PANTUN EMPAT KERAT - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PANTUN EMPAT KERAT

Description:

PANTUN EMPAT KERAT JENAKA DAN SINDIRAN MAKSUD RANGKAP 1 MAKSUD RANGKAP 2 Dari kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:379
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 12
Provided by: roselymust
Category:
Tags: empat | kerat | pantun | batik

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PANTUN EMPAT KERAT


1
PANTUN EMPAT KERAT
  • JENAKA DAN SINDIRAN

2
MAKSUD RANGKAP 1
  • Apa guna berkain batik,
  • Kalau tidak memakai capal
  • Apalah guna beristeri cantik,
  • Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Isteri yang cantik tidak dianggap sempurna
sekiranya tidak pandai menguruskan kerja-kerja di
dapur (memasak)
3
MAKSUD RANGKAP 2
  • Dari kelang lalu ke Jawa,
  • Naik sigai ke atas atap
  • Ikan kering lagi ketawa,
  • Mendengar tupai membaca kitab.

Apabila orang yang tidak berilmu ingin
menunjukkan kemahirannya, pasti pihak yang lain
akan ketawa kerana tidak percaya. (Kitab boleh
dibaca oleh orang yang memang berilmu
berpengahuan dalam bidang tersebut)
4
MAKSUD RANGKAP 3
  • Ambil segulung rotan saga,
  • Suruh diambil mari diurut
  • Duduk termenung harimau tua,
  • Melihat kambing mencabut janggut.

Orang yang pernah berkuasa tidak akan dapat
berbuat apa-apa apabila kuasanya telah hilang
walaupun kepada orang yang lemah.
5
MAKSUD RANGKAP 4
  • Kupu-kupu terbang melintang,
  • Hinggap menghisap bunga layu
  • Hati di dalam menaruh bimbang,
  • Melihat ikan memanjat kayu.

Perasaan tidak sedap hati kerana memikirkan
sesuatu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku
dan tidak mengikut peraturan alam atau norma
masyarakat.
6
MAKSUD RANGKAP 5
  • Lebat sungguh padi di paya,
  • Kayu tumbang tepi pangkalan
  • Hairan sekali hati saya,
  • Burung terbang disambar ikan.

Tentunya menjadi kehairanan pada umum apabila
melihat orang bawahan berjaya menjatuhkan orang
yang berada di tempat yang tinggi dan berpengaruh.
7
TEMA
  • Sindiran atau pengajaran melalui peristiwa yang
    dipaparkan dalam bait-bait pantun tersebut.

8
PERSOALAN
  1. Tugas dan peranan seseorang wanita atau isteri
  2. Memupuk minat terhadap budaya ilmu atau mencintai
    ilmu pengetahuan
  3. Kekuasaan atau pengaruh tidak akan kekal lama
  4. Sesuatu yang luar biasa itu membawa petanda buruk
    dan orang yang melihatnya akan berasa bimbang.
  5. Keupayaan orang yang lazimnya dianggap lemah,
    tetapi mampu melakukan perkara yang mengagumkan.

9
NILAI
  1. Nasihat-menasihati golongan wanita mesti mahir
    dalam urusan rumahtangga
  2. Merendah diri sesuatu perkara yang bukan dalam
    bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada
    mereka yang lebih arif.
  3. Keyakinan diri kita harun membuktikan kebolehan
    diri supaya tanggapan negatif orang lain terhadap
    keupayaan kita dapat dihapuskan.

10
PENGAJARAN
  1. Kaum wanita hendaklah belajar tentang
    urusan-urusan di dapur.
  2. Seseorang itu perlu gigih meningkatkan kemahiran
    diri agar tidak dipandang rendah.
  3. Janganlah memperolehi kuasa melalui saluran yang
    salah.
  4. Kita sepatutnya bekerja bersungguh-sungguh semasa
    usia muda sebelum datangnya tua.
  5. Seseorang yang berpengaruh dan berwibawa
    seharusnya menggunakan kuasa secara adil dan
    telus.

11
SOALAN KBKK
  • Nyatakan perlakuan atau tindakan remaja yang
    tidak mengikut peraturan dan norma-norma
    masyarakat.
  • Perlakuan vandalisme
  • Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
  • Kebebasan seks
  • Kegiatan gansterisme
  • Kegiatan jenayah merompak, meragut, membunuh
  • Penyalahgunaan dadah
  • Tidak menghormati ibu bapa, guru, orang yang
    lebih tua dan pemimpin
  • Penyalahgunaan internet
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com