INVENTORI PERSONALITI SIDEK - PowerPoint PPT Presentation

1 / 25
About This Presentation
Title:

INVENTORI PERSONALITI SIDEK

Description:

Title: Pentadbiran dan Pentafsiran Inventori Personaliti Sidek (IPS) Author: sidek Last modified by: TDA Created Date: 4/1/2002 1:06:06 PM Document presentation format – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:51
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 26
Provided by: sid77
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: INVENTORI PERSONALITI SIDEK


1
INVENTORI PERSONALITI SIDEK
  • Oleh
  • PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
  • JABATAN PENDIDIKAN KAUNSELOR PSIKOLOGI
    KAUNSELING
  • FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
  • 43400 UPM SERDANG
  • Tel 603-89468167 (PEJ.)
  • 012-2126312 (HP)
  • E-mail smn_at_educ.upm.edu.my
  • sideknoah_at_yahoo.com

2
PENTADBIRAN IPS
  • Bilik yang kondusif
  • Masa yang digunakan untuk menyelesaikan ujian IPS
    ialah antara 20 hingga 30 minit
  • Individu perlu menjawab dengan jujur iaitu
    menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya dan
    bukan berdasarkan apa yang difikirkan baik atau
    orang kata baik
  • Jawapan spontan adalah jawapan yang terbaik

3
PENGIRAAN SKOR IPS
  • Sila rujuk borang jawapan yang telah ditandakan
  • Fokus kepada jawapan Ya sahaja. Setiap jawapan Ya
    akan diberi 1 markah
  • Pengiraan dibuat mengikut baris. Setiap baris
    mewakili satu tret personaliti. Ada 16 baris
    mewakili 16 tret personaliti
  • Setiap baris ada 10 item menjadikan markah mentah
    maksimum untuk setiap tret personaliti ialah 10
  • Tukar markah mentah kepada peratus dengan
    mendarabkan skor mentah dengan 10
  • Untuk 0/10 tukar markah kepada 1 dan 10/10 tukar
    kepada 99.

4
PANDUAN MENGIRA SKOR IPS
1 17 33 49 65 81 97 113 129 145
2 18 34 50 66 82 98 114 130 146
3 19 35 51 67 83 99 115 131 147
4 20 36 52 68 84 100 116 132 148
5 21 37 53 69 85 101 117 133 149
6 22 38 54 70 86 102 118 134 150
7 23 39 55 71 87 103 119 135 151
8 24 40 56 72 88 104 120 136 152
9 25 41 57 73 89 105 121 137 153
10 26 42 58 74 90 106 122 138 154
11 27 43 59 75 91 107 123 139 155
12 28 44 60 76 92 108 124 140 156
13 29 45 61 77 93 109 125 141 157
14 30 46 62 78 94 110 126 142 158
15 31 47 63 79 95 111 127 143 159
16 32 48 64 80 96 112 128 144 160
6
9
8
3
9
10
3
7
8
0
8
9
6
5
8
4
NOTA FOKUS KEPADA JAWAPAN YA MENGIKUT BARIS
5
INVENTORI PERSONALITI SIDEK
PROFIL PERSONALITI
TRET PERSONALITI KADAR SKOR PERATUS () 1 10 20 30 40 50 60 70 80 90 99
AGRESIF 6 60
ANALITIKAL 9 90
AUTONOMI 8 80
BERSANDAR 3 30
EKSTROVERT 9 90
INTELEKTUAL 10 99
INTROVERT 3 30
KEPELBAGAIAN 7 70
KETAHANAN 8 80
KRITIK-DIRI 0 1
MENGAWAL 8 80
MENOLONG 9 90
SOKONGAN 6 60
STRUKTUR 5 50
PENCAPAIAN 8 80
KEJUJURAN 4 40
_at_ SIDEK MOHD NOAH, Ph.D.
6
ANDAIAN ASAS PENTAFSIRAN PROFIL IPS
  • Tiada personaliti yang gagal dalam ertikata yang
    sebenar
  • Tiada individu yang personalitinya sempurna
  • Tiada indiviu yang personalitinya sifar atau
    kosong
  • Personaliti adalah kualiti intrinsik manusia yang
    boleh berubah

7
PANDUAN PENTAFSIRAN IPS
  • OPSYEN 1
  • 1-30 RENDAH
  • 40-60 SEDERHANA
  • 70-99 TINGGI
  • OPSYEN 2
  • BAWAH 50 RENDAH
  • ATAS 50 TINGGI

8
TRET PERSONALITI YANG DIUKUR ALAT UKURAN IPS
  • Agresif
  • Analitikal
  • Autonomi
  • Bersandar
  • Ekstrovert
  • Intelektual
  • Introvert
  • Kepelbagaian
  • Ketahanan
  • Kritik-Diri
  • Mengawal
  • Menolong
  • Sokongan
  • Struktur
  • Pencapaian
  • Kejujuran

9
AGRESIF
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu adalah
    seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal individu
    membenarkan orang memanipulasi diri dan
    perasaannya
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan individu
    adalah seorang yang asertif atau mempunyai
    ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, individu
    selalunya menuntut haknya tetapi pada masa yang
    sama, hati dan perasaan orang lain dijaga
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu adalah
    seorang yang agresif. Individu suka mengkritik
    orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan
    perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan
    dan perhatian utamanya, yang penting ialah hajat
    dan matlamatnya tercapai

10
ANALITIKAL
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu adalah
    seorang yang sensitif kepada persekitaran, suka
    menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun
    situasi. Individu suka membuat pemerhatian,
    penyelidikan dan analisis
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan yang ciri
    analatikal individu adalah sederhana. Minat anda
    untuk menganalisis adalah pada tahap sedarhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu adalah
    seorang yang kurang atau tidak berminat dengan
    perkara-perkara yang memerlukan anda membuat
    analisis. Individu adalah seorang yang
    praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain,
    individu tidak cuba membaca yang tersirat

11
AUTONOMI
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu sukakan
    kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta
    dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti
    seharian
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan ciri-ciri
    autonomi individu adalah pada tahap sederhana
  • Skor rendah (1-30) pula menunjukkan individu
    lebih suka menerima arahan orang lain dan
    struktur sosial yang memerlukan keakuran

12
BERSANDAR
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu suka
    bergantung kepada orang lain. Dalam membuat
    sesuatu keputusan, individu selalunya
    mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang
    lain terutama individu yang mempunyai autoriti.
    Individu ini selalu meminta orang lain
    menunjukkan arah yang harus ianya tuju
  • Skor sederhana (40-60) menggambarkan tahap
    pergantungan individu adalah pada tahap sederhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan yang individu
    adalah seorang yang suka berdikari. Dalam membuat
    sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti,
    individu selalunya tidak bergantung kepada orang
    lain

13
EKSTROVERT
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu adalah
    seorang yang sosial. Individu suka berinteraksi
    dan dikelilingi oleh orang ramai di samping
    merasa tidak selesa duduk bersendirian
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan individu
    mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial.
    Umumnya tahap sosial individu adalah sederhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu adalah
    seorang yang kurang atau tidak sosial. Individu
    selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan
    besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan
    kecil. Individu lebih selesa berada dalam suasana
    kerja bersendirian atau satu-sama-satu

14
INTELEKTUAL
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu sukakan
    aktiviti yang memberi cabaran daripada segi
    intelektual. Individu merasa puas dengan
    aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas
    dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan ciri-ciri
    atau sifat keintelektualan individu berada pada
    tahap sederhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu tidak
    berasa selesa dengan perkara-perkara yang
    bersifat teoritikal. Individu lebih berminat dan
    selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur,
    praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih
    selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran

15
INTROVERT
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu adalah
    individu yang tidak sosial dan suka mengelak
    situasi-situasi yang memaksanya bekomunikasi.
    Individu lebih selesa dengan setting kerja
    bersendirian atau satu-sama-satu
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan ciri-ciri
    sosial individu adalah pada tahap sederhana
    iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu
    rendah
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan anda adalah
    individu yang suka melibatkan diri dalam
    perhubungan interpersonal dan suka berada di
    kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang
    sosial

16
KEPELBAGAIAN
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu dapat
    menghayati situasi-situasi yang dapat
    memberikannya peluang untuk pengalaman-pengalaman
    baru. Individu suka kepada perubahan dan
    selalunya suka mencuba sesuatu yang baru.
    Individu adalah seorang yang adventures
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan ciri-ciri
    kepelbagaian anda adalah pada tahap sederhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu lebih
    sukakan situasi-situasi pekerjaan yang stabil dan
    selamat. Individu tidak selesa dengan
    situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman baru

17
KETAHANAN
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu adalah
    individu yang mempunyai ketahanan dari segi
    fizikal, mental dan emosi. Anda akan
    menghabiskan semua tugas-tugas yang telah
    dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan.
    Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan ciri-ciri
    ketahanan anda adalah pada tahap sederhana sahaja
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu kurang
    atau tiada ketahanan dari fizikal, mental dan
    emosi. Individu mudah mengenepikan sesuatu jika
    dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih
    mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau
    yang berkaitan dengan orang ramai

18
KRITIK-DIRI
  • Skor 70 hingga 99 menunjukkan individu yang
    bermasalah. Skor yang tinggi ini selalunya
    dikaitkan dengan individu yang selalu merasa
    rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa
    yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia
    telah mencapai sesuatu dengan jayanya
  • Individu yang mendapat skor melebihi 60
    dikatakan akan mendapat faedah daripada
    kaunseling individu, sementara individu yang
    mendapat skor lebih daripada 70 dikatakan sangat
    memerlukan kaunseling individu
  • Skor 40 hingga 60 biasanya dikaitkan dengan
    individu yang stabil daripada segi emosi dan
    psikologinya. Skor 50 adalah skor yang terbaik
  • Individu yang mendapat skor rendah iaitu antara
    1 hingga 30 biasanya menganggap dirinya
    sentiasa betul dan yang tidak betul adalah orang
    lain

19
MENGAWAL
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu yang
    suka mengawal dan memimpin orang lain. Individu
    lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya
    memilih kerjaya yang berkaitan dengan
    kepemimpinan seperti pengurus, pentadbir awam,
    peguam, pegawai tentera, ahli politik dan
    lain-lain
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan ciri-ciri
    mengawal dan kepemimpinannya adalah pada tahap
    sederhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu lebih
    selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama
    yang berkaitan ialah setiausaha, pramugari,
    akauntan, ahli kimia, ahli fizik, ahli biologi
    dan lain-lain

20
MENOLONG
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan anda adalah
    individu yang mempunyai keinginan untuk
    mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi
    bantuan serta membuat kebaikan dan kebajikan
    kepada orang lain
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan ciri-ciri
    menolong individu adalah pada tahap sederhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu tidak
    suka terlibat secara emosi dengan orang lain.
    Individu lebih memfokus kepada diri sendiri

21
SOKONGAN
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu
    mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan
    mendapat simpati. Skor tinggi ini jika
    berkombinasi dengan skor rendah untuk tret
    personaliti Menolong menunjukkan individu adalah
    seorang yang sangat mementingkan diri
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan ciri-ciri
    sokongan individu berada pada tahap sederhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu tidak
    suka bergantung secara emosi kepada orang lain

22
STRUKTUR
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu adalah
    seorang yang suka kepada perkara-perkara
    berstruktur, rutin, dan terperinci. Individu
    lebih gemarkan kepada aktiviti atau kerja-kerja
    yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian
    dan berulang-ulang
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan ciri-ciri
    personaliti struktur individu berada pada tahap
    sederhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu lebih
    suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak
    berstruktur dan tidak berulang-ulang

23
PENCAPAIAN
  • Skor tinggi (70-99) menunjukkan individu adalah
    seorang yang bermotivasi tinggi dan suka bersaing
    dalam mencapai sesuatu matlamat
  • Skor sederhana (40-60) menunjukkan motivasi
    individu berada pada tahap sedarhana
  • Skor rendah (1-30) menunjukkan individu yang
    rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang
    peranan status dan kuasa dalam kerjayanya

24
KEJUJURAN
  • Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan
    kejujuran individu dalam menjawab item ujian.
    Skor yang sama dengan atau melebihi 50
    menunjukkan individu cenderung untuk tidak jujur
    dalam memberikan jawapan dan dengan itu profil
    yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai
  • Skor kurang daripada 50 menunjukkan individu
    jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu
    profil yang diperolehi adalah sah dan boleh
    dipercayai
  • Skala ini merupakan skala validiti dan telah
    dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun
    1998

25
SELESAI UJIAN PERSONALITI IPS
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com