PENGHARGAAN - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PENGHARGAAN

Description:

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini kepada: – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1268
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 20
Provided by: aliemmahF
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENGHARGAAN


1
PENGHARGAAN
  • Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya
    ucapkan di atas sokongan dan kerjasama yang telah
    diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
    kepada
  • Pengetua SMK Sg. Rambai Melaka
  • (EN. ABU BAKAR BIN ALIM)
  • Guru Penolong Kanan I
  • (PN. HJH MURAH BINTI SALIMAN)
  • Guru Penolong kanan Hem
  • PN. HJH NORAL HUDA BINTI ABD. HAMID
  • GPK-Kokurikulum
  • EN. TAN BICHIK MD DAHAN
  • GKMP Bahasa
  • EN. RAZALI BIN LAZIM
  • dan
  • Semua Ahli Panitia Bahasa Melayu SKMSR

2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAANHURUF BESAR DAN
NOKTAH BAGI MURID 1 KENANGA (INTERVENSI)MENGGUNA
KAN TEKNIK PEN WARNA (MERAH)
  • Oleh
  • ALEIMMAH BINTI ALISekolah Menengah Kebangsaan
    Sungai Rambai Melaka

3
ABSTRAK
  • Kajian ini bertujuan membantu murid-murid yang
    lemah dalam menguasai kemahiran menulis terutama
    kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata
    pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 1K. Sebanyak
    24 orang murid dan seorang guru terlibat dalam
    kajian ini. Saya memfokuskan penggunaan huruf
    besar pada permulaan ayat, dalam ayat dan selepas
    tanda noktah.
  • Tinjauan awal dibuat melalui ujian diagnostik
    Ujian Pengesanan menunjukkan murid kurang peka
    terhadap penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya
    telah menggunakan teknik pen warna untuk
    mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan
    huruf besar. Berapa langkah telah dirancang bagi
    memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran
    menulis huruf besar pada permulaan ayat dan
    selepas tanda noktah menggunakan pen merah
    semakin memuaskan. Berbanding sebelunya,
    murid-murid menunjukkan perkembangan yang pasif
    dalam PP dan pembelanjaran semakin menyeronokkan.

4
LATAR BELAKANG KAJIAN
  • Pengalaman mengajar hampir 10 tahun di kelas 1
    Kenanga yang merupakan kelas intervensi merupakan
    suatu pengalaman berharga. PP perlu dirancang
    supaya isi pembelajaran yang bakal diajar
    mestilah boleh diterima oleh murid yang mempunyai
    pelbagai kecerdasan yang berbeza. Kelas 1
    Kenanga merupakan kelas pemulihan. Penguasaan
    kemahiran 3M masih belum tercapai sepenuhnya dan
    ini memaksa saya mestilah memastikan PP
    diajarkan hendaklah melakukan pengubahsuaian
    aktiviti dengan silibus dengan tahap penerimaan
    murid yang lemah, disamping masih mengekalkan dan
    menghabiskan silibus mata pelajaran BM seperti
    mana yang murid-murid yang sudah menguasai
    kemahiran 3M. Setiap kali latihan terutama
    aktiviti membina ayat dan menulis karangan
    didapati murid-murid IK belum menguasai
    pengguasaan huruf besar yang sepatutnya ditulis
    dalam permulaan ayat dan selepas noktah.

5
  • Sekiranya murid-murid menulis ayat tanpa
    penggunaan huruf besar pada pemulaan ayat, atau
    penggunaan untuk kata nama khas dalam ayat, maka
    menunjukkan kelemahan yang tidak dipandang serius
    terhadap proses PP guru selama mereka berada di
    sekolah rendah. Perkara ini perlu diatasi dengan
    segera kerana kemahiran menulis di peringkat
    sekolah menengah akan terus berlangsung
    sehinggalah dari peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
    Memahami permasalahan dari aspek-aspek inilah
    permakahan karangan biasanya dinilai atas dasar
    impression terhadap karangan murid sekolah
    menengah.

6
ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
  • Semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa
    Melayu, saya dapati dalam kalangan murid, begitu
    ketara murid tidak dapat menulis huruf besar di
    awal ayat yang sepatutnya ditulis dengan huruf
    besar sama ada pada bahagian karangan mahupun
    bahagian menjawab pemahaman, terutama bahagian
    soalan ringkasan karangan bahagian (Aii).
    Permasalahan ini perlu diatasi segera
    memandangkan terdapat kemahiran menulis dari
    aspek penggunaan tanda baca dan titik beratkan
    dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan
    1, 2, 3, 4 dan 5.
  • Oleh itu, guru mestilah melakukan sesuatu supaya
    kelemahan murid dari aspek ini diatasi segera
    melalui teknik yang berkesan.

7
OBJEKTIF KAJIAN
  • Objektif Umum
  • i. Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan
    huruf besar
  • Objektif khusus
  • i. Menguatkan penguasaan murid untuk menggunakan
    huruf besar pada permulaan ayat dalam ayat dan
    selepas tanda noktah
  • ii. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap
    penggunaan huruf besar

8
KUMPULAN SASARAN
  • Kajian ini melibatkan 24 orang murid dari
    tingkatan 1 Kenanga yang terdiri daripada 14
    lelaki dan 10 perempuan. Murid-murid yang
    cemerlang juga kadang kala cuai dalam penggunaan
    huruf besar apatah lagi bagi murid yang lemah dan
    belum menguasai kemahiran membaca dan menulis
    dengan baik.
  • Oleh itu, saya menjalankan program kajian
    tindakan ini bagi mengatasi masalah tersebut.

9
METHADOLOGI KAJIAN
  • Methadologi yang digunakan ialah
  • a) Pemerhatian
  • Sikap murid secara tidak langsung sewaktu
    aktiviti pengajaran dan pembelajaran
    berlangsung.
  • b) Soal Selidik
  • Borang soal selidik diberi kepada murid dan
    guru membulatkannya untuk mendapatkan jawapan
    yang tepat secara jujur.

10
  • c) Ujian Pengesanan
  • Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana
    pencapaian dan pemahaman mereka untuk
    menggunakan huruf besar dalam ayat.
  • Tindak balas di dalam aktiviti pengajaran dan
    pembelajaran.
  • d) Tindak balas murid dinilai semasa mereka
    menjawab soalan yang dikemukakan.
  • e) Semakan buku latihan
  • Semakan buku latihan secara tidak langsung
    dapat menilai tahap perkembangan murid dalam
    menguasai kemahiran berkenaan.

11
PELAKSANAAN PROJEK
  • Tinjauan Masalah
  • Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, saya
    telah meninjau masalah yang menyebabkan kegagalan
    murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf
    besar menggunakan methadologi yang dinyatakan.
  • Analisis Tinjauan Masalah
  • Berdasarkan instrument dijalankan untuk meninjau
    masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai
    kemahiran penggunaan huruf besar, maka analisis
    dibuat seperti berikut.

12
Bil Masalah Jumlah
1. 2. 3. 4. 5. 6. Kurang Tumpuan Malas Tidak memahami arahan Kurang keyakinan diri Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar Tiada bimbingan di rumah 18 7 11 5 77 14
Selain itu, kaedah pemerhatian, Ujian Diagnostik
dan Ujian Post dijalankan.
13
Tindakan yang dijalankan.
  • Bahan-bahan yang digunakan untuk menjalankan
    aktiviti ini ialah buku kerja, kertas mahjong,
    pensel warna, pen marker, bahan photostat,
    majalah untuk mengatasi masalah.
  • Aktiviti yang dijalankan seperti berikut
  • Item 1
  • 1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan
    penggunaan huruf besar.
  • 2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat
    tersebut.
  • 3. Menyalin semula ayat tersebut dengan
    menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai
    dengan menggunakan pen warna (merah, biru,
    hitam)
  • Item 2
  • 1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di
    permulaan ayat.
  • 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan
    menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.
    (Huruf besar pada awal ayat sahaja menggunakan
    pen warna merah)

14
  • Item 3
  • 1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf
    besar.
  • 2. Menyalin semula ayat tersebut dengan
    menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.
    (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas
    noktah)
  • Item 4
  • 1. Guru menulis ayat pada kertas mahjong dengan
    menggunakan warna khas iaitu merah bagi huruf
    besar dan hitam untuk tanda noktah dan
    dipamerkan di papan hitam.
  • 2. Murid memerhatikan dan menyalin ayat tersebut
    (dilakukan pada setiap kali PP dijalankan).
    Aktiviti ini dijalankan dalam 5 minggu. Reaksi
    murid amat menyeronokkan dan menggalakkan.

15
  • Pelaksana Aktiviti 2
  • 1. Dalam aktiviti ini, guru menulis sebuah
    karangan pendek di kertas mahjong yang
    mengandungi lebih kurang 80 patah perkataan. Guru
    highlight tanda huruf besar dan noktah dengan
    menggunakan pen marker (merah) untuk huruf besar
    dan hitam untuk tanda noktah. Latihan dijalankan
    selama 5 minggu.
  • Refleksi
  • 1. Dalam kalangan murid, 24 murid dapat menulis
    ayat-ayat tanpa membuat kesalahan dari segi huruf
    besar dan noktah. Murid-murid juga menulis dengan
    kemas dan teratur.

16
  • Pelaksana Aktiviti 3
  • 1. Guru memberi karangan pendek mengandungi
    lebih kurang 80 patah perkataan dalam bentuk
    lembaran kerja.
  • 2. Murid-murid dikehendaki membetulkan kesilapan
    dan kesalahan yang terdapat dalam petikan.
  • Pemerhatian
  • 1. Saya dapati 20 murid dapat membetulkan semua
    kesalahan (10 kesalahan) dalam petikan tersebut.
    Manakala 4 orang murid hanya mampu mengeja 5
    kesalahan yang terdapat dalam petikan. (Aktiviti
    dijalankan 1 minggu)

17
  • Refleksi
  • 1. Walaupun 4 orang murid tidak dapat
    membetulkan kesalahan dalam petikan tetapi
    perlu dibimbing menggunakan teknik ansur maju.

18
RUMUSAN PEMERHATIAN
  • Sikap kurang minat, malas, kurang tumpuan dan
    tidak teliti kerana tidak menggunakan huruf besar
    di tempat yang sepatutnya yang ketara
    berkurangan. Kejayaan ini membantu dalam
    meningkatkan prestasi BM dan matapelajaran yang
    lain.

19
PENUTUP
  • Murid-murid adalah amanah yang
    dipertanggungjawabkan kepada kita. Walaupun
    kekangan masa dan bebanan tugas harian kita
    semakin bertambah yang sememangnya tidak dapat
    dielakkan, guru-guru hendaklah sentiasa
    berfikiran positif supaya murid-murid dapat
    menerima pendidikan berkualiti selaras dengan
    Kuri-kulum Pendidikan Kebangsaan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com