MINGGU 11BBM3203 - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

MINGGU 11BBM3203

Description:

Title: MINGGU 11BBM3203 Author: FBMK Last modified by: Mior87_PAS Created Date: 7/7/2005 6:00:44 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:226
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 41
Provided by: FBMK8
Category:
Tags: 11bbm3203 | minggu

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 11BBM3203


1
MINGGU 11
Ayat Tunggal, Ayat Aktif dan Ayat Pasif
2
OBJEKTIF
  • Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan
  • binaan ayat tunggal
  • konstituen ayat tunggal
  • ayat aktif
  • ayat pasif

3
AYAT TUNGGAL
  • Ayat yang terdiri daripada satu klausa sahaja.
  • Konstituen untuk setiap unsur ayat seperti subjek
    dan predikat hanyalah satu atau merupakan satu
    kesatuan.
  • Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan
    predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan.
  • Semua unsur inti diperlukan, di samping unsur
    bukan inti seperti keterangan tempat, waktu dan
    alat.
  • Ayat tunggal wujud dalam bentuk bentuk pendek dan
    dalam bentuk panjang.
  • Contoh
  • gt Dia guru
  • gt Pensyarah bahasa kami akan dikirimkan ke
    negeri China.
  • gt Kami mahasiswa

4
BINAAN SUBJEK AYAT TUNGGAL
  • FRASA NAMA
  • Kata nama nama am
  • nama terbitan
  • Nama khas
  • Kata ganti nama nama orang
  • nama tunjuk
  • Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama
  • Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.

5
BINAAN SUBJEK AYAT TUNGGAL
  • FRASA NAMA
  • Contoh
  • gt Buah kedondong itu untuk isterinya (KNAm).
  • gt Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad mantan
    Perdana Menteri Malaysia (KNKhas).
  • gt Lakonannya amat mengagumkan (KNTerbitan).
  • gt Ini kawasan larangan (KGNTunjuk).
  • gt Kita berlakon drama (KGNOrang).
  • gt Berternak ikan amat menyeronokkan (KKJ).
  • gt Manis itu racun (KADJ).

6
BINAAN PREDIKAT AYAT TUNGGAL
  • Predikat FN nama khas
  • nama am
  • nama terbitan
  • Predikat FKJ kata kerja asal (berimbuhan dan
    tidak berimbuhan)
  • kata kerja terbitan
  • kata bantu (aspek dan ragam)
  • unsur keterangan
  • Predikat FAdj
  • Predikat FSN

7
UNSUR FRASA PREDIKAT
  • UNSUR UTAMA UNSUR PILIHAN
  • Frasa Nama (FN) Kata Nafi
  • bukan, tidak
  • Frasa Kerja (FKJ)
  • Frasa Adjektif (FAdj) kata pemeri
  • ialah, adalah
  • Frasa Sendi Nama (FSN)

8
PREDIKAT FRASA NAMA
  • Dua FN akan mewujudkan ayat jika terdapat
    pemisahan yang wajar antara bahagiannya sehingga
    dapat ditafsirkan sebagai dua FN.
  • Predikat FN dikenali juga dengan nama ayat
    persamaan atau ayat ekuatif.
  • Contoh
  • gt Orang itu Perdana Menteri Turki (KNkhas)
  • gt Beliau sasterawan (KNam)
  • gt Pandangannya suatu keasyikan (KNterbitan)
  • gt Dua orang perawan itu (frasa)
  • gt Dua orang itu perawan (ayat) (S P)
  • gt Dua orang itulah perawan (ayat) (P S)

9
PREDIKAT FRASA KERJA
  • KATA KERJA ASAL
  • Tidak berimbuhan berimbuhan
  • KKTT KKT KKTT KKT
  • hilang makan bernyanyi mengarang
  • mandi minum tertidur menjahit
  • datang terjatuh membuka
  • ketawa membincangkan
  • pulang

10
PREDIKAT FRASA KERJA
  • KATA KERJA ASAL
  • Contoh
  • gt Mahasiswa itu bangun (KKTT).
  • gt Mahasiswi ini makan budu (KKT).
  • gt Mahasiswi itu minum todi (KKT).
  • gt Motosikal itu tercampak ke gaung (KKTT
    imbuhan)
  • gt Manaf mencipta pantun (KKT imbuhan)

11
PREDIKAT FRASA KERJA
  • KATA KERJA TERBITAN
  • KATA NAMA KATA ADJEKTIF
  • KATA KERJA TRANSITIF
  • membuahkan
  • menghadiahi
  • menyekolahkan
  • memperindah
  • menghalusi
  • mempertajam

12
PREDIKAT FRASA KERJA
  • Contoh
  • gt Usahanya telah membuahkan hasil. (KN)
  • gt Suami telah menghadiahkan kereta kepada
    isterinya. (KN)
  • gt Orang itu telah menyekolahkan anaknya. (KN)
  • gt Rahimah telah mempercantik hiasan dalaman
    rumahnya. (KAdj)
  • gt Perdana Menteri menghalusi memorandum itu.
    (KAdj)
  • gt Orang muda perlu mempertajam minda. (KAdj)

13
PREDIKAT FRASA KERJA
  • KATA BANTU
  • KBA KBR KBR KBA
  • sedang hendak hendak akan
  • belum mahu mahu belum
  • harus pernah harus pernah
  • belum boleh mesti sedang
  • masih belum dapat boleh masih
  • masih boleh dapat sudah
  • mesti boleh telah
  • mesti dapat belum pernah harus
    dapat masih belum

14
PREDIKAT FRASA KERJA
  • Contoh
  • gt Anaknya akan berkahwin minggu hadapan.
  • gt Mahasiswi itu hendak berkenalan dengan anda.
  • gt Murid harus boleh membaca buku.
  • gt Anda belum boleh berumah tangga.
  • gt Isterinya sedang hendak bersalin.
  • gt Ayahnya sudah pergi ke laut.
  • gt Dia mahu bercakap tetapi malu.
  • gt Orang tua itu masih boleh mengangkat kelapa.
  • gt Ahmad masih belum dapat mencari buah hatinya.

15
PREDIKAT FRASA KERJA
  • KATA KERJA TAK TRANSITIF KATA KERJA TRANSITIF
  • UNSUR KETERANGAN
  • (FRASA SENDI NAMA)

16
PREDIKAT FRASA KERJA
  • Contoh
  • gt Dia membincangkan perkara itu dengan
    kawannya.
  • gt Angin bertiup dengan laju.
  • gt Peperiksaan akan berakhir pada jam 4.00
    petang.
  • gt Buah hatinya menonton wayang di Singapura.
  • gt Mahasiswa itu berlagak seperti pelakon filem.

17
PREDIKAT FRASA ADJEKTIF
  • KATA SELAPIS KATA GANDA
  • biru, jernih, pahit, manis, pandai-pandai
  • muda, geram, nipis, tebal, panjang-panjang
  • hijau amat, sungguh keruh, kelabu-kelabu
  • sangat pahit, terlalu tua, cemas-cemas
  • geram benar, dalam sekali, jahil-jahil
  • baik betul, indah nian, malu-malu
  • lebih ajaib, paling cemburu, rajin-rajin
  • termanis, terkesima bodoh-bodoh

18
PREDIKAT FRASA ADJEKTIF
  • Contoh
  • gt Air sungai itu amat jernih.
  • gt Kulit mahasiswi ini sangat nipis.
  • gt Warna laut itu bniru amat.
  • gt Suaminya terlalu tua.
  • gt Isterinya lebih cemburu daripada isteri saya.
  • gt Nanas itu termanis.
  • gt Orang di sini pandai-pandai
  • gt Suaminya malu-malu kucing.

19
PREDIKAT FRASA ADJEKTIF
  • Ayat statif (FN Adj) dapat memanfaatkan kata
    pemeri adalah untuk memisahkan subjek dengan
    predikat. Contoh
  • gt Penampilannya adalah hebat.
  • gt Pakaiannya adalah anggun.
  • gt Orang ini adalah berani.
  • Ayat statif diingkari dengan kata ingkar tidak.
    Contoh
  • gt Mahasiswi ini tidak gembira.
  • gt Isterinya tidak ganas
  • gt Masakannya tidak sedap.
  • Ayat statif boleh menggunakan kata ingkar bukan,
    apabila ada kontras. Contoh
  • gt Dia malas Dia bukan malas, Orang itu cerdik
    Orang itu bukan cerdik.
  • Jika predikatnya kata adjektif ganda, subjek
    tidak perlu digandakan. Contoh
  • gt Bajunya mahal-mahal belaka
  • gt Baju-bajunya mahal belaka
  • gt Bajunya mahal belaka.

20
PREDIKAT FRASA SENDI NAMA
  • KATA SENDI KATA NAMA
  • di sungai
  • ke Padang Besar
  • dari Golok
  • daripada ibu bapanya
  • untuk kekasih
  • pada masa itu
  • dengan buah hati
  • kepada semua pelajar

21
PREDIKAT FRASA SENDI NAMA
  • Contoh
  • gt Rumahnya di atas pokok.
  • gt Kedua-dua isterinya ke Padang Besar.
  • gt Letupan itu di Golok.
  • gt Hadiah ini daripada ibu bapanya.
  • gt Cincin ini untuk buah hatinya.
  • gt Memorandum itu pada Perdana Menteri.
  • gt Buku dengan anaknya.
  • gt Surat kepada Dekan.

22
UNSUR PILIHAN FRASA PREDIKAT
  • KATA NAFI / INGKAR
  • BUKAN TIDAK
  • Menafikan FN dan FSN - menafikan FKJ dan FAdj
  • Menafikan FKJ dan FAdj jika
  • jika bertentangan maklumat

23
KATA NAFI / INGKAR
  • Contoh
  • gt Surat ini bukan daripada suaminya
  • gt Itu bukan rumahnya.
  • gt Bunga ini bukan daripada buah hatinya.
  • gt Karya ini bukan oleh sasterawan negara.
  • gt Mahasiswa tidak datang kuliah semalam.
  • gt Pakaiannya tidak anggun.
  • gt Kelakuannya tidak sopan.
  • gt Mahasiswa itu bukan hendak berkahwin tetapi
    main- main sahaja.
  • gt Anaknya bukan jahat sangat, hanya nakal.

24
UNSUR PILIHAN FRASA PREDIKAT
  • KATA PEMERI
  • PERSAMAAN / EKUATIF HURAIAN / KUALITATIF
  • ialah FN adalah FAdj
  • adalah FSN
  • gt Kata pemeri tidak boleh hadir bersama dengan
    kata nafi, kecuali dalam struktur FN tidak
    FAdj

25
KATA PEMERI
  • Contoh
  • gt Dia ialah pramugari (FN)
  • gt Warna merah ialah warna kebenciannya (FN).
  • gt Anaknya adalah sangat rajin. (FAdj)
  • gt Rantai ini adalah untuk buah hatinya. (FSN)
  • gt Perbuatannya adalah tidak sopan.
  • gt Kecantikan adalah tidak kekal.
  • Kata pemeri bersifat pilihan sahaja.

26
KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
  • SUSUNAN BIASA SUSUNAN SONGSANG
  • - kata penegas kata penegas
  • Pendepanan Seluruh Pred Pendepanan Sebahagian
    Pred
  • - kata penegas kata penegas
  • Pendepanan FKJ Pendepanan FAdj Pendepanan FSN

27
KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
  • SUSUNAN BIASA (S P)
  • - kata penegas
  • gt Sekumpulan pelajar itu mahasiswa UPM.
  • gt Semua lanun telah menyerah diri.
  • gt Mereka ini dari Kelantan.
  • kata penegas
  • gt Mereka ini pun dari kampung.
  • gt Orang itu teringin juga ke Thailand.
  • gt Kita memohon rahmat daripada-Nya juga.
  • gt Sepanjang masa dia bermenung sahaja.
  • gt Pasukan Selangor kalah lagi.

28
KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
  • SUSUNAN BIASA (S P)
  • Jika kata penegas lah dan kata yang ditambah pada
    subjek dalam ayat tertentu, maka subjek itu akan
    bertukar fungsinya menjadi predikat. Contoh
  • gt Pasukan Selangorlah yang kalah lagi.
  • gt Lanun yang ditangkap itulah yang amat jahat.
  • gt Mahasiswa inilah yang ditangkap malam tadi.
  • gt Isterinyalah yang cantik itu.
  • gt Pakaian orang itulah yang paling mahal.

29
KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
  • SUSUNAN SONGSANG (P S)
  • Pendepanan Seluruh Predikat Pendepanan Sebahagian
    Predikat
  • Pendepanan FKJ Pendepanan FAdj Pendepanan FSN
  • KKJ KAdj FSN Pred
  • KKJ Obj kb KAdj FSN Ket
  • kb KKJ

30
SUSUNAN SONGSANG (P S)
  • PENDEPANAN SELURUH PREDIKAT
  • Unsur Wajib
  • gt Siapakah nama anda?
  • gt Apatah daya kita.
  • gt Hujankah malam tadi?
  • gt Dialah buah hatinya.
  • Unsur Pilihan
  • gt Baik amat perlakuannya.
  • gt Gagal juga akhirnya usaha itu.
  • gt Sungguh rajin mahasiswa itu.
  • gt Masin sekali gulai ini.
  • gt Rakyat Indonesia isterinya.
  • gt Dalam butan rumahnya.
  • gt Di pasar budaya kedainya.

31
SUSUNAN SONGSANG
  • Pendepanan Sebahagian Predikat FKJ
  • Pendepanan KKJ
  • gt Berlari-larian mahasiswa itu di padang.
  • gt Tersentak orang itu di sana.
  • gt Melamun dia setiap senja.
  • Pendepanan KKJ Obj.
  • gt Makan budu mahasiswa itu setiap pagi.
  • gt Menanam ubi bapa di sawah setiap hari.
  • gt Terpikat hatiku oleh senyumannya.
  • Pendepanan kb KKJ
  • gt Masih menjanda mahasiswi itu sejak
  • gt Akan berangkat dia ke bulan pagi esok.
  • gt Sedang mandi adiknya.

32
SUSUNAN SONGSANG
  • Pendepanan Sebagaian Predikat FAdj.
  • Pendepanan KAdj
  • gt Adil hakim itu pada setiap masa.
  • gt Pandai orang ini sejak dahulu.
  • gt Cermat isterinya apabila membeli pisang.
  • gt Lucu orang ini apabila bercerita.
  • Pendepanan kb KAdj
  • gt Masih dahaga beruk itu hingga kini.
  • gt Sudah masak buah ini sejak seminggu lalu.
  • gt Sedang gering puteri itu sejak semalam.
  • gt Belum mahir mekanik itu meskipun
  • gt Masih malas budak ini walaupun

33
SUSUNAN SONGSANG
  • Pendepanan Sebahagian Predikat FSN
  • FSN sebagai Predikat
  • gt Untuk kekasihnya cincin ini.
  • gt Daripada sutera baju ini.
  • gt Kepada isterinya surat ini.
  • gt Masih pada Halimah buku itu.
  • FSN sebagai Keterangan dalam Predikat.
  • gt Pada janji saya berpegang.
  • gt Ke dalam kuali ikan ini dimasukkannya.
  • gt Di hadapan menteri pelajar itu merusuh.
  • gt Untuk peperiksaan ini, pelajar telah menelaah
    pelajarannya sepanjang malam.

34
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
  • Ayat aktif transitif dan tak transitif
  • Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif di,
    ter
  • dengan kata ganti nama diri pertama, kedua
  • pertama saya, aku, kami, kita
  • kedua engkau, kamu, awak, anda
  • dengan kata kena yang hadir sebelum kata kerja

35
AYAT AKTIF TRANSITIF
  • Subjek menjadi pelaku dan objek menjadi
    penderita. Rumusnya KKT Obj (FN / Klausa
    Komplemen).
  • Awalan meN dianggap penanda ayat aktif.
  • Ayat aktif transitif bentuk tunggal terjadi
    daripada ayat yang mengandung FN sebagai subjek
    dan FN juga sebagai objek kata kerja.
  • Ayat yang mengandung KKT yang mempunyai ciri Adj
    (kp) boleh digugurkan objeknya.
  • Klausa komplemen sebagai objek hanya wujud dalam
    ayat majmuk
  • Mahasiswa mementaskan drama.
  • Dekan menghadiahi mahasiswa sijil kepujian.
  • Dia memberitahu bahawa dia sungguh kecewa.
  • Perbuatannya itu sungguh mengecewakan (saya).

36
AYAT AKTIF TAK TRANSITIF
  • Dengan keterangan yang boleh digugurkan
  • Penduduk desa sedang mandi (di sungai)
  • Dia bersedih (sepanjang minggu)
  • Rumput menghijau (di halaman rumahnya)
  • Pokok itu tumbang (dengan kuatnya)
  • Dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
  • Ayah berada di Kota Bharu
  • Saya berasa amat marah
  • Musafir itu berkajangkan mengkuang layu
  • Adiknya menjadi lanun

37
AYAT PASIF
  • Subjek ayat menjadi penderita kerana dikenai
    kesan kata kerja pasif.
  • Apabila subjek dipentingkan, kata oleh FN boleh
    digugurkan.
  • Ayat pasif yang berimbuhan ber, dan kean tidak
    memerlukan oleh FN.
  • Dengan imbuhan kata kerja pasif
  • di KKJ oleh FN Sawah telah dibajak (oleh)
    petani Sawah telah dibajak petani Sawah telah
    dibajak malam tadi oleh petani Sawah telah
    dibajak malam tadi.
  • ter KKJ Kapal itu telah terlanggar oleh
    perahu kecil.
  • ber Kain itu telah berjahit dengan benang emas.
  • kean Mahasiswi itu kesejukan sepanjang malam.

38
AYAT PASIF
  • Kata ganti nama diri pertama penuh dan singkat.
  • penuh saya aku, kami kita
  • singkat ku
  • Kata ganti nama diri kedua penuh dan singkat.
  • penuh engkau, awak, anda, kamu
  • singkat kau, mu
  • Nasi itu telah saya makan semalam
  • Pengorbananmu kami sanjung
  • Engkau kurindu
  • Kami sanjung pengorbananmu (songsang)

39
AYAT PASIF KENA
  • Kena KKJ
  • Orang itu kena dera (oleh majikannya)
  • Ali kena perli (oleh rakannya)
  • Mahasiswi itu kena jeling (oleh mahasiswa
    itu)
  • Penyamun itu kena tangkap (oleh polis)
  • Hakim kena buang kerja (oleh kerajaan)
  • Pencuri itu kena hukum (oleh hakim)
  • Pelajar itu kena tikam (oleh kawannya)
  • Anaknya kena tampar (oleh gurunya)

40
KESIMPULAN
  • Ayat tunggal mempunyai ciri tertentu
  • Ayat tunggal boleh dirincikan dari segi binaan
    subjek dan binaan predikat
  • Konstituen ayat tunggal boleh dirincikan melalui
    susunan biasa dan susunan songsang
  • Ayat aktif terbahagi dua, iaitu ayat aktif
    transitif dan ayat aktif tak transitif
  • Ayat pasif terdiri daripada pasif dengan imbuhan
    kata kerja di, ter, kata ganti diri pertama dan
    kedua, dan kata kena.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com