Title: PERIBAHASA
1 PERIBAHASA
MENENGAH TIGA EKSPRES
Bahtiar Kassim
2Sasaran Menengah 3 (Ekspres) Jumlah 20
murid Tema Peribahasa Masa 2 waktu
Pengetahuan sedia ada Murid-murid sudah ada asas
tentang penakrifan peribahasa serta pelbagai
kekata hikmat dan nasihat yang lainnya.
3- Matlamat
- Memahami apa itu peribahasa
- Menghargai sumbangan warisan bangsa
- Memperkayakan seni bahasa
- Memperkuat keupayaan murid dalam bahasa Melayu.
- Objektif
- Dapat menyusun semula peribahasa serta
- menjawab kloz prosedur dengan tepat.
- Dapat membina 8 ayat dengan tepat dari
- 10 peribahasa yang dipelajari
4Apakah Peribahasa?
Gambar rajah di bawah ini menunjukkan jenis-jenis
peribahasa yang sering digunakan.
SIMPULAN BAHASA
PEPATAH
PERIBAHASA
BIDALAN
PERUMPAMAAN
5PERIBAHASA
- merupakan susunan kata-kata yang teratur,
bermakna dan adalah warisan kebudayaan Melayu
lama - diperturunkan dan diperkembangkan secara lisan
- dicipta berdasarkan pandangan teliti dan
perbandingan tajam terhadap alam sekeliling. - digunakan sebagai kiasan, teladan dan pengajaran.
- Memperindahkan bahasa.
6DUNIA MELAYU
7Arahan Halaman yang anda bakal lihat menunjukkan
senarai peribahasa. Untuk melihat maknanya, anda
perlu menekan butang ikon.Untuk ke senarai
peribahasa, tekan butang ikon.
Berikan perhatian terhadap senarai peribahasa ini
kerana pemahaman anda akan diuji di akhir
pelajaran.
8SENARAI PERIBAHASA
1) Ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis. 2) Hujan emas di negeri orang, hujan batu
dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri 3)
Biar putih tulang jangan putih mata. 4) Belayar
bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata
dengan yang pandai. 5) Ayam terlepas tangan bau
tahi.
9 6) Hangat-hangat tahi ayam. 7) Air tenang
jangan disangka tiada buaya. 8) Air pun ada
pasang surutnya. 9) Burung terbang dipipiskan
lada. 10) Nasi sudah menjadi bubur.
10Maknanya Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya
jangan terpedaya dan habis harta dengan percuma.
Contoh Ahmad telah dinasihati oleh ibunya
supaya ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
dengan menyimpan lebihan duit sekolahnya di dalam
tabung
agar boleh digunakan apabila dia ingin membeli
perkakas sekolahnya kerana mereka bukanlah orang
kaya.
11Maknanya Betapa senang pun di negeri orang,
negeri sendiri juga yang lebih baik. Contoh
Walaupun Amin telah bermastautin di Amerika
selama 10 tahun namun dia berpendapat hujan emas
dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri,
lebih baik negeri sendiri.
USA
SPURA
12Maknanya Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak
kita walaupun nyawa kita terancam. Contoh Wan
Derus rela biar putih tulang jangan putih mata
daripada membiarkan tunangannya dirampas oleh
ketua penyamun itu.
13Maknanya Sesuatu pekerjaan besar yang hendak
dilakukan eloklah dikenal pelaksanaannya oleh
orang yang memang ahli dalam perkara itu supaya
selamat. Contoh Sebagai seorang yang baru
bekerja. Mahadi telah diberikan projek yang besar
untuk dilaksanakan. Dia telah dinasihatkan oleh
pengurus untuk mendapatkan bantuan Pak Naim yang
berpengalaman kerana belayar bernakhoda, berjalan
dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai agar
usahanya tidak sia-sia.
14Maknanya Orang yang membuat pekerjaan yang
ditegah, akhirnya mendapat malu. Contoh
Penangkapan Salleh, anak orang kaya yang sombong
itu kerana menjual dadah, telah membuat
keluarganya mendapat malu bak ayam terlepas
tangan bau tahi.
15Maknanya Bersungguh-sungguh membuat sesuatu
pekerjaan pada mulanya sahaja. Contoh Hasrat
Hamzah untuk belajar silat hanya hangat-hangat
tahi ayam kerana semangatnya selalu putus
ditengah jalan.
16- Maknanya orang yang pendiam jangan disangka
baik,bodoh atau penakut. - Contoh Mazwan nampak pendiam dan selenge namun
dia bagaikan air yang tenang jangan disangka
tiada buaya kerana sebenarnya dia ada banyak
rekod jenayah.
17- Maknanya Keadaan kehidupan seseorang tidak
tetap, ada kalanya senang dan ada kalanya susah. - Contoh Perniagaannya yang maju telah membuatnya
sombong sehinggalah dia jatuh muflis dan sakit
kerana air pun ada pasang surutnya.
18- Maknanya Merancang sesuatu yang belum pasti
diperolehi. - Contoh Manusia hanya merancang tetapi tuhan yang
menentukan. Oleh itu janganlah kita mengamalkan
sikap burung terbang dipipiskan lada.
19- Maknanya Sesuatu perbuatan salah yang sudah
terlanjur dan tidak dapat diperbaiki lagi. - Contoh Sikap Razlan yang malas belajar telah
menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan tetapi
dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana nasi
sudah menjadi bubur. -
20Susun semula perkataan-perkataan di bawah ini
agar menjadi satu peribahasa yang lengkap.
Tuliskan jawapan kamu di kertas yang telah
disediakan.
- 1) bubur nasi menjadi sudah
- 2) tiada buaya tenang jangan air disangka
- 3) sebelum habis kena jimat ingat sebelum
- 4) berjalan belayar, berkata dengan yang tahu,
pandai - dengan yang bernakhoda
- 5) tangan ayam terlepas bau tahi.
21Arahan Baca petikan di bawah ini dan kemudian
pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai
peribahasa tadi dan kemudian isikan ditempat
kosong dalam kertas jawapan. Setelah pihak
Kompeni Inggeris mula menjajah Negeri Pahang,
maka ramailah pembesar Melayu yang tidak
bersetuju dengan tindak-tanduk pihak Inggeris
yang dianggap sebagai tidak menghormati
adat-budaya tempatan. Mereka sanggup berjuang
bermati-matian (1)________ untuk memastikan bumi
Pahang tetap merdeka. Para pembesar Melayu
telah bersepakat untuk memberontak terhadap
penjajahan Inggeris. Anak-anak muda dikumpulkan
untuk diajar bersilat dan berlawan kepada Mat
Kilau, anak Datok Bahaman, yang telah terkenal
kependekarannya ibarat kata (2)_____________.
22 Para penduduk kampung juga telah diingatkan
supaya jangan membazirkan makanan dan bersedia
akan kepayahan hidup yang bakal mendatang apabila
pemberontakan bermula kerana adalah lebih baik
(3)_______________. Anak-anak muda juga
diingatkan supaya belajar silat
bersungguh-sungguh jangan setakat (4)__________
kerana mereka adalah tunggak kekuatan untuk
membela pertuanan bangsa Melayu di Pahang.
Pembesar-pembesar Melayu percaya bahawa pihak
Kompeni Inggeris tidak akan senantiasa berada di
pihak yang menang kerana (5)__________ dan
lambat-laun mereka akan lemah juga jika
perlawanan dilakukan secara perang gerila.
23Bina ayat daripada sepuluh peribahasa yang
tertera di bawah ini. Tuliskan jawapan kamu di
dalam kertas yang disediakan.
- 1) Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
- 2) Nasi sudah menjadi bubur.
- 3) Biar putih tulang jangan putih mata.
- 4) Burung terbang dipipiskan lada.
- 5) Ayam terlepas tangan bau tahi.
- 6) Hangat-hangat tahi ayam.
- 7) Air tenang jangan disangka tiada buaya.
- 8) Air pun ada pasang surutnya.
- 9) Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu,
berkata dengan yang pandai. - 10) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
24Rujukan
- Buku Pancaran Bahasa Menengah 3 Ekspres
- Abdullah Hassan Ainon Mohd. Tesaurus
Peribahasa Melayu Moden Utusan Utusan
Publications Distriutors Sdn. Bhd. 1994
- Kamus Dewan Bahasa, Edisi Ketiga. Dewan Bahasa
Dan Pustaka 1998.
TAMAT