- PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Description:

bahang ramadhan kian terasa saat syaaban menampil diri dan tanpa sedar berlari meninggalkan kita merentas hari dan waktu tanpa perlu kita menghitung – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:77
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 19
Provided by: mazl
Category:
Tags: ramadhan

less

Transcript and Presenter's Notes

Title:


1
 
bahang ramadhan kian terasa saat syaaban
menampil diri dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung dalam kiraan
panjang kehidupan
2
 
ramadhan bakal datang menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan yang bergelodak sepanjang
musim dalam diam meriak kesedaran buat mukmin
yang patuh pada yang maha khalik
3
 
ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan
hakiki sambil berputar fikiran ini bertanya
pada diri apakah ramadhan kali ini sama seperti
akhir kali yang banyak di biarkan berlalu tanpa
di isi dengan iqra dan zikir tanpa tasbih dan
takbir...
4
 
syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di
tempuhi...
5
4.00 a.m.
  • Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa
  • Segala puji bagi ALLAH yang telah
    menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan
    kepadanyalah aku akan dikembalikan.
  • Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak
    kebaikan hari itu.
  • Mandi dan membersihkan diri.
  • Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci
    untuk beribadah, berwangi-wangian.

6
4.20 a.m.
  • Solat sunat Taubat Niatnya Sahaja aku
    sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH
    Taala.
  • Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah
    Al-Kafirun,
  • Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah
    Al-Ikhlas.
  • Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon
    ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali
    dosa-dosa.
  •  
  • Solat sunat Tahajjud Niatnya Sahaja aku
    sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
    Taala.
  • Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah
    Al-Kafirun,
  • Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah
    Al-Ikhlas.
  • Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa
    kepada ALLAH.

7
4.20 a.m.
  • Solat sunat Hajat Niatnya Sahaja aku sembahyang
    sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala
  • Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali
    Selepas Al-Fatihah
  • Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
  • Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan
    di dalam hati segala hajat-hajat kita.
  •  
  • Solat sunat Witir Niatnya Sahaja aku sembahyang
    sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas
    salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1
    rakaat.
  •  
  • Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh
    rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta,
    merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa
    kita, terima taubat kita, terima amalan kita,
    memperkenankan doa dan permintaan kita.

8
5.00 a.m.
  1. Makan sahur
  2. Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan
    di mulut.

9
5.30 a.m.
  • Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca
    Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat
    Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan
    wirid harian di tikar sembahyang atau baca
    Al-Quran hingga terbit matahari.
  •  
  • Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu
    adalah waktu paling berkat untuk memulakan
    pekerjaan.

10
7.00 a.m.
  • Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke
    tempat kerja dengan membaca Bismillah dan
    dengan berniat dengan niat yang baik-baik. 
  • Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada
    ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA,
    Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW
    samada menyebutnya atau di hati. 
  • Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan
    kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung
    jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH
    sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya
    dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan
    yang kita buat.

11
10.00 a.m.
  • Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki
    yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya
    Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana
    ALLAH Taala.
  • Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah
    ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan
    sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun
    kecil dan perkara yang sia-sia.
  •  Contoh dosa-dosa Mengumpat mengutuk,menyindir
    yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa
    menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan
    muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut
    dengan kerja

12
12.45
  1. Bersiap untuk solat Zohor.
  2. Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat.
    Solat Zohor berjemaah.
  3. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud
    syukurlah setelah selesai sembahyang sunat
    dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH
    yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

13
4.15 p.m.
  1. Bersedia untuk solat Asar.
  2. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat
    Qabliyah.
  3. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang
    sunat dan wirid sebagai berterima kasih
    kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar
    dapat menyembahNYA

14
5.30 p.m.
  • Membeli barang-barang keperluan berbuka dan
    sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun
    Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam
    diri kita!

15
6.30 p.m.
  1. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di
    waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah
    sabda Rasulullah SAW "Ramai orang yang
    berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan
    dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar
    amalan kita diterima.
  2. Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka
  3. Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa,
    kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki
    engkaulah aku berbuka.
  4. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti
    buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
  5. Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum
    air, terus menunaikan solat
  6. maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan
    makanan yang berat.

16
8.00 p.m.
  1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat
    Taraweh
  2. Cuba pertahankan solat taraweh walau
    bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya
    amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh
    tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus
    (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
    lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca
    Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang
    ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar
    mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali
    sebulan Ramadhan 

17
11.00 p.m.
  1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
  2. Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat
    Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk
    menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke
    atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.  
  3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk
    beribadah.
  4. Bacalah doa tidur Ertinya Dengan namaMU
    Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur
    adalah mati yang sementara, kemungkinan
    kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

18
(No Transcript)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com