AKIDAH 1 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 42
About This Presentation
Title:

AKIDAH 1

Description:

... yang mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka (al-A raaf: 157) Orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:105
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 43
Provided by: ami133
Category:
Tags: akidah | injil

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: AKIDAH 1


1
AKIDAH 1
2
Bahagian Iman
  • Iman terbahagi kepada lebih dari 70 bahagian.
  • Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A dari Nabi
    S.A.W bersabda
  • Iman itu lebih dari enam puluh atau tujuh puluh
    bahagian, yang paling utama ialah (mengakui)
    tiada Tuhan selain Allah, dan yang paling rendah
    ialah mengetepikan benda yang menyakitkan di
    jalan dan malu itu sebahagian dari iman.
  • (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

3
  • RINGKASAN MUKJIZAT NABI SAW

4
Definasi Mukjizat
  • Dari segi bahasa lemah atau melemahkan
    (Ajaza-Ajaza) mensabitkan kelemahan untuk
    sesuatu
  • Dari segi Istilah Perkara luar biasa yang
    dianugerahkan Alah S.W.T kepada para nabi
    sebagai bukti kebenaran risalah mereka dan
    cabaran kepada orang yang memungkiri kenabian
    mereka.

5
Mukjizat Risalah Nabi Muhammad saw
  • Pengkhabaran kedatangan baginda di kitab yang
    terdahulu
  • Firman Allah
  • Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah,
    Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis di
    dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka
    (al-Araaf 157)
  • Orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya
    Al-Quran, mereka beriman kepadanya (al-Qasas 52)

6
Mukijzat Hissi bagi Nabi S.A.W
  • Ribut yang mengalahkan tentera kafir (perang
    Ahzab)
  • Memperbanyakkan makanan yang sedikit
  • Membelah bulan
  • Pokok dan batu memberi salam kepada Nabi S.A.W
  • Menyembuhkan orang yang didoa Rasul (Qatadah R.A)
    dalam perang Uhud
  • Pelepah Korma yang menyebabkan manusia menangis
  • Batu bertasbih
  • Biawak yang menyaksikan ketuhanan Allah S.W.T

7
Mukjizat Al-Quran
  • Kefasihan lafaz, uslub (gaya bahasa) dan
    susunannya
  • Mengandungi berita-berita tentang perkara ghaib
    yang telah dan akan berlaku
  • Mengesani jiwa manusia dan terasa yang
    berkata-kata kepada kita ialah Allah swt
  • Hukum-hakam di dalamnya telah menghasilkan umat
    yang terbaik diantara umat manusia
  • Mengandungi ilmu dan fakta yang bertetapan dengan
    peredaran zaman
  • Kandungan yang meliputi pelbagai bidang sedangkan
    yang membawanya adalah Nabi yang ummi
  • Sesuai untuk setiap zaman dan tempat hingga ke
    akhir waktu

8
Beriman dengan al-Quran kitab-kitab terdahulu
  • Beriman bahawa kitab-kitab yang diturunkan ke
    atas nabi-nabi menurut undang-undang untuk
    kebaikan umat , terkandung di dalamnya nasihat
    dan panduan untuk kepentingan umat.
  • Terbahagi kepada beberapa bahagian antara yang
    paling penting
  • 1) Tertulis pada papan
  • 2)didengari dari belakang tabir
  • 3) dari malaikat

9
Beriman dengan al-Quran kitab-kitab terdahulu
  • Beriman bahawa Quran adalah kata-kata ALLAH
    S.W.T bukan Makhluk dan bersifat azali dan ia
    tertulis di dalam mushaf dan disimpan dalam hati
    dan dibaca dengan lisan.
  • Ulama berpendapat bahawa terdapat 104 kitab yang
    diturunkan 50 kepada Nabi Syiith A.S, 30 kepada
    Nabi Idris A.S, 10 kepada Nabi Adam A.S, 10
    kepada Nabi Ibrahim A.S, Taurat ke atas Nabi Musa
    A.S, Injil atas Nabi Isa A.S, Zabur ke atas Nabi
    Daud A.S dan Quran atas Nabi Muhammad S.A.W.

10
  • KEFASIHAN DAN BALAGHAH AL-QURAN

11
Al-Quran Menjadi Saksi Terhadap Kerasulan Nabi saw
  • Firman Allah
  • Muhammad ialah Rasulullah dan mereka yang
    bersamanya bersikap keras dan tegas terhadap
    orang kafir yang memusuhi Islam dan sebaliknya
    bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama
    umat Islam (al-Fath 29)
  • Firman Allah dalam surah al-Munafikun (Ayat 1)

12
Balaghah Dan Kefasihan Al-Quran
  • Hikmah penurunan al-Quran Sesuai dengan keadaan
    masyrakat Arab yang ketika itu mahir dalam
    sastera, syair, sajak dan puisi.
  • Hanya orang yang pakar bahasa Arab akan
    memperakui kebenaran Al-Quran apabila
    mendengarnya
  • Tidak ada yang mampu meniru kalam Al-Quran
  • Kata-kata hebat ini mustahil keluar dari seorang
    yang ummi
  • Al-Quran mampu mematahkan hujah orang yan
    gpaling terpetah di kalangan masyarakat arab
    ketika itu.

13
Cara Orang Kafir Menghalang Dari Terkesan Dengan
Bacaan Al-Quran
  • Mengatakan Al-Quran sebagai sihir
  • Firman Allah
  • Kemudian ia berpaling dan berlaku sombong
    serta berkata, Al-Quran ini tidak lain hanyalah
    sihir yang dipelajari. Ini tidak lain hanyalah
    kata-kata manusia (al-Mudaththir 23-25)
  • Melarang sesiapa sahaja dari mendengarnya
  • Firman Allah
  • dan orang yang kafir berkata, Janganlah kamu
    mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia supaya
    kamu berjaya (Fussilat 26)

14
Pengakuan Orang Eropah Yang Jujur
  • Al-Quran dianggap sebuah kitab yang mulia dan
    tinggi kerana selama 14 kurun ia diturunkan, kita
    tidak berupaya mencari kecacatan uslubnya
    walaupun sedikit dan ia sentiasa segar
    seolah-olah ia baru diturunkan semalam -
    orientalis Lyon
  • Tidak ada sesuatu pun yang menyamai Al-Quran
    dari segi kekuatannya meyakinkan manusia,
    balaghahnya dan susunannya. Ia juga merupakan
    punca perkembangan ilmu dalam semua bidang di
    dunia Islam - Harsyfield

15
Al-Quran Mencabar Manusia
  • Firman Allah
  • Dan kalau kamu meragui tentang apa yang Kami
    turunkan kepada hamba Kami, maka cubalah buat
    satu surah yang sebanding dengan Al-Quran, dan
    panggillah mereka yang boleh membantu kamu selain
    dari Allah, jika betul kamu orang yang benar.
    Maka kalau kamu tidak mampu membuatnya, dan sudah
    tentu kamu tidak akan mampu membuatnya, maka
    peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan
    bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan
    untuk orang kafir (al-Baqarah 23-24)

16
Al-Quran Mencabar Manusia
  • Al-Quran mencabar manusia dan jin supaya
    mendatangkan sesuatu yang setanding dengan
    al-Quran dari segi keindahan dan ketakjubannya
  • Cabaran untuk mendatangkas sesuatu yang sebanding
    dengan al-Quran seluruhnya
  • Cabaran utk mendatangkan sesuatu yang sebanding
    dengan sepuluh surah dari nya
  • Cabaran utk mendatangkan sesuatu yang sebanding
    dengan satu surah darinya.

17
  • AL-QURAN MENDAHULUI ILMU MODEN

18
Al-Quran Adalah Kitab Petunjuk
  • Firman Allah
  • Pada bulan ramadan yang diturunkan padanya
    Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia
    (al-Baqarah 185)
  • Ia bukan kitab perubatan jampi/ musabaqah/tangkal
  • Berbeza dengan kitab-kitab lain kitab Veda,
    kitab Bible, kitab Talmud, kitab Tripitaka dan
    sebagainya dari segi isi dan gaya penyampaian.

19
Al-Quran Mendahului Ilmu Moden
  • Al-Quran diturunkan berdasarkan ilmu Allah
  • Al-Quran menjelaskan fakta-fakta sains yang tidak
    dapat difahami manusia dahulu
  • Mengatasi ketamadunan agama/ bangsa lain
  • Fakta-fakta tersebut hanya difahami dengan
    bantuan kemajuan teknologi dan ilmu sains
  • Ini menjadi mukjizat yang membuktikan kebenaran
    Al-Quran pada zaman moden
  • Ia tidak dapat dipalsukan dari apa jua segi

20
Bukti ketamadunan al-Quran
  • Perjalanan planet di atas orbit masing-masing
    Surah Yasin Ayat 40
  • Pertemuan air masin dan air tawar tanpa sempadan
  • Surah ar-Rahman Ayat 19-20.
  • Laut Mati sebagai paras terendah di bumi
  • Surah ar-Rum Ayat 2 http//en.wikipedia.org/wi
    ki/Dead_Sea

21
  • BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT

22
Definasi beriman dengan Hari Akhirat
  • Beriman bahawa segala perkara yang dikhabarkan
    mengenai hari kiamat adakah benar dan bukan
    dongengan semata contoh percaya bahawa
    kebangkitan akan terjadi walaupun setelah hancur
    binasa tubuh badan.

23
Pembahagian Kehidupan Manusia
  1. Alam Alastu Alam sebelum manusia dikeluarkan ke
    alam dunia dan menyaksikan ketuhanan Allah S.W.T
  2. Alam DuniaTempat hidup sementara bertujuan untuk
    beramal dan mencari bekalan untuk kehidupan
    bahagian kedua dengan tempoh masa yang telah
    ditetapkan
  3. Alam Barzakh Alam penantian sebelum dihitung
    amalan di alam akhirat-sebahagian amalan dibalas
  4. Alam AkhiratTempat pembalasan. Manusia akan
    menerima hasil dari apa yang diamalkan semasa di
    dunia ke syurga ataupun neraka

24
Mati
  • Definasi Terhentinya nafas, pergerakan dan deria
    seorang insan setelah rohnya dicabut oleh
    malaikat maut.
  • Tujuan diciptakan mati Untuk menguji hamba
    siapakah di kalangan mereka yang melakukan amalan
    yang terbaik (Surah al-Mulk 2)
  • Mati adalah perpindahan dari tempat amalan
    (dunia) ke tempat pembalasan (akhirat)
  • Firman Allah
  • Katakanlah! Nyawa kamu akan diambil oleh
    malakul maut yang ditugaskan berbuat demikian
    ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan
    dikembalikan kepada Tuhanmu. Dan sekiranya engkau
    melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan
    kepalanya di hadapan Tuhan mereka seraya merayu,
    Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar
    maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami
    dapat mengerjakan amal yang baik, sesungguhnya
    kami telah yakin (as-Sajdah 11-12)

25
Akhirat Tanda Keadilan Allah
  • Dalil naqli kebenaran akhirat Hadis Jibril
    datang berjumpa Nabi menanyakan tentang Iman
  • Dalil aqli kebenaran akhirat
  • Manusia cintakan keadilan tetapi Keadilan Tuhan
    adalah lebih sempurna
  • Maka Allah memberikan balasan ke atas setiap
    kesalahan dan ganjaran kepada setiap kebaikan
    dengan apa yang Dia kehendaki
  • Penepatan janji atas orang beriman dan kafir
    berdasarkan amalan sewaktu hidup di dunia

26
  • SUASANA HARI AKHIRAT

27
Nama-nama Hari Akhirat
  • Yaum al-Kiamat
  • Yaum al-Aakhir
  • Al-Saaah
  • Yaum al-Baath
  • Yaum al-Khuruuj
  • Al-Qaariah
  • Yaum al-Fasl
  • Yaum al-Din
  • Al-Saakhah
  • Al-Thoomatul Kubra
  • Al-Ghaashiah
  • Yaumul Khulud

28
Alam Barzakh
  • Ia adalah alam kubur- jangkamasa selepas
    kehidupan dan sementara menunggu hari kiamat
  • Tempat persemadian walau mcm manapun keadaan
    kematian seseorang itu.
  • Allah S.W.T mengembalikan ruh ke dalam jasad
    tetapi bukan dalam alam kehidupan hakiki
  • Balasan amalan bermula di alam Barzakh
  • Firman Allah
  • Mereka didedahkan kepada bahang api neraka
    pada waktu pagi dan petang dan pada hari Kiamat
    diperintahkan kepada malaikat, Masukkanlah Firaun
    dan pengikutnya ke dalam azab seksa neraka yang
    seberat-beratnya (al-Mumin 46)

29
Tiupan Sangkakala
  • Firman Allah
  • Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa
    yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang
    dikehendaki Allah, kemudian ditiup sangkakala itu
    sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri
    menunggu (keputusan masing-masing) (az-Zumar
    68)
  • Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan
    saja yang akan membinasakan mereka ketika mereka
    sedang bertengkar. lalu mereka tidak kuasa
    membuat suatu wasiatpun dan tidak pula dapat
    kembali kepada keluarganya (Yasin 50)

30
Tiupan Sangkakala
  • Peniup Sangkakala Israfil  
  • Hari Ditiup Sangkakala Jumaat. 
  • Dalil Sabda Nabi saw
  • Sebaik2 hari di mana terbitnya matahari ialah
    hari Jumaat, padanya diciptakan Adam, padanya
    juga Adam dimasukkan ke syurga, padanya juga Adam
    dikeluarkan daripada syurga, dan tidak akan
    berlaku kiamat melainkan pada hari Jumaat Hadis
    riwayat Muslim 
  • Secara zahirnya Israfil meniup sangkakala
    sebanyak 2 kali.
  • Yang pertama semuanya akan mati dan yang kedua
    semuanya akan dibangkitkan.

31
Al-Ba'ath (Kebangkitan Dari Kubur)
  • Definasi Menghidupkan yang mati dan mengeluarkan
    mereka dari kubur mereka utk dikumpulkan dan
    dihitung amalan
  • Peringkat kedua dari proses hari kiamat.
  • Firman Allah
  • Dan ditiuplah sangkalala , maka tiba-tiba
    mereka keluar dengan segera dari kuburnya
    (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata
    "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang
    membangkitkan kami dari tempat-tidur kami
    (kubur)?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang
    Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya)
    (Yasin 51)
  • Sabda nabi s.a.w
  • Aku penghulu anak2 adam pada hari kiamat aku
    adalah orang pertama yang akan dibangkitkan dari
    kubur

32
Keadaan Orang Yang Dibangkitkan
  • Sabda Nabi s.a.w
  • manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat
    berkaki ayam dan telanjang Berkata Aishah
    wahai Rasulullah! Lelaki dan perempuan? Rasul
    menjawab Wahai Aishah keadaan terlalu teruk
    sehingga seseorang tidak ada keinginan untuk
    melihat sesama sendiri

33
Mahsyar (Hari Manusia Dikumpulkan)
  • Definasi Tempat di mana manusia dikumpulkan utk
    dihitung amalan dan berbeza dgn tempat kita di
    bumi sekarang
  • Firman Allah
  • Iaitu pada hari ketika bumi diganti dengan bumi
    yang lain dan demikian pula langit, dan mereka
    semuanya di padang Mahsyar berkumpul menghadap ke
    hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa
    (Ibrahim 48)

34
  • Makhluk yang dikumpulkan Manusia, jin, malaikat
    dan haiwan.
  • Firman Allah
  • Katakanlah Sesungguhnya orang-orang yang
    terdahulu dan orang-orang yang terkemudian,
    banar-benar akan dikumpulkan di waktu tertentu
    pada hari yang dikenal (al-Waaqiah 50)

35
Pembentangan Buku Amalan
  • Definasi Lembaran amalan yang dilakukan manusia
    semasa hidup-satu lembaran catitan amalan utk
    sehari
  • Firman Allah
  • dan buku amalan dibentangkan. Maka engkau akan
    melihat yang berdosa merasa takut akan apa yang
    tersurat di dalamnya dan mereka berkata Ah!
    Celakalah kami. Mengapa buku ini begini rupanya!
    Ia tidak meninggalkan yang kecil mahupun yang
    besar melainkan semua dihitungnya! Dan mereka
    dapati semua yang mereka kerjakan itu tertulis
    didalamnya dan Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada
    sesiapa (al-Kahfi 49)

36
al-Mizan (Neraca Timbangan)
  • Definasi Neraca timbangan yang menimbang amalan
    yang baik dan buruk untuk menentukan tempat
    tinggal yang abadi (syurga atau neraka)
  • Firman Allah
  • Oleh itu sesiapa yang berat timbangan amal
    baiknya, mereka itulah yang berjaya dan sesiapa
    yang ringan timbangan amal baiknya, merekalah
    yang merugikan diri sendiri. Mereka kekal di
    dalam neraka Jahanam (al-Mukminun 102-103)

37
Al-Haudh (Kolam Air)
  • Definasi Jisim tertentu yang luas penjurunya
    yang terletak di sesuatu kawasan selepas melalui
    titian, putih seperti perak, sesiapa meminumnya
    tidak akan haus selamanya
  • Setiap nabi mempunyai haudh untuk umatnya sendiri
  • Haudh Rasulullah saw dinamakan sebagai al-Kaustar
  • Sifat air al-Kaustar
  • Lebih putih dari susu, lebih manis dari madu,
    lebih wangi dari kasturi, seluas perjalan sebulan
    dan penghujungnya serupa, timba minumannya lebih
    banyak dari bintang di langit

38
As-Sirat (Titian)
  • Dari segi bahasa Jalan yang luas
  • Dari segi Istilah Sebuah titian yang berada di
    atas neraka Jahanam yang mana apabila dilalui
    oleh segolongan orang kafir, mereka akan
    tergelincir lalu jatuh ke dalam jurang neraka dan
    dihujung titian ialah syurga
  • Lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari
    pedang
  • Jaraknya sama seperti perjalanan kaki 3 ribu
    tahun
  • Menjadi laluan bagi setiap orang selepas
    perhitungan
  • Ahli syurga akan lalu di atasnya menuju ke syurga
  • Ahli neraka pula akan jatuh ke dalam neraka

39
Syurga
  • Definasi Dari segi bahasa Taman
  • Dari segi Istilah Tempat pembalasan pahala yang
    dijanjikan sebagai Perhentian terakhir bagi
    orang-orang yang beriman
  • Perhentian yang penuh nikmat
  • Ia adalah ganjaran bagi yang beriman
  • Kekal di dalamnya
  • Rasulullah mensifatkan syurga
  • di dalamnya terdapat nikmat-nikmat yang tidak
    pernah dilihat mata, tidak pernah didengar
    telinga dan tidak terlintas di hati manusia

40
Tingkatan Syurga
  1. Syurga Firdaus
  2. Syurga And
  3. Syurga Khuld
  4. Syurga Naim
  5. Syurga Mawa
  6. Syurga Darussalam
  7. Syurga Darul Jalal

41
Neraka
  • Definasi Dari segi bahasa Jisim yang bersifat
    lembut dan bergerak
  • Dari segi Istilah Tempat Azab yang disediakan
    utk orang yang berdosa
  • Disediakan bagi orang-orang kafir dan munafiq
  • Balasan di atas kekufuran mereka
  • Keadaan orang beriman yang berdosa
  • Orang-orang beriman yang berdosa akan dimasukkan
    ke dalam neraka sementara tidak kekal
    mengikut kadar dosa yang mereka lakukan, kemudian
    dikeluarkan menuju ke syurga

42
Tingkatan Neraka
  • 1) Neraka Jahannam Tempat utk Orang Mumin yang
    berdosa
  • 2) Neraka Lazha
  • 3)Neraka Hutomah
  • 4) Neraka Sair
  • 5) Neraka Saqr
  • 6) Neraka Jahim
  • 7) Neraka Hawiyah Tempat utk orang Munafik
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com