Title: MODEL-MODEL PENGAJARAN
1MODEL-MODEL PENGAJARAN
- Model-Model Pengajaran dimaksudkan sebagai
rangka-rangka tertentu yang boleh dirujuk untuk
menerangkan proses pembelajaran dan pengajaran
yang dijalankan dalam bilik darjah - Terdapat tiga jenis model pengajaran yang penting
2TIGA JENIS MODEL PENGAJARAN
- Model Ekspositori
- Model Pemerosesan Maklumat
- Model Inkuiri
3Model Ekspositori
- Perkatasan ekspositori bermaksud penerangan yang
jelas dan terperinci. - Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan
penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran
secara langsung kepada murid-murid dalam kelas - Kaedah ekspositori ialah cara penyampaian
pelajaran melalui penerangan, bercerita,
demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.
4- Dalam konteks ekspositori ini,guru memberi
penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar
dengan teliti hingga mereka memahami dan
mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya
dalam buku nota mereka.
5- Misalnya,guru boleh menggunakan model ini
untuk menyampaikan konsep, fakta, hukum, prinsip,
atau teorem matematik. Cara-cara penyampaian
dengan menggunakan model ekspositori adalah
dihuraikan seperti berikut
1. Menerang, menginterprestasi dan menghuraikan
idea daripada buku teks
2.Menerang sambil mendemonstrasi cara melukis
atau membina bentuk-bentuk goemetri
3.Menerangkan langkah-langkah penyelesaian
masalah berdasarksan kemahiran-kemahiran yang
telah dipelajari
4. Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu
mengajar
6Model Pemerosesan Maklumat
- Robert M.Gagne dalam bukunya Essentials of
Learning for Instruction (1975) mengemukakan
teori bagaimana manusia menempuhi rangsangan - Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari
persekitaran luar akan diterima dalam saraf
melalui deria-deria manusia. - Maklumat in akan ditafsirkan dalam stor ingatan,
kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka
panjang - Model Taba juga menekankan kepada aspek
penyusunan maklumat
7- Rajah berikut menggambarkan proses pembelajaran
berdasarkan teori Gagne
Pengenalan dan penerangan isi pelajaran
Murid mendengar penerangan
Murid mengingat dan merekod isi penting
8MODEL INKUIRI
- Model Inkuiri merupakan satu cara mengajar
menggunakan naluri ingin tahu pelajar untuk
meneroka sesuatu ilmu - Pengajaran berdasarkan inkuiri dimulakan dengan
menyediakan satu situasi yang bermasalah dan
pelajar didorong untuk menyelesaikan masalah
tersebut
9MODEL INKUIRI (2)
- Model Inkuiri Suchman adalah model yang
mementingkan pengajaran analisis berbentuk inkuri - Ia mempunyai lima fasa yang penting yang bermula
daripada fasa penemuan masalah sehingga fasa
menganalisis semula corak inkuri dalam proses
penyelesaian masalah
KLIK DI SINI UNTUK KEMBALI KE LAMAN UTAMA