Kerajaan - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Kerajaan

Description:

Kerajaan Uthmaniyyah II Liputan Kuliah Pengasasan dawlah Uthmaniyah Proses Perluasan Kuasa Penaklukan Constantinople Zaman kegemilangan Kemerosotan Awal Dawlah ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:948
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 12
Provided by: groupstwo
Category:
Tags: kerajaan

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Kerajaan


1
Kerajaan Uthmaniyyah II
2
Liputan Kuliah
  • Pengasasan dawlah Uthmaniyah
  • Proses Perluasan Kuasa
  • Penaklukan Constantinople
  • Zaman kegemilangan
  • Kemerosotan Awal Dawlah Uthmaniyah
  • Usaha-usaha pemulihan dan pembaharuan

3
Pengasasan dawlah Uthmaniyah
  • Kuasa Islam yang muncul di Barat Laut Anatolia
    pada awal abad ke 14M
  • Menurut orang-orang Uthmaniyah mereka berasal
    daripada keluarga Suleymaniah iaitu pembesar
    Turki yang berasal dari Mahan, Timur Laut Iran
  • Keluarga ini melarikan diri dari serangan orang
    Mongol pada abad ke 13.
  • Anak Suleyman, Ertughrul memimpin pengikut
    ayahnya ke Anatolia berkhidmat dengan Kerajaan
    Saljuk menentang Byzantin dan Mongol
  • Ertughrul diganti oleh anaknya Uthman yang
    dianggap sebagai pengasas kerajaan Uthmaniyah

4
  • Kajian terkini menunjukkan dawlah ini diasaskan
    oleh Uthman bin Ertughrul yang memimpin imarah
    Uthman di Selatan Anatolia.
  • Sekitar tahun 1300M Uthman menguasai Eskishehir
    hingga ke Nicea(Iznik)
  • Pada tahun 1326, Orkhan menawan Bursa dan
    dijadikan ibu negeri
  • Penempatan penduduk, sistem pentadbiran dan
    pembangunan ketenteraan diadakan
  • Orkhan meneruskan proses perluasan kuasa dengan
    menawan imarah Karasi pada tahun 1345 dan juga
    Gallipoli.

5
Proses perluasan kuasa
  • Seterusnya Murat (putera Orkhan) dapat menawan
    Adrianople dan dijadikan ibu negeri dengan nama
    Edirne
  • Penguasaan Edirne memudahkan usaha kerajaan
    Uthmaniyah untuk bertapak ke Eropah
  • Philipolis ditawan pada 1363, Macedonia 1371-87,
    Tengah Bulgaria 1382, Sofia 1385 dan Nis serta
    Serbia pada 1386. Manakala Kosovo pada 1389
  • Murat terbunuh dalam pertempuran di Kosovo dan
    digantikan oleh puteranya Bayazid I

6
  • Bayazid menyerapkan imarah-imarah Turkoman di
    Barat Anatolia ke dalam Uthmaniyah, menawan
    Bulgaria dan mengepung Constantinople.
  • Beliau juga mengalahkan Hungary di Sungai Danube.
    Di atas kejayaan beliau, Khalifah Abbasiyah
    mengurniakan gelaran Sultan
  • Pada tahun 1397, Timur Lang (Mongol-Turki)
    menyerang kerajaan Uthmaniyah di Anatolia dalam
    pertempuran Ankara
  • Bayazid dapat ditawan dan dikalahkan.
  • Perebutan kuasa berlaku di antara anak Bayazid
    iaitu Suleyman, Mehmed, Musa dan Isa.

7
  • Penaklukan Constantinople
  • Sultan Mehmed II berusaha untuk menakluki
    Constantinople dgn mengepungnya selama 53 hari
  • Pada 29 April 1453, Constantinople dapat ditawan
    kejayaan ini menjadi rekod penting dalam sejarah
    Uthmaniyah
  • Bandar tersebut dinamakan Istanbul, dibangunkan
    semula dan dijadikan ibu negeri kerajaan
    Uthmaniyah
  • Mehmed II digantikan oleh anaknya Bayazid II yang
    berusaha mengekalkan kekuasaan dawlah Uthmaniyah
  • Seterusnya Sultan Selim I berkuasa yang disokong
    kuat oleh golongan devsirme

8
  • Zaman Kegemilangan dawlah Uthmaniyah
  • Sultan Selim I digantikan oleh anaknya Suleyman
    yang dikenali sebagai Suleyman The Magnificent
    atau Suleyman al-Qanuni (1520-1566)
  • Dawlah Uthmaniyah mencapai zaman kegemilangannya
  • Empayar Habsburg di Eropah dan Kerajaan
    Safawiyyah di sebelah Asia menggugat Uthmaniyah
  • Perancis diberikan hak capitulations pada tahun
    1536.
  • Pengkalan tentera laut yang besar diwujudkan di
    Suez 1517 dan Basrah 1538 untuk menangkis ancaman
    Portugis dalam mengukuhkan perdagangan
    antarabangsa di Timur Tengah

9
  • Kemerosotan Awal dawlah Uthmaniyah
  • Bibit-bibit kemerosotan bermula sejak
    pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni. Di antara
    faktor tersebut -
  • Kekuasaan Sultan semakin berkurangan
  • Pengaruh golongan devsirme
  • Peranan harem
  • Pertambahan penduduk

10
Usaha-usaha pemulihan dawlah Uthmaniyah
  • Usaha-usaha pemulihan dimulakan oleh Sultan Usman
    II pada abad ke 17
  • Walaupun program pemulihan tidak begitu berjaya
    tetapi masih mampu menguatkan tentera Uthmaniyah
    dalam menghadapi ancaman Eropah
  • Abad ke 18 menyaksikan pelbagai perjanjian yang
    ditandatangani dengan Russia dan Austria ekoran
    dari peperangan yang berlaku dengan kuasa
    tersebut
  • Kemerosotan Uthmaniyah membawa kepada usaha-usaha
    pembaharuan pada abad ke 19

11
  • Usaha-usaha pembaharuan mencapai kemuncaknya di
    bawah Sultan Selim III
  • Beliau menubuhkan tentera baru iaitu Nizam
    al-Jadid dan kolej-kolej ketenteraan
  • Pemberontakan dari wilayah yang menuntut kuasa
    autonomi, pendudukan Perancis di Mesir dan
    penentangan tentera janissari membantutkan
    pembaharuan oleh Selim III
  • Perkembangan ilmu pengetahuan di kolej dan
    sekolah memberi ruang kepada pembaharuan yang
    dilakukan seterusnya pada abad ke 19M
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com