Title: KEPIMPINAN DAN MOTIVASI
1KEPIMPINAN DAN MOTIVASI
2OBJEKTIF
- Memahami definisi kepimpinan, ciri-ciri pemimpin
dan perbandingan pemimpin dan pengurus - Mengaplikasi gaya kepimpinan
- Memahami definisi dan teori-teori motivasi
- Mengaplikasi kaedah memotivasikan pekerja
3Def. Kepimpinan
Pengenalan Kepimpinan
Autokratik
Ciri-Ciri Pemimpin
Demokratik
Pemimpin Vs. Pengurus
Laissez Faire
Islamik
Gaya Kepimpinan
KEPIMPINAN MOTIVASI
Def. Motivasi
Maslow
Dua Faktor Herzberg
Teori-Teori Motivasi
Pengenalan Motivasi
X dan Y
Kaedah Memotivasi Pekerja
Z
4PENGENALAN KEPIMPINAN
5 A) Definisi Kepimpinan
- Adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau
kumpulan ke arah mencapai objektif yang telah
ditetapkan. - (Pengenalan kpd perniagaan oleh Zumilah)
- Merupakan suatu proses di mana pemimpin akan cuba
mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi
melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai
matlamat kerja bagi unit dan organisasi. - Seorang pemimpin seharusnya mempunyai
pengikut. Ia mempengaruhi perlakuan pekerja
dengan berbagai cara untuk mencapai matlamat
(Asas pengurusan perniagaan oleh Abu Bakar
Hamed et al)
6 Definisi Kepimpinan (samb)
- Sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan
manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya
mereka rela bergiat dan berusaha ke arah
pencapaian matlamat organisasi. - Manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan,
keazaman dan keyakinan untuk bekerja. - Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan
kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan
ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat
organisasi ( Asas pgrsn-Jaafar Muhd)
7 Definisi Kepimpinan (samb)
Tiga faktor penting tentang definisi
kepimpinan 1) kepimpinan mesti melibatkan orang
lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja
bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para
pengikut 2) para pemimpin mempunyai autoriti
untuk beri arahan dan memantau aktiviti yang
dijalankan oleh anggota kumpulan 3) berkemampuan
menggunakan pelbagai bentuk kuasa bagi
mempengaruhi subordinat melalui pelbagai kaedah
8 B) Ciri-Ciri Pemimpin
Kategori Pemimpin
Pemimpin Formal
Pemimpin Tidak Formal
9i. Pemimpin Formal
- Pemimpin yang dilantik disebabkan kedudukan
formal dalam organisasi contoh - Pengurus Jabatan Kewangan merupakan pemimpin
formal - Disebabkan kedudukannya sebagai seorang pengurus
maka secara tidak langsung beliau merupakan
pemimpin jabatan berkenaan
10ii. Pemimpin Tidak Formal
- Pemimpin yang dilantik secara tidak formal oleh
organisasi untuk mengetuai sesuatu kumpulan
sosial yang terbentuk dalam organisasi. - Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal
untuk memperjuangkan kepentingan tertentu
mungkin akan melantik seorang pemimpin. - Kepimpinan beliau ini tidak disahkan oleh
organisasi. - Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih
rendah atau lebih tinggi atau setara dengan ahli
kumpulan lain
11Ciri-Ciri Pemimpin Efektif
- Bercita-cita, Keinginan Dan Semangat Untuk
Memimpin - Jujur Dan Integriti
- Keyakinan Diri
- Berpengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Dalam
Kerjaya - Bertimbangrasa Dan Bertolak Ansur
- Sedia Menerima Teguran
- Mengakui Kesilapan Dan Memperbetulkan Kesilapan
- Tidak Mendahulukan Kepentingan Diri
- Tidak Memandang Rendah Orang Lain
- Tekun
- Sabar
12 C) Perbandingan Pemimpin Pengurus
STATUS PERKARA PEMIMPIN PENGURUS
Bersifat peribadi Interaksi peribadi dgn pekerja untuk tujuan mempengaruhi mereka Tidak melibatkan interaksi peribadi
Kedudukan dalam organisasi Tidak semestinya disebabkan oleh kedudukan dan jawatan formal dalam organisasi Disebabkan oleh kedudukan dan jawatan formal dalam organisasi
13 Perbandingan Pemimpin Pengurus (samb)
STATUS PERKARA PEMIMPIN PENGURUS
Sikap Motivasi Aktif dari aspek kemanusiaan disebabkan fungsi mempengaruhi pengikut Pasif Lebih mementingkan pencapaian matlamat (aspek teknikal)
Skop pendekatan Menangani perubahan dgn membentuk visi tertentu Menangani kerumitan dan masalah dalam organisasi Memastikan organisasi berjalan pada landasan yang betul
14Bersifat peribadi
- Salah satu perbezaan utama bahawa kepimpinan
lebih bercorak peribadi berbanding pengurusan - Disebabkan pemimpin perlu mendorong, memujuk
dan mempengaruhi orang lain agar mereka
melaksanakan arahan untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan - Pengurus pula perlu menitikberatkan fungsi
pengurusan yang bukan bersifat peribadi - contoh tugas merancang atau membaca laporan
tidak melibatkan interaksi peribadi
15Kedudukan dalam organisasi
- Menjadi pengurus kerana kedudukannya yang formal
dalam organisasi. - Berjawatan formal menyebabkan pengurus ada
tanggungjawab dan autoriti tertentu di mana
pengurus akan berperanan sebagai seorang pemimpin - Walaupun berkedudukan formal dalam organisasi
sesorang pengurus tidak semestinya ada ciri-ciri
kepimpinan yang baik. - Biasanya pengurus dilantik untuk menjadi
pengurus kerana mempunyai pengetahuan,
berkemahiran dan berkeupayaan mengurus dalam
dirinya
16Kedudukan dalam organisasi (samb)
- Seorang pemimpin tidak semestinya dilantik secara
formal dan berjawatan formal dlm organisasi. - Contoh kumpulan kerja tidak formal seperti
Kesatuan Sekerja dalaman, seseorang ketua mungkin
dilantik disebabkan oleh ciri kepimpinan yang ada
padanya walaupun bukan seorang pengurus. - Sebaliknya pemimpin yang mungkin tidak ada
kedudukan formal dalam organisasi dilantik
disebabkan oleh ciri-ciri kepimpinan yang ada
padanya
17Sikap dan motivasi
- Pengurus dan pemimpin berbeza dari segi motivasi
dan cara berfikir serta bertindak - Biasanya pengurus mempunyai sikap yang bukan
bersifat peribadi, tugas pengurus untuk
memastikan matlamat yang telah ditetapkan
tercapai. - Pengurus tidak ambil berat tentang cara yang
digunakan samada betul atau salah untuk mencapai
matlamat tersebut. - Pemimpin pula bersikap lebih aktif lebih ambil
berat tentang cara yang digunakan untuk capai
matlamat. Pemimpin ambil berat tentang hal ehwal
subordinatnya kerana hendak mempengaruhi mereka
untuk melakasanakan arahannya
18Skop pendekatan
- Pengurusan perlu untukmengatasi kerumitan dalam
organisasi maka pengurus perlu pastikan operasi
berjalan lancar dalam landasan yang betul. - Ia dilakukan oleh pengurus melalui perancangan
formal, merekabentuk struktur organisasi yang
ketat dan memantau hasil berdasarkan rancangan
yang disusun - Kepimpinan pula diperlukan untuk menangani
perubahan. Sebab pemimpin perlu menjelaskan arah
tujuan dengan membentuk visi yang sesuai,
menyelaraskan semua usaha subordinat dengan
memaklumkan kepada mereka visi yang dibentuk
serta memberi semangat kepada subordinatnya untuk
menangani semua halangan.
19Skop pendekatan (samb)
- Kesimpulannya pengurusan menekankan aspek
teknikal dalam pengurusan organisasi manakala
kepimpinan lebih menekankan kepada aspek
kemanusiaan dalam pengurusan organisasi
20 D) Gaya Kepimpinan
- DEFINISI - Pendekatan yang digunakan oleh
seseorang pemimpin untuk mempengaruhi
subordinatnya - Pengurus boleh mempengaruhi secara
- membuat keputusan untuk subordinat,
- beri panduan kepada subordinat untuk membuat
keputusan atau - beri autoriti sepenuhnya kepada subordinat untuk
membuat keputusan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah - Jelas bahawa pengurus atau pemimpin ada pelbagai
alternatif untuk membuat keputusan - Maka dalam proses kepimpinan pengurus boleh
menggunakan berbagai gaya kepimpinan sesuai
dengan keadaan
21Gaya Kepimpinan
Gaya Kepimpinan Islamik
Gaya Kepimpinan Autokratik
Gaya Kepimpinan Demokratik
Gaya Kepimpinan Laissez Faire
22Gaya Kepimpinan Autokratik
- Pengurus memberi arahan kepada pekerja dengan
andaian pekerja akan mematuhi tanpa banyak soal - Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh
pengurus - Subordinat tidak terlibat dalam membuat sebarang
keputusan - Pengurus membuat keputusan dan memberitahu
pekerja apa yang harus pekerja lakukan - Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi
krisis, mempunyai pekerja baru dan pekerja yang
tidak bermotivasi
23Gaya Kepimpinan Demokratik
- Pengurus melibatkan pekerja dalam
- proses membuat keputusan tetapi keputusan
- muktamad adalah ditangan pengurus
- Melibatkan subordinat dalam proses membuat
keputusan - Darjah penglibatan subordinat dalam membuat
keputusan bergantung kepada situasi masalah yang
dihadapi - Pengurus berbincang dengan subordinat untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi - Keputusan lebih berkualiti
- Dapat memajukan bakat dan memperkembangkan
kemahiran pekerja - Pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan
lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang
dibuat bersama
24Gaya Kepimpinan Laissez-faire
- Pengurus bertindak sebagai jurutunjuk atau
pemudahcara kepada pekerja dan pekerja
dibenarkan membuat keputusan. - Pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat
untuk membuat keputusan dan bertindak - Subordinat menggunakan kemahiran dan pertimbangan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah - Subordinat akan membuat keputusan berdasarkan
lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk
mencapai matlamat kerja - Gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja
bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan
dan berkemahiran dalam kerjayanya
25Gaya Kepimpinan Islamik
- Gaya kepimpinan berdasarkan Al Quran,
- Al Sunnah dan Syura
- Dalam pengurusan Islam raja perlu
- mentadbir dan bertindak sebagai pengurus atau
ketua - Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang
berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah - Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimpin
dengan mematuhi arahan pemimpin - Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab
pengurusan yg diberi kepadanya oleh negara atau
organisasi sebagai amanah bukan sahaja amanah
dari pekerja atau rakyat juga amanah daripada
Allah SWT.
26Gaya Kepimpinan Islamik (samb)
- Amanah (tugas-tugas pengurusan) yang diterima
perlu ditadbir, diputuskan atau dibincangkan
menerusi konsep syura iaitu permuafakatan di
antara Amir dan pekerja bawahannya serta
pengurus-pengurus yang lain - Menekankan konsep tawakkal setelah semua idea dan
perancangan diatur dengan teliti bagi mencapai
matlamat organisasi kerana hanya Allah yang
mengetahui akhir setiap pekerjaan
27 PENGENALAN MOTIVASI
28A) Definisi Motivasi
- Merujuk kepada rangsangan dalaman (proses
psikologi) yang mengarahkan kelakuan manusia
untuk mencapai matlamat Ferrell, Business A
Changing World, 5th Edition Dari perspektif
Pengurusan Satu dorongan dalaman yang wujud
dalam diri seseorang usahawan/pekerja untuk
berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai
matlamat organisasi
29Definisi Motivasi (Samb)
- Dari perspektif psikologi
- Satu proses yang kompleks melibatkan keadaan
dalaman (naluri manusia dan rangsangan) serta
luaran individu (perlakuan dan tindakan) - Ditakrif sebagai proses psikologi yang merangsang
dan mengarahkan tindakan manusia secara
berterusan untuk mencapai matlamat - Ia melibatkan keperluan yang dirasai dalam
kehidupan seseorang pada sesuatu ketika
30Definisi Motivasi (Samb)
- Keperluan ini mewujudkan rangsangan atau desakan
naluri dari dalam diri manusia - Ini menyebabkan manusia bertindak ke arah
matlamat atau kehendak tersebut
Keperluan (lapar nasi)
Rangsangan (untuk makan)
maklumbalas
Tindakan (mencari nasi)
Matlamat/kepuasan (makan kenyang)
Proses motivasi
31B) Teori-Teori Motivasi
Teori Z
Teori Hirarki Keperluan Maslow
Teori Dua Faktor Herzberg
Teori X dan Y
32TEORI HIRARKI MASLOW
- Menghuraikan bahawa manusia mempunyai beberapa
tingkat keperluan secara teratur - Abraham Maslow mengemukakan 5 tingkat keperluan
yang setiap manusia ingin kecapi iaitu keperluan
fisiologi, keselamatan, sosial, esteem dan
aktualisasi diri
33TEORI HIRARKI KEPERLUAN MASLOW
34Penyempurnaan-Diri
Maruah-Diri
Keinginan utk memenuhi kehidupan mencapai
potensi
Keinginan utk status kedudukan
Sosial
Keinginan utk perhubungan penerimaan
Keselamatan
Keinginan utk perlindungan kerja
Fisiologi
Keinginan utk mkn,tempat tinggal, pakaian
Hiraki Keperluan Maslow
35Keperluan Fisiologi
- Berhubung keperluan asas manusia untuk terus
hidup - Merupakan keperluan terbawah sekali yang harus
dipenuhi oleh semua manusia seperti keperluan
makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya - Bagi memenuhi keperluan ini manusia harus
berusaha atau bekerja untuk mendapat keuntungan,
upah dan gaji -
36 Keperluan Keselamatan
- Untuk mengelakkan diri manusia daripada
perkara-perkara yang boleh mencederakan atau
menjejaskan masa depannya - Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan
setelah keperluan fisiologi telah dipenuhi - Pekerja akan merasa selamat untuk bekerja
sekiranya mereka tahu bahawa mereka tidak akan
kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja - Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat
kerja yg bersih dan kondusif, skim pencen,
insurans dan sebagainya bagi menjamin keselamatan
dan masa depan pekerja mereka -
37Keperluan Sosial
- Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau
masyarakat terhadap individu - Ia tercetus apabila keperluan fisiologi dan
keselamatan sudah dipenuhi - Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri
- Ia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu
untuk berinteraksi - Di dalam organisasi para pekerja akan
dikelompokkan dalam satu kumpulan kerja dan
mereka akan berinteraksi dan bekerja bersama-sama
bagi mencapai matlamat organisasi -
38Keperluan Esteem
- Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di bawah
dipenuhi - Keperluan ini agak sukar dipenuhi
- Ia berhubung dgn penghargaan diri, penghormatan,
status dan sebagainya - Dalam organisasi keperluan ini boleh dicapai
sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi yang
baik dan diberi kenaikan pangkat, gaji yang
tinggi, penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran
yang melibatkan kenaikan status pekerja tersebut -
39 Keperluan Aktualisasi Diri
- Keperluan terakhir yang akan dipenuhi
- Merupakan pencapaian terakhir yang diinginkan
oleh seseorang manusia - Melibatkan seorang manusia menggunakan bakat dan
potensi yang ada padanya untuk mencapai apa yg
dihajatinya - Pekerja seperti ini suka kepada kerja yang
mencabar, berorientasikan pencapaian, kreativiti
dan bercita-cita tinggi
-
40 Keperluan Aktualisasi Diri (samb)
Teori Maslow menyatakan bahawa motivasi manusia
bermula dgn keperluan asas keperluan
keselamatan dlm kerjayanya. Setelah seseorg
mencapai satu tahap barulah ia meningkat
berikhtiar utk mencapai tahap yg lebih tinggi.
41HI !! NAMA SAYA ABRAHAM MASLOW
42TEORI MOTIVASI HERZBERG
- Frederick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan
mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada
Model Penjagaan Motivasi (Motivation -
Maintenance Model) - Terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat
pekerja iaitu - Faktor-faktor hygiene/penjagaan
- Faktor-faktor motivasi/dorongan
-
43Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas
Kepuasan Kerja
(Sumber Landy Trumbo, 1976 87)
44Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas
Kepuasan Kerja
Rendah
Tinggi
Tidak puas hati Puas hati
Faktor Motivasi Pencapaian
Pengiktirafan Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu
sendiri Peluang berkembang Tanggungjawab
Tinggi
Rendah
Ketidakpuasan hati Tiada ketidakpuasan hati
Faktor Hygiene Kualiti Penyeliaan Polisi
Syarikat Gaji Keadaan fizikal tempat
kerja Hubungan antara pekerja Keselamatan di
tempat kerja
Sumber David Holt, Management Principal and
Practice
45Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)
- Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan
(hygiene factors) - Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang
daripada berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya
faktor-faktor tersebut wujud dalam organisasi - Walau bagaimanapun faktor-faktor ini tidak dapat
memotivasikan pekerja atau memberi kepuasan
kepada mereka - Faktor hygiene/penjagaan terdiri daripada kualiti
penyeliaan, polisi syarikat, gaji, keadaan
fizikal tempat kerja, hubungan antara pekerja
keselamatan di tempat kerja - Faktor hygiene jika diberi perhatian akan
mengurangkan/mentiadakan ketidakpuasan hati dan
jika tidak diberi perhatian, akan meningkatkan
ketidakpuasan hati
46Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)
(samb)
Faktor Penjagaan
Dasar dan Pentadbiran Keselamatan Pekerja Organisasi Hubungan Interpersonal Penyeliaan Status Gaji Keadaan Tempat Kerja Kehidupan Peribadi
47Faktor-faktor Motivasi/Dorongan
- Faktor-faktor berkaitan dengan pekerjaan yang
dapat memberi kepuasan dan seterusnya dapat
memotivasikan pekerja - Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan
timbulnya rasa ketidakpuasan kerja -
Faktor Motivasi/Dorongan
Pencapaian Pengiktirafan Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu sendiri Peluang untuk berkembang Tanggungjawab
48Antara faktor-faktor motivasi adalah
- Pencapaian
- yakni peluang-peluang mencapai sesuatu
matlamat kerja yang mencabar - Penghargaan
- yakni penghargaan terhadap sumbangan dan
usaha - Tanggungjawab
- yakni diberi tanggungjawab dan tugas kerja
yang baru
49- Kemajuan
- Iaitu peluang untuk memajukan diri dan status
kerja berdasarkan prestasi kerja - Kerja itu sendiri
- Iaitu berhubung dengan kerja yang dapat memberi
kepuasan, penonjolan diri dan mencabar -
- Kesimpulannya
- Kehadiran faktor motivasi menyebabkan seseorang
merasai kepuasan kerja, dan ketidakhadirannya
tdk semestinya membawa ketidakpuasan kerja. - Kehadiran faktor hygiene mengurangkan
ketidakpuasan kerja, dan ketidakhadirannya
menyebabkan ketidakkpuasan kerja.
50TEORI X TEORI Y
- Douglas McGregor seorang ahli psikologi membuat
andaian berhubung dgn gelagat pekerja yang boleh
dijadikan panduan pengurus dan pemimpin - Pengurus perlu guna cara yang berbeza untuk
memberi motivasi pada pekerja yang berbeza dari
segi nilai, kepercayaan, sikap, kebolehan dan
beberapa ciri lain yang mempengaruhi gelagat
mereka -
51- Andaian tentang pekerja dalam Teori X
- Kebanyakan pekerja tidak suka bekerja dan seboleh
mungkin cuba elak diri dari buat kerja - Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja
untuk mencapai matlamat organisasi - Kebanyakan pekerja malas, mengelak dari
tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih
menekankan keselamatan diri - Kebanyakan pekerja cuba elak diri dari memimpin
- Pekerja hanya akan melakukan kerja yang baik jika
ada insentif kewangan -
52Andaian pekerja di bawah Teori Y
- Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja
- Pekerja boleh kawal diri sendiri, lebih suka
memberi panduan diri, berinovasi dan kreatif - Pekerja suka ambil tanggungjawab dan suka
memimpin - Pekerja mempunyai komitmen pd matlamat organisasi
dan berkeinginan melakukan kerja dengan baik
bukan semat-mata memerlukan insentif kewangan - Motivasi dan potensi pekerja sememangnya sudah
sedia wujud dalam diri pekerja dan pihak
pengurusan hanya perlu menggilapkan
potensi-potensi tersebut -
53TEORI Z oleh Ouchi
- Teori yang menggunakan ciri-ciri kejayaan
pengurus Jepun dan Amerika Syarikat - Adalah gabungan daripada ciri-ciri pengurusan
Jepun (Timur) dan A.S.(Barat). Ciri-cirinya - Melibatkan semua kakitangan dalam proses membuat
keputusan untuk mencapai kepuasan - Pekerjaan adalah untuk seumur hidup bagi mencapai
kepuasan - Tanggungjawab peribadi
- Peluang gunakan kemahiran
- Berhati-hati dlm penilaian dan kenaikan pangkat
utk membina keyakinan
54TEORI Z (Samb)
- Ada kaitan rapat Teori Z danTHM
- Teori Z menekankan rasa tanggungjawab, kesetiaan
dan penglibatan semua pihak dalam pengurusan
organisasi tidak tertakluk kepada pengurus sahaja - Maka pekerja terlibat dalam penentuan matlamat,
pembuatan keputusan, penyelesaian masalah,
melakar dan melaksanakan peluang - Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat
meningkatkan motivasi mereka - Semua pekerja dipastikan terlibat dalam
pengurusan organisasi walaupun pekerja tidak suka
melakukan perkara-perkara di luar bidang mereka
55- C) Kaedah Memotivasikan Pekerja
Perluasan Kerja (Job Enlargement)
Penetapan Matlamat
Pengkayaan Kerja (Job Enrichment)
Pengurusan Bermatlamat (MBO)
Kualiti Suasana Kerja
Rekabentuk/Pusingan Kerja (Job Rotation)
Pengupayaan (Empowerment)
Ganjaran
56- Penetapan Matlamat
- Proses menetapkan tahap prestasi tertentu untuk
dicapai dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan - Ciri-ciri objkektif yang baik seperti spesifik
dan jelas, mencabar tetapi tidak terlalu sukar - Jelas dan mudah difahami
- Objektif organisasi disampaikan samada dalam
bentuk ayat atau mekanisme yang jelas kepada
pekerja - Contohuntung yang hendak dicapai pada tahun
2002 ialah RM 1juta - Mencabar dan tidak terlalu mudah dan terlalu
sukar - Ganjaran dan hukuman yang setimpal
- Beri maklumat prestasi kerja dari masa ke semasa
57Pengurusan Bermatlamat (MBO)
- Pengurusan dan subordinat bergabung tenaga dalam
membentuk dan merangka objektif - Motivasi dan prestasi kerja akan meningkat
sekiranya pekerja terlibat dalam penyediaan
objektif - Terdapat prosedur (langkah-langkah tertentu)
dalam melaksanakan Pengurusan Bermatlamat (MBO) - Penilaian prestasi dari masa ke semasa
- Pemberian ganjaran jika pekerja mencapai prestasi
yang dikehendaki
58(No Transcript)
59Rekabentuk Kerja/Pusingan Kerja (Job Rotation)
- Teknik ini membolehkan pekerja digerakkan secara
sistematik dalam organisasi. - Dapat beri peluang kepada pekerja mencuba
pelbagai kerja yang boleh meningkatkan kemahiran
mereka - Dapat mengelakkan kebosanan dalam melakukan
pekerjaan/suasana yang sama setiap hari.
60Perluasan Kerja (Job Enlargement)
- Kombinasi tugas-tugas yang telah digabungkan
untuk dilakukan oleh pekerja dalam memberi
kepelbagaian kerja dan cabaran terhadap mereka. - Pekerja akan bertanggungjawab mengawal dua atau
tiga tugas dalam satu masa. - Sesuai digunakan jika pekerja merungut bahawa
kerja yang dilakukan sebelum ini terlalu mudah
dan mempunyai skop kerja yang kecil.
61v. Peningkatan / pengkayaan kerja
- Menyediakan pekerja dengan kerja yang lebih
bermakna dan kebertanggungjawaban yang lebih - Memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada
pekerja untuk menjalankan perancangan tugas
mereka dan mengawalnya hingga selesai.
62Kualiti Suasana Kerja
- Program untuk meningkatkan produktiviti dan
prestasi (pengurusan kerja, pekerja dan keadaan
kerja yang baik) - Pengalaman kerja seronok gt prestasi cemerlang.
- Kaedah ini dibentuk supaya pekerja merasa seronok
dengan diri, kerja dan organisasi. - Antara kaedahnya ialah dengan pampasan yang
sesuai, persekitaran kerja yang selamat, peluang
meningkatkan diri,program pembangunan dan
kelonggaran jadual kerja
63Pengupayaan (Empowerment)
- Pekerja berkuasa/diberi kuasa terhadap proses
kerja (eg.kawal belanjawan kewangan, beri
cadangan, buat jadual kerja etc.) - Kaedah ini dapat mengukur/mengawal prestasi kerja
pekerja - Mereka diberi tugas penting untuk diri sendiri
dan orang lain dan mereka percaya bahawa mereka
mampu menjalankan tugas dengan jayanya
64Ganjaran
- Suatu balasan kepada usaha-usaha dan kerja yang
dilakukan oleh pekerja. - Melibatkan ganjaran kepada pekerja samada
- Bentuk Wang Meliputi gaji, upah dan bonus
- Bentuk Bukan Wang Meliputi penghargaan atau
kepercayaan dari pihak majikan - Objektif utama adalah untuk memotivasikan pekerja
dan menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih
tekun dan bersemangat. - Nilai ganjaran adalah berdasarkan tanggungjawab
yang dipikul dan kedudukan yang disandang oleh
pekerja