KPT 4033 :TEKNOLOGI - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

KPT 4033 :TEKNOLOGI

Description:

kpt 4033 :teknologi & inovasi dalam pendidikan kuliah 4 dan 5 : pengajaran berbantukan komputer (computer-assisted instruction [cai]) & pengajaran berintegrasikan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:482
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 52
Provided by: hes58
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KPT 4033 :TEKNOLOGI


1
KPT 4033 TEKNOLOGI INOVASI DALAM PENDIDIKAN
  • KULIAH 4 DAN 5
  • PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
  • (Computer-Assisted Instruction CAI)
  • PENGAJARAN BERINTEGRASIKAN KOMPUTER
  • (Computer-Integrated Instruction CII)

2
PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (CAI)
  • Pengajaran mata pelajaran menggunakan koswer
    atau perisian yang dibina khusus untuk mencapai
    objektif sesuatu kurikulum mata pelajaran
    tersebut
  • Bertujuan memudahkan proses PP menggunakan
    kelebihan ciri-ciri multimedia
  • Teks
  • Grafik
  • Animasi
  • Video
  • Audio
  • Interaktif
  • Dibina dengan mengambil kira keupayaan individu
    pelajar dan berpusatkan pelajar

3
PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (CAI)- Sambung
  • Sistem ini selalunya mengandungi fungsi
  • Mentaksir keupayaan pelajar sebelum pembelajaran
    (ujian pra pembelajaran)
  • Menyediakan bahan pembelajaran yang bersifat
    interaktif
  • Menyediakan kemudahan latih tubi bagi
    meningkatkan penguasaan pelajar terhadap
    pengetahuan sesuatu topik
  • Menyediakan permainan pendidikan yang boleh
    menarik minat pelajar untuk belajar sambil
    bermain
  • Menyediakan pentaksiran selepas pembelajaran
    (ujian pasca pembelajaran)
  • Merekod progres dan skor pencapaian pelajar

4
PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (CAI)- Sambung
  • Melibatkan beberapa istilah dengan pengertian
    hampir sama
  • Pengajaran Berbantukan Komputer (CAI)
  • Berasal daripada istilah asal adalah
    Computer-Assisted Instruction (CAI)
  • Guru mengunakan perisian kursus untuk mencapai
    objektif pengajaran
  • Pengajaran Berasaskan Komputer
  • Daripada istilah Computer-based Instruction (CBI)
  • Maksud yang serupa dengan CAI
  • Pembelajaran Berbantukan Komputer
  • Daripada istilah Computer-Assisted Learning (CAL)
  • Murid menggunakan perisian kursus untuk
    mempelajari sesuato topik
  • Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer
  • Daripada istilah Computer-Assisted Language
    Learning (CALL)
  • Pembelajaran bahasa menggunakan teknologi
    komputer sebagai alat paparan, peneguhan,
    pentaksiran dan rekod

5
PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (CAI)- Sambung
  • Latihan Berasaskan Komputer
  • Berasal daipada istilah Computer Based Training
    (CBT)
  • Latihan dijalankan dengan bantuan komputer
    termasuk secara atas talian
  • Pembelajaran Berasasan Web (PBW)
  • Daripada istilah Web-based Learning (WBL)
  • Murid belajar sesuatu topik pelajaran menggunakan
    bahan yang dibina dalam Web (on-line)
  • Pengajaran Berasaskan Web
  • Daripada istilah Web-based Instruction (WBI)
  • Guru menggunakan bahan dalam Web bagi mencapai
    objektif pengajaran
  • Latihan Berasaskan Web
  • Berasal daripada istilah Web-based Training (WBT)
  • Latihan dijalankan secara atas talian

6
PERISIAN CAI
  • Tutorial
  • Simulasi
  • Latih tubi
  • Permainan pendidikan
  • Persekitaran penerokaan

7
PERISIAN CAI Sambung
  • Latih tubi- murid boleh berlatih melaksanakan
    aktiviti berulang kali untuk meningkatkan
    kemahiran membuat keputusan tanpa mengambil masa
    yang lama
  • Dunia mikro dan permainan berkomputer- pelajar
    berfungsi sebagai sebahagian daripada eleman atau
    pembolehubah dalam permainan berkomputer bagi
    menyelesaikan masalah melalui simulasi
    persekitaran maya
  • Latihan amali- perisian aktiviti simulasi fizikal
    bagi menggantikan amali sebenar dalam makmal yang
    memerlukan perkakasan mahal dan merbahaya
  • Simulasi- komputer melaksanakan simulasi keadaan
    sebenar membolehkan pelajar menyesuaikan diri
    sebelum mengguna atau mengalami keadaan sebenar
  • Tutorial- perisian yang mengandungi siri langkah
    yang perlu diikuti bagi mencapai objektif

8
PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTERComputer
Assisted Language Learning (CALL)
  • Merupakan sebahagian daripada Pembelajaran
    Berbantukan Komputer tetapi khusus kepada
    pembelajaran bahasa
  • Menggunakan segala kelebihan komputer
    (persembahan isi pelajaran, pentaksiran,
    penilaian kefahaman dan peneguhan, interaktif)
    bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran
  • Pernah dikenali sebagai Computer Assisted
    Language Instruction (CALI), popular di USA
    sehingga akhir dekad 1980an
  • Pada tahun1980an CALL berkembang dengan
    penggunaan multimedia dan komunikasi berasaskan
    teknologi komputer
  • Pada tahun 1990an kerana kemajuan teknologi maka
    wujud istilah Technology Enhanced Language
    Learning (TELL), namun ia kurang digunakan

9
PEMBELAJARAN BAHASA BERBANTUKAN KOMPUTERComputer
Assisted Language Learning (CALL)
  • Program CALL mengandungi rangsangan (sama ada
    dalam bentuk teks, imej, bunyi, video, audio)
  • Pelajar bertindak seperti menaip menggunakan
    papan kekunci, memilih dan klik menggunakan
    tetikus atau bercakap menggunakan mikrofon.
  • Komputer memberi maklum balas sama ada tindakan
    pelajar betul atau salah, memberi gambaran,
    bimbingan kepada jawapan yang betul atau
    mengemukakan cadangan mengulang pelajaran
  • Perisian CALL boleh didapati dalam CD-ROM, DVD
    atau berasaskan Web (Web-based CALL)

10
KEBERKESANAN CAI
  • Boleh meningkatkan prestasi pembelajaran
  • Mengurangkan masa untuk mencapai objektif
  • Meningkatkan kemahiran menyelesai masalah
  • Membantu pelajar membuat pembetulan dan
    menyatakan idea sendiri
  • Memberi penekanan terhadap strategi mengemukakan
    alasan bagi setiap tindakan
  • Membantu meningkatkan keupayaan berkomunikasi dan
    membuat keputusan

11
KEBAIKAN CAI
  • PP menjadi lebih interaktif, meningkatkan
    penglibatan pelajar dalam setiap 20 saat
    bertindak kepada rangsangan, berbeza dengan
    kaedah penerangan oleh guru
  • Pembelajaran mengutamakan keupayaan individu,
    tahap kendiri, carian kendiri, pentaksiran
    kendiri dan mengikut gaya belajar kendiri
  • Pembelajaran lebih fleksibel dengan interaksi
    yang menggalakkan pelajar meneroka dan mencuba,
    memahami dan mengemukakan soalan (method of
    tutorial question and student response)
  • Pembelajaran menggunakan pelbagai media sebagai
    alat memudahkan pembelajaran, bukan tambahan yang
    hanya meningkatkan kos

12
KELEMAHAN CAI
  • Sukar membina perisian kursus yang memenuhi
    keperluan gaya belajar dan kurikulum
  • mendapat perisian yang memenuhi gaya belajar,
    kurikulum dan jenis maklumat yang berbeza
  • Guru tidak memiliki cukup kemahiran menggunakan
    perisian kursus dalam PP
  • Peralatan komputer tidak dapat memenuhi keperluan
    perisian kursus menyebabkan sebahagian daripada
    elemen perisian tidak dapat berfungsi
  • Terlalu mementingkan teknologi, bukan
    mementingkan pencapaian objektif pelajaran
  • Pelajar tidak memiliki kemahiran menggunakan
    perisian kursus dengan berkesan
  • Sukar mendapatkan perisian kursus yang baik dan
    sesuai dengan budaya pelajar

13
  • Apa perlu diambil kira sebelum menggunakan CAI?

14
PERSIAPAN GURU
  • Perlu ada keinginan meningkatkan kualiti dan
    keberkesanan pengajaran menggunakan teknologi
  • Pandai mengurus masa untuk menyelidik, membangun,
    pemilihan perisian kursus dan menyampaikan
    pengajaran
  • Memiliki pengetahuan memilih dan menyesuaikan
    bahan dengan pelajar dari pelbagai latar
    belakang, kemudahan mengakses perisian dan gaya
    belajar (Technology Pedagogical Content
    Knowledge)
  • Berpengetahuan dalam merancang dan melaksana
    pengajaran dengan berfungsi sebagai pemudahcara
    dan fleksibel (self-directed, self-assessed,
    self-accessed, self-paced)
  • Memiliki keinginan menggunakan teknologi seperti
    Internet, mel elektronik, Learning Content
    Management System (LCMS)

15
MASALAH CABARAN GURU
  • Menghadapi kekurangan kemudahan
  • Perisian tidak sesuai dengan guru, kurikulum dan
    murid
  • Beban kerja bertambah terutama dalam menyesuaikan
    kaedah baru dan mengintegrasi perisian ke dalam
    pengajaran
  • Menghadapi masalah teknikal
  • Masalah mengawal pengajaran dalam makmal komputer
  • Masalah pelajar mengulang pelajaran kerana
    menggunakan kaedah self-paced
  • Pelajar hilang motivasi dan tidak berminat
    menggunakan perisian
  • Sikap negatif rakan sekerja
  • Tiada masa untuk preview perisian
  • Perisian ini serasi untuk komputer ini tetapi
    tidak untuk komputer lain

16
MATLAMAT TAMBAHAN PENGGUNAAN MODUL CAI
  • Melatih pelajar belajar mempelajari teknik
    tertentu
  • Membolehkan pelajar membina kemahiran menggunakan
    teknologi komputer
  • Membantu pelajar mengingat fakta-fakta, memahami
    konsep, prosedur dan prinsip
  • Menggalakkan pelajar bekerja secara kolaboratif,
    berbincang dan mengemukakan pendapat mengenai
    sesuatu topik yang dipelajari
  • Meningkatkan minat pelajar terhadap penggunaan
    ICT sebagai salah satu kaedah belajar

17
MATLAMAT GURU MENGGUNAKAN CAI DALAM PP
  • Meningkatkan keberkesanan pengajaran
  • Pembelajaran berlaku dalam masa singkat
  • Menjimatkan masa untuk menjalankan penyelidikan
    tentang PP
  • Menjimatkan masa untuk melaksana dan mengurus
    pentaksiran
  • Menjimatkan perbelanjaan
  • Mengambil kira keperluan semua pelajar

18
KEBAIKAN PENGGUNAAN CAI KEPADA SEKOLAH
  • Dalam jangka masa lama akan mengurangkan kos PP
  • Kakitangan sekolah mendapat pengetahuan dan
    kemahiran bagaimana memenuhi keperluan murid yang
    pelbagai
  • Kualiti dan prestasi akademik sekolah meningkat
  • Menghasilkan pelajar yang memiliki pengetahuan
    dan kemahiran menggunakan teknologi yang boleh
    meningkat pasaran kerja
  • Meningkatkan gred kualiti sekolah sebagai
  • Sekolah dapat mengamalkan prinsip pembelajaran
    fleksibel dalam aspek masa dan ruang
  • Membentuk persediaan untuk membangun dan
    melaksanakan program pembelajaran jarak jauh

19
Ada Soalan?
20
PENGAJARAN BERINTEGRASIKANKOMPUTER (CII)
  • CII di definasikan sebagai penggunaan perisian
    umum komputer seperti pemproses perkataan (Ms
    word), pangkalan data (Ms acess), dan program
    grafik, bagi membantu pelajar menyelesaikan
    masalah atau kerja dengan lebih berdaya maju.
  • Satu pilihan lain penggunaan pengajaran
    berbantukan komputer (CAI).

21
PENGAJARAN BERINTEGRASIKANKOMPUTER (CII)
Sambungan
  • CII melibatkan penggunaan komputer sebagai alat
    penyelesaian masalah
  • Peralatan ini menjadi perantara (medium) bagi
    melengkapkan sebahagain kerja dan
    mempertingkatkan kemampuan pengguna
  • Bina/reka alat atau pilih dari pelbagai alat
    sedia ada dan gunakan pada tugasan untuk
    penyelesai masalah
  • Campur tangan antara pengguna maklumat yang
    hendak dibuat, diterima, disimpan, dimanipulasi
    (manipulated) atau dihebahkan (disseminated)

22
PENGAJARAN BERINTEGRASIKANKOMPUTER (CII)
Sambungan
  • CII memfokuskan kepada komputer sebagai alat
    yang berdaya pengeluaran (sebagai bantuan kepada
    penyelesaikan masalah)
  • Pek perisian aplikasi umum (generic) atau
    serumpun seperti pangkalan data, grafik, helaian
    elektronik, pemprosesan perkataan dan
    telekomunikasi. Boleh digunakan dalam pelbagai
    subjek dan aras peringkat pembelajaran
  • Penggunaan perisian khusus yang direka bentuk
    untuk masalah yang berlaku dalam kursus atau
    tatatertib ilmu (disciplines) tertentu seperti
    mengubah muzik, Reka bentuk Berbantukan Komputer
    (CAD), Perisian pelukis grafik (penggambaran,
    lukisan drafting atau lukisan kejuruteraan).

23
PENGAJARAN BERINTEGRASIKANKOMPUTER (CII)
Sambungan
  • Komputer sebagai alat
  • Aplikasi komputer sebagai pembantu penyelesai
    hajat umum menggunakan pemproses perkataan,
    pangkalan data, grafik, helaian elektronik, dan
    pek aplikasi lain perlu di gabungkan seluruhnya
    ke dalam rancangan pengajaran dan kurikulum
  • Pelajar perlu menerima latihan khusus bagi
    menggunakan peralatan ini, secara mutlaknya
    sebelum tamat persekolahan rendah. Rancangan
    pelajaran sekolah menegah, harus beranggapan
    pelajar telah tahu bagaimana hendak menggunakan
    alatan ini dan menambahkan lagi latihan khusus
    dalam penggunaannya.
  • Keseluruhan sekolah menengah dan di pengajian
    tinggi, pelajar diharapkan menggunakan perlatan
    ini dengan kerap dan guru harus merancang
    pelajaran (kurikulum) dan tugasan agar dapat
    mengambil kelebihan ini untuk menambah baik
    pengetahuan komputer sebagai alat.

24
Bacaan Tambahan
  • Papert, S. Mindstorms Children, Computers and
    Powerful Ideas. New York Basic Books, Inc.,
    (1980).
  • Forcier, R. The Computer as an Educational Tool
    Productivity and Problem Solving. New Jersey
    Prentice-Hall, (1999).
  • Lockard, J, Abrams, P. Many, W. Microcomputers
    for the Twenty-First Century Educators. New York
    Longman, (1997).

25
Guru! CAI atau CII?
  • Untuk memilih CAI atau CII, guru
    sekurang-kurangnya perlulah memahami
    perkara-perkara berikut
  • Proses P P
  • Teknologi dan Pendidikan
  • TPCK
  • Komputer dalam Pendidikan
  • ICT dalam pembelajaran konstruktif

26
PROSES PP
27
PROSES PP (Sambung)
  • Wacana Awam
  • Buku
  • Terbitan berkala
  • Akhbar
  • Majalah
  • Filem
  • Muzik
  • Tarian
  • Dll.
  • Pengalaman, Penyelidikan Inkuiri
  • Penjanaan data
  • Kumpulan berinteraksi dengan antologi bacaan
  • Penerokaan terarah kendiri
  • Penyediaan projek individu/kumpulan
  • Interaksi dengan laman web
  • Penyelidikan
  • Pemerhatian
  • dll

28
PROSES PP (Sambung)
  • Komunikasi / Interaksi
  • Bersemuka (face-to-face)
  • Empat mata
  • Kumpulan kecil
  • Diskusi
  • Kumpulan
  • Kumpulan kerja
  • Seluruh kelas
  • Bertulis/elektronik
  • Kendiri
  • Individu kepada individu
  • Kumpulan kecil
  • Diskusi
  • Refleksi/Pembelajaran
  • Teknologi membantu pembelajaran berlaku mengikut
    teori
  • Tingkahlaku
  • Kognitif
  • Konstruktif

29
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
guru
Isi pelajaran (maklumat)
Inovasi
Proses pembelajaran
Teknologi
Pedagogi
murid
30
PENGGUNAAN TEKNOLOGI OLEH GURU
  • Guru hanya bersedia menggunakan teknologi sebagai
    alat pengajaran jika memiliki Technological
    Pedagogical Content Knowledge (TPCK)
  • Mahir menggunakan teknologi yang hendak digunakan
  • Kefahaman mendalam tentang struktur isi pelajaran
    yang hendak diajar
  • Pengetahuan menyesuaikan isi pelajaran dengan
    keupayaan teknologi untuk pengajaran
  • Memiliki keinginan memperbaiki kaedah pengajaran

31
KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Pentadbiran Pendidikan
Pengajaran Pembelajaran
Penyelidikan Pendidikan
Subjek Komputer
Berintegrasi Komputer
Berbantukan Komputer
Sila beri satu contoh bagi setiap kategori di atas
32
KOMPUTER SEBAGAI SUBJEK
  • Pengajaran komputer- mempelajari ilmu mengenai
    komputer seperti
  • Sekolah/kolej
  • Information and Communication Technology (ICT)
  • Produksi Multimedia
  • Pengkomputeran
  • Grafik berkomputer
  • ICTL/KDP
  • Institut pengajian tinggi
  • Pangkalan data
  • Sistem komputer
  • Pengaturcaraan
  • dll

Operating System
33
BERBANTUKAN KOMPUTER
  • Komputer sebagai alat PP
  • Pengajaran Berbantukan Komputer Computer Aided
    Instruction (CAI)
  • Pembelajaran Berbantukan Komputer Computer Aide
    Learning (CAL)
  • Pembelajaran Berasaskan Komputer Computer-Based
    Learning (CBL)
  • Latihan Berasaskan Komputer Computer Based
    Training (CBT)
  • Pentaksiran Berbantukan Komputer Computer Aided
    Assessment (CAA)
  • Komunikasi bermediakan komputer Computer Mediated
    Communications (CMC)

34
MENGAPA GUNA TEKNOLOGI ICT?
  • Guru
  • Membantu guru menjelaskan isi pelajaran
    menggunakan pelbagai media. Contoh PPSMI sebagai
    perisian kursus pengajaran (teaching coursewares)
  • Mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru
    berkaitan dengan penyampaian pengajaran seperti
    peneguhan, pengulangan penerangan dan pentaksiran
  • Membantu guru bertindak sebagai pemudahcara

35
MENGAPA GUNA TEKNOLOGI ICT?
  • Pelajar
  • Pembelajaran kendiri
  • Tahap kendiri (Self-paced)
  • Capaian kendiri (Self-Access)
  • Arah Kendiri (Self-directed)
  • Penilaian dan pentaksiran kendiri
    (Self-assessment)
  • Memenuhi gaya belajar individu melalui pelbagai
    media yang digunakan dalam perisian pendidikan
  • Gaya belajar visual
  • Auditori
  • Kinestetik

36
ICT DALAM PEMBELAJARAN KONSTRUKTIF
  • Pembelajaran konstruktif
  • Pembelajaran tidak berlaku sendiri tetapi adalah
    hasil pengalaman sebenar pelajar (Jonassen,
    1991)
  • Makna terbina berasas pengalaman individu ketika
    meneroka alam (Duffy, 1991), berakar menjadi
    kefahaman dan peganggan hidup (Brown, 1991)
  • Pelajar perlu aktif dalam aktiviti memperoleh dan
    memahami makna sesuatu yang hendak dipelajari
    (Perkins, 1991)
  • Guru perlu terlibat membantu pelajar memperoleh
    pengetahuan dan memastikan aktiviti yang diguna
    menyokong pembinaan pengetahuan (constructing
    knowledge)
  • Peranan guru adalah menyediakan persekitaran yang
    menggalakkan proses pembinaan pengetahuan berlaku

37
ICT DALAM PEMBELAJARAN KONSTRUKTIF
  • ICT boleh digunakan dalam membina lima (5)
    komponen persekitaran berikut
  • Bank maklumat
  • Alas simbol
  • Kit pembangunan
  • Fenomenaria
  • Pengurusan tugasan
  • Dalam sebuah pembelajaran tidak semua
    persekitaran di atas perlu diadakan jika tidak
    signifikan
  • (Perkins, 1991)

38
BANK MAKLUMAT
  • Information banks merupakan tempat maklumat atau
    topik yang hendak dipelajari disimpan dengan
    lengkap dan boleh dicapai oleh pelajar
  • Contoh
  • ICT
  • Thesaurus
  • Encyclopedia atas talian
  • Laman Web
  • Leaning Management System (LMS)
  • Perisian kursus

39
ALAS SIMBOL
  • Symbol pads merupakan tempat yang membolehkan
    pelajar membina dan memanipulasi simbol menjadi
    maklumat
  • Contoh
  • Perisian pemprosesan perkataan
  • Perisian grafik
  • Perisian persembahan
  • Perisian hamparan elektronik dll

40
KIT PEMBANGUNAN
  • Construction kits merupakan alat yang membolehkan
    pelajar membina maklumat dalam bentuk sebenar
    atau secara metafora
  • Melalui kit pembangunan ini pengetahuan yang
    terbina dalam pemikiran dapat dipersembahkan
    secara visual
  • Contoh
  • Bahasa pengaturcaraan
  • Fitur di dalam hamparan elektronik
  • Fitur dalam perisian CAD
  • Fitur dalam perisian persembahan

41
FENOMENARIA
  • A phenomenarium dikenali juga sebagai makmal
    iaitu kawasan yang khusus untuk mempersembahkan
    sesuatu fenomena dan kesannya
  • Contoh
  • Simulasi
  • Permainan berkomputer
  • Makmal maya (virtual laboratory)

42
PENGURUSAN TUGASAN
  • A task manager merupakan set panduan untuk
    dirujuk oleh pelajar bagi mendapatkan maklumat
    mengenai tugasan dan proses pembelajaran serta
    hasil atau objektif yang hendak dicapai
  • Contoh
  • Pengurusan tugasan berasaskan elektronik
  • Pengajaran berbantukan komputer (CAI)
  • Sistem tutoran pintar (Intelligent tutoring
    systems)

43
PROSES PP KONVENSIONAL
  • Kawalan oleh guru bagi memastikan pelajar belajar
  • Guru memberi arahan jelas dan memberi fokus
    kepada pengajaran
  • Rutin guru adalah memberi maklum balas dan
    memberi peneguhan kepada setiap peringkat
    pembelajaran
  • Guru merumus dan mengulang ajar jika perlu untuk
    membantu pelajar memahami isi pelajaran

44
PROSES PP KONVENSIONAL Sambungan
  • Terlalu bergantung kepada
  • Bank maklumat
  • guru, buku teks
  • Alas simbol
  • Papan tulis, buku nota dan lembaran kerja
  • Pengurusan tugasan
  • Arahan lisan guru dan arahan bertulis
  • Tiada/sangat kurang set pembangunan dan
    fenomenaria
  • Pembelajaran berlaku dengan cara guru
    menerangkan, kurang membentuk pengetahuan melalui
    pengalaman
  • Pelajar tidak boleh mengurus pelajaran sendiri

45
Rehat sekejap.
46
Sejarah Komputer Dalam Pendidikan
  • Bermula sejak penciptaan MARK 1 pada 1944 di
    Harvard dan ENIAC pada 1946 di University of
    Pennsylvania
  • Penggunaan komputer dalam pendidikan bermula
    untuk matematik, sains dan kejuruteraan sebagai
    alat penyelesaian masalah matematik
  • Pada 1959, di University of Illinois, Donald
    Bitier membina PLATO (Programmed Logic for
    Automatic-Teaching Operations) komputer berskala
    besar
  • 1963 John Kemeny Thomas Kurtz di Dartmouth mula
    guna komputer untuk memproses pendaftaran
    kumpulan secara kad tebuk
  • Konsep time-sharing yang membenarkan pelajar
    berinteraksi terus dengan komputer mula
    diperkenalkan dengan menggunakan bahasa FORTRAN.
  • Kemeny dan Kurtz membina bahasa BASIC yang lebih
    mudah digunakan

47
Sejarah Komputer Dalam Pendidikan
  • Pengajaran Berbantukan Komputer
  • Pada1963 di Stanford, Patrick Suppes dan Richard
    Atkinson menubuhkan RD CAI untuk Matematik dan
    bacaan
  • Program ini membenarkan murid mengambil bahagian
    aktif dalam prosess pembelajaran menggunakan
    kaedah latih tubi (drill-and-practice)
  • Awal dekad 70an di MIT, Seymour Papert membina
    pendekatan baru dengan bahasa LOGO bagi mengajar
    matematik dalam persekitaran "micro world
  • LOGO menjadi bahasa yang digunakan untuk literasi
    komputer di peringkat sekolah rendah
  • Kemudian Papert mengembangkan LOGO kepada LEGO
    construction kits menggunakan satu pendekatan
    melihat pembelajaran sebagai proses konstruktif
    pengetahuan

48
Sejarah Komputer Dalam Pendidikan
  • Komputer mikro
  • Harga konputer yang sangat
  • 1975 komputer yang lebih murah mula dicipta
  • Akhir dekad 70an komputer ada di mana-mana dengan
    harga jauh lebih murah
  • Komputer menjadi milikan peribadi dikenali
    sebagai komputer peribadi

49
BACAAN TAMBAHAN
  • Papert, S. Mindstorms Children, Computers and
    Powerful Ideas. New York Basic Books, Inc.,
    (1980).
  • Grabe, M Grabe, C. Integrating Technology for
    Meaningful Learning. Boston Houghton Mifflin,
    (1998).
  • Lockard, J, Abrams, P. Many, W. Microcomputers
    for the Twenty-First Century Educators. New York
    Longman, (1997).
  • http//www.lupinworks.com/lct
  • http//www.thejournal.com

50
SOAL JAWAB
51
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com