Alam Cinta Dan Sex Remaja - PowerPoint PPT Presentation

1 / 36
About This Presentation
Title:

Alam Cinta Dan Sex Remaja

Description:

Peringkat usia 10 - 19 tahun . Hampir 25 % dari penduduk dunia ... Bermula 12 13 tahun dan berakhir umur 18 thn. ... terjadi beberapa tahun selepas jangkitan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:5426
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 37
Provided by: nurs7
Category:
Tags: alam | cinta | dan | remaja | sex | tahun

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Alam Cinta Dan Sex Remaja


1
Alam Cinta Dan Sex Remaja
  • penyunting
  • Dr Suriya Osman MBBCh

2
Remaja
  • Peringkat usia 10 - 19 tahun .        
  • Hampir 25 dari penduduk dunia
  • Zaman remaja titian dari alam kanak-kanak
    kepada kehidupan dewasa.

3
CIRI - CIRI UTAMA REMAJA
  • R Radikal
  • E Emosional
  • M - Manja Mengada-ngada
  • A Aktif
  • J Jaguh
  • A - Agresif

4
KESIHATAN REPRODUKSI SEKSUAL REMAJA
  • Merujuk kepada kesejahteraan fizikal dan emosi
    remaja ( usia antara 10 - 19 tahun), termasuk
    keupayaan untuk menghalang kehamilan yang tidak
    dikehendaki, pengguguran yang tidak selamat,
    penyakit jangkitan kelamin ( termasuk HIV/AIDS)
    dan segala bentuk keganasan seksual
                                         ICPD 1994

5
PENGETAHUAN KESIHATAN REPRODUKSI REMAJA
  • Menolong membuat keputusan yang mempengaruhi
    kehidupan.
  • Jika kurang pengetahuan dan informasi,remaja
    terdedah kepada amalan berisiko tinggi dan
    komplikasi kesihatan.

6
AKIL BALIGH (PUBERTY)
  • Remaja lelaki
  • Bermula 14 15 tahun dan berakhir 20 tahun.
  • Remaja perempuan
  • Bermula 12 13 tahun dan berakhir umur 18 thn.
  • Tumbesaran badan dipengaruhi oleh hormon
    testosteron dan hormon seks.
  • Melibatkan proses ketinggian badan, pembesaran
    otot, pemanjangan tulang, pematangan organ
    seksual, bentuk badan ramping pada remaja
    perempuan, bentuk badan pejal dan tegap pada
    remaja lelaki, kecelaruan emosi (buaian emosi),
    kehadiran lebih banyak bulu roma dan jerawat.

7
PERUBAHAN SEKSUAL
  • Kelenjar hipotalamus merembeskan hormon
    pembebasan gonadotropin (GnRH)
  • GnRH merangsang kelenjar pituitari merembeskan 2
    hormon seks iaitu FSH dan LH
  • Hormon FSH dan LH dirembeskan ke dalam darah dan
    merangsang ovari dan testikel
  • Ovari menghasilkan hormon estrogen dan
    progesteron
  • Testikel menghasilkan testosteron

8
PERUBAHAN SEKSUAL (Lelaki)
  • Ereksi - disebabkan oleh pengaliran darah yang
    berkumpul di dalam zakar yang menyebabkan ia
    mengembang.
  • Ereksi boleh berlaku spontan, tidak sengaja dan
    pada saat yang memalukan.
  • Sperma dihasilkan oleh testis 120 juta sehari
    (remaja), lelaki dewasa menghasilkan antara 5 -
    50 juta sperma.
  • Ejakulasi proses pemancutan air mani melalui
    epididimis dan hujung zakar.
  • Ejakulasi berlaku ketika mimpi (luar kawal),
    onani dan boleh dikawal secara sedar.
  • Kesuburan lelaki bermula.

9
PERUBAHAN SEKSUAL (Perempuan)
  • Kitar haid (period) berlaku sekali dalam 28
    hari (purata).
  • Disebabkan oleh perubahan paras hormon.
  • Lapisan dinding rahim, darah dan mukus
    dikeluarkan dari rahim melalui faraj.
  • Haid berlaku selama kira-kira 5 hari.
  • Ovum dihasilkan oleh ovari setelah tamat haid.
  • PMS gejala sebelum berlakunya haid seperti
    sengal di bahagian buah dada, bengkak jari dan
    kaki, sakit kepala, loya, pening, cepat marah,
    suka makanan manis.
  • Kesuburan perempuan bermula.

10
PERUBAHAN EMOSI (Buaian emosi)
  • Mengalami moodiness Disebabkan oleh perubahan
    paras estrogen (perempuan) dan testosteron
    (lelaki)
  • Mudah terusik, agresif, murung, cuai,
    memberontak, emosional
  • Sangat mengambil kira tentang penampilan diri
    mereka, apa orang lain kata dan fikirkan
  • Suka menyendiri, berkurung dalam bilik, lihat
    cermin
  • Merasa malu dan keliru dengan perubahan diri
  • Merasakan tarikan seksual dan mudah dirangsang
  • Mengalami rasa ingin tahu terhadap seks dan mudah
    jatuh cinta
  • Tidak suka dikongkong oleh ibubapa
  • Sering berselisih faham dengan ibubapa

11
PERKEMBANGAN MENTAL
  • Perubahan fizikal dan emosi yang berlaku begitu
    pantas kadangkala tidak dapat ditangkap oleh
    perkembangan mental
  • Remaja mudah keliru, confused, clumsy, serba
    tak kena
  • Perkembangan otak berlaku dengan pesat iaitu 30
    - menuju kesempurnaan

12
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN
  • Kebersihan
  • Pemakanan
  • Tingkah laku dan kebiasaan (habits)
  • Emosi

13
KESAN MEROKOK
  • WANITA
  • Kualiti ovum yang tidak baik
  • Gangguan pusingan haid
  • Semasa hamil, Berat lahir yang rendah
  • Kelahiran tak cukup bulan
  • Kematian janin dalam rahim
  • LELAKI
  • Pengurangan
  • kuantiti kualiti sperma

14
KOMPLIKASI DARI TINGKAHLAKU BERISIKO TINGGI
REMAJA
  • Kehamilan  Remaja   
  • Pengguguran tidak selamat
  • Jangkitan penyakit kelamin
  • HIV /aids
  • Keganasan seksual

15
ALAM CINTA/SEKS REMAJA
  • Sentiasa difikirkan oleh remaja!!
  • Alam yang penuh misteri, keseronokan, penerokaan
    - menarik perhatian remaja
  • Pengaruh agama dan budaya membezakan penerokaan
    remaja terhadap seks
  • Cinta bukanlah bukti untuk mendapatkan seks!!

16
CINTA VS SEKS
  • Cinta.
  • Cinta adalah emosi (perasaan).
  • Tiada definisi yang "tepat" tentang cinta untuk
    setiap manusia.
  • Cinta melibatkan perasaan romantik atau tarikan
    terhadap sesuatu atau seseorang.
  • Seks
  • Seks adalah suatu peristiwa atau tindakan
    (fizikal).
  • Terdapat pelbagai jenis seks tetapi kebanyakan
    perlakuan seks mempunyai beberapa perkara yang
    serupa.
  • Boleh berlaku di antara dua manusia yang
    berlainan atau sama jenis atau ke atas diri
    sendiri (onani).

17
TREND MASAKINI SEX DAN SOSIAL
  • Seks sebelum perkahwinan
  • Usia menarki ( haid pertama ) menurun
  • Usia perkahwinan meningkat
  • Bertukar-tukar pasangan.

18
RAUDHATUS SAKINAH SOROTAN
  • Hamil di luar nikah diperkosa  3.2
  • Hamil diluar nikah terlanjur    12.9
  • Hamil diluar nikah luar kawal)   45.2
  • Lari dari rumah, seks bebas,     22.6
  • Rokok, arak, ganja ,Ponteng,        9.7
  • Murtad, seks, rokok, arak, ganja    3.2
  • Dilacurkan                3.2
  • Jumlah 60 orang

19
KEHAMILAN REMAJA  ( Teen Pregnancy)
  • Fakta
  • Kadar kematian ibu bayi TINGGI  di kalangan
    wanita berusia kurang 16 thn.
  • Kesan psikologi dan sosial.
  • Kurang peluang belajar mendapat pekerjaan yang
    baik.
  • Kedudukan ekonomi yang tidak stabil.
  • Sokongan emosi yang kurang stabil.

20
PENGGUGURAN TIDAK SELAMAT definisi
  •  Pengguguran kehamilan yang dilakukan tanpa
    prosedur perubatan yang piawai atau dikendalikan
    oleh pihak yang tidak terlatih.

21
PENGUGURAN TIDAK SELAMAT Komplikasi
  • Kematian pendarahan jangkitan kuman
  • Infeksi organ reproduksi sakit pelvis kronik dan
    Ketidaksuburan
  • Kecederaan organ rahim serviks

22
PENYAKIT JANGKITAN KELAMIN (STDs)
  • Remaja berisiko tinggi.
  • Kalaukurang informasi  dan pengetahuan.
  • Jika --Gaya hidup - seks rambang.
  • Biologi remaja perempuan lebih terdedah 
    (struktur organ genitalia ).

23
PENYAKIT JANGKITAN KELAMIN 1
  • bakteria
  • chlamydia, gonorrhoea,syphilis ,trichomoniasis..
  • Seringkali tiada gejala sukar dikesan.Membawa
    kepada Penyakit Inflamatori pelvis (PID)
    ketidaksuburan.
  • Boleh memberikan kesan kepada janin sekiranya
    hamil.

24
PENYAKIT JANGKITAN KELAMIN (2)
  • Virus
  • Human Papilloma Virus (HPV) ada kaitan dengan
    kanser pangkal rahim (serviks)
  • Hepatitis B menyebabkan kerosakan hati
  • Herpes merebak cepat di kalangan remaja.

25
HIV / Aids (1)
  • 50 jangkitan HIV didunia kalangan remaja tahun.
  • AIDS terjadi beberapa tahun selepas jangkitan HIV
    boleh menyebabkan kematian.
  • HIV disebarkan melalui air mani cecair rembesan 
    faraj darah.
  • ( kaedah suntikan )  .
  • susu ibu melalui uri bagi janin.

26
HIV / Aids (2)
  • Tiada vaksin terhadap AIDS.
  •  Ubat yang sedia ada hanya boleh melambatkan
    proses AIDS - biasanya mahal.
  • Pencegahan - strategi utama..

27
KEGANASAN SEKSUAL
  • Satu tindakan secara percakapan atau fizikal yang
    melibatkan beberapa jenis jenayah dan perbuatan
    seperti
  • Rogol
  • Eksploitasi seksual secara bersentuha
  • Gangguan seksual
  • Pemerkosaan oleh ahli keluarga kenalan- incest
    and acquaintance rape )
  • Pencabulan kanak-kanak

28
KEGANASAN SEKSUAL
  • Tindakan keganasan yang dicetuskan oleh
  • keperluan untuk merasa kuat dan berkuasa
  • perasaan marah,
  • Dengan cara mendominasi, mengawal dan memalukan
    mangsa.

29
KEGANASAN SEKSUAL
  •     Mangsa dipaksa, diancam dan dimanipulasi.
  •     Pemangsa adalah bertanggungjawab sepenuhnya
    terhadap jenayah tersebut.

30
KEGANASAN SEKSUAL SALAH SIAPA?
  • WANITA dipersalahkan ?
  • TANGGUNGJAWAB MORAL SOSIAL siapa ?
  • pakaian ?

31
PANDUAN UNTUK REMAJA
  • Sayangi diri.
  • Tingkatkan pengetahuan sistem reproduksi.
  • Hindarkan dari tindakkan merugikan.
  • Berikan keutamaan yang betul kepada semua aspek
    kehidupan..

32
ANDA BELUM BERSEDIA MELAKUKAN SEX JIKA
  • Anda samakan sex dengan.
  • Anda takut untuk menolak.
  • Anda fikirkan semua rakan anda melakukannya.sebeb
    arnya tidak!
  • Anda tidak tahu apa menyebabkan kehamilan.
  • Anda fikirkan melakukan pertama kali tidak akan
    hamil.

33
ANDA BELUM BERSEDIA MELAKUKAN SEX JIKA
  • Ia betentangan dengan agama dan kepercayaan anda.
  • Anda melakukannya kerana dicabar.
  • Anda fikirkan ia akan menyebabkan pasangan anda
    mencintai anda.
  • Anda fikirkan ia akan menyebabkan anda cintai
    pasangan anda.

34
ISLAM MENEGAH SEKS LUAR NIKAH mengapa?
  • Islam memandang MULIA institusi rumahtangga.
  • Pernikahan menghalalkan hubungan lelaki
    perempuan yang pada asalnya haram.
  • Hubungan seksual hanya dibenarkan setelah semua
    pihak terbabit MEMETARAIKAN tanggungjawab
    masing-masing..

35
JANJI ALLAH SWT
  • Surah an-Nur 26 ( Maksud ayat ) Wanita yang
    keji adalah untuk lelaki yang keji,Dan lelaki
    yang keji adalah buat wanita yang keji ( pula ).
    Manakala wanita yang baik adalah untuk lelaki
    yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk
    wanita yang baik (pula).

36
SEKIAN,TERIMA KASIH
hubungi Wanita JIM 03 03-41073379,
wjim_at_pd.jaring.my
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com