AQIDAH ISLAM. - PowerPoint PPT Presentation

1 / 23
About This Presentation
Title:

AQIDAH ISLAM.

Description:

Dan kita bebas dari agama lain yang bertentangan dengan Islam. KEPENTINGAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM. ... Islam, melaksanakan dan mendirikan segala rukun-rukun ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:5020
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 24
Provided by: andalusSg3
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: AQIDAH ISLAM.


1
AQIDAH ISLAM.
  • DEFINASI.
  • KEPENTINGAN.
  • SUMBER RUJUKAN.
  • PERBEZAAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN.

2
PENGERTIAN AQIDAH ISLAM.
  • Aqidah dari segi bahasa ialah ikatan atau
    simpulan.
  • Aqidah dari segi istilah ialah kepercayaan atau
    keyakinan yang tersemat di dalam hati.

3
Aqidah Islam ialah perkara-perkara yang
terkandung dalam rukun Iman.
  • Percaya dan yakin kewujudan Allah sebagai tuhan
    yang berhak disembah.
  • Percaya dan yakin adanya para Malaikat.
  • Percaya dan yakin adanya Kitab-kitab Allah.
  • Percaya dan yakin adanya para Rasul.
  • Percaya dan yakin adanya Hari Kiamat.
  • Percaya dan yakin pada Qada dan Qadar.
  • Berdasarkan dalil-dalil yang sahih dari Al-Quran
    dan As-Sunnah serta logik akal.

4
  • ????????????? ???????????????? ???? ?????????
    ??????? ????????????? ?????? ??????????? ????
    ??????????? ???????????? .
  • Aqidah Islam ialah segala perkara yang diyakini
    oleh umat Islam yang diyakini dengan pasti
    tentang kebenarannya.

5
Dengan ini maknanya kita berikrar bahawa
  • Kita rela Allah sebagi Tuhan.
  • Islam sebagai agama.
  • Muhammad sebagai Nabi dan utusan Allah.
  • Kitab Al-Quran sebagai ikutan.
  • Kaabah sebagai kiblat.
  • Seluruh orang Mukmin lelaki dan perempuan sebagai
    saudara seagama.
  • Dan kita bebas dari agama lain yang bertentangan
    dengan Islam.

6
KEPENTINGAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM.
  • Aqidah penting di dalam kehidupan kita kerana
    dengan memiliki aqidah yang betul, kita
    memperolehi perkara-perkara berikut -
  • Kemantapan iman dalam hati dengan menyakini
    kewujudan Allah dan mentauhidkannya (mengEsakan
    Allah).

7
  • 2. Mengenal diri dan memahami matlamat hidup
    dengan timbulnya beberapa persoalan
  • Siapakah yang mencipta kita ?
  • Mengapa kita dijadikan ?
  • Apakah hikmah dan rahsia kejadian manusia ?
  • Bagaimana permulaan dan kesudahan hidup kita ?
  • Kemanakah kita akan pergi setelah mati ?
  • Setelah kita mati, adakah kita hidup semula ?

8
  • 3. Terselamat dan terpelihara dari kesesatan dan
    kebatilan.
  • 4. Aqidah yang benar dan sah menjadi syarat
    pertama untuk melaksanakan ibadah seperti solat,
    puasa dan sebagainya. Orang-orang kafir tidak
    diterima di sisi Allah amalan kebaikan mereka di
    akhirat.
  • 5. Aqidah yang satu dapat menyatukan semua bangsa
    dan keturunan.

9
SUMBER-SUMBER RUJUKAN DALAM AJARAN AQIDAH ISLAM.
  • Sumber aqidah yang muktamad yang tidak boleh
    ditolak dan diingkari ialah -
  • Al-Quran .
  • Hadis Rasulullah s.a.w. Kededua ini dipanggil
    sebagai Dalil Naqli .
  • Ijma Ulama dan Muslim.
  • Logik Akal atau Dalil Aqli yang tidak bercanggah
    dengan Dalil Naqli.

10
PERBEZAAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN.
  • Iman berasal dari perkataan Arab yang bererti
    Membenarkan.
  • Erti Iman yang sebenarnya ialah Mempercayai
    segala kebenaran yang diajarkan oleh Nabi
    Muhammad s.a.w dengan keyakinan bahawa kesemuanya
    berasal dari Allah s.w.t yang dinamakan agama
    Islam.

11
AGAMA ISLAM
  • Secara amnya, agama Islam terbahagi kepada dua.

12
  • Itiqadiah ialah perkara-perkara yang berkaitan
    dengan kepercayaan.
  • Syariyyah ialah perkara-perkara yang berkaitan
    dengan perundangan hukum-hukum fiqh seperti
    ibadah, jenayah, muamalah (perhubungan manusia
    dengan manusia dalam soal kerja), munakahat
    (perkahwinan) dan perkara yang berhubungan dengan
    budi pekerti yang baik di dalam melaksanakan
    segala ajaran Allah.
  • Percaya kepada kebenaran ajaran Nabi Muhammad
    s.a.w tidak cukup dengan hati, tetapi mestilah
    dibuktikan dengan lisan dan sertai dengan
    perbuatan.

13
TAHAP-TAHAP IMAN
  • Iman itu terbahagi kepada tiga bahagian

14
  • Iman orang-orang yang bertaqlid atau iman orang
    awam-
  • iman kepada Allah dan mengenaliNya dengan hanya
    mendengar khabar dari orang lain dan mengikuti
    kata-kata orang lain tentang wujudnya Allah. Ini
    adalah peringkat iman yang lemah.
  • Iman ahli ilmu atau iman para Ulama -
  • Keimanan kepada Allah dan mengenalinya dengan
    berfikir tentang kejadian alam ini dan
    mengemukakan bukti (dalil) samaada bukti akal
    (dalil aqli) atau bukti Al-Quran dan hadith
    (dalil naqli).

15
  • Iman nabi-nabi dan rasul-rasul-
  • Iman kepada Allah dan mengenalinya dengan hujah
    dan bukti. Iman mereka yang paling sempurna dan
    tinggi kerana mereka sentiasa kukuh dan takut
    melanggar perintah Allah. Mereka tidak melakukan
    dosa malahan mereka terpelihara dari melakukan
    dosa.

16
Iman mempunyai tujuh puluh lebih cabang.
  • Rasulullah s.a.w telah bersabda,
  • ??????????? ?????? ??????????? ????????
    ????????????? ?????? ??? ????????? ?????? ??????
    ???????????? ????????? ????????? ???? ??????????
    ????????????? ???????? ???? ??????????? .
  • Cabang-cabang Iman ada tujuh puluh lebih cabang,
    yang paling utama ucapan LAA ILAAHA ILLA ALLAH
    dan yang paling rendah ialah mengalihkan benda
    yang merbahaya ditempat lalu lalang. Dan sikap
    malu adalah sebahagian dari cabang iman.
  • Daripada cabang-cabang iman, ada 6 cabang yang
    wajib kita imani

17
(No Transcript)
18
DEFINASI ISLAM
  • Islam berasal dari bahasa Arab yang bererti
    patuh, tunduk menurut dan menyerah diri.
  • Menurut istilah, Islam ertinya Menyerahkan diri
    sepenuhnya untuk menjalankan perintah-perintah
    Allah swt dan meninggalkan apa-apa yang
    dilarangnya.

19
(No Transcript)
20
DEFINASI IHSAN
  • Ihsan berasal dari bahasa Arab yang ertinya
    berbuat baik.
  • Menurut istilah, Ihsan ertinya Engkau berbakti
    kepada Allah seolah-olah engkau melihatnya,
    meskipun sebenarnya engkau tidak dapat
    melihatnya, padahal sesungguhnya Dia Maha Melihat
    engkau.

21
DEFINASI IHSAN
  • Ihsan membawa makna , perlaksanaan amal yang
    dilakukan sebaik mungkin oleh seseorang dan dia
    sentiasa merasakan dirinya diawasi Allah.
  • Oleh kerana itu , melakukan sesuatu dengan sikap
    asal boleh sahaja, seolah-olah tiada siapa yang
    memerhatikannya bertentangan dengan konsep ihsan.

22
KESIMPULAN
  • Dengan yang demikian , kita tahu bahawa perbezaan
    Iman, Islam dan Ihsan ialah
  • Iman, membenarkan secara teguh segala rukun-rukun
    Iman.
  • Islam, melaksanakan dan mendirikan segala
    rukun-rukun Islam.
  • Ihsan, berlaku ikhlas dan tekun dalam segala amal
    ibadah seakan-akan kita melihat Allah dihadapan
    kita. Jika kita tidak mampu melakukan seperti
    itu, kita mesti ingat bahawa Allah sentiasa
    mengawasi kita.

23
  • Latihan / kerja berkumpulan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com