Title: BAB 4
 1BAB 4
PENGORGANISASIAN
Disediakan Oleh Kolej Matrikulasi Perak 
 2ISI KANDUNGAN
- 4.1 Pengenalan Pengorganisasian 
 -  4.1.1 Definisi Pengorganisasian 
 -  4.1.2 Kepentingan Pengorganisasian 
 - 4.2 Prinsip Pengorganisasian 
 - 4.3 Struktur Organisasi 
 -  4.3.1 Jenis-jenis Struktur Organisasi
 
  34.1 Definisi Pengorganisasian
-  
 -  Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan 
sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas 
yang telah ditetapkan agar dapat mencapai 
matlamat organisasi.  
  4Organisasi Formal dan Tidak Formal
ORGANISASI FORMAL ORGANISASI TIDAK FORMAL
Dibentuk berdasarkan struktur peranan yang dikelolakan secara formal mengikut tingkat autoriti yang telah ditetapkan di dalam sesebuah syarikat atau pertubuhan. Contoh Kolej Matrikulasi Perak (rujuk carta organisasi KMPk) Hubungan tidak rasmi yang wujud akibat interaksi antara pekerja di dalam organisasi rasmi. Mereka yang lebih berketrampilan akan terlantik sebagai ketua atau pemimpin secara tak rasmi. Berlaku secara spontan bagi mencapai sesuatu kepentingan. Contoh Jawatankuasa Kelab Staf Kolej Matrikulasi Perak melibatkan pelbagai tahap pengurusan. 
 5Kepentingan Pengorganisasian
- Menghasilkan satu susunan tenaga kerja yang 
sistematik bagi mencapai matlamat organisasi.  - Memastikan pengagihan sumber di antara jabatan 
dapat dilakukan dengan saksama.  - Mengawal tingkah laku pekerja melalui prosedur 
dan sistem yang telah ditetapkan.  
  64.2 PRINSIP PENGORGANISASIAN
- Pengkhususan Kerja 
 - Pekerja hanya menumpukan kepada kerja yang 
tertentu sahaja.  - Dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan dalam 
sesuatu kerja.  - Dikenali juga sebagai pembahagian kerja 
 - Contoh Pengkhususan kerja dalam bidang 
 -  kewangan/ pemasaran 
 
  7- 2. Kesatuan Arahan 
 - Setiap pekerja hanya ada seorang ketua sahaja. 
 - Pekerja hanya melapor kepada seorang ketua 
sahaja.  
  83. Rantaian Arahan
- Garisan autoriti yang menghubungkan individu 
dalam organisasi dan menggambarkan secara khusus 
siapa melapor kepada siapa.  - Rantaian arahan memudahkan hubungan autoriti 
iaitu tanggungjawab antara pihak pengurusan 
dengan orang-orang bawahan dalam keseluruhan 
organisasi dapat diketahui dengan jelas.  
Pengarah Urusan
Pengarah Bahagian
Pengurus
Penyelia
Pekerja 
 9- 4. Kesatuan Objektif 
 - Semua objektif jabatan, bahagian dan individu 
mengarah kepada objektif organisasi yang sama.  - Contoh Syarikat APL SDN. BHD. menyasarkan 
keuntungan sebanyak 30  bagi tahun 2012.  
  10- 5. Jangkauan Kawalan 
 - Merujuk bilangan staf bawahan yang melapor terus 
kepada seorang ketua/pengurus  - Terdiri daripada 
 -  i. Jangkauan kawalan luas. 
 -  ii. Jangkauan kawalan sempit. 
 
  11- i. Jangkauan Kawalan Luas 
 - Bilangan staf yang diletakkan dibawah kawalan 
pengurus/ ketua adalah ramai.  
  12- ii. Jangkauan Kawalan Sempit 
 - Bilangan staf yang diletakkan dibawah seorang 
pengurus adalah sedikit.  
  13- 6. Autoriti 
 -  Autoriti adalah kuasa formal dan hak mutlak 
pengurus untuk membuat sesuatu keputusan, memberi 
arahan, mengagihkan sumber untuk mencapai 
matlamat organisasi.   - Semua pengurus mempunyai autoriti tetapi darjah 
autoriti yang dimiliki itu adalah berbeza 
berasaskan peringkat pengurusan di mana mereka 
berada. 
  14- Autoriti yang dimiliki oleh seseorang pengurus di 
dalam sesebuah organisasi didefinisikan di dalam 
huraian kerja (job description)  - Terdapat 2 jenis autoriti 
 - Autoriti Lini 
 - Autoriti Staf 
 
  15- Autoriti Lini 
 - Pengurus mempunyai kuasa formal untuk memberi 
arahan dan mengawal pekerja bawahan ke arah 
mencapai matlamat organisasi.  - Melibatkan aktiviti-aktiviti berdasarkan misi dan 
matlamat utama organisasi.  - Autoriti ini bergerak terus ke bawah dari 
pengurus atasan sehingga pekerja bawahan.  - Contoh pengurus pemasaran mengarahkan penyelia 
pemasaran untuk menjalankan penyelidikan 
pemasaran  
  16- Autoriti Staf 
 - Kuasa pengurus untuk menasihati jabatan-jabatan 
lini yang melibatkan kemahiran dan tugas khusus 
bagi menyokong aktiviti-aktiviti jabatan.  - Menggambarkan hubungan sebagai penasihat kepada 
organisasi. Mereka tiada kuasa untuk 
mengarah/memaksa ahli organisasi menerima nasihat 
mereka.  - Contoh Pengurus pemasaran menasihati unit 
pengeluaran meningkatkan kualiti produk.  
  17- 7. Pemusatan 
 - Autoriti dan keputusan tertumpu pada peringkat 
atasan dan hanya sedikit sahaja autoriti membuat 
keputusan diberi kepada peringkat bawahan.  - Aktiviti antara unit dikoordinasikan bagi 
mewujudkan keseragaman.  - Contoh Proses pembuatan keputusan banyak dibuat 
oleh ibu pejabat dan amat sedikit di cawangan.  -  
 
  18- 8. Pemencaran 
 - Autoriti dan pembuatan keputusan diturunkan 
(didelegasikan) oleh pengurus atasan kepada 
pengurus bawahan.  - Keputusan dapat dilakukan dengan cepat. 
 - Pekerja lebih bermotivasi kerana terlibat dalam 
pembuatan keputusan.  - Cth Proses pembuatan keputusan banyak dibuat di 
peringkat cawangan.  -  
 
  19- 9. Delegasi Tugas 
 - Delegasi tugas berlaku apabila autoriti diagihkan 
secara penurunan kuasa kepada subordinat di dalam 
sesebuah organisasi.  - Walau bagaimanapun keputusan akhir adalah dari 
pihak pengurus atasan.  
  204.3 Struktur Organisasi
- Suatu sistem atau jaringan formal menunjukkan 
bagaimana aktiviti organisasi dibahagi, dikumpul 
dan diselaraskan.  - Menggambarkan hubungan diantara pelbagai tahap 
pengurusan.  - Membentuk struktur lini dan staf melalui carta 
organisasi.  
  21Struktur Divisional
Struktur Fungsian
Jenis-Jenis Struktur Organisasi
Struktur Matrik  
 22i. Struktur Divisional 
-  Pembahagian jabatan dibuat mengikut 
 -  Geografik 
 -  Pelanggan 
 -  Produk.
 
  23Ciri-ciri struktur divisional
- Struktur diagihkan mengikut produk, pengguna dan 
geografik.  - Setiap division mempunyai sumber fungsi utama 
yang diperlukan dan tidak bergantung kepada 
division yang lain. 
  24Struktur Divisional Mengikut Produk
Pengurus Besar
Pengurus Bahagian Pakaian Sukan 
Pengurus Bahagian Peralatan Sukan 
Pengurus Bahagian Kasut Sukan 
Contoh  Produk Adidas 
 25Struktur Divisional Mengikut Pengguna
Pengurus Besar
Pengurus Pakaian Kanak-kanak
Pengurus Pakaian Remaja
Pengurus Pakaian Dewasa
Contoh  Produk Demografik 
 26Struktur Divisional Mengikut Geografik
Pengurus Besar
Pengurus Kawasan Utara
Pengurus Kawasan Tengah
Pengurus Kawasan Selatan
Contoh  Perkhidmatan Bank 
 27Kebaikan
- Divisional Mengikut Produk 
 - Meningkatkan kemahiran dalam pengeluaran produk 
 - Meningkatkan produktiviti dan kreativiti kerana 
berlakunya pengkhususan kerja  - Mudah untuk menangani perubahan dan masalah dalam 
proses pengeluaran produk.  - Divisional Mengikut Pengguna 
 - Meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemahiran 
pekerja kerana dilatih untuk memenuhi kehendak 
pengguna.  - Divisional Mengikut Georafik 
 - Pengurus akan mempunyai pengetahuan yang luas 
tentang kehendak dan gelagat pengguna bagi 
kawasan masing-masing 
  28Keburukan
- Divisional Mengikut Produk 
 - Kos adalah tinggi kerana setiap produk mempunyai 
piawaian yang tertentu.  - Pekerja bimbang mereka mahir dalam keluaran 
tertentu sahaja.  - Divisional Mengikut Pengguna 
 - Pertindihan usaha dalam menguruskan operasi 
kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya 
tugas.  - Melibatkan kos yang tinggi untuk mengupah, 
melatih dan membangunkan ramai pengurus untuk 
setiap jenis pengguna.  - Divisional Mengikut Georafik 
 - Pengurus merasa kurang kuasa untuk mengawal 
pekerja cawangan  - Kos yang tinggi akibat faktor demografi yang 
berbeza mengikut kawasan. 
  29ii. Struktur Fungsian
- Struktur yang diagihkan menurut tugas dan fungsi. 
 - Merupakan penjabatan yang paling asas dan 
lazimnya digunakan oleh organisasi kecil yang 
mempunyai produk yang terhad.  - Contoh pengeluaran, kewangan dan pemasaran. 
 
  30Ciri-ciri struktur fungsian
- Dikelaskan mengikut fungsi utama (kemahiran). 
 - Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut 
persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan aktiviti 
kerja.  - Contoh 
 -  - Pengeluaran aktiviti yang berkait tentang 
 -  pengilangan produk 
 -  - Pemasaran aktiviti promosi dan jualan produk 
 -  - Sumber Manusia bertanggungjawab 
 -  mendapatkan dan mempertahankan pekerja 
 -  yang berpotensi. 
 -  - Kewangan mendapatkan dan menguruskan 
 -  sumber dana 
 
  31Struktur Fungsian 
Pengurus Besar
Pengurus Kewangan
Pengurus Pengeluaran
Pengurus Pemasaran 
 32Kebaikan
- Penumpuan kepada bidang tugas yang diberikan 
sahaja. (pengkhususan kerja)  - Dapat meningkatkan kemahiran kerana melakukan 
kerja yang sama dalam jabatan.  - Mudah melatih pekerja baru kerana bidang 
pengkhususan yang sama.  - Dapat mengurangkan kos dan masalah pengurusan 
kerana wujudnya perkongsian sumber . 
  33Keburukan
- 1. Tiada penekanan kepada kerjasama dan 
pertukaran idea dengan jabatan yang lain kerana 
bidang tugas yang berbeza.  - Masalah yang timbul mempengaruhi jabatan lain dan 
ini akan meningkatkan kos dan masa yang panjang.  -  Contoh  Kelewatan Bahagian Kewangan meluluskan 
bajet mengakibatkan masalah kepada jabatan lain. 
  34iii. Struktur Matrik
- Merupakan gabungan antara struktur divisional dan 
struktur fungsian.  - Juga dikenali sebagai sistem berbilang arahan. 
 - Staf membuat laporan kepada dua orang ketua iaitu 
ketua fungsian dan ketua jabatan divisional. 
  35Ciri-ciri struktur matrik
- Menggabungkan struktur division dan fungsian. 
 - Mempunyai dua rantaian arahan menegak dan 
melintang.  - Pekerja perlu membuat laporan kepada dua ketua 
(division dan fungsian)  - Struktur ini bercanggah dengan prinsip kesatuan 
arahan (unity of command) menyebabkan ianya sukar 
untuk diuruskan. 
  36Struktur Matrik
Pengarah Urusan
Pengurus Kewangan
Pengurus Pengeluaran
Pengurus Projek
Pengurus Projek A
Staf A  Kewangan
Staf A  pengeluaran
Pengurus Projek B
Staf B  Kewangan
Staf B  pengeluaran
Pengurus Projek C
Staf C  Kewangan
Staf C  pengeluaran 
 37Kebaikan 
- Kebolehan untuk mengendalikan 2 matlamat serentak 
kerana ada 2 penugas autoriti.  - Organisasi lebih peka kepada perubahan dalam 
persekitaran.  - Kerjasama antara bidang dapat dilakukan dengan 
lebih cekap dan berkesan.  - Peningkatan komunikasi antara pekerja, dapat 
meningkatkan pertumbuhan perniagaan dan 
kepelbagaian keluaran dapat dilakukan.  
  38Keburukan
- Terlalu kompleks dan ini akan menimbulkan banyak 
masalah.  - Kos pengurusan yang tinggi, contohnya apabila 
lebih banyak perbincangan terpaksa dilakukan 
untuk mencapai kesepakatan.  - Ketua yang ramai akan menyebabkan pergaduhan dan 
perselisihan faham antara staf dan pengurus 
(percanggahan arahan).  - Kuasa selalunya didominasi oleh individu-individu 
yang ekstrovert (menonjol).  
  39- TAMAT BAB 4 
 - SEKIAN 
 - TERIMA KASIH 
 
  40(No Transcript)