Title: Perjuangan Menentang Paraquat
1Perjuangan Menentang Paraquat
- Racun Perosak Kontroversi Syngenta
Pesticide Action Network Asia and the Pacific
(PAN AP) Box 1170, 18050, Penang, Malaysia Tel
(604) 657 0271 Fax 6583960 Email
panap_at_panap.net Web http//www.panap.net
2Paraquat Mengancam Kesihatan Manusia
- Paraquat adalah sejenis racun rumpai yang sangat
merbahaya dan tidak dapat diubati - Satu sudu teh paraquat yang pekat boleh
mengakibatkan maut dan tiada penawar. - Keadaan dan situasi penggunaan (Conditions of
Use) racun perosak ini di kebanyakan negara
membangun menyebabkan peraturan dan kaedah yang
disarankan di label sukar dipatuhi. - Kesannya sangat buruk kepada pekerja terutama
sekali semasa membancuh dan memikul. Ia boleh
mengakibatkan keracunan yang membawa maut. - Jika terdedah untuk jangka masa yang panjang, ia
juga akan mengakibatkan kematian.
3- Paraquat boleh memasuki badan melalui
- mulut - makan atau minum
- kulit resapan melalui kulit
- hidung terhidu wap-wap
4Tanda-Tanda keracunan
- Rasa pedih di mulut, tekak, dada, perut
- paru-paru bengkak
- sakit pankreas,
- sakit buah pinggang
- Mengancam sistem saraf pusat dan boleh
mengakibatkan stroke/lumpuh. - Tangan kering dan berpecah-pecah, kuku dikakis,
menjadi rapuh dan tertanggal.
5- Kulit gatal, berbisul dan sebagainya.
- Boleh mengancam nyawa dan membawa kesan buruk
kepada perut, usus kecil dan besar, hati, jantung
dan organ yang lain. - Semakin banyak bukti yang mengaitkan paraquat
dengan penyakit Parkinson.
6Perjuangan Menentang Paraquat
- Kajian Pusat Racun Negara dari tahun
- 1987-1997 menunjukkan bahawa 27 daripada
- kes keracunan dan kematian akibat paraquat adalah
disebabkan pendedahan semasa penggunaan sepanjang
hari dan akibat kemalangan semasa mengendalikan
paraquat. - Pekerja- pekerja ladang biasanya ditugaskan
untuk menyembur racun perosak ini enam hari
seminggu, 10 bulan dalam setahun atau lebih. Ini
mengakibatkan pekerja mengalami pendedahan yang
tinggi kepada paraquat. - Paraquat ialah racun rumpai di bawah senarai WHO
, kategori II. Tetapi ia disenaraikan dalam Kelas
1(B) dalam Akta Racun MakhlukPerosak Malaysia
1974
7Ini adalah kerja rutin di ladang di mana pekerja
mengalami kesan buruk terhadap kesihatan mereka.
Wanita merupakan tenaga buruh utama di ladang
Malaysia. Terdapat kira-kira 30,000 pekerja
wanita.
8Kebanyakan pekerja adalah kaum wanita dan mereka
terdedah kepada paraquat sepanjang hari
9Kesan buruk kepada kulit
10Kes-kes Keracunan Paraquat
- Dalam bancian yang terbaru
- Costa Rica Amerika Selatan
- 60 pekerja yang diracuni mengalami kesan kulit
yang gatal dan terasa seperti dibakar. - 26 mengalami kecederaan dan sakit mata
- 14 mengalami hidung berdarah dan kuku cedera.
- Di ladang kopi, pekerja juga mengalami kanser
kulit. - Afrika Selatan
- 126 pekerja telah diperiksa dan didapati daya
upaya paru-paru sudah berkurangan sebanyak 10-15
.
11Industri Racun Perosak Malaysia (2005)
- Jumlah jualan RM 328 juta
- Anggaran pasaran haram RM 35 juta
- Racun Rumpai RM 218 juta (66)
- Sejumlah 70 penggunaan Racun Rumpai digunakan di
ladang-ladang.
12Siapa Untung?
- Jualan Racun di Dunia (racun rumpai,racun fungi
dan racun serangga) adalah 35 juta pada tahun
2004. - 10 syarikat mengawal 84 (29 juta) jualan racun
di dunia.
13SIAPA UNTUNG DARI JUALAN PARAQUAT
14Syngenta Pengeluar Terbesar
- Jualan tahunan paraquat di seluruh dunia dijangka
melebihi 1,000 juta 25,000 tan - Pengeluar terbesar paraquat pada masa kini ialah
sebuah syarikat Switzerland yang bernama
Syngenta-jualan hampir 300 juta pada tahun 2003
- Sekurang-kurangnya hampir 62 daripada jualan ini
adalah daripada negara-negara membangun,
terutamanya Asia dan Latin Amerika - Negara China telah menjadi pengguna kedua
terbesar Gramoxone iaitu 2 tahun selepas Syngenta
membuka kilang paraquat di Nantong, China.
15(No Transcript)
16Kempen untuk Pengharaman Paraquat Sedunia!
17Kempen PAN
- Kempen DIRTY DOZEN di lancarkan pada 1985
- 12 jenis racun perosak yang disarankan
- Paraquat ialah salah satu racun yang disarankan
untuk diharamkan di seluruh dunia
18Pelancaran Kempen untuk Memperkasakan Pekerja
Peladang
Kempen untuk mengharamkan paraquat di Malaysia
telah berterusan lebih dari 20 tahun. Pada
tahun 1999- 2001 - PAN AP Tenaganita
bekerjasama dengan pekerja ladang wanita untuk
menjalankan pemantauan kesan-kesan kesihatan
racun perosak.
19Pemantauan Racun Perosak Berasaskan Komuniti
- Penglibatan Pusat Racun Negara dalam laporan
dan aktiviti yang dianjurkan oleh Tenaganita dan
PAN AP telah mencetuskan reaksi dari pegawai
pegawai kerajaan Malaysia. - Paraquat diharamkan di Malaysia pada Ogos 2002.
- Poisoned and Silenced dilancarkan pada tahun
2001,ia mengenal pasti paraquat sebagai ancaman
utama di ladang kelapa sawit. Pengharaman
paraquat ini bersama racun perosak lain dalam
senarai WHO Kelas 1 juga disarankan.
- Sejak pengharaman, Syngenta telah menjalankan
banyak aktiviti dan taktik untuk membatalkan
pengharaman ini.
20- Kegiatan-kegiatan Kempen mengharamkan Paraquat
sedang dijalankan di negara Switzerland untuk
mendedahkan masalah yang berpunca daripada
paraquat di seluruh dunia. - Ibu pejabat Syngenta terletak di Switzerland.
- Kempen di Switzerland itu akan melibatkan kempen
kesedaran awam melalui media, poster, sidang
akhbar, seminar, mesyuarat dengan pegawai
kerajaan, mesyuarat bersama pemegang saham,
lawatan ke sekolah dan sebagainya. - Gabungan PAN, Berne Declaration(Deklarasi Berne),
Swedish Society for Nature Conservation dan
beberapa persatuan yang lain telah menguatkan
perjuangan dan telah menerbitkan buku "Paraquat -
Syngentas Controversial Herbicide" pada 2002. - Kerajaan Sweden mendakwa kesatuan EU supaya
mengharamkan paraquat
21Kempen Paraquat diteruskan
- Perjuangan Kempen di Malaysia untuk mengharamkan
Paraquat diteruskan - Paraquat masih dijual di Indonesia, China,
Thailand dan negara-negara lain. Oleh itu kempen
ini diteruskan dengan sokongan PAN Asia Pacifik. - Kempen diteruskan di Costa Rica
- Kempen ini juga disokong oleh PAN International
(PAN Antarabangsa) di Amerika Syarikat, Europe,
Afrika dan Amerika Selatan
22- Pada bulan Januari, 2003 PAN AP, Tenaganita, PAN
Philippines, Thanal, PAN AP, APVVU dan persatuan
lain telah mengadakan Perbicaraan Awam mengenai
Keracunan Racun Perosak di Hyderabad, India - Dua pekerja wanita ladang telah memberi
keterangan mengenai kesan paraquat ke atas
kesihatan mereka - Dua orang dari Filipina dan dua orang dari
Kasargod, Kerala di India memberi keterangan
mengenai kesan racun makhluk perosak ke atas
kesihatan mereka.
- Hakim-hakim di Perbicaraan Awam tersebut telah
mendapati syarikat tersebut Bersalah kerana
menghasilkan racun Paraquat dan racun yang lain. - 2 ribu pekerja dan petani telah menghadiri acara
ini di Hyderabad.
23Hentikan Paraquat!
- PAN melancarkan hari NO Pesticides Use
Daytiap-tiap tahun untuk menumpu kepada Paraquat
- Untuk melindungi kesihatan dan alam sekitar, PAN
International telah menyeru - Syngenta, pengeluar paraquat terbesar (Gramoxone)
memberhentikan pengeluaran paraquat. - Syngenta mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan
menanggung liabiliti terhadap kesihatan komuniti
yang diracuni paraquat. - Semua pihak berkuasa mengharamkan penggunaan
paraquat. - Paraquat diganti dengan cara pengawalan perosak
yang lebih selamat dan mampan.
24Pennggunaan Kod FAO
- Pada Sept 2004, PAN AP dan badan-badan yang lain
telah menghantar surat yang tegas kepada Pengarah
FAO mengenai cara pengiklanan Syngenta yang tidak
megikut peraturan FAO. - Syngenta telah melancarkan satu cabutan bertuah
sebagai promosi untuk Gramoxone Gold cap di
Thailand. - Hadiah-hadiahnya termasuk jaket, kemeja-T,
motosikal dan trak - Pengiklanan tersebut juga menyatakan bahawa
pembelian Gramoxone akan menyumbangkan kepada
Tabung Syngenta untuk Generasi Petani Baru
kononnya menyokong makanan yang lebih selamat.
25- Kami sangat bimbang kerana pengiklanan agresif
ini hanya satu taktik untuk membuangkan produk
ini ke Thailand selepas pengharaman di Malaysia - ..nota Sarojeni V. Rengam, Pengarah Eksekutif
PAN AP merujuk kepada pihak berkuasa Malaysia
untuk mengharamkan paraquat pada Ogos 2002.
26REAKSI FAO
- Pada 10 Sept 2004, PAN AP telah menerima surat
daripada En.Mahmoud Solh, pengarah Bahagian
Perlindungan Tanaman, UN FAO - saya mengucapkan tahniah kepada PAN AP untuk
inisiatif ini, yang setara dengan provisi di
bawah pindaan International Code of Conduct on
the distribution and Use of pesticides,
terutamanya Artikel 12, perenggan 12.9 pada
Pengawasan dan Pemantauan kod - En. Solh juga menyatakan
- FAO telah menulis surat kepada Kementerian
Pertanian di Thailand untuk membawa perhatian
pihak berkuasa yang bertanggungjawab
27Perarakan Rakyat untuk tanah dan makanan tanpa
racun
28 Perarakan Rakyat menyeru untuk tanah dan
makanan tanpa racun
- Perarakan Rakyat (PC) telah bergerak dari
komuniti ke komuniti, dari kampung ke bandar di
16 negara Asia Eropah. - PC telah memaklum dan memobilisasi rakyat tentang
isu dan tema berkaitan dengan - Hak kepada tanah, sumber pengeluaran dan makanan
- Mengharamkan WTO dari Pemakanan dan Pertanian!
- Penghapusan Racun Perosak dan Kejuruteraan
Genetik - Menentang Syarikat Agrokimia
- Menyokong konvensyen rakyat ke atas Kedaulatan
Makanan dan menggunakannya dalam polisi nasional
program makanan dan pertanian
29(No Transcript)
30Haramkan Racun Perosak!
- Semasa Perarakan Rakyat 2004, pekerja ladang
Malaysia telah melawat ke beberapa negara untuk
memberi keterangan tentang Paraquat (Gramoxone),
yang dijual oleh syarikat Syngenta.
31Tindakan di Konvensyen PIC 2004
- Mesyuarat Pertama Parti (MOP) Persidangan
Rotterdam/PIC telah berlangsung di Geneva pada
September 2004 - PAN AP telah menayangkan video selama 10 minit
untuk menyuarakan kebimbangan penggunaan paraquat
keperluan untuk memasukkannya ke dalam senarai
PIC. - Video PAN AP yang ditayangkan telah menyinggung
wakil Syngenta. - Intervensi telah diteruskan pada Persidangan
kedua parti PIC di Rome, September 2005
32Tindakan di Konvensyen PIC 2005
- Di Persidangan kedua PIC, (PIC COP2) di Rome,
Italy iaitu dari 26-30 September, 2005 PAN AP
telah menyokong penglibatan petani.
- Nagamah, ketua pekerja ladang wanita dan mangsa
kepada pendedahan racun perosak seperti paraquat
telah mewakili Tenaganita. Beliau menceritakan
situasi sebenar bekerja di ladang, kesan buruk
racun perosak terhadap kesihatan dan sebagainya. - Wakil-wakil PIC telah mengatakan,Itulah cerita
yang perlu kami dengar!". Wakil US EPA juga
menyatakan, Mengapa Nagamah tidak membuat
pembentangan di Persidangan Sesi Utama?"
33Negara-Negara yang telah mengharamkan dan
menghadkan pengunaan paraquat ?
- Austria - diharamkan
- Cambodia diharamkan
- Denmark - diharamkan
- Finland - diharamkan
- Hungary - dihadkan
- Kuwait - diharamkan
- Sweden- diharamkan
- Syria di haramkan
- Switzerland tidak didaftarkan untuk penggunaan
- Norway tarik balik dari pasaran dengan sukarela
- Slovenia - diharamkan dalam pertanian
- Indonesia - dihadkan
- Philippines - dihadkan
- Malaysia - (haramkan) 2002 sehingga pendaftaran
paraquat berakhir. Tetapi paraquat masih di
izinkan dijual (2006)
34Tindakan Membantah Keputusan EU
- PAN AP, PAN Europe Persatuan Alam sekitar
Sweden telah menulis surat bantahan kepada EU
Commission - mengenai Syngenta yang menggunakan
keputusan EUs untuk bertanding pengharaman
paraquat di Malaysia - 2 inisiatif bermula di Sweden pada 2003
- Kerajaan Sweden telah mengambil tindakan mahkamah
di Mahkamah Eropah supaya menentang keputusan EU
Commission untuk menerima paraquat. - Rakyat dan gabungan kumpulan-kumpulan tertentu
mengambil tindakan mahkamah sivil (civil).
Terdiri daripada kumpulan - International Union of Food, Agricultural,
Hotel, Restaurant, Catering, Tobacco and Allied
Workers' Associations (IUF), the IUF's European
regional organization EFFAT-IUF, the European
Environmental Bureau (EEB), Pesticides Action
Network (PAN) Europe, the Dutch Society for
Nature and Environment and the Swedish Society
for Nature Conservation (SSNC)
35Pengharaman di Malaysian Diancam
- April 15, 2005 - Kerajaan Malaysia bercadang
untuk mempertimbangkan pengharaman paraquat. - Kementerian Pertanian dan Agro Industri membuat
keputusan untuk mengkaji semula selepas
pembentangan oleh pemilik ladang kecil dan
industri utama. - April 20, 2005 - PAN AP, Tenaganita lebih
dari 20 pekerja ladang wanita telah pergi ke
parlimen untuk melobi Ahli parlimen dan
mengadakan Sidang akhbar. - Kita akan meneruskan perjuangan kami untuk
mengekalkan pengharaman paraquat Kata Nagamah,
ketua pekerja ladang wanita. - Menteri membalas bahawa kuasa untuk menukar
keputusan pengharaman itu diberi kepada Lembaga
Racun Makhluk Perosak.
- PAN AP melancarkan kempen rayuan sedunia untuk
mengekalkan pengharaman paraquat di Malaysia. - Banyak kumpulan dari seluruh dunia telah
menghantar surat kepada Perdana Menteri, Menteri
Pertanian dan juga Pengarah Badan Makhluk Racun
Perosak.
36Pengharaman di Malysia Diancam lagi
- Pengharaman sepenuh paraquat sepatutnya bermula
pada 2005 tetapi kerajaan telah melanjutkan fasa
penggunaan sehingga 2007 selepas rayuan dari
Industri Racun Perosak dan Industri Kelapa Sawit. - Walaubagaimanapun, 5 syarikat dikecualikan dari
fasa ini, iaitu syarikat yang mendaftar untuk
racun perosak untuk digunakan pada kawasan kelapa
sawit yang kurang dari 2 tahun. Ini adalah
disebabkan desakan dari industri yang hanya
inginkan keuntungan.
37Pengharaman di Malaysia Diancam Lagi
Dalam persidangan parlimen sesi April 2006,
Setiausaha Parlimen Industri Pertanian, Datuk
Rohani Abdul Karim, memaklumkan bahawa negara
seperti Amerika masih menggunakan paraquat tetapi
dengan pengawasan yang ketat untuk melindungi
pengguna. Petani-petani juga perlu memohon lesen
untuk tujuan penyemburan paraquat. Petani di
Amerika juga dilatih untuk mengendalikan
paraquat. Situasi di negara maju amat berbeza
jika dibandingkan dengan Malaysia. Oleh itu,
paraquat tidak boleh digunakan di Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa pengharaman paraquat
akan diteruskan.
38Pengharaman di Malaysia Diancam Lagi
Tetapi seperti yang tertera di pekeliling
Konvensyen Rotterdam yang ke -23 pada Jun 2006,
Seketariat PIC juga ingin memaklumkan bahawa
Malaysia telah menarik semula notifikasi paraquat
di bawah artikel 5, Konvensyen Rotterdam. Lembaga
Racun Makhluk Perosak memaklumkan kepada
seketariat bahawa 5 syarikat telah dibenarkan
untuk berdaftar, tetapi hanya untuk mengawal
lalang di kawasan kelapa sawit yang di bawah umur
2 tahun.
39Pengharaman di Malaysia Diancam Lagi
- Pada bulan September tahun 2006, kerajaan telah
memberi keizinan untuk menggunakan paraquat. - Pekeliling bulan September 2006 daripada Lembaga
Racun Makhluk Perosak telah menyatakan bahawa
permohonan untuk pendaftaran baru racun paraquat
diterima semula.
40Tindakan Seterusnya
- PAN AP akan mengawasi tindakan kerajaan dalam
pengharaman paraquat di malaysia. - PAN AP Tenaganita akan mengumpul sokongan untuk
mendapatkan pengharaman semula. - Banyak kumpulan di Asia sedang mengawasi masalah
paraquat dan berjuang untuk pengharaman di negara
masing-masing termasuk Sri Lanka, Korea
Thailand - SSNC(Sweedish Society for Nature Conservation)
akan terus menyeru kerajaan Sweden untuk
mendaftar Paraquat di senarai PIC.
41Kempen Perbicaran Awam
- Deklarasi Berne (Berne Declaration) telah
memulakan kempen perbicaraan awam melalui
internet untuk menentang Syngenta. Tujuaannya
ialah untuk memobilisasi lebih 50,000 orang untuk
mengundi dan sahkan kesalahan yang telah
diperlakukan oleh Syngenta ini adalah sama
seperti referendem awam yang telah di buat di
Switzerland. -
- Dengan bantuan PAN AP dan Tenaganita, gambar dan
juga kajian kes mengenai mangsa paraquat yang
terselamat di Malaysia telah dimasukkan ke dalam
laman web tersebut. - Tetapi Syngenta menyatakan bahawa kajian kes
mangsa paraquat di Malaysia adalah palsu. Dengan
itu PAN AP telah menyeru Tenaganita untuk membuat
rakaman video temubual dengan mangsa tersebut.
Video ringkas (5 minit) ini juga telah digunakan
dalam sidang akhbar semasa pelancaran kempen.
42Keputusan Perbicaraan Awam
- 7 Februari 2007- Deklarasi Berne(BD) bertindak di
luar ibu pejabat Syngenta (semasa keuntungan
syarikat diumumkan dimana hampir semuanya dari
jualan paraquat). - Hasil daripada perbicaraan awam - Lebih 34,000
individu dan hampir 90 organisasi dari 29 negara
telah sahkan bahawa Syngenta bersalah kerana
meracuni manusia di seluruh dunia. - Kumpulan-Kumpulan tertentu
- telah mengutuk Syngenta
- kerana tidak bertanggungjawab
- atas kesalahannya.
- Seruan juga dibuat supaya
- Syngenta berhenti
- menghasilkan paraquat.
43Menggalakkan Cara Pertanian Alternatif
- Pertanian Mampan di India
- Pengawalan perosak yang diintegrasikan (IPM) di
Indonesia
44TIADA KEADILAN, TIADA KEHARMONIAN!
45Mengenai PAN AP
- PAN Asia dan Pasifik bertanggungjawab untuk
memperkasakan terutamanya pekerja wanita, orang
asli dan pekerja ladang di Asia Pasifik dan dunia
dengan ilmu dan semangat. - Kami berdedikasi untuk melindungi kesihatan dan
keselamatan manusia dan alam sekitar daripada
penggunaan racun perosak dan kejuruteraan genetik
dalam makanan dan pertanian. - Kami mempercayai sistem yang mengutamakan
manusia, pembangunan wanita melalui kedaulatan
makanan, pertanian ekologi dan kehidupan mampan. - PAN AP bersatu dengan lebih daripada 150
kumpulan, bekerjasama secara konsisten dengan 50
kumpulan dalam 18 negara di kawasan Asia Pacifik.
46Pesticide Action Network (PAN)
- PAN International terdiri daripada 5 pertubuhan
serantau - PAN Afrika di Dakar, Senegal
- PAN Asia dan Pasifik (PAN AP) di Pulau Pinang,
Malaysia - PAN Eropah c/o PAN UK di London (dengan PAN
Germany) - PAN Latin Amerika (RAP-AL) di Santiago de Chile
- PAN North America di San Francisco, U.S.A