PENERBITAN ELEKTRONIK - PowerPoint PPT Presentation

1 / 17
About This Presentation
Title:

PENERBITAN ELEKTRONIK

Description:

PENERBITAN ELEKTRONIK UNIT 2 ELEMEN DALAM PENERBITAN ELEKTRONIK perolehan data; pengumpulan data; penyimpanan data; penerbitan dan pemasaran data. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:182
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 18
Provided by: agil96
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENERBITAN ELEKTRONIK


1
PENERBITAN ELEKTRONIK
  • UNIT 2

2
ELEMEN DALAM PENERBITAN ELEKTRONIK
  • perolehan data
  • pengumpulan data
  • penyimpanan data
  • penerbitan dan pemasaran data.

3
Sistem Penerbitan Setempat (Desktop Publishing)
  • Sistem Penerbitan jenis ini merujuk kepada
    kumpulan aplikasi hardware dan software dalam
    komputer yang dibangunkan pada tahun 80-an
  • DTP melibatkan tiga elemen utama pengisiannya,
    iaitu input, rekaletak dan output

4
Sistem Penerbitan Web
  • Tim Berners Lee pada tahun 1989 menamakan projek
    maklumat tersebut sebagai World Wide Web (WWW).

5
Bentuk-bentuk Perkhidmatan Web
  • Laman Web
  • Browsing/Surfing
  • Server
  • Internet
  • Protokol digunakan dalam Internet bagi
    menghubungkan sesuatu sistem data dengan sistem
    data yang lain. Protokol bagi pengawalan
    penghantaran data menerusi Internet dikenali
    sebagai Protokol Internet atau TCP/IP
    (Transmission Control Protokol/Internet
    Protocol).

6
Multimedia
  • Ciri-ciri multimedia
  • Berbentuk digital dan terkawal. Data yang
    dibentuk dalam sistem multimedia adalah mengikut
    format digital dan mudah diolah atau
    dipersembahkan menerusi komputer
  • Teragih
  • Kesemua data disalurkan secara berasingan
  • Interaktif
  • Sistem multimedia juga ada kalanya dilengkapi
    dengan suatu komponen penyaluran maklumat yang
    diterima daripada pengguna kepada server.
  • Bersepadu
  • Semua data-data yang diperolehi, dikumpulkan
    dengan kaedah penyusunan tertentu, sama ada
    mengikut turutan ataupun kepentingan data,
    kemudiannya dipersembahkan dengan menggunakan
    turutan tersebut.

7
Elemen-elemen Yang Terdapat Dalam Sistem
Multimedia
  • Teks
  • Jalinan Interaktif
  • Hyperlinks ini membantu pengguna mengakses lebih
    banyak maklumat yang dipaparkan menerusi laman
    maklumat tanpa mengambil masa yang panjang.
  • Imej Grafik Statik (Still Graphic Images)

8
  • Imej Grafik Statik (Still Graphic Images)
  • Ia merupakan kumpulan imej grafik yang statik
    atau tidak bergerak yang terdiri daripada gambar
    foto, illustrasi ataupun lukisan. Perolehan dan
    pengumpulan grafik boleh dilakukan menerusi
    aplikasi Clip Art
  • Animasi
  • Animasi dirujuk sebagai imej grafik yang
    bergerak. Pakej perisian seperti Autodesk
    Animator membenarkan pengaturcaraan mencipta
    animasi yang lebih teliti dan kompleks.

9
  • Audio
  • Sumber audio diformatkan ke dalam sistem
    multimedia dengan menggunakan MIDI.
  • Video
  • Video terdiri daripada imej foto yang boleh
    dimainkan dalam kelajuan 15 hingga 30 frame dalam
    sesaat
  • Aplikasi yang dimaksudkan itu ialah MPEG (The
    Moving Pictures Experts Group).
  • Persidangan Elektronik (Telekonferens)
  • Telekonferens Video
  • Telekonferens Audio
  • Telekonferens Komputer

10
(No Transcript)
11
Isu-isu dalam Multimedia dalam Persekitaran Global
  • Persaingan teknologi
  • Pembangunan Perisian
  • Pemasaran Digital
  • Pembangunan Kandungan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Industri teknologi telekomunikasi

12
Penerbitan Elektronik Yang Lain
  • Televisyen Kabel
  • menghantar kerangka teks, grafik dan gambar video
    penuh kepada televisyen di rumah melalui kabel
    bagi memenuhi sesuatu pesanan.
  • TV kabel bermula pada tahun 1950 di Lansford,
    Pennsylvania. Pada tahun 1950-an dan 1960-an, TV
    kabel dianggap sebagai satu cara untuk
    meningkatkan penerimaan TV yang terang di
    kawasan-kawasan terpencil

13
  • Teleteks
  • Teleteks merupakan suatu perkhidmatan informasi
    interaktif yang membolehkan individu memohon
    kerangka informasi untuk ditonton di peti TV di
    rumah. Kerangka itu kemudiannya dipancarkan
    melalui sela pengosongan tegak (vertical blanking
    interval) isyarat penyiaran TV biasa.
  • Garisan-garisan informasi teleteks terletak di
    atas gambar yang kelihatan di kaca TV. Tiap-tiap
    ratusan kerangka boleh dipilih oleh individu
    melalui papan mata dan selepas dinyahkodkan boleh
    ditonton di TV penerima.
  • Sejarah teleteks bermula di England.
  • Prototaip ini berkembang menjadi sistem yang
    menyerupai sistem teleteks yang dilancarkan pada
    tahun 1976. Versi BBC dipanggil CEEFAX dan sistem
    BA dinamakan sebagai ORACLE.

14
teletexts
  • Computer/TV
  • Telephone cable/cable tv


Tele-Bank (Computer)
Various Information Inputs
15
VIDEOTEXT
  • Videoteks merupakan suatu perkhidmatan informasi
    yang saling bertindak membolehkan individu
    memesan kerangka informasi daripada sebuah
    komputer untuk ditonton di layar video seperti
    TV.
  • Sejarah videoteks bermula di England pada tahun
    1979, dinamakan Prestel, oleh autoriti
    perkhidmatan telefon British. Objektif asal
    Prestel adalah untuk menambahkan pengangkutan
    mesej di dalam sistem telefon British yang kurang
    digunakan.

16
VIDEOTEXT
  • Home TV set
  • tele-bank
  • (Computer)
  • keypad

adapter
VARIOUS INFORMATION INPUTS
17
Mel Elektronik
  • Mel elektronik membenarkan penghantaran surat,
    memo dan dokumen dari satu terminal ke suatu
    terminal lain melalui komputer. Segala penerimaan
    fail boleh dikirmkan semula atau dihapuskan dari
    semasa ke semasa oleh penerima fail berkenaan.
    Interaksi melalui mel elektronik ini dikatakan
    lebih pantasdan mudah digunakan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com