ekosistem - PowerPoint PPT Presentation

1 / 25
About This Presentation
Title:

ekosistem

Description:

Nama: Simitha a/p Sugumaran (91178) Komathi a/p Subramaniam (94797) Konsep Ekosistem Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji saling kaitan antara benda hidup dengan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1962
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 26
Provided by: pgt12Wiki
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ekosistem


1
ekosistem
Nama Simitha a/p Sugumaran (91178) Komathi a/p
Subramaniam (94797)
2
OBJEKTIF
Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 4 Mulia
Masa 11.00 11.50 a.m. Tarikh 15 Sept 2008
  • Objektif Am
  • Pelajar dapat memahami ekosistem hutan hujan
    tropika.
  • Objektif Khas
  • Pelajar dapat mentakrifkan konsep ekosistem
    hutan.
  • Pelajar dapat menerangkan ekosistem hutan hujan
    tropika.
  • Pelajar dapat membina rantaian makanan dan
    siratan
  • makanan dalam ekosistem hutan hujan tropika.

3
Isi Kandungan
1.0 Konsep Ekosistem 2.0 Komponen-komponen
Ekosistem 3.0 Ekosistem Hutan Hujan
Tropika 4.0 Rantaian dan Siratan
Makanan 5.0 Keseimbangan Ekosistem 6.0 Kesimpulan
7.0 Kuiz
Tayangan Video
4
Konsep Ekosistem
  • Ekologi ialah cabang sains yang mengkaji saling
    kaitan antara benda hidup dengan persekitarannya.
  • Ekosistem merupakan unit yang dikaji oleh
    ahli-ahli ekologi.
  • Bumi kita boleh dianggap sebagai satu ekosistem
    yang besar.

5
Konsep Ekosistem
  • Ekosistem ialah suatu sistem di mana dua
    komponen, iaitu komponen biotik dan komponen
    abiotik saling bertindak balas.
  • Kajian ekosistem berkaitan dengan pola interaksi
    antara komponen biotik dan komponen abiotik dalam
    sesuatu kawasan atau unit ruang.

6
Komponen-komponen Ekosistem
7
Komponen Biotik
  • Biotik merupakan komponen-komponen organisma yang
    hidup.
  • Komponen-komponen yang hidup ini terdiri daripada
    semua tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan manusia,
    termasuk haiwan seni.

Contoh
8
Komponen Abiotik
  • Abiotik merupakan komponen-komponen persekitaran
    fizikal.
  • Komponen-komponen persekitaran ini terdiri
    daripada unsur-unsur udara, cahaya, air, dan
    tanah.

Contoh
9
Komponen Biotik
Manusia
Haiwan
Tumbuhan
10
Komponen Abiotik
11
Ekosistem Hutan Hujan Tropika
  • Komponen Biotik dalam
  • Hutan Hujan Tropika
  • tumbuh-tumbuhan berbunga
  • burung
  • manusia
  • ular
  • serangga
  • pelbagai jenis haiwan
  • Komponen Abiotik dalam
  • Hutan Hujan Tropika
  • unsur-unsur iklim
  • tanah-tanih
  • mineral

12
  • Di dalam sebuah hutan hujan tropika,
    tumbuh-tumbuhan adalah pengeluar. Contoh pokok
    tualang, meranti, cengal, bunga-bungaan hutan,
    pokok renek, dan pokok yang memanjat seperti
    rotan yang sentiasa bersaing untuk mendapat punca
    tenaga iaitu cahaya matahari.
  • Hasil hutan seperti buah, daun, bunga, atau kayu
    akan menjadi sasaran kepada pengguna primer
    seperti ulat, rama-rama, labah-labah, tupai, dan
    banyak lagi.
  • Pengguna primer juga dikenali sebagai herbivor.

13
  • Seterusnya, pengguna primer akan menjadi mangsa
    kepada pengguna sekunder.
  • Pengguna sekunder terdiri daripada haiwan seperti
    ular, harimau, dan burung helang.
  • Seterusnya, agen pengurai atau pereput berperanan
    dalam mengurai dedaun dan haiwan yang telah mati.
    Agennya seperti semut, anai-anai, kulat, dan
    bakteria.
  • Agen-agen pereputan ini akan menguraikan dan
    mengembalikan nutrien-nutrien seperti karbon dan
    nitrogen ke dalam tanah, udara, dan air.

14
  • Setiap tahap memerlukan tenaga. Contohnya dalam
    ekosistem hutan tenaga diperolehi daripada
    matahari.
  • Komponen bukan hidup seperti air, udara, tanah,
    matahari, dan nutrien akan digunakan oleh
    pengeluar dalam proses fotosintesis.

15
Rantaian Makanan
  • Merupakan kaedah pemakanan komponen hidup yang
    berperingkat-peringkat.
  • Proses aliran tenaga berlaku melalui rantaian
    makanan.

Contoh
16
Siratan Makanan
  • Kebanyakan ekosistem mempunyai beberapa rantaian
    makanan yang saling berkaitan antara satu sama
    lain.
  • Rantaian-rantaian makanan yang bertindih lapis
    ini dikenali sebagai siratan makanan.

Contoh
17
Rantaian Makanan
18
Siratan Makanan
19
Piramid Makanan
20
Keseimbangan Ekosistem
  • Ekosistem dalam keadaan semula jadi wujud dalam
    keadaan yang seimbang.
  • Sekiranya terdapat kekurangan pada mana-mana satu
    komponen, komponen-komponen lain dalam sistem itu
    akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan yang
    baru.

21
Keseimbangan Ekosistem
  • Ekosistem hutan hujan tropika yang seimbang dapat
    menghasilkan makanan secukupnya untuk menampung
    keperluan sebilangan besar hidup-hidupan liar
    sebagai penggunanya.
  • Kehadiran manusia dalam sesuatu ekosistem telah
    membawa bersama perubahan-perubahan yang nyata
    kerana sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan
    masing-masing.
  • Ini telah mengubah keadaan persekitaran semula
    jadi.

22
Kesimpulan
  • Pada akhir pelajaran ini, pelajar haruslah
    memahami
  • konsep ekosistem
  • komponen-komponen biotik dan abiotik
  • ekosistem hutan hujan tropika
  • rantaian dan siratan makanan
  • keseimbangan ekosistem

23
Kuiz 1
  • Komponen abiotik ialah komponen yang terdiri
    daripada benda bukan hidup. B S
  • Burung, singa, dan ular merupakan pengguna primer
    dalam ekosistem. B S
  • Cahaya matahari merupakan sumber tenaga asas
    kepada sesuatu rantaian makanan. B S

24
Kuiz 2
  • Sebutkan dua komponen yang terdapat dalam sesuatu
    ekosistem.
  • i) Biotik ii) Abiotik
  • Berikan 2 contoh agen pengurai yang terdapat
    dalam sesuatu ekosistem.
  • i) Bakteria ii) Kulat
  • Apakah yang terdapat dalam peringkat terbawah
    piramid makanan?
  • Tumbuh-tumbuhan

25
Tamat
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com