Bab 5 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 21
About This Presentation
Title:

Bab 5

Description:

Selepas penubuhan Malaysia 1963, konsep musyawarah antara etnik diperluas lagi Parti Perikatan + PAS + Gerakan + SUPP menubuhkan BN pada 1972. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:273
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: Department273
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Bab 5


1
Bab 5 Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan
Etnik Di Malaysia
2
Hasil Pembelajaran
  1. Menjelaskan konsep pembangunan politik.
  2. Menyatakan proses dan pembangunan politik di
    Malaysia.
  3. Menghuraikan proses kemunculan politik berparti
    Malaysia.
  4. Menganalisis bagaimana proses dan tindakan
    politik boleh memupuk hubungan etnik yang
    harmonis.

3
Pengenalan
  • Terdapat beberapa bahagian utama dalam bab ini
  • Modenisasi dan pembangunan politik.
  • Kemajumukan etnik dalam proses politik.
  • Kerjasama politik dan hubungan etnik.
  • Pemupukan hubungan etnik secara formal.
  • Hubungan etnik selepas penubuhan Malaysia.

4
Konsep Modenisasi dan Pembangunan Politik
  • Matlamat utama modenisasi dalam konteks politik
    ialah pembinaan negara bangsa.
  • Negara bangsa suatu wilayah yang mempunyai
    sempadan, pemerintahan atau kerajaan dan
    warganegara atau bangsa bangsa Malaysia.

5
  • Kaedah membina bangsa Malaysia top-down seperti
    penghayatan ideologi negara, penerapan
    dasar-dasar awam dan pemupukan semangat
    nasionalisme melalui simbol dan ritual negara.
  • Penilaian terhadap dasar awam lazim dijadikan
    asas pengukuran kejayaan pembinaan negara bangsa.

6
  • Selain daripada pembinaan negara bangsa,
    pembangunan politik turut melibatkan perubahan
    dalam aspek struktural dan budaya membawa
    perubahan sistem politik masyarakat.
  • Melalui 3 proses
  • Perbezaan struktur politik perubahan daripada
    politik feudal atau autoritarian kepada struktur
    politik trias politica.

7
  1. Sekularisasi budaya politik perubahan budaya
    politik daripada budaya politik feudal dan yang
    tidak memisahkan agama dengan negara kepada yang
    memisahkan kedua-dua unsur tersebut.
  2. Penyertaan politik yang besar oleh rakyat
    rakyat berhak menentukan pemimpin mereka.

8
  • Komponen amalan demokrasi parti-parti politik,
    majlis perwakilan rakyat atau parlimen,
    perlembagaan negara dan pilihan raya.
  • Pembinaan negara bangsa dan perubahan dalam aspek
    struktural dan budaya merupakan 2 hal yang saling
    mempengaruhi dalam menentukan pembangunan politik.

9
Kemajmukan Etnik dalam Proses Politik di Malaysia
  • Aspek demografi Malaysia sebagai masyarakat
    pluralistik (telah dibincangkan dalam kuliah
    lepas).
  • Aspek demografi mempunyai pengaruh terhadap
    demografi politik dan proses politik
    terutamanya dari segi bilangan pengundi di
    kawasan tertentu dan jumlah penduduk yang
    menganggotai sesuatu parti politik.

10
  • Aspek demografi politik boleh dilihat berdasarkan
    perkembangan dan angka-angka rasmi pilihan raya
    sejak 1959 (sila lihat contoh yang jelas dalam
    Modul HE.)
  • Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti
    pengundinya terdiri daripada kelompok etnik
    tertentu memang tidak dapat dielakkan
    ditentukan oleh pola taburan penduduk (faktor
    sejarah, ekonomi dsb.)

11
  • Formula BN agihan kerusi parlimen yang
    mencerminkan komposisi penduduk Malaysia adalah
    penting - kerjasama politik dan perkongsian kuasa
    yang telah diamalkan dalam perjalanan pembentukan
    negara bangsa Malaysia.

12
Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik
  • Idea tentang negara bangsa dan proses politk yang
    moden diperkenalkan oleh penjajah British secara
    berperingkat-peringkat dalam usaha menguasai
    sepenuhnya sektor ekonomi.
  • Proses dan struktur politik tradisional (kuasa
    Sultan) berubah ke proses dan struktur moden
    (British pemisahan dan pembahagian kuasa).

13
  • Penglibatan rakyat dalam proses politik dan
    pentadbiran adalah minimum semasa penjajahan
    British dan Jepun.
  • Penglibatan menjadi meluas bila Malayan Union
    diperkenalkan pada 1946 (setelah Jepun tamat
    penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak).

14
  • Namun, kerjasama antara kumpulan etnik telah
    bermula semasa penjajahan Jepun dan sebelum
    kemerdekaan Contohnya, AMCJA-PUTERA
    UMNO-MCA-MIC.
  • Kerjasama etnik UMNO-MCA-MIC membawa kejayaan
    besar dalam proses politik awal cthnya pilihan
    raya Majlis Perbandaran KL 1952 dan Pilihan Raya
    Persekutuan 1955 bersedia untuk kemerdekaan.

15
  • Percubaan lanjut untuk memupuk kerjasama dan
    perpaduan etnik telah diusahakan oleh Dato Onn
    Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
    (IMP) sebuah parti multietnik.
  • Selepas penubuhan Malaysia 1963, konsep
    musyawarah antara etnik diperluas lagi Parti
    Perikatan PAS Gerakan SUPP menubuhkan BN
    pada 1972.

16
  • Sejak Pilihan Raya Umum 1974 sehingga kini, BN
    dipilih oleh rakyat untuk menerajui negara
    mencerminkan keyakinan rakyat terhadap tradisi
    kerjasama etnik.
  • Pola tersebut turut berlaku di Sabah dan Sarawak
    kebanyakan parti politik yang ditubuhkan untuk
    mewakili kumpulan etnik masing-masing telah
    menyertai BN.

17
Pemupukan Hubungan Etnik Secara Formal
  • Pada saat kemerdekaan, Suruhanjaya Reid
    ditubuhkan untuk merangka perlembagaan
    persekutuan.
  • Satu memorantum Raja-raja Melayu, parti
    Perikatan, parti-parti politik lain, badan-badan
    bukan kerajaan dan pertubuhan peladarang serta
    pandangan orang ramai telah diterima oleh
    Suruhanjaya Reid.

18
  • Perkara utama ialah tuntutan-tuntutan daripada
    orang Melayu dan bukan Melayu diselesaikan
    melalui kontrak sosial atau pakatan murni
    antara orang Melayu dan bukan Melayu.
  • Antara perkara yang penting dalam kontrak
    sosial adalah seperti isu kedudukan raja,
    kedudukan istimewa orang Melayu, hak kerakyatan,
    Islam dan Bahasa Melayu.

19
  • Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu lagi
    persetujuan yang telah dicapai antara para
    pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak
    dan Singapura untuk menubuhkan Persekutuan
    Malaysia.
  • Perjanjian Malaysia 1963 iaitu Perkara 165
    Perlembagaan Malaysia memasukkan 20 tuntutan
    Sabah, terutamanya dalam aspek agama,
    bahasa,imigresen, kewangan dan kedudukan
    Bumiputera Sabah.

20
Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia
  • Dalam bidang politik, usaha bagi mencapai
    perpaduan dan integrasi etnik masih dijalankan
    dengan giat.
  • DEB, DPN dan DWN suntikan penting daripada
    kerajaan untuk mewujudkan perpaduan.
  • Kesemua dasar yang dirangka menyediakan peluang
    supaya semua etnik berada dalam satu ruang
    fizikal dan bukan fizikal yang sama.

21
Kesimpulan
  • Tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan
    kerajaan sendiri, kecuali melalui kerjasama
    antara pelbagai etnik.
  • Kini, Malaysia sudah mencapai kestabilan politik
    dan kemakmuran ekonomi hasil kejayaan para
    pemimpin menyatupadukan semua golongan etnik
    dalam pakatan BN.
  • Survival Malaysia dari segi ekonomi dan politik
    bergantung kepada integrasi nasional yang kukuh
    dan berpanjangan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com