Pengenalan Kepada Pembinaan Sikap Dan Prasangka - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Pengenalan Kepada Pembinaan Sikap Dan Prasangka

Description:

Pengenalan Kepada Pembinaan Sikap Dan Prasangka Oleh: Dr. Muhd. Najib Mohd. Alwi Jabatan Psikiatri Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:127
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 27
Provided by: DrMuhamma2
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Pengenalan Kepada Pembinaan Sikap Dan Prasangka


1
Pengenalan Kepada Pembinaan Sikap Dan Prasangka
  • Oleh
  • Dr. Muhd. Najib Mohd. Alwi
  • Jabatan Psikiatri
  • Pusat Pengajian Sains Perubatan
  • Universiti Sains Malaysia

2
SIKAP
  • Sikap ialah suatu konstruk hipotetikal
  • konsep abstrak yang merujuk kepada proses-proses
    dan kejadian-kejadian yang dijangkakan berlaku di
    dalam diri seseorang tetapi tidak boleh dilihat
    atau diukur secara langsung.

3
SIKAP
  • Definisi
  • suatu kecenderungan untuk bertindakbalas kepada
    sesuatu rangsangan melalui cara-cara tertentu.
  • konstruk-konstruk yang menjelaskan konsistensi
    tingkahlaku terhadap sesuatu kategori objek atau
    individu di dalam suasana yang berlainan.
  • suatu skema penilian yang konsisten terhadap
    seseorang, sesuatu kumpulan atau objek yang
    dipelajari oleh seseorang hasil daripada
    pengetahuan dan pengalamannya yang telah lalu.

4
  • 3 komponen sikap
  • afektif perasaan terhadap objek berkenaan
    (paling sukar diubah).
  • kognitif kepercayaan terhadap keadaan sebenar
    objek berkenaan secara objektif berdasarkan
    kepada maklumat yang ada.
  • tingkahlaku/konatif (behavioural) cara seseorang
    itu sebenarnya bertindak atau bercadang untuk
    bertindak terhadap objek berkenaan berdasarkan
    komponen-komponen afektif dan kognitif tadi.

5
  • Kenapa Perlu Pelajari Tentang Sikap?
  • Pengamal/Penuntut Perubatan perlu mempunyai sikap
    yang baik dan tepat sepanjang karier mereka
  • Bidang Perubatan terdapat berbagai isu / program
    yang melibatkan perubahan sikap masyarakat spt.
    Kempen Gaya Hidup Sihat, Imunisasi, stigma
    terhadap pesakit AIDS / mental
  • Doktor agen perubahan?

6
  • Apakah Fungsi Sikap?
  • Sikap memberi makna dan arah bagi sesuatu
    pengalaman dengan menyediakan suatu struktur
    rujukan (frame of reference) untuk menilai
    sesuatu keadaan, objek atau seseorang.
  • Sikap membantu seseorang untuk menyesuaikan diri
    di dalam masyarakat supaya dapat diterima oleh
    orang lain.
  • Sikap membolehkan seseorang menonjolkan
    keterampilan diri yang positif.
  • Sikap juga melindungi kita daripada mengaku
    secara terbuka sebarang kekurangan peribadi yang
    ada (ego-defensive).

7
  • Beberapa Kajian Menarik Tentang Sikap
  • Bolehkah sikap diukur
  • Cara-cara sikap terbentuk (dipelajari)
  • Teknik-teknik untuk mempengaruhi / mengubah sikap
    seseorang (jika boleh!)

8
Pengukuran Sikap
  • Sikap sukar diukur (konstruk hipotetikal).
  • Oleh itu, kebanyakan skala mengandaikan bahawa
    sikap boleh diukur melalui pendapat atau
    kepercayaan seseorang terhadap sesuatu objek
    sikap.

9
Contoh Skala Pengukuran Sikap
  • Skala Likert
  • Kenyataan-kenyataan yang diikuti oleh beberapa
    pilihan iaitu sangat bersetuju/bersetuju/tidak
    pasti/tidak bersetuju/sangat tidak bersetuju.
  • Contoh
  • Saya percaya semua penagih dadah perlu
    dipenjarakan
  • 5 4 3
    2 1
  • Sangat Bersetuju Bersetuju Tidak Pasti Tidak
    Setuju Sgt. Tidak Setuju
  • Markah kemudiannya dijumlahkan dan dikira sebagai
    indikasi sikap seseorang.

10
Proses Pembentukan Sikap
  • Sikap seseorang dibentuk sejak kanak-kanak lagi
    melalui proses sosialisasi yang akhirnya akan
    menghasilkan seorang dewasa yang
    bertanggungjawab.
  • Perkara-perkara yang mempengaruhi sikap
  • Persekitaran media massa, IT, keluarga, rakan
    dsb.
  • Agama
  • Kebudayaan dan adat resam

11
Proses Pembentukan Sikap
  • Pengkondisian Klasik (Classical Conditioning)
    pembelajaran melalui perkaitan sesuatu perkara
    dengan perkara yang lain. (cth bilik selesa gt
    menyukai orang yang hadir dsb.)
  • Pengkondisian Operan (Operand Conditioning)
    pembelajaran melalui hadiah dan hukuman (cth
    berbaik-baik dengan adik-beradik, ayah beri
    hadiah)

12
Proses Pembentukan Sikap
  • Meniru (Modeling)
  • Meniru dan mengikuti perbuatan orang lain (Cth
    Ayah menghisap rokok, oleh itu menghisap rokok
    itu baik).
  • Umumnya, sikap terbentuk melalui ilmu pengetahuan
    dan pengalaman hidup yang diperolehi daripada
    pergaulan/interaksi dengan masyarakat dan
    persekitaran
  • Lebih banyak pengetahuan tentang sesuatu objek
    sikap, lebih positif sikap terhadap objek itu

13
Bagaimana Mengubah / Mempengaruhi Sikap?
  • Teori Disonans Kognitif (Festinger)
  • manusia tidak selesa menghadapi tekanan dan
    disonan
  • jika dua idea, sikap atau kepercayaan yang
    bercanggah, akan wujud suatu kecenderungan untuk
    mengurangkan disonans itu dengan cara mengubah
    salah satu atau kedua-dua perkara tersebut
    sehingga kedua-duanya bersesuaian di antara satu
    sama lain.
  • cth merokok risikonya dari segi kesihatan

14
Teori Disonans Kognitif
  • Kekuatan sesuatu disonans bergantung kepada
    kepentingan sesuatu kepercayaan itu pada
    seseorang
  • Umumnya disonans yang melibatkan harga diri
    (self-esteem) adalah yang paling kuat kesannya.

15
  • Contoh-contoh situasi disonans
  • 1. Pembeli kereta baru
  • disonans selepas membuat pilihan.
  • mencari bukti-bukti menyokong pilihan itu.

16
  • 2. Ujikaji Kelas Perbincangan Seksologi
    (Aronson)
  • disonans disebabkan oleh usaha yang dilakukan
  • kerana menyanggupkan diri menghadapi situasi
    memalukan, perbincangan yang hambar dikatakan
    menarik.

17
  • 3. Ujian 1/20 (Festinger)
  • disonans akibat tingkahlaku berlawanan.
  • pekerjaan membosankan dikatakan menarik.
  • Contoh lain ujikaji pilihan permainan
    kanak-kanak
  • Tanpa ditakut-takutkan dengan hukuman, lebih
    susah untuk melanggar larangan.

18
Faktor-faktor yang terlibat dalam proses memujuk
19
PRASANGKA (Prejudice)
  • Prasangka adalah suatu SIKAP yang ekstrim yang
    juga terdiri dari 3 komponen
  • kognisi pandangan berstereotaip
  • afektif perasaan ganas (hostile) yang kuat
  • tingkahlaku (konatif) diskriminasi tingkahlaku
    yang memihak kepada seseorang atau kumpulan
    secara tidak adil

20
Bagaimana Prasangka Dan Diskriminasi Terbentuk?
  • Personaliti seseorang
  • autoritarian bengis terhadap orang yang lebih
    rendah statusnya, berdengki terhadap orang yang
    berstatus lebih tinggi.
  • mengalami proses pembesaran yang penuh dengan
    penindasan, pendisiplinan yang keterlaluan dan
    kurang kasih sayang.
  • MASALAH
  • bukan semua orang yang autoritatian mengamalkan
    diskriminasi
  • orang/kumpulan yang menjadi sasaran tidak
    semestinya rawak.

21
Bagaimana Prasangka Dan Diskriminasi Terbentuk?
  • Faktor persekitaran
  • prasangka berlaku kerana keperluan untuk
    menyesuaikan diri dengan norma-norma kumpulan
    yang dianggotai. Cth AS - puak kulit putih utara
    / selatan dan sikap kpd. kulit hitam
  • prasangka wujud apabila terdapat perebutan untuk
    mendapatkan seseuatu keperluan yang jumlahnya
    terhad.

22
Bagaimana Prasangka Dan Diskriminasi Terbentuk?
  • Keahlian kepada sesuatu kumpulan
  • setiap insan berusaha untuk mencapai imej diri
    yang positif.
  • ini termasuklah keperluan untuk mencapai identiti
    sosial melalui keahlian di dalam sesuatu
    kumpulan.
  • keahlian dalam sesuatu kumpulan secara automatik
    menghasilkan sikap pro-kumpulan sendiri dan
    anti-kumpulan lain.
  • dari situ lahirlah prasangka dan diskriminasi.

23
Bagaimana Mengurangkan Prasangka Dan Diskriminasi?
  • Adalah hampir mustahil untuk mengubah personaliti
    seseorang dan tidak mungkin sejarah boleh
    ditukar.
  • Hypothesis Pertemuan
  • Prasangka boleh diubah melalui kekerapan
    pertemuan yang dapat menambahkan pengetahuan
    tentang kumpulan luar dan secara langsung
    mewujudkan persefahaman dan mengurangkan
    kebencian terhadap mereka.

24
STRATEGI MENGURANGKAN PRASANGKA
Pertemuan langsung antara kumpulan
Saling Mengenali
Peluang Untuk Mengubah Persepsi Stereotaip
Merasai Persamaan
Lebih Menyukai Satu Sama Lain
25
Stereotaip Dan Prasangka
  • Stereotaip pandangan yang dikongsi ramai tentang
    ciri-ciri sesuatu kumpulan manusia. Stereotaip
    biasanya adalah negatif.
  • Stereotaip orang ramai perlu diubah sekiranya
    prasangka dan diskriminasi mahu dikurangkan.
  • Cara terbaik adalah melalui propaganda dan
    pendidikan untuk memupuk perpaduan di kalangan
    rakyat walaupun ianya memakan masa.

26
Sekian
  • Pupukkan Sikap Suka Bertanya....
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com