MINGGU 13 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 38
About This Presentation
Title:

MINGGU 13

Description:

... diabetes bersinonim dengan penyakit kencing manis, telefon gengam bersinonim dengan handphone Sinonim juga wujud dalam bentuk antara kata (frasa atau ayat) ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:108
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 39
Provided by: FBMK8
Category:
Tags: minggu | kencing | manis

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MINGGU 13


1
MINGGU 13
Semantik
2
HASIL PEMELAJARAN
  • Pelajar dapat
  • gt merumuskan makna semantik
  • gt mengenal pasti jenis makna, iaitu makna
    rujukan dan bukan rujukan, denotatif dan
    konotatif, konseptual, asosiatif, stilistik,
    afektif, kolokatif, kata, istilah, idiom,
    peribahasa, dan relasi makna

3
SEMANTIK
  • Ujaran mempunyai pelbagai tafsiran, sama ada
    secara langsung atau secara tidak langsung
  • Secara mudah, semantik dianggap sebagai kajian
    tentang makna
  • Mengikut tafsiran luas, semantik ialah kajian
    sintaksis, proposisi dan pragmatik (kajian lakuan
    linguistik)
  • Mengikut tafsiran sempit, semantik ialah kajian
    tentang teori referensi (denotatif, ekstensi),
    dan teori makna (konotasi, intensi)

4
RUJUKAN
  • Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang
    dirujuk
  • Rujukan ditambah dengan kata atau istilah yang
    sesuai. Misalnya gabungan fonem / k /, / b /, /
    c /, / d /, / g /, / h /, / n /, / m /,
  • / r /, / t /, / s /, / w /, / y /, / i /, / a
    /, / e /, / o /, / u / akan menerbitkan bunyi
    yang bermakna.
  • kertas , bangku , wanita , rumah ,
    bangunan , cahaya , budak
  • kertas bahan tipis yang diperbuat daripada kayu
  • bangku papan panjang yang berkaki (tempat duduk)
  • wanita perempuan dewasa
  • cahaya benda terang yang memancar daripada
    matahari, bulan
  • rumah binaan untuk tempat tinggal
  • budak anak, kanak-kanak
  • bangunan sesuatu yang didirikan, seperti rumah,
    gedung, menara

5
LAMBANG
Merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan
yang diujarkan.
Kata rumah diberi lambang
Kata wanita diberi lambang
Kata harimau diberi lambang
6
LAMBANG
  • Berikut ialah hubungan antara rujukan, kata,
    makna dan lambang
  • rujukan kata
  • (benda / konsep) (ujaran)
  • Lambang makna
  • (tulisan) (tafsiran)

7
LAMBANG
  • Rajah itu merumuskan
  • rujukan benda / konsep sesuatu yang dirujuk
  • kata unsur bahasa yang merujuk bentuk
    ujaran
  • makna tafsiran bagi benda atau konsep (citra
    mental)
  • Hubungan antara benda dengan makna secara
    langsung
  • Hubungan antara benda dengan kata, kata dengan
    makna, makna dengan lambang, dan lambang dengan
    benda secara tidak langsung

8
JENIS MAKNA
  • Secara umum, jenis makna dapat dibahagikan kepada
    tiga, iaitu makna leksikal, makna ketatabahasaan,
    dan makna konteks
  • Makna leksikal ialah makna yang dimiliki atau
    yang ada pada perkataan dengan tidak mengambil
    kira konteks, iaitu makna sebenar Contoh
  • perdu kelompok pokok, rumpun
  • percik titik air yang berserak-serak di
    sana-sini
  • malakut alam atau tempat malaikat atau roh
  • jerat tali pencerut untuk menangkap satwa
  • lugas tentang yang perlu sahaja

9
JENIS MAKNA
  • Makna ketatabahasaan wujud melalui proses
    gramatis seperti pengimbuhan, penggandaan, dan
    pemajmukan. Contoh
  • maksud tujuan, hajat, kehendak, niat
  • bermaksud bertujuan, berhajat, berniat,
    berkehendak
  • mengandung erti
  • Makna konteks ialah makna kata yang wujud dalam
    suatu konteks, dengan mengambil kira tempat,
    waktu, dan lingkungan peristiwa. Contoh
  • Rambut di kepalanya sudah putih
  • Sultan ialah kepala negeri
  • Kepala surat itu sudah pudar
  • Kepala lututnya masih kuat
  • Kepala kainnya sudah tidak kemas

10
MAKNA RUJUKAN DAN MAKNA BUKAN RUJUKAN
  • Makna rujukan ialah makna yang ada rujukan atau
    acuannya. Misalnya kata rumah, hujan dan lukisan
    ialah kata yang bermakna rujukan kerana wujud
    acuannya di dunia nyata
  • Makna bukan rujukan ialah makna yang tidak
    mempunyai rujukan seperti dan, atau, di samping,
    kerana
  • Terdapat sejumlah kata yang dinamakan deiktik,
    iaitu acuannya tidak menetap pada satu maujud,
    tetapi bergantung pada konteks. Contohnya
  • Kata ganti nama dia, saya, kami, kita, beliau
  • Kata menyatakan ruang di sini, di sana
  • Kata menyatakan waktu kini, dini, esok, nanti
  • Kata tunjuk ini, itu

11
MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF
  • Makna denotatif ialah makna asli, asal, atau
    makna sebenarnya. Oleh itu, makna denotatif sama
    dengan makna leksikal. Contoh
  • babi satwa menyusui yang bermuncung panjang,
    berkulit tebal, dan berbulu kasar, serta
    diharamkan bagi orang Islam
  • gerombolan kumpulan, kelompok atau kawanan
  • perempuan orang yang dapat hamil, melahirkan
    anak dan menyusui
  • Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan
    pada makna denotatif, yang ada hubungannya dengan
    nilai rasa orang yang menggunakan kata itu.
    Contoh
  • babi jijik dan kotor, rasa marah dan
    menyampah
  • gerombolan kawanan perusuh atau penjahat
  • perempuan unsur negatif

12
MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF
  • Kata yang bermakna konotatif juga bergantung pada
    konteks. Kata babi, jijik bagi orang Islam,
    tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Begitu
    juga dengan kata perempuan, mengancam, kurus,
    rombongan, dan wanita. Contoh
  • gt Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar
    perempuan!
  • gt Dadah mengancam keselamatan negara. / Hai,
    mengancam nampak!
  • gt Orang gemuk itu sudah kurus / Badannya kurus
    kering
  • gt Rombongan pengantin telah tiba / Rombongan
    alternatif akan menyerahkan
  • gt Wanita korporat / Wanita penggoda

13
MAKNA KONSEPTUAL
  • Makna konseptual ialah makna yang dimiliki oleh
    leksikon yang terlepas daripada apa-apa konteks
    atau asosiasi. Contoh
  • inayat pertolongan, bantuan, pemberian Tuhan
  • kukuh kuat terpancang pada tempatnya
  • logika pengetahuan tentang kaedah berfikir
  • nafsu keinginan hati yang kuat
  • gelombang ombak panjang yang bergulung-gulung
  • andal dapat dipercayai
  • andika kehormatan tertinggi yang diberikan atau
    dimiliki oleh raja atau penguasa yang tidak
    beragama Islam
  • Oleh itu, makna konseptual samalah juga dengan
    makna leksikal, makna denotatif atau makna rujukan

14
MAKNA ASOSIATIF
  • Makna asosiatif ialah makna yang dimiliki oleh
    leksikon akibat wujudnya hubungan leksikon itu
    dengan sesuatu yang berada di luar bahasa.
    Contoh
  • melati tumbuhan perdu suku rubiaceace, sering
    ditanam di halaman rumah, warna bunganya putih
    berbentuk bintang, terletak pada tandan kecil,
    berbau sangat harum, sering digunakan dalam
    pelbagai upacara adat seperti perkahwinan, juga
    pada waktu kematian
  • - Sesuatu yang suci / kesucian
  • putih warna dasar yang serupa dengan warna
    kapas
  • - bersih, suci dan murni
  • merah warna dasar yang serupa dengan warna
    darah
  • - berani atau faham komunis

15
MAKNA ASOSIATIF
  • buaya binatang berdarah dingin yang merangkak
    (reptilia), bertubuh besar dan berkaki keras,
    bernafas dengan paru-paru, dan hidup dalam air
    (sungai atau muara sungai).
  • - Jahat atau kejahatan
  • Kerbau binatang memamah rumput, yang biasanya
    diternak untuk diambil dagingnya, atau
    digunakan untuk membajak, rupanya seperti
    lembu, tanduknya panjang, suka berkubang,
    umumnya berbulu kelabu kehitaman
  • - bebal, bodoh dan dungu
  • Makna asosiatif juga merangkumi makna konotatif,
    makna stilistik, makna afektif, dan makna
    kolokatif
  • Makna konotatif bermaksud kata tertentu
    berasosiasi dengan nilai rasa terhadap kata itu,
    seperti kata babi, anjing, ramping

16
MAKNA STILISTIK, AFEKTIF DAN KOLOKATIF
  • Makna stilistik bermaksud penggunaan kata
    berasaskan perbedaan sosial atau bidang kegiatan,
    seperti kata rumah, kediaman, tempat tinggal,
    pondok, istana, banglo, teratak, panti, gedung,
    pejabat, wisma, balai, dewan, bangunan, asrama,
    pangsapuri, iglu, dangau, cungkup, bumbung,
    khemah, reban, sarang, sangkar
  • Makna afektif bermaksud perasaan penutur terhadap
    pendengar atau objek yang dibicarakan. Contoh
  • gt Tutup mulut kamu!
  • gt Harap diam sebentar!
  • Makna kolokatif bermaksud ciri makna tertentu
    yang dimilki oleh kata daripada sejumlah kata
    yang bersinonim sehingga kata itu sesuai dengan
    pasangan tertentu sahaja. Contoh
  • gt Tampan untuk lelaki
  • gt Cantik untuk wanita

17
MAKNA KATA
  • Setiap kata mempunyai makna, iaitu makna
    leksikal, denotatif atau konseptual. Semua makna
    ini masih bersifat umum, kasar dan kurang tepat.
    Makna yang lebih tepat terjelma apabila kata itu
    berada dalam konteks situasinya. Misalnya kata
    membawa
  • membawa memegang atau mengangkat sesuatu sambil
    berjalan atau bergerak dari satu tempat ke tempat
    yang lain
  • Apabila digunakan kata membawa dalam konteksnya
    barulah jelas, apakah kata yang lebih tepat
  • membawa, mengangkut, memikul, mendukung,
    menjunjung, menjinjing, membimbit, menggendong,
    menggalas, menanggung, mengangkat, mengusung,
    menatang, memimpin, mengiringi, menemani,
    mengakibatkan, mendatangkan, menyebabkan,
    menghasilkan, melibatkan, memasukkan, menarik,
    menyeret

18
MAKNA ISTILAH
  • Makna istilah ialah makna yang pasti, jelas,
    tidak meragukan walau dalam konteks apa pun.
    Istilah bersifat bebas konteks, dan digunakan
    dalam disiplin ilmu khusus. Misalnya makna kata
    khayal dalam bidang perubatan berbeda dengan
    makna khayal (leka, sangat asyik) dalam
    penggunaan biasa. Contoh lain
  • gagap Kecacatan pertuturan, lazimnya disebabkan
    gangguan psikofisiologi. Bunyi konsonan diulang
    secara spasmodik, khusunya pada ujaran dini
  • ergatif Nama kasus tatabahasa untuk menandakan
    subjek KKJT
  • epigram Ungkapan atau kata ringkas, bernas dan
    tajam maksudnya, serta mengandung unsur
    bertentangan
  • Dalam perkembangan bahasa, terdapat istilah
    khusus yang digunakan sebagai kata umum, seperti
    kata teknologi, psikologi, virus, kalimat, gatra

19
MAKNA IDIOM
  • Makna idiom ialah satuan ujaran yang maknanya
    tidak dapat diramal daripada makna unsurnya, sama
    ada secara ketatabahasaan atau leksikal
  • Secara ketatabahasaan, menjual kereta bermaksud
    penjual menerima wang, dan pembeli menerima
    kereta. Namun, bentuk menjual suara tidaklah
    bermakna penjual menerima wang, dan pembeli
    menerima suara, tetapi bermaksud orang yang
    menggunakan suaranya secara total untuk
    mendapatkan wang pembiayaan hidupnya sehari-hari
  • Contoh lain membanting tulang, meja hijau
    (keadilan), sudah senja, masih dini

20
MAKNA IDIOM
  • Bentuk idiom dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
    idiom penuh dan idiom sebahagian. Idiom penuh
    ialah idiom yang semua unsurnya terserap menjadi
    satu kesatuan makna
  • Idiom sebahagian ialah idiom yang salah satu
    unsurnya masih memiliki makna leksikalnya.
    Contoh
  • Kertas putih Kertas yang memuatkan keterangan
    rasmi secara jelas dan benar tentang sesuatu
    perkara / peristiwa
  • Daftar hitam Daftar yang di dalamnya tersenarai
    nama orang yang disyaki melakukan kejahatan
  • Filem biru Filem yang mengandung adegan lucah
    yang keterlaluan
  • Rumah panas Rumah yang kerap berlaku bencana

21
MAKNA PERIBAHASA
  • Kelompok kata atau kalimat yang tetap susunannya
    dan biasanya mengiaskan maksud tertentu (termasuk
    juga bidal, ungkapan, perumpamaan)
  • Ungkapan atau kalimat ringkas, padat, yang berisi
    perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup
    atau aturan tingkah laku

22
MAKNA PERIBAHASA
  • Peribahasa memiliki makna yang masih dapat
    dilacak daripada makna unsurnya kerana kewujudan
    asosiasi antara yang tersurat dengan yang
    tersirat. Contoh
  • Seperti ilmu padi, kian berisi, kian merunduk
  • Seperti kacang lupa akan kulit
  • Seperti mentimun dengan durian
  • Seperti merak mengigal di hutan
  • Seperti penyapu diikat dengan benang sutera
  • Seperti tikus membaiki labu
  • Seperti golok kayu, ditetak tak lut, dijual tak
    laku
  • Idiom dan peribahasa terdapat pada semua bahasa,
    terutama pada bahasa yang mempunyai tahap
    ketamadunan yang tinggi. Kedua-dua makna ini
    dapat ditelesuri dengan tuntas melalui kamus

23
RELASI MAKNA
  • Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang
    terdapat antara satuan bahasa yang satu dengan
    satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin
    berupa kata, frasa, dan ayat
  • Relasi makna dapat menyatakan
  • gt kesamaan makna
  • gt pertentangan makna
  • gt jangkauan makna
  • gt kegandaan makna
  • gt kelebihan makna
  • Relasi makna dapat dilihat dari aspek sinonim,
    antonim, polisem, homonim, hiponim, ambiguiti dan
    pertindanan makna

24
SINONIM
  • Dua kata atau lebih yang mempunyai makna kognitif
    atau makna konsep yang sama, yang juga merupakan
    implikasi dua hala. Contoh
  • betul benar mati korban
  • fall autumn freedom liberty
  • wide broad
  • Mati korban

25
SINONIM
  • Semua kata yang bersinonim tidak persis sama. Ini
    disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya
  • waktu laksamana (dini) komandan (kini)
  • tempat saya (di mana-mana) - beta (istana)
  • formal wang (rasmi) - duit (tidak rasmi)
  • isteri (rasmi) - bini (tidak rasmi)
  • sosial saya (sesiapa sahaja) - aku (sebaya)
  • laras matahari (umum) - surya (sastera)
  • Setiap kata mempunyai nuansa makna yang berbeda.
    Contoh
  • lihat, melihat, menonton, nampak, melirik,
    pandang, tengok, jenguk, tenung, renung, tilik,
    jegil, imbas, belek, perhati, tumpu, tatap,
    awasi, tinjau, intai, amati, teliti, kenyit,
    intip, jeling, kerling, teropong, menziarahi,
    melawat, menjenguk, mengunjungi, mengendap

26
SINONIM
  • Jarang ditemukan dua kata yang bersinonim mutlak.
    Kata yang bersinonim mungkin berasal daripada
    bahasa daerah, bahasa kebangsaan dan bahasa
    asing. Contohnya kukul (bahasa Jawa) bersinonim
    dengan jerawat (bahasa Melayu baku), diabetes
    bersinonim dengan penyakit kencing manis, telefon
    gengam bersinonim dengan handphone
  • Sinonim juga wujud dalam bentuk antara kata
    (frasa atau ayat) yang berbeda ragam bahasanya,
    dan antara kata yang berbeda nilai rasanya

27
ANTONIM
  • Kata yang menyatakan pertentangan makna atau
    kontras makna antara satu kata dengan satu kata
    yang lain. Hubungan antara kata itu juga bersifat
    dua hala. Contoh
  • amanah - curang
  • asli - tiruan
  • bantah - setuju
  • pasang - surut
  • teruna - dara
  • lelaki - perempuan
  • jantan - betina
  • tekun malas

28
ANTONIM
  • Antonim dapat dibahagikan kepada beberapa jenis
    berasaskan sifat tertentu
  • gt Bersifat mutlak batas antara satu dengan lain
    dapat ditentukan dengan jelas. hidup mati,
    diam bergerak
  • gt Bersifat relatif batas antara satu dengan
    lain tidak dapat ditentukan dengan jelas. besar
    kecil, jauh dekat, tebal nipis, panjang
    pendek
  • gt Bersifat relasional kewujudan yang satu perlu
    disertai oleh yang lain. suami isteri, membeli
    menjual, guru murid
  • gt Bersifat hierarki kedua-dua satuan ujaran
    yang bertentangan itu berada dalam satu garis
    hierarki. gram kilogram
  • Dalam sesetengah bahasa, terdapat ujaran yang
    memiliki pasangan antonim lebih daripada satu.
    Keadaan ini dinamakan antonim majmuk. Contoh
  • Jauh dekat, hampir, rapat, sebelah, akrab,
    karib, samping, sanding, intim, damping

29
ANTONIM
  • Antonim digunakan juga untuk oposisi makna dalam
    pasangan leksikal bertaraf, seperti panas dengan
    dingin. Dikatakan bertaraf kerana antara panas
    dengan dingin masih ada kata lain seperti hangat
    dan suam-suam kuku. Ayat saya tidak ingin mandi
    dengan air dingin tidak bermakna saya ingin mandi
    dengan air panas, mungkin saya ingin mandi dengan
    air hangat
  • Oposisi makna dalam pasangan leksikal yang tidak
    bertaraf, yang maknanya bertentangan dinamakan
    oposisi komplemen, seperti jantan dengan betina
    dan suami dengan isteri. Dalam ayat Gen seekor
    kucing jantan bermakna Gen bukan kucing betina,
    dan juga ayat Minah isteri Mamat bermakna Mamat
    suami Minah

30
POLISEM
  • Kata atau satuan ujaran yang mempunyai makna
    lebih daripada satu. Contoh
  • kepala bahagian tubuh (manusia / binatang)
    dari leher ke atas atau ke hadapan (tempat
    terdapatnya mata, mulut, telinga)
  • kepala bahagian sesuatu yang di sebelah atas
    (hadapan atau hulu)
  • kepala ketua (pejabat, perkumpulan,
    tertubuhan), pemimpin negara, penghulu
  • kepala otak, fikiran, akal
  • kepala orang (digunakan dalam perhitungan /
    perkiraan)
  • Makna pertama ialah makna sebenar. Makna lain
    ialah makna yang dikembangkan berasaskan salah
    satu komponen makna yang dimiliki oleh kata atau
    satuan ujaran itu

31
POLISEM
  • Kata seniman bermaksud orang yang menciptakan
    karya seni. Namun demikian, kata seniman ini
    dapat disempitkan lagi maknanya bergantung pada
    konteks. Contoh
  • (1) A Samad Said seorang seniman besar,
    pengunjung pameran terpana dengan karya seninya
  • (2) Karya seniman itu dapat dilihat pada setiap
    pameran lukisan
  • (3) Seniman ulung ikut ambil bahagian dalam
    persembahan orkestra di Istana Budaya
  • kata seniman dalam ujaran (1) bermaksud
    sasterawan, seniman dalam ujaran (2) bermaksud
    pelukis, dan seniman dalam ujaran (3) bermaksud
    pemuzik. Kata seniman dalam (1), (2), dan (3)
    berbeda dalam hal makna rujukan. Oleh sebab acuan
    atau objek berada di luar bahasa, dan terikat
    dengan konteks, maka makna ini dinamakan juga
    makna konseptual

32
HIPONIM
  • Hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap
    sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain,
    iaitu makna spesifik dalam makna generik
  • Umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata
    bunga kerana mawar termasuk dalam kata bunga.
    Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan hanya
    mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, tahi
    ayam, cempaka, melur, raya, kasturi, ros,
    anggerik, tulip, melati
  • Contoh lain
  • Ikan ialah hiponim bagi tenggiri, tongkol,
    bawal, kembung, kelah, bilis, belanak, buntal,
    parang, tambang, merah, emas, kelisa, kelisi,
    gelama, paus, duri

33
HOMONIM
  • Homonim bermaksud ungkapan yang bentuknya sama
    dengan ungkapan lain, tetapi maknanya tidak sama
  • Kata yang ditulis sama tetapi maknanya berbeda
    dinamakan homograf, dan kata yang dilafazkan sama
    tetapi maknanya berbeda dinamakan homofon
  • Dalam kamus, kata berhomonim wujud sebagai lema
    (entri) yang terpisah. Contohnya kata lawa, wujud
    sebagai tiga lema, iaitu
  • (1) lawa cantik (orang, perhiasan, dll),
    bergaya, indah, menarik hati, segak
  • (2) lawa galang atau palang (pada perahu dll)
  • (3) lawa sombong

34
HOMONIM
  • Contoh lain
  • pacar inai raga bakul yang diperbuat
    daripada bilah
  • pacar kekasih raga badan
  • bisa racun raga berlagak, sombong
  • bisa sanggup, dapat masa waktu
  • bandar pelabuhan massa jumlah besar yang
    menjadi satu kesatuan
  • bandar kota perdagangan
  • bandar parit
  • bandar pemegang wang dalam perjudian
  • bang azan
  • bang singkatan kata abang
  • nya Yang di sana itu kekasihnya (KGND)
  • ingin berkahwin, tetapi kekasihnya belum
    ada (orang tertentu)

35
AMBIGUITI
  • Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang
    bermakna ganda atau mendua makna. Kegandaan makna
    ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih
    besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan
    terjadi akibat pentafsiran struktur
    ketatabahasaan yang berbeda.
  • Contoh
  • Buku sejarah baru
  • (Buku sejarah itu baru / Buku itu berisi sejarah
    zaman baru)
  • Orang malas lalu di sana
  • (Jarang ada orang yang mahu lalu di sana / Orang
    malas sahaja lalu di sana)
  • Menteri baru kahwin
  • (Menteri yang baru dilantik itu kahwin / Menteri
    yang sudah lama jadi menteri, tetapi kahwinnya
    baru)

36
PERTINDANAN MAKNA
  • Pertindanan makna bermaksud berlebih-lebihan
    penggunaan unsur segmental dalam suatu bentuk
    ujaran
  • Contoh
  • gt Burung ditembak oleh Halim
  • gt Burung ditembak Halim
  • Kata oleh dalam ayat di atas dianggap yang
    berlebih-lebihan dan mubazir, kerana kata oleh
    itu sebenarnya tidak perlu
  • Contoh lain
  • gt Perawan ini memakai baju berwarna merah
  • gt Perawan ini berbaju merah
  • gt Dia membelah kayu dengan menggunakan kapak
  • gt Dia membelah kayu dengan kapak

37
KESIMPULAN
  • Semantik ialah kajian tentang teori referensi dan
    teori makna
  • Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang
    dirujuk dan lambang merujuk bentuk tulisan yang
    mewakili perkataan yang diujarkan
  • Jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu
    makna leksikal, makna ketatabahasaan dan makna
    konteks
  • Bidang makna yang lain termasuklah makna rujukan
    dan makna bukan rujukan, makna denotatif dan
    makna konotatif, makna kontekstual, makna
    asosiatif, makna stilistik, afektif dan
    kolokatif, makna istilah, makna idiom, dan makna
    peribahasa
  • Relasi makna dapat dirincikan dari aspek sinonim,
    antonim, polisem, hiponim, homonim, ambiguiti dan
    pertindanan makna

38
KATA BIJAK PANDAI
  • PERCAYA DAN YAKIN PADA DIRI SENDIRI, HANYA ITU
    RESEPI PALING MANJUR UNTUK MENAKLUK KEHIDUPAN
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com