REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA

Description:

Menjelang bulan Jun 1966, Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia menerusi usaha hubungan baik kedua-dua negara melalui MAPHILINDO ( Malaysia, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:94
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 20
Provided by: Rodz7
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA


1
REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA
  • REAKSI DALAM NEGERI
  • 1. Reaksi Persekutuan Tanah MelayuMelihat
    persekutuan Malaysia sebagai satu usaha murni
    untuk membantu dan memimpin negeri-negeri
    anggota.
  • Kebanyakan parti politik menyokong idea ini.
  • PAS dan Barisan Sosialis meminta idea ini
    dirundingkan terlebih dahulu dengan penduduk.
  • UMNO menyetujui penggabungan dengan Sabah,
    Sarawak dan Brunei tanpa Singapura.

2
REAKSI DALAM NEGERI
  • 2. Reaksi Singapura
  • Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana
    bimbang dengan pengaruh parti Barisan Sosialis
    serta ingin mempertahan kedudukannya.
  • Parti Barisan Sosialis menentang kerana
    mengatakan pembentukan Malaysia merupakan satu
    penjajahan bentuk baru.
  • Dalam referendum 1962 rakyat menyokong
    penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah
    Melayu.

3
REAKSI DALAM NEGERI
  • 3. Reaksi Sarawak
  • Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan
    British kerana tidak yakin membentuk pemerintahan
    sendiri.
  • Parti Negara Sarawak (PANAS) pimpinan Dato
    Bandar Abang Haji Mustapha menyokong penubuhan
    Malaysia.
  • Kebanyakan parti politik akhirnya menyokong
    Sarawak menyertai Malaysia.
  • Parti Perikatan Sarawak (SNAP, PANAS, BERJASA,
    PESAKA DAN SCA) menyokong penubuhan Malaysia.

4
REAKSI DALAM NEGERI
  • 4. Reaksi Sabah
  • Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan
    British kerana tidak yakin membentuk pemerintahan
    sendiri.
  • Kesemua parti politik menyokong penyertaan Sabah
    ke dalam Malaysia.
  • Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan
    Perkara 20 untuk dimuatkan ke dalam Perlembagaan
    Malaysia.
  • Sabah dan Sarawak menuntut hak wilayah asingan.

5
REAKSI DALAM NEGERI
  • 5.Perkara yang terdapat dalam tuntutan hak
    wilayah asingan
  • Ketua negeri
  • Bahasa kebangsaan
  • Agama Islam
  • Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal
    ehwal imigresen
  • Kerakyatan
  • Peruntukan kewangan
  • Pelajaran

6
Dato' Ong Kee Hui -
Pemimpin Parti SUPP
7
Tun Datu Mustapha Datu Harun, pemimpin Parti USNO

8
REAKSI DALAM NEGERI
  • 5. Reaksi Brunei

Pada peringkat awal Sultan Omar Ali Saifuddin
menyokong Gagasan Malaysia. Beliau membentuk
sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat
Brunei. Ditentang oleh Parti Rakyat Brunei (PRB)
pimpinan A.M. Azahari kerana ingin menubuhkan
Persektuan Borneo, iaitu kerajaan Kalimantan
Utara (Sarawak, Sabah dan Brunei).
9
Reaksi Brunei
  • PRB menganggap Malaysia sebagai satu bentuk
    neokolonialisme.
  • A.M. Azahari melancarkan pemberontakan -pasukan
    Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) apabila
    Majlis Mesyuarat Undangan Negeri dan Sultan
    Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan
    Malaysia.
  • A.M. Azahari dengan bantuan Filipina dan
    Indonesia melancarkan pemberontakan Brunei pada
    1962.
  • British berjaya mematahkan pemberontakan tersebut
    manakala A.M. Azahari melarikan diri ke Manila
    kemudian mendapat perlindungan politik di
    Indonesia.

10
Reaksi Indonesia
  • Membantah pembentukan Malaysia kerana menganggap
    ia satu bentuk neokolonialisme yang mengancam
    Indonesia.
  • Melancarkan Dasar Konfrontasi ekonomi dan
    kemasyarakatan dengan konsep Ganyang Malaysia.
  • Menyerang kapal-kapal nelayan Tanah Melayu
  • Menceroboh ruang udara Malaysia
  • Melancarkan serangan melalui Johor, Sarawak dan
    Sabah.
  • Memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan
    negara Dunia Ketiga.

11
Tindakan Malaysia menghadapi konfrontasi
  • Peringkat awal tidak mengambil sebarang
    tindakan.
  • Bertindak balas dengan bantuan tentera negara
    Komanwel iaitu Australia, Kanada, New Zealand dan
    Britain.
  • Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain.
  • Tunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi
    kepada Setiausaha Agung PBB terhadap pencerobohan
    Indonesia.
  • Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke beberapa
    buah neagra Afrika bagi menjelaskan masalah
    hubungan diplomatik Malaysia Indonesia.
  • Malaysia menyertai pertubuhan MAPHILINDO
  • ( Malaysia, Indonesia dan Filipina ).

12
Reaksi Filipina
  • Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi
    menuntut hak terhadap Sabah.
  • Mendakwa Sabah sebahagian daripada milik
    Kesultanan Sulu.
  • Tuntutan berdasarkan perjanjian yang
    ditandatangani antara Sultan Jamalul Alam dengan
    Baron Von Overbeck.
  • Menjelang bulan Jun 1966, Filipina mengiktiraf
    penubuhan Malaysia menerusi usaha hubungan baik
    kedua-dua negara melalui MAPHILINDO ( Malaysia,
    Filipina dan Indonesia ).

13
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
  • Selepas Tunku Abdul Rahman berucap di Singapura,
    beliau telah mengadakan lawatan ke Sarawak, Sabah
    dan Brunei.
  • Tujuannya bagi menerangkan konsep, tujuan dan
    matlamat Malaysia.
  • Rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai
    kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai
    British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.
  • Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan
    Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura dan ia
    dipengerusikan oleh Donald Stephens.
  • Ahli JPPK ialah Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin,
    Khir Johari dari Persekutuan Tanah Melayu, Lee
    Kuan Yew (Singapura) dan Tun Datu Mustapha Datu
    Harun (Sabah).
  • JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai
    tentang gagasan Malaysia.

14
Suruhanjaya Cobbold
  • Suruhanjaya Cobbold disertai oleh tiga orang
    pegawai British, iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony
    Abell dan Sir David Watherston.
  • Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini
    ialah Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali
    Shafie.
  • Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau
    pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan
    Malaysia.
  • Mereka juga perlu membuat penilaian dan
    mengemukakan cadangan kepada pihak British.
  • Suruhanjaya ini juga meneriama memorandum yang
    dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
  • Suruhanjaya ini mengemukakan laporan kepada
    kerajaan British pada Jun 1962.

15
  • Menurut laporan Suruhanjaya Cobbold, satu pertiga
    penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan
    Malaysia tanpa syarat.
  • Satu pertiga menyokong dengan syarat, iaitu
    kepentingan mereka harus dilindungi.
  • Satu pertiga lagi ingin kemerdekaan sebelum
    menyertai Malaysia

16
Antara cadangan Suruhanjaya ini
  • Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan
    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
  • Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan
    dasar imigresennya.
  • Bahasa Melayu bahasa kebangsaan.
  • Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera
    Sarawak dan Sabah.
  • Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang
    dibentuk.
  • Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

17
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
  • JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 dan dianggotai oleh
    wakil dari Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan
    Sabah.
  • JAK dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri
    Negara bagi Tanah Jajahan) dan dibantu oleh Tun
    Abdul Razak. Kedua-duanya ke Sarawak dan Sabah
    bagi menerangkan tentang penubuhan Malaysia.
  • JAK bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan
    kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam persekutuan
    Malaysia.
  • JAK juga membincangkan hak dan kepentingan
    penduduk Sarawak dan Sabah.
  • Menjelang Dis 1962, Tanah Melayu, Singapura,
    Sarawak dan Sabah bersetuju Malaysia dibentuk
    pada 31 Ogos 1963.

18
Perjanjian Malaysia 1963
  • Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada
    9 Julai 1963.
  • Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia
    yang diluluskan oleh Parlimen Britain. Akta
    Malaysia memperuntukkan penggabungan
    negeri-negeri yang seterusnya dinamai Malaysia.
  • Ini disusuli dengan kelulusan Perjanjian Malaysia
    oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan
    Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis
    Undangan Sabah.
  • Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong
    memperkenankan Akta Malaysia.
  • Pada 16 September 1963, negara Malaysia
    ditubuhkan secara rasmi.

19
Inti Pati Perjanjian Malaysia 1963
  • Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab
    Kerajaan Persekutuan.
  • Agama Islam agama Persekutuan kecuali Sarawak dan
    Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
  • Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi
    bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh
    digunakan.
  • Bagi Sabah dan Sarawak, bahasa rasmi ialah bahasa
    Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
  • Hari Malaysia ialah hari perisytiharan Malaysia
    pada 16 September 1963.
  • Penetapan tarikh ini berdasarkan keputusan
    Setiausaha Agung PBB dan dipersetujui oleh
    kerajaan British, Singapura, Sarawak dan Sabah.
  • Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal
    hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
  • Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah 16 kerusi
    dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen.
  • Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat
    taraf yang sama dengan orang Melayu di
    Persekutuan Tanah Melayu.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com