Title: ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
1ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS MENURUT PERSPEKTIF
ISLAM
2Pendahuluan
- Kegiatan sains telah dilakukan oleh manusia
semenjak dahulu lagi seperti yang terdapat dalam
Tamadun Greek, Tamadun India, Tamadun China dan
sebagainya. Tamadun Islam telah belajar daripada
tamadun silam seperti Tamadun Greek, Tamadun
India, Tamadun Parsi dan Tamadun China, menambah
dengan karya-karya mereka sendiri dan juga
melakukan inovasi sehingga berjaya muncul sebagai
peneraju sains selama 700 lamanya antara tahun
700 sehingga tahun 1400.
3Pendahuluan
- Tamadun Islam menjadi jambatan antara tamadun
Barat dengan tamadun silam kerana Tamadun
Islamlah yang telah memindahkan ilmu sains dari
tamadun silam dan Tamadun Barat pula
mempelajarinya dari Tamadun Islam. Kemerosotan
sains dalam Tamadun Islam disusuli oleh
kemunculan Tamadun Barat moden telah mengubah
keadaan manusia sejagat di mana perubahan yang
berlaku kepada tamadun kebendaan manusia selama
200 tahun semenjak revolusi industri hingga
sekarang terlalu besar
4ETIKA SAINS DALAM TAMADUN ISLAM
- Kegiatan sains dalam Tamadun Islam, seperti juga
dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain, sentiasa
dibimbing oleh peraturan-peraturan al-Quran dan
Hadith Nabi Muhamad s.a.w. - Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang
kimia, Muhamad Abu Zakaria al-Razi, bapa Kimia
Arab, dikatakan telah diperintahkan oleh
khalifah untuk membuat racun arsenik, namun
beliau telah menolaknya kerana arsenik boleh
membunuh kehidupan.
5ETIKA SAINS DALAM TAMADUN ISLAM
- Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan
satu pendekatan berbeza antara dua pendekatan
sains iaitu pendekatan di mana usaha dilakukan
dengan sedar untuk menjadikan sains dan
teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan
manusia dengan mengambil kira nilai-nilai sosial
dan keseimbangan ekologi. pendekatan kedua ialah
pendekatan yang menganggap sains sebagai bebas
nilai namun ia akhirnya menyebabkan kemusnahan
kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi
dan alam sekitar manusia.
6BARAT AGAMA dan SAINS
- Penolakan Barat terhadap agama dalam kegiatan
sains disebabkan pengalaman mereka berhadapan
dengan gereja pada Zaman Pertengahan dan juga
Renaisans. Pada Zaman Pertengahan, ramai ahli
sains telah dihukum dengan pelbagai hukuman
bahkan ramai dihukum mati kerana mengeluarkan
teori-teori sains yang bercanggah dengan dogma
gereja. misalnya Guirdano Bruno dan beliau telah
dihukum bakar hingga mati Campo dei Fiori pada
17 Febuari 1600.
7Galileo Galili
- Galileo Galili (1564-1642) juga hampir-hampir
menerima nasib yang sama. Beliau telah meletakkan
asas bagi teori tentang jasad yang jatuh. Dengan
menolak teori Aristotle, beliau telah menyebabkan
kemarahan pengikut-pengikut Aristotle dan memaksa
beliau mengosongkan kerusi pensyarah di
University Pisa. Beliau telah memberi sumbangan
besar kepada perkembangan sains, namun apa yang
membimbangkan beliau ialah tentangan daripada
Gereja terhadap teori beliau yang mengatakan
bahawa bumi bukan pusat alam.
8Penghakiman Galileo
- Dakwaan bahawa bumi bukan pusat alam ini, atau
tidak boleh bergerak tetapi ia bergerak dan
dengan tindakan pusingan harian adalah satu yang
pelik - Dakwaan bahawa matahari adalah pusat bumi dan
tidak bergerak dari tempatnya adalah aneh dan
menyeleweng dari ajaran Kitab Suci
9Hukuman Kardinal 12 April 1633
- Dengan itu kami mengumumkan hukuman kami
mengistiharkan, penghakiman dan mengumumkan
bahawa kamu, Galileo-telah menyeleweng, bahawa
dengan mempercayai bahawa doktrin bahawa ia tidak
bergerak dari timur ke barat dan bumi tidak
bergerak, dan bukan pusat bumi.
10Perakuan Gereja Katolik
- Umpamanya, Konsul Vatican kedua (1960-1965)
dengan jelas membuat kenyataan berikut Semenjak
sekian lama konflik antara sains dan agama,
pihak berkuasa tertinggi Gereja Katolik
mengisytiharkan Hari ini seperti yang belum
pernah terjadi, syukur kepada Tuhan, wujud
persamaan yang rapat antara sains dan agama yang
benar di mana kedua-duanya adalah hamba kepada
yang satu dan satu kebenaran.
11Perakuan Vatican
- Pada tahun 1984, satu suruhanjaya telah dilantik
oleh Pope John Paul II untuk menyemak semula
peristiwa-peristiwa yang menyebabkan berlakunya
konflik antara sains dan agama, dan mengakui
bahawa penguasa-penguasa Gereja telah membuat
kesilapan menghukum Galileo.
12AGAMA DAN SAINS DI BARAT MASA KINI
- Penindasan pihak gereja terhadap ahli sains
menyebabkan ahli sains pada Zaman Enlightenment
dan Zaman Moden menolak hubungan antara agama
dengan sains. Terdapat keinginan di Barat untuk
kembali menghayati etika sains berdasarkan kepada
agama. Antara penggerak etika yang berdasarkan
agama ialah Dr. Bruno Guirdidoni _at_Abdul Haq,
seorang ahli fizik Perancis yang pernah menjadi
pengarah Balai Cerap Paris
13AGAMA DAN SAINS DI BARAT MASA KINI
- Kini muncul pendekatan Intellegent Design dalam
pendekatan sains khususnya di Amerika Syarikat.
Intellegent Design adalah kesinambungan daripada
pendekatan creation yang bertentangan dengan
pendekatan evolusi yang menjadi teras kepada
sains moden. Intellegent Design dan Crationism
menekankan bahawa kejadian alam ini adalah
seperti yang dinyatakan oleh Bible sedangkan
evolusi pula menyatakan bahawa alam ini terjadi
secara evolusi. Senario ini menggambarkan krisis
dalam pendekatan sains masa kini,
sekurang-kurangnya di Barat.
14IMPLIKASI PEMISAHAN SAINS DARI AGAMA
- Dalam ajaran Islam, sains merupakan ilmu yang
berkaitan dengan alam dan alam ini menurut Islam
adalah ayat-ayat Allah s.w.t. yang dilihat
(al-Manzuroh). Al-Quran pula adalah ayat Allah
s.w.t. yang dibaca (al-Maqruah). Allah s.w.t.
memerintahkan manusia membaca kedua-duanya yang
dilihat (al-manzuroh) dan yang dibaca
(al-Maqruah). Kedua-duanya datangnya daripada
Allah s.w.t. dan oleh sebab itu sekiranya
kedua-duanya dikaji, nescaya berlaku pertemuan
antara keduanya.
15Surah Fusilat ayat 53
- Kami akan tunjukkan ayat-ayat Kami pada
ufuk-ufuk dan dalam diri mereka sendiri sehingga
jelas kepada mereka bahawa Ia (al-Quran) adalah
benar. Tidakkah cukup bagi kamu bahawa Tuhan kamu
sebagai saksi kepada semuanya?. Oleh sebab itu
jelas bahawa dalam Islam sains tidak boleh
dipisahkan dengan agama dan melakukannya secara
sedar adalah satu kesalahan yang perlu
diperbetulkan. Bahkan sehingga sekarang tidak ada
satupun penemuan sains yang bertentangan dengan
al-Quran.
16MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT
- Manusia kini sedang berhadapan dengan pelbagai
masalah besar, antaranya adalah peperangan,
perlumbaan senjata, keruntuhan akhlak, pelbagai
penyakit kronik seperti AIDS, selsema burung dan
sebagainya. Namun masalah yang paling besar yang
dihadapi oleh manusia sejagat ialah masalah
kemusnahan alam di mana manusia itu sendiri
hidup. Kemusnahan alam sekitar akan menjejaskan
kehidupan manusia itu sendiri dan kerosakan
tersebut adalah disebabkan oleh perbuatan
manusia sendiri.
17MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT
- Kebocoran lapisan ozon, peningkatan suhu bumi,
pencemaran air dan udara adalah hasil daripada
amalan sains yang tidak beretika. Manusia dengan
penggunaan alat teknologi canggih mengeksploitasi
semahunya sumber-sumber alam demi memenuhi
keinginan kebendaan manusia, bukan untuk
diagih-agihkan sesama manusia secara saksama
antara manusia menerusi pemindahan teknologi dan
sebagainya. Justeru, sains dan teknologi
digunakan untuk memaksimakan eksploitasi sumber
alam seperti yang menjadi matlamat kapitalisme
18MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT
- Manusia menerusi falsafah etika hedonisme,
liberalisme dan individualisme yang menjadi teras
kepada modenisme sebenarnya bertentangan atau
bercanggah dengan etika dan moral agama - Implikasinya kepada manusia moden masa kini juga
amat jelas menjejaskan kehidupan sosial manusia
seperti kemerosotan bilangan penduduk,
peningkatan jenayah berat dan kehilangan
kepercayaan kepada orang lain di semua negara
maju
19Persoalannya?
- Adakah manusia dapat menghalang kemusnahan
tamadun manusia ini dengan hanya membuat
peraturan-peraturan yang lebih ketat terhadap
pencemaran alam sekitar, bahan buangan industri
dan sisa nuklear? - Adakah mungkin manusia mengembalikan keadaan alam
sekitar kepada keadaan asalnya hanya dengan
membuat polisi-polisi di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa?
20Mengapa?
- Dalam konteks perdebatan tentang alam sekitar,
pandangan Islam sebenarnya diabaikan. Nilai dan
tradisi Islam menyediakan jawapan yang berkesan
dan komprehensif terhadap kerosakan dan
kemusnahan alam sekitar yang yang berlaku masa
kini.
21ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS ISLAM PADA MASA KINI
- Pada akhir abad ke 20, sarjana-sarjana Muslim,
ahli sains dan ahli falsafah di seluruh dunia
Islam berusaha untuk merumuskan falsafah sains
Islam versi masa kini, termasuk etika dalam
kegiatan sains Islam. - kelompok pertama mistik sufi yang berhujah bahawa
tradisi dan suci seharusnya menjadi teras
kepada pendekatan sains Islam. - Kelompok kedua pula berhujah bahawa isu sains dan
Islam harus ditangani dalam kerangka konsep yang
membina matlamat masyarakat Islam.
22ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS ISLAM PADA MASA KINI
- Sepuluh konsep Islam dikenal pasti sebagai
kerangka di mana inkuiri sains Islam harus
dilaksanakan, empat berdiri sendiri dan tiga
pasangan yang berlawanan iaitu tawhid, khilafa,
'ibadah, 'ilm, halal dan haram, 'adl dan
zulm, dan istislah (kepentingan awam) dan
menginstitusikan satu sistem untuk pengetahuan
yang berasaskan kepada kebertangungjawaban dan
tanggungjawab sosial.
23ETIKA DALAM ISLAM
- Dalam konteks ajaran Islam, perkataan yang paling
hampir kepada maksud etika ialah akhlak.
Pengertian akhlak dianggap lebih kuat dan
berkesan kerana ia bertunjangkan kepada keimanan
kepada Allah s.w.t. berbanding dengan etika yang
berasaskan kepada teori-teori ciptaan manusia.
Akhlak Islam berasaskan kepada ajaran al-Quran
dan ajaran Hadith Nabi Muhammad s.a.w.
24ETIKA DALAM ISLAM
- Perbuatan dan kegiatan seorang individu Muslim
boleh diklasifikasikan kepada perbuatan wajib,
sunat, harus, makruh atau haram. Sehubungan itu,
kegiatan seorang ahli sains Islam juga boleh
diklasifikasikan sebagai wajib, sunat, harus,
makruh atau haram. Apakah hukumnya membuat
sesuatu alat atau bahan yang fungsinya hanya
untuk membunuh sahaja seperti membuat racun
arsenik atau membuat bom nuklear dan sebagainya,
atau melakukan pemindahan organ, kloning,
penyelidikan stem cell, pemetaan genome,
penukaran jantina dan sebagainya yang kini
menjadi isu besar?
25GARIS PANDUAN KEGIATAN SAINS ISLAM
- Semua aktiviti membangunkan alam yang dilakukan
oleh orang Islam sewajarnya berlandaskan kepada
asas-asas falsafah yang bertunjangkan ajaran
Islam. Dalam kegiatan sains, seperti juga dalam
kegiatan pembangunan yang lain seperti
pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan
sebagainya, perlu berlandaskan kepada lima asas
iaitu Tawheed Uluhiyyah, Tawheed Rububiyyah,
Khilafah, Tazkiah an-Nafs dan al-Falah.
26TAWHEED ULUHIYYAH
- Tawheed Uluhiyyah bermaksud kepercayaan bahawa
Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini adalah
hak kepunyaanNya. Dalam hubungan ini, alam adalah
ciptaan Allah s.w.t. dan kewujudannya bukan
berlaku secara kebetulan. Setiap yang
diciptakanNya mempunyai tujuan dan matlamat.
27TAWHEED RUBUBIYYAH
- Tawheed Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa Tuhan
sahajalah yang menentukan rezeki kepada manusia.
Dan akan membimbing orang-orang yang beriman
kepadaNya ke arah kejayaan. Dalam usaha
pembangunan, manusia harus menyedari bahawa
mereka wajib berusaha dan juga mereka perlu
berserah (berdoa) kepada Tuhan untuk mencapai
matlamat pembangunan. Sikap berserah semata-mata
(kadariyyah) merupakan sifat yang tidak baik.
Manakala sifat yang sebaliknya pula (Jabbariyyah)
, iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia,
dianggap tidak adil kepada Penciptanya.
28KHILAFAH
- Manusia adalah khalifah atau duta Allah di atas
muka bumi ini. Manusia telah dianugerahkan oleh
Tuhan dengan semua ciri-ciri kerohanian dan
mental, dan juga sumber-sumber material, untuk
membolehkan manusia melaksanakan tugas dengan
berkesan. Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah,
manusia diberi kebebasan dan berupaya untuk
berfikir dan memberi sebab, untuk memilih antara
betul dan salah, adil dan tidak adil untuk
merubah keadaan hidupnya, masyarakatnya dan juga
perjalanan sejarah, sekiranya dia mahu.
29KHILAFAH
- Manusia secara tabeiinya adalah bersifat baik dan
mulia (al-Quran, 1529,3030 dan 954). Manusia
mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit
untuk menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia
menerima pendidikan dan bimbingan yang betul
serta diberi galakan. Oleh sebab manusia sifatnya
adalah baik, manusia secara psikologinya akan
gembira dan puas selagi ia berada, atau
menghampiri sifat dalamannya, dan akan berasa
tidak gembira serta kecewa apabila ia
menyeleweng daripadanya
30Al-Hijr29 ar Ruum 30
- Maka apabila Aku (Allah) telah menyempurnakan
kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh
(ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya
dengan bersujud - Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada
agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang
telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah
agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui
31TAZKIYYAH AN-NAFS
- Tazkiyyah an-nafs merujuk kepada pertumbuhan dan
pembersihan jiwa manusia sebagai langkah awal
yang penting sebelum manusia mampu melaksanakan
tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka
sebagai khalifah. Manusia merupakan agen
perubahan dan pembangunan. Maka amat sesuailah
jika perubahan dan pembangunan yang muncul
daripada usaha-usaha manusia adalah untuk
kebaikan untuk orang lain, bukan semata-mata
untuk kepentingan diri sendiri serta tidak
mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral.
Tazkiyyah an-nafs melibatkan proses penyucian
dinamik yang perlu dilakukan setiap orang Islam
sekiranya ia mahu berada dalam keadaan Islam yang
tetap.
32AL-FALAH
- Al-falah merupakan konsep kejayaan dalam Islam di
mana kejayaan yang dicapai dalam kehidupan di
dunia ini akan meyumbang kepada kejayaan di
akhirat selagi kejayaan di dunia ini dicapai
menerusi usaha yang tidak bertentangan dengan
peraturan Allah s.w.t. Maka dalam Islam tidak ada
pertentangan antara kepentingan dunia dengan
kepentingan akhirat.
33KEGIATAN SAINS DAN FALSAFAH PEMBANGUNAN MANUSIA
- Wujud hubungan yang kuat antara kegiatan sains
dengan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat.
Sehubungan itu, kegiatan sains dicorakkan oleh
falsafah pembangunan yang diamalkan. Sekiranya
falsafah pembangunan adalah berasaskan kepada
falsafah yang menolak agama, maka kegiatan sains
juga bersifat menolak agama. Oleh itu, kegiatan
sains dalam Islam bergantung kepada asas falsafah
pembangunan yang digariskan.
34KESIMPULAN
- Sains dalam konteks Islam merupakan suatu ibadah
yang tidak boleh dipisahkan daripada agama.
Pemisahan tersebut akan melahirkan suatu
kepincangan yang besar terhadap kesejahteraan
masyarakat dunia umumnya. Isu-isu yang terlibat
sewajarnya mengambil kira isu-isu etika secara
menyeluruh.