Title: PERSEKITARAN FIZIKAL AG1133
1PERSEKITARAN FIZIKALAG1133
2PENGENALAN
- APA ITU GEOGRAFI?
-
- Geografi ialah ilmu yang mengkaji tentang
interaksi antara manusia dan alam sekitar dalam
ruang pada sesuatu masa, sama ada ia merupakan
ruang fizikal ataupun ruang sosial. - Ruang fizikal merujuk kepada semua unsur fizikal
iaitu atmosfera (udara), biosfera (hidupan),
hidrosfera (air) dan litosfera (kerak bumi). - Ruang sosial merujuk kepada semua aktiviti
manusia seperti pergerakan manusia (mobiliti/
migrasi dll), demografi atau kependudukan
(kelahiran, kematian dll), petempatan,
perbandaran dan banyak lagi yang berkaitan dengan
aktiviti manusia. -
3BEBERAPA DEFINISI GEOGRAFI
Eratosthenes Ilmuan Greek/Yunani Geo membawa
maksud BUMI Graphos bermaksud KAJIAN _at_
PENERANGAN
- Ptolemy , 150 SM
- Geografi menyediakan satu pandangan menyeluruh
mengenai bumi melalui pemetaan lokasi bagi setiap
tempat di bumi. - Carl Sauer, 1925
- Ahli geografi mesti melihat geografi dalam
perspektif yang saintifik dimana ahli geografi
mesti mampu menyusun, menghuraikan hubungan unsur
dan menjelaskan bagaimana hubungan ini mencorak
ruang dan lanskap tersebut menjadi sesuatu yang
unik dan tersendiri berbanding kawasan lain. (Ini
kerana perubahan sesuatu lanskap mempunyai
pertalian antara aspek/ unsur fizikal dan manusia
yang membentuk unsur/ fenomena/ faktor sosial
dalam dalam sesuatu ruang) -
4- Cho (1995)
- Takrifan geografi bukan sekadar apa yang
digariskan pada perkataan yang dikaitkan dengan
kajian ke atas bumi tetapi juga meliputi fitur/
unsur/ fenomena dan karakter-karakter yang
membentuk sesuatu lanskap itu mempunyai ciri
tersendiri, istimewa, berbeza dan unik dalam
sesuatu ruang geografi. - Bergman Renwick (1999)
- Geografi adalah kajian interaksi semua fenomena
fizikal dan manusia dalam-satu-satu tempat/ruang
dan bagaimana interaksi ruang mewujudkan pula
aspek pengurusan untuk ruang itu sendiri.
5APA ITU GEOGRAFI FIZIKAL
- Geografi fizikal ialah kajian mengenai
proses-proses fizikal di ruang fizikal atau ruang
sosial pada sesuatu masa.
6- 4 tema utama pengajian geografi-
- Pengajian Ruangan
- (The Spatial Traditions)
- Pengajian Kawasan
- (Area Studies Traditions)
- Pengajian Manusia dan Alam Sekitar
- (Man-Land Traditions)
- Pengajian Sains Bumi
- (Earth Science Traditions)
7TEMA-TEMA GEOGRAFI FIZIKAL
- General Physical Geography study of spatial
patterns of weather and climate, soils,
vegetation, animals, water, and landforms,
including human and environment interaction. - Astronomy study of the solar system
- Geology (Earth Science) studies the earth's
surface and the processes that shape it - Natural Hazards and Disasters earthquakes,
volcanoes, hurricanes, floods, tsunamis,
droughts, etc. - Biogeography
- spatial relationships of plants and
animalsGeomorphology Topography - study of landforms and landscapesNatural
Resources Energy SourcesClimatology (Climate)
study of the condition of the atmosphere over a
long period of time and the effect of weather on
life, including climate zones - Hydrology study of water in all forms, including
waterbodies and the hydrological (water) cycle - Oceanography study of the ocean and its
phenomenon, including ocean currents, tides,
coastlines, and the seafloor - Ecology Conservation study of ecosystems and
the interactions between plants and animals and
their environment conserving natural resources - Meteorology (Weather) study of the condition of
atmosphere for short time periods - Pedology study of soils
- Some Specific Landforms, Waterbodies, Other
Physical Features
8- Antara persoalan-persoalan penting untuk dijawab
dalam kajian geografi ialah seperti berikut- - Persoalan Asas APA, DI MANA, KENAPA dan
BAGAIMANA ? - Kenapa manusia dan aktivitinya wujud dan di mana
ia berada sekarang? - Bagaimana unsur/ elemen dan aktiviti di satu-satu
tempat bertinteraksi dan menjadikan sesuatu
lokasi/ ruang/ tempat/ kawasan itu unik ? - Apa hubungan antara lokasi/ruang/tempat/ kawasan
yang berbeza keunikannya ? - Apakah faktor atau daya yang menyebabkan
penyerakan dan pengagihan unsur/elemen dan
aktiviti mengikut lokasi/ruang/ tempat/ kawasan ? - Bagaimana dan kenapa penyerakan dan agihan mampu
berubah-ubah ?
9Sejarah perkembangan geografi
- Geografi mula wujud apabila sekitar 400 ribu
tahun lampau - Manusia mula ingin mengetahui tentang
persekitarannya - Mengembara/ belayar untuk mencari tempat baru
-
10- Tahap 1 Zaman klasik
- Herodotus (485-425 SM)- Menulis tentang manusia
dan geografi fizikal dari banyak wilayah semasa
pemerintahan Parsi. - Aristotle (684-322 SM)- secara saintifik telah
menggambarkan bumi sebagai berbentuk sfera-
permulaan kajian tentang bentuk bumi - Eratosthenes (276-194 SM) mengkaji tentang bentuk
muka bumi - Strabo (64 SM-20 M) menulis 17 siri penulisan
bertajuk Geographia yang berkaitan dengan
geografi budaya pelbagai kaum di Britain, India,
Selatan Utopia dan utara Iceland. - Ptolemy(100-178 M) melakukan kompilasi maklumat
geografi Greek dan Roman. Hasil penulisan beliau
bertajuk Geographike hyphegesis atau Guide to
Geography.- memperkenalkan juga kordinat
11- Tahap 2 Zaman Pertengahan
- Zaman pertengahan (Middle age-abad 5 hingga 13 M)
memperlihatkan perkembangan geografi yang agak
pesat. Di Eropah- Viking of Scandavia giat
mencari tanah jajahan baru. - Timur Tengah, ahli akademik berbangsa Arab mula
menterjemahkan hasil kerja Tamadun Greek dan
Rom. Al-Idrisi mahir membuat peta- terkenal
dengan hasil deskripsi geografi beliau Kitab
nuzhat al-mushtaq fi ikhtiraq al-afaq atau "The
Pleasure Excursion of One Who Is Eager to
Traverse the Regions of the World". - Ibn Battutah and Ibn Khaldun terkenal dengan
penulisan berkaitan pengembaraan mereka di utara
Afrika dan Timur Tengah.
12- Tahap 3 zaman Renaissance
- 1400-1600 M semasa zaman Renaissance- Pelayaran
yang membawa kepada perkembangan pelbagai ilmu
termasuk geografi fizikal- Tokoh-tokoh
Christopehr Columbus, Vasco da Gamma, Ferdinand
Magellan, Jacques Cartier, Sir Martin Frobisher
dan John Davis. - Martin Behaim (1492)-Membuat glob sfera tiga
dimensi. -
- Tahap 4 Abad ke-17 dan 18
- 1622-1650 M- Bernadus Varenius- menerbitkan
rujukan geografi yang penting- Geographia
generalis (General Geografi 1650).-idea-idea
dalam geografi- membahagikan kajian geografi
kepada 3 cabang iaitu (1) bentuk dan dimensi
bumi, (2) variasi iklim dan pergerakan matahari
dan bumi terhadap ruang dan masa dan (3) geografi
budaya. - Immanuel Kant (1724-1804)-Pengetahuan manusia
diperolehi daripada 3 cara (1) Pengetahuan yang
diperolehi berdasarkan objek yang dikaji, (2)
Pengetahuan daripada sejarah (temporal dimension)
dan (3) Pengetahuan daripada memahami fakta dan
hubungannya dengan ruang disebut sebagai
geografi.- Membahagikan geografi kepada
fizikal, metamatikal, moral, political, komersial
dan teologi.
13- Abad ke 18 banyak kesatuan yang berminat dengan
isu geografi terutamanya di Amerika Syarukat dan
Eropah- Alexander Von Humbolt (1844) Kosmos
menjelaskan geologi dan geografi fizikal bumi. - Frederich Ratzel (abad 19) teori bahawa variasi
budaya manusia dipengaruhi oleh persekitaran
fizikal - Tahap 5 Abad -19
- 1950-an revolusi kuantitatif
- 1964 4 tradisi Willian Pattison (1) Tradisi
ruang (2) Tradisi kawasan (3)Tradisi manusia dan
alam sekitar (4)Tradisi sains bumi - Terus berkembang sehingga kini- wujud tema
berkaitan dengan persekitaran fizikal iaitu
hidrosfera, atmosfera, litosfera dan biosfera.
14Sejarah Perkembangan Geografi Fizikal
- Perkembangan geografi fizikal seiring dengan
perkembangan ilmu yang lain. - Geografi berkembang dengan pesat pada 1850-1950
akibat daripada beberapa faktor\ - Uniformitarianism- Teori yang menyatakan bahawa
keadaan bumi dipengaruhi oleh kejadian lampau
dan kejadian kini. - Evolusi- Yang dicetuskan oleh Charles Darwin
(1859)- Menjelaskan bahawa manusia akan mengalami
perubahan genetik bagi generasi seterusnya.-
Penggunaan sains salam menjelaskan tentang
sesuatu fenomena dan mula mengabaikan mitos - Explorasi dan pemerhatian- koleksi data
- Pemuliharaan- Perhatian kepada persekitaran yang
semakin membangun - Selepas 1950-an perkembangan geografi terutama
dalam - Revolusi kuantitatif
- Kajian tentang hubungan manusia dan alam sekitar
15 BIDANG KAJIAN
- Ahli geografi fizikal bebas memilih apa yang
hendak - dikaji. Secara umumnya, kajian ahli geografi
fizikal - boleh ditumpukan mengikut komponen
- asas sistem bumi iaitu
- Atmosfera
- Biosfera
- Hidrosfera
- Litosfera
- Pedosfera
Atmosfera- Kajian tentang udara, iklim dan
cuaca. Kajian boleh dijalankan dengan
megkaji proses dan bentuk atmosfera.
Contohnya pemanasan global
penipisan ozon, jerebu, pencemaran udara dan
sebagainya yang berkaitan
dengan atmosfera. Biosfera- Biosfera merupakan
semua hidupan di bumi yang terdiri daripada
tumbuhan, haiwan dan manusia. Ia juga disebut
sebagai life layer. Bahagian ini meliputi lapisan
permukaan bumi (lapisan biofizikal) dan 300 kaki
permukaan lautan
16- Hidrosfera- Hidrosfera adalah jisim yang
berkaitan dengan air, sama ada ia dalam bentuk
cecair, pepejal dan wap. Ia meliputi air
permukaan bumi (Laut, tasik, kolam dll), Air
bawah tanah (air perigi, air tanih dll) dan wap
di atmosfera serta pepejal dalam bentuk ais,
glasier dan juga salji. - Litosfera- Litosfera adalah bahagian kerak bumi
yang keras dan mempunyai ketebalan di antara
0-1000km. Ia membentuk benua yang merupakan
platform yang mengelilingi bumi dan sebagai
tempat tinggal hidupan. Litosfera terdiri
daripada lapisan batuan dan lapisan tanih yang
sangat kaya dengan nutrien dan organisma. Ia juga
merupakan permukaan yang membentuk lanskap bumi
atau bentuk muka bumi (landform) seperti
gunung-ganang, bukit-bukau, cerun dan sebagainya.
- Pedosfera- Pedosfera pula merupakan bahagian
tanih. Ia terdiri daripada elemen yang membentuk
tanih. Ia berada sama lapisan dengan Litosfera.
17PENUTUP
- Geografi fizikal merupakan bidang yang mengkaji
tentang persekitaran fizikal. Ia telah bermula
sejak 400 tahun lampau dan melalui
sekurang-kurangnya lima tahap perkembangan
sehingga kini. Tumpuan utama kajian ialah
terhadap elemen yang membentuk sistem bumi, iaitu
atmosfera (udara), biosfera (hidupan), hidrosfera
(air) dan litosfera (kerak bumi) sertai pedosfera
(bahagian tanih). Elemen ini saling berinteraksi
antara satu sama lain sebagai satu sistem bumi.
Banyak isu boleh dikaji oleh ahli geografi
fizikal seperti isu penambakan, pencemaran,
ekosistem dan sumber air.
18- CADANGAN RUJUKAN
- Bradshaw, M Weaver, R. 1993. The Physical
Geography an introduction to earth environments.
United State of America The C.V Mosby Company. - Chan Ngai Weng dan rakan-rakan. 1993. Pengantar
Geografi. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. - Gregory, K.J. Walling, D.E. 1988. Manusia dan
Proses Persekitaran. Terj. Kuala Lumpur Dewan
Bahasa dan Pustaka. - Jamaluddin Jahi dan Ismail Ahmad. 1987. Pengantar
Geografi fizikal. Bangi Universiti Kebangsaan
Malaysia. - Web
- http//www.physicalgeography.net/fundamentals/1a.h
tml - http//www.fiu.edu/longoria/geo2200/ch01AC.html
- Dan bahan lain yang bersesuaian.../
19SEKIAN