    dapat dicapai melalui akal atau kaedah berfikir
  • Dalam Islam, berfikir amat penting untuk mencapai
    hakikat. Nabi Muhammad saw pernah bersabda,
    bahawa berfikir satu saat itu lebih tinggi
    nilainya daripada satu sembahyang malam
  • Falsafah ialah satu disiplin yang serius dari
    segi cendekia dan sejarah. Perkembangannya
    bermula dari zaman Griekenland ke Iskandariah, ke
    Romawi, ke tanah Arab, ke zaman pembaharuan di
    Eropah hinggalah zaman IT dan globalisasi kini.

6
MAKNA FALSAFAH
  • Berdasarkan pendapat Plato, Aristotle, Marcus
    Tullius Cicera, Al-Farabi, Immanuael Kant, W.P.
    Montague, J.A. Leighton, Harold, H. Titus, D.C.
    Mulder, Fuad Hassan, N. Drijarkara, bolehlah
    dirumuskan bahawa falsafah itu ialah
  • gt Ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan
    terperinci dan mendalam tentang sebab terjadinya
    sesuatu peristiwa sehingga sebab terakhir dan
    mutlak ditemukan
  • gt Fokusnya tentang ketuhanan, alam semester dan
    diri manusia. Semuanya diberi gambaran sebagai
    suatu keseluruhan yang mencakup pengetahuan
    biasa, warisan budaya dan hasil ilmu khusus yang
    lain

7
CABANG FALSAFAH
  • Cabang falsafah dapat dirumuskan seperti yang
    berikut
  • Metafizika
  • Logika
  • Etika
  • Estetika
  • Epistemologi
  • Falsafah Khusus

8
METAFIZIKA
  • Inggeris metaphysics, Latin metaphysica dari
    Yunani meta ta physica (sesudah fizika) daripada
    meta (setelah, melebihi) dan physikos (menyangkut
    alam) atau physis (alam)
  • Falsafah tentang hakikat yang ada di sebalik
    fizika. Hakikat yang bersifat abstrak dan di luar
    jangkauan pengalaman manusia. Tegasnya tentang
    realiti kehidupan di alam ini Alam ini wujud
    atau tidak? Siapakah kita?
  • Apakah peranan kita dalam kehidupan ini?
  • Kajian tentang sesuatu yang bersifat rohani dan
    yang tidak dapoat diterangkan dengan kaedah
    penjelasan yang ditemukan dalam ilmu yang lain
  • Kajian kritis terhadap andaian dasar yang
    digunakan oleh sistem pengetahuan kita dalam
    penyataannya tentang apa-apa yang nyata

9
LOGIKA
  • Inggeris logic, Latin logica, Yunani logike
    atau logikos (ujaran yang dapat difahami atau
    akal budi yang berfungsi dengan baik, teratur dan
    sistematik)
  • Falsafah tentang fikiran / pendapat yang betul
    dan yang salah mengikut norma tertentu dalam
    kehidupan manusia, iaitu tentang penaakulan
  • Logika mengkaji peraturan membuat kesimpulan yang
    membolehkan kita mengemukakan cadangan dan hujah
    atas landasan yang betul dan boleh dipercayai
    serta tidak bercanggah dengan pemikiran rasional.
    Logik dapat dilihat dari dua segi
  • gt logik deduktif membuat kesimpulan daripada
    penyataan am hingga penyataan yang khusus
  • gt logik induktif membuat kesimpulan daripada
    penyataan khusus hingga penyataan am yang
    tentatif

10
ETIKA
  • Dari Yunani ethikos, ethos (adat, kebiasaan,
    praktik). Etika mencakup idea karakter dan
    kecondongan (disposisi) dan berhubungan dengan
    kegiatan praktis
  • Etika berkaitan tingkah laku yang baik dan yang
    buruk, iaitu tentang nilai-nilai moral dan
    peraturan kelakuan yang dipersetujui oleh
    masyarakat dunia
  • Etika menjadi kiblat kepada idea kewajipan dan
    tugas, penyataan prinsip perilaku, bukannya
    penelusuran konsep
  • Kebaikan dan kebenaran dapat dilihat sebagai
    objektif (padanan faktor realiti dan hal
    tertentu) atau subjektif. Keadaan ini melahirkan
    objektivisme etika atau subjektivisme etika
  • Etika pada emosi menyatakan sikap sepakat dan
    penolakan atau pencelaan, di samping menentukan
    makna dan daya nilai kehidupan

11
ESTETIKA
  • Estetika sebagai cabang falsafah juga dikenali
    sebagai falsafah keindahan. Estetika berasal
    daripada bahasa Yunani aisthetika yang bermaksud
    hal-hal yang dapat dicerap dengan indera atau
    aisthesis yang bermaksud cerapan indera
  • Estetika digambarkan sebagai kajian falsafah
    tentang keindahan dan kejelekan. Estetika juga
    berkaitan dengan nilai bukan moral. Ini demikian
    kerana estetika mengkaji nilai kecantikan dan
    kesenian dalam pelbagai objek yang ditemukan
    dalam alam ini
  • Antara persoalan estetika
  • - Apakah keindahan itu?
  • - Keindahan bersifat objektif atau subjektif?
  • - Apakah ukuran keindahan?
  • - Apakah peranan keindahan dalam kehidupan?
  • - Bagaimanakah hubungan antara keindahan dengan
    kebenaran?

12
EPISTEMOLOGI
  • Epistemologi berasal daripada kata bahasa Yunani
    episteme (pengetahuan, ilmu pengetahuan), dan
    logos (pengetahuan, maklumat), iaitu ilmu
    pengetahuan tentang pengetahuan. Epistemologi
    juga dikenali sebagai teori pengetahuan
  • Epistemologi ialah falsafah tentang ilmu
    pengetahuan, iaitu perihal mengetahui sesuatu
    yang tidak diketahui, seperti apakah sumber
    pengetahuan? Apakah yang benar? Apakah yang
    murni?
  • Hakikat kebenaran ialah apa-apa yang ada pada
    tanggapan indera. Tidak ada hakikat kebenaran
    yang hakiki, yang bebas daripada keadaan
    seseorang dan suasananya
  • Oleh itu, tidak ada kebenaran mutlak dan tidak
    ada ketidakbenaran mutlak. Benar pada individu
    tertentu, tidak benar pada individu lain,
    walaupun objek sasarannya satu. Boleh juga benar
    pada satu masa, dan tidak benar pada masa yang
    lain bagi orang yang sama. Jadi, pengetahuan yang
    benar ialah pengetahuan yang sesuai dengan
    objeknya

13
FALSAFAH KHUSUS
  • Falsafah yang perkembangannya paling pesat ialah
    falsafah ilmu pengetahuan. Disiplin ini
    mengandung perbedaan antara falsafah ilmu alam
    dengan falsafah ilmu sosial, seperti falsafah
    sejarah, falsafah pendidikan, falsafah agama,
    falsafah hukum, falsafah kejuruteraan, falsafah
    politik, falsafah kebudayaan dan falsafah bahasa
  • Falsafah yang berasaskan disiplin ilmu itulah
    yang dinamakan falsafah khusus. Falsafah jenis
    ini merupakan dasar daripada sebab penelitian
    ilmiahnya dalam bidang khusus tersebut
  • Ini juga merupakan titik tolak bagaimana ilmu itu
    mencapai objektifnya, iaitu kebenaran. Sebenarnya
    setiap ilmu ditujukan untuk mencapai kebenaran
    serta pengabdiannya kepada umat manusia, hanya
    cara atau jalannya yang berbeda

14
FALSAFAH KHUSUS
  • Setiap ilmu mempunyai objek formal atau objek
    bendanya. Dalam objek benda, beberapa ilmu
    mungkin mempunyai objek yang sama, tetapi untuk
    maksud penjelasan pemisahan ilmu, maka objek
    formalnya bebeda-beda
  • Objek formal ini merupakan pandangan khusus ilmu
    masing-masing berdasarkan apa-apa yang dianggap
    benar, terutama menurut norma dan ukuran
    masyarakat pada masa itu. Oleh itu setiap
    falsafah ilmu tersebut, memperlihatkan falsafah
    masyarakatnya, di samping memperlihatkan
    peningkatan dari segi perkembangan ilmu berkenaan
  • Cabang falsafah dirumuskan menerusi aliran
    monisme, dualisme, pluralisme, idealisme,
    materialisme, mekanisme, teologisme,
    Determinisme, indeterminisme, naturalisme,
    hedonisme, utilitarisme, vitalisme, rasionalisme,
    empirisme, kritisisme, realisme,
    eksistensialisme, pragmatisme/eksperimentalisme,
    fenomenologisme, positivisme, aliran falsafah
    hidup

15
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH
  • Monisme Unsur pokok terhadap sesuatu ialah esa
    atau satu. Yang lain hanyalah ilusi. Golongan
    materialis menganggap benda ialah dasar dunia,
    golongan idealis menganggap idea ialah dasar
    dunia
  • Dualisme Unsur pokok terhadap sesuatu ialah dua,
    iaitu roh dan benda jasmani dan rohani, dunia
    inderawi dan dunia cendekiaan, realiti dan
    kemungkinan
  • Pluralisme Realiti asas bersifat jamak
  • Idealisme Hakikat itu bersifat roh. Semua
    realiti bersifat kerohanian. Jirim tidak benar
    dan alam semester harus dianggap sebagai sari
    pemikiran. Tiada pengetahuan lain, selain proses
    mental
  • Materialisme Hakikat bersifat kebendaan. Sesuatu
    yang tidak nyata adalah tidak benar. Penekanan
    terhadap faktor kebendaan yang spiritual dalam
    metafizika, nilai, fisiologi dan epistemologi

16
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH
  • Mekanisme Kejadian berlaku sendiri berdasarkan
    hukum sebab akibat. Penekanan terhadap
    keupayaan memberi penjelasan mekanis bagi
    struktur internal benda alam dan seluruh alam
  • Teologi Sesuatu kejadian berhubung dengan
    kejadian yang lain, iaitu semata-mata mempunyai
    tujuan yang sama. Hubungan dunia ilahi (ideal
    kekal dan tak berubah) dengan dunia fizikal
  • Determinisme Kemahuan manusia dibelenggu, iaitu
    sudah dipastikan lebih dahulu, dan semua
    kejadian mempunyai sebab
  • Metafizika Dikenali juga dengan nama
    Indeterminisme, iaitu kemahuan manusia bebas
    sebebas-bebasnya. Beberapa kejadian tidak
    mempunyai sebab, dan kejadian juga tidak dapat
    diramalkan kerana elemen kemungkinan,
    ketidakpastian, keterbukaan

17
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH
  • Naturalisme Kebahagiaan manusia boleh didapati
    menerusi panggilan fitrah (nature) kejadian
    manusia itu sendiri. Sifat manusia sebagai satu
    peluasan daripada peraturan biologi semata-mata
    mengikut prinsip alam
  • Hedonisme perlakuan susila ialah perbuatan yang
    menimbulkan kenikmatan dan kelazatan. Konsep
    moral yang menyamakan kebaikan dengan kesenangan.
    Kebaikan dan kesenangan ini merupakan tujuan
    kehidupan
  • Utilitarianisme Buruk dan baik perlakuan manusia
    dinilai daripada banyak atau sedikitnya manfaat
    bagi manusia. Dikenali juga sebagai teori
    kebahagian terbesar, Asasnya ialah kebaikan
    terbesar bagi jumlah terbesar
  • Vitalisme Penilaian baik atau tidak perlakuan
    manusia berasaskan daya maksimum seseorang
    melakukan sesuatu tindakan. Aliran ini juga
    dikenali sebagai teori ilmiah tentang konstitusi
    batin makhluk hidup

18
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH
  • Rasionalisme Dikenali juga sebagai
    intelektualisme, iaitu sumber pengetahuan manusia
    ialah fikiran, rasio dan jiwa manusia, dan bebas
    daripada pengamatan inderawi. Kebenaran tidak
    dapat diuji dengan prosedur, tetapi dapat diuji
    dengan kriteria tertentu
  • Empirisisme Pengetahuan manusia berasal daripada
    pengalaman manusia, iaitu dari dunia luar yang
    ditanggap oleh pancaindera. Semua idea merupakan
    abstraksi yang dibentuk menerusi penggabungan
    apa-apa yang dialami
  • Kritisisme Pengetahuan manusia berasal daripada
    dunia luar, dan berasal daripada jiwa atau
    fikiran manusia
  • Realisme Pengetahuan manusia ialah gambar yang
    baik dan tepat daripada kebenaran, kerana gambar
    yang baik akan memancarkan kebenaran. Manifestasi
    daripada kebenaran ialah menerima apa-apa yang
    ada walaupun tidak menyenangkan

19
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH
  • Eksistensialisme Falsafah yang bertitik tolak
    pada manusia, yang eksistensi (konkrit), iaitu
    cara manusia berada dalam bentuk maujud, dan
    mendahului emosi. Oleh sebab pusat pemerhatiannya
    ialah manusia, maka aliran ini bersifat
    kemanusiaan
  • Pragmatisme Benar atau tidaknya ujaran, dalil
    atau teori bergantung pada manfaat ujaran, dalil
    atau teori itu. Kebenaran ptraktis berasaskan
    kepentingan subjektif setiap individu
  • Fenomenologi Hasrat sebenar akan tercapai jika
    kita cuba mengamati fenomenon realiti yang sering
    terjadi di sekeliling kita. Aliran ini berpusat
    pada analisis gejala kesedaran manusia terhadap
    diri dan alam sekeliling
  • Positivisme Peristiwa yang dialami oleh manusia
    dilihat dari perspektif yang positif berasaskan
    fakta pengetahuan. Ilmu alam merupakan sumber
    pengetahuan yang benar, dan menolak nilai
    kognitif

20
ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH
  • Epistemologi Dikenali juga sebagai Teori
    Pengetahuan, iaitu pengetahuan tentang
    pengetahuan. Hal ini terlihat jelas dalam aliran
    Realismne dan Idealisme
  • Logika Falsafah yang menekankan ujaran yang
    dapat difahami atau akal budi yang berfungsi
    dengan baik, dan sistematik. Asasnya ialah
    penyataan premis ke suatru penyataan selanjutnya,
    iaitu kesimpulan. Logika juga dikenali dengan
    nama Instrumen Ilmu
  • Aliran Falsafah Hidup Falsafah yang baik wujud
    jika akal dipadukan dengan keperibadian atau
    seluruh kehidupan
  • Cabang falsafah yang menjadi sumber paling
    penting dalam aliran pemikiran dan kebahasaan
    ialah metafizika, logika dan epistemologi. Cabang
    falsafah ini dijelmakan melalui tiga cara atau
    gaya, iaitu falsafah Spekulatif, falsafah
    Preskriptif, dan falsafah Analisis

21
FALSAFAH SPEKULATIF
  • Cara pemikiran yang sistematik tentang sesuatu
    yang wujud, iaitu berdasarkan hakikat bahawa
    memang menjadi fitrah manusia berkeinginan untuk
    melihat sesuatu secara keseluruhan yang bermakna.
    Misalnya apabila kita melihat pemandangan yang
    indah, fikiran kita biasanya tidak tertumpu pada
    keindahan itu semata-mata, tetapi akan menjelajah
    ke perkara lain yang lebih khusus, yang
    mewujudkan keindahan itu
  • Berdiri di tepi Bengawan Solo, terlihatlah
    kebesaran Kerajaan Mataram yang silam,
    tertegun di tepi kali Brantas, terlihatlah Patih
    Gajah Mada dan Hayam Wuruk, berdiri di pinggir
    Musi, terlihatlah Sang Nila Utama dan Deman Lebar
    Daun, berdiri di bukit Siguntang, terpandanglah
    Wan Empuk dan Wan Malini Naik kapal terbang
    menuju Eropah, sampai di Afrika, kelihatan flora
    dan fauna yang hijau tanda kesuburan, di tanah
    Arab kelihatan gunung batu granit hitam, tiba di
    pergunungan Alpen, kelihatan gunung putih bersih
    diselaputi salji.
  • Falsafah Spekulatif berusaha untuk mencari satu
    persepaduan dan pertalian bagi semua pemikiran
    dan pengalaman

22
FALSAFAH PRESKRIPTIF
  • Falsafah ini berusaha untuk menentukan nilai atau
    standard, perlakuan dan seni. Nilai etika dan
    nilai estetika diberikan garis panduan dengan
    menentukan nilai itu wujud semula jadi atau
    projeksi fikiran kita semata-mata
  • Dalam etika dan agama, tindakan moral ditentukan
    oleh sumber yang berautoriti, iaitu Tuhan.
    Sebarang penentangan dianggap tindakan moral yang
    negatif
  • Dalam ilmu pengetahuan, status preskriptif
    bermaksud sesuatu hukum menjadi prinsip yang
    utuh, dan memastikan bahawa benda terjadi seperti
    yang sepatutnya berasaskan prinsip yang ditentukan

23
FALSAFAH ANALISA
  • Falsafah ini memberikan tumpuan terhadap makna
    dan perkataan. Yang dikaji ialah perkara seperti
    sebab musabab, fikiran, kebebasan, peluang yang
    sama, agar makna perkataan itu dapat dikaji dalam
    pelbagai konteks
  • Makna perkataan itu mungkin bercanggah jika
    digunakan dalam konteks yang berlainan. Cara
    inilah yang mendasari falsafah bahasa
  • Falsafah Spekulatif, falsafah Preskriptif, dan
    falsafah Analisa tidak semestinya berpisah, malah
    dalam pelaksanaannya, ketiga-tiga falsafah itu
    cenderung untuk bergabung

24
FALSAFAH BAHASA
  • Ilmu yang menyelidiki bahasa dengan terperinci
    dan mendalam, iaitu bahasa sebagai alat dalam
    mengungkapkan soal-soal ketuhanan, alam semester
    dan diri manusia sebagai insan yang hidup
  • Falsafah Bahasa (Philosophy of
    Language) Falsafah bahasa bermakna percubaan
    atau pendirian dalam menganalisis ciri-ciri
    bahasa seperti sistem dan strukturnya, makna atau
    pengertian, lakuan bahasa Falsafah bahasa tidak
    lari daripada asas pemikiran dalam kaedah
    penganalisisan bahasa
  • Falsafah Kebahasaan (Linguistic
    Philosophy) Falsafah kebahasaan bermakna
    percubaan atau usaha untuk menjelaskan atau
    menghuraikan masalah falsafah dengan cara
    menganalisis makna perkataan, frasa atau ayat,
    dan dengan cara menganalisis perkaitan logik
    antara perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa
    tabii
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com