Title: PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
1PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK DI MALAYSIA
2KANDUNGAN
- 3.1 Pengenalan
- 3.2 Definisi Perlembagaan
- 3.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan
Malaysia - 3.4 Unsur-unsur tradisi Perlembagaan dan
Kontrak Sosial - 3.5 Perkara 3
- 3.6 Perkara 152
- 3.7 Perkara 153
3PENDAHULUAN
- Perkara-perkara yang menyentuh isu bahasa, agama,
kedudukan istimewa bumiputera dan kewarganegaraan
dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor
penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat
dan utuh di kalangan rakyat Malaysia. - Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang
Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi
dengan peruntukan lain yang juga memberi
kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.
4- Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan
merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah
negara dan setiap individu perlu mematuhi
keluhurannya. - Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam
pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah
bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang
terdiri daripada pelbagai kaum.
5DEFINISI PERLEMBAGAAN
- Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan
prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal
dengan memandu hubungan di antara satu autoriti
dengan autoriti yang lain, dan juga antara
autoriti dengan rakyat awam. - Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan
kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara
dibahagikan dan digunakan. -
6- Perlembagaan adalah sumber undang-undang
tertinggi sesebuah negara. - Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan
undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau
rakyat - Umumnya ia terbahagi kepoda dua jenis
- Pertama perlembagaan bertulis
- Kedua perlembagaan tidak bertulis
7- Perlembagaan bertulis perlembagaan yang dikumpul
dan disusun dalam satu dokumen. - Perlembagaan tidak bertulis semua prinsip
perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu
dokumen seperti undang-undang yang diluluskan
oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. - Malaysia amalkan perlembagaan bertulis, di mana
badan perundangan, kehakiman dan eksekutif
mendapat kuasa daripada perlembagaan.
8- Perlembagaan Malaysia mengandungi
- 15 Bahagian
- 183 Perkara
- 13 Jadual
- Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif,
kehakiman, kedudukan agama Islam,
kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan
istimewa orang Melayu bumiputera Sabah/Sarawak
dll
9KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
10KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
- Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh
mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. - Malah ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan,
kehakiman, eksekutif) Yang di Pertuan Agong
juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. - Contoh kuasa perundangan dan kehakiman
(mahkamah) dijalankan tertakluk kepada
sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
11- Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai
sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH
oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan. - Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan
nyata dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Malaysia
adalah undang-undang utama persekutuan dan
apa-apa undang-undang yang diluluskan yang
berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal
setakat mana yang berlawanan.
12SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
13SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
- Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa
bangkit menentang. - Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak
penjajahan Portugis di Melaka, Belanda, Inggeris
Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui
semangat kebangsaan. - Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan
seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan
Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang
menjadi medium menentang penjajah.
14- Media massa seperti akhbar majalah juga
berperanan sebagai medium penyebaran semangat
perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis,
Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak. - Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti
Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll
menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut
kemerdekaan.
15MALAYAN UNION
16MALAYAN UNION
- Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang
semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah
meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945. - Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil
British untuk mendapatkan tandatangan raja-raja
Melayu.
17SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION
- Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan
kecekapan pengurusan pentadbiran. -
- British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana
orang Melayu berkerjasama dengan Jepun sebelum
ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan
kuasa orang Melayu terutamanya Raja-raja Melayu. - Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
tempatan memerintah negara sendiri.
18CIRI-CIRI MALAYAN UNION
- Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan
di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor
ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Undangan. - Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
- Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan.
- Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa
mengira bangsa dan keturunan.
19SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
- Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan
pentadbiran negeri. - Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia
kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. - Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus
Soli.
20- Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa
mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak
memiliki apa-apa keistimewaan. - Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan
tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan
cara paksaan dan ugutan.
21PENENTANGAN MALAYAN UNION
- Malayan Union mendapat tentangan hebat dari orang
Melayu. - Tapi Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11
April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai gabenor
pertama. - Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu
dan akhirnya British mengalah dan menggantikan
Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu. - British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan
Union akan gagal.
22PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
23PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
- British tubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai
1946 yang terdiri daripada 4 wakil raja-raja
Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British. - Ia bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan
baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.
24- Kemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa
Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri
daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya
untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. - Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diisytiharkan
pada 1 Februari 1948
25CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
- 9 negeri Melayu terlibat dalam persekutuan
termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal
menjadi tanah jajahan yang berasingan. - Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai
oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh
Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Persekutuan. - Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh
17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak
rasmi dan 3 ahli ex-officio.
26- Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh
Pesuruhjaya Tinggi.. - Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa
memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat
Negeri dan Majlis Undangan Negeri
27- Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang
pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah
bermastautin selama 812 tahun. Seorang pemohon
asing mestilah bermastautin selama 15 tahun. Umur
minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18
tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu
yang baik. - Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum
bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar
dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
28MAJLIS MESYUARAT KERJA PERSEKUTUAN
- Sebagai proses ke arah berkerajaan sendiri.
- 1951- Sistem Ahli diperkenalkan.
- British melantik beberapa warganegara Persekutuan
Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan yang diberi taraf seperti
menteri. - Tujuannya untuk memberi peluang dan latihan
kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan
pengalaman memerintah secara demokrasi.
29KEMERDEKAAN
30PILIHANRAYA
- Pilihanraya 1
- 1 Disember 1951, untuk pilih wakil-wakil dalam
Majlis Perbandaran Pulau Pinang. - UMNO MCA bergabung membentuk PERIKATAN.
- Menang kesemua sembilan kerusi yang
dipertandingkan. - Pilihanraya 2
- Februari 1952, pemilihan untuk Majlis Perbandaran
Kuala Lumpur - 12 kerusi dipertandingkan
- Perikatan menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP
dan calon bebas.
31- 1953 Perikatan cadangkan kepada British supaya
diadakan pilihanraya untuk seluruh Tanah Melayu. - 1955 PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA (52 kerusi)
- 8 parti bertanding
- Perikatan menang 51
- PAS menang 1 (di Kerian, Perak)
32- Sebelum pilihanraya, MCA MIC bukanlah parti
politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan
kepentingan kaum masing-masing. - Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat
keterbukaan mereka sedia berkorban, rela kongsi
kuasa toleransi demi perpaduan. - Melalui pilihanraya umum pertama (1955),
pengorbanan kompromi UMNO cukup besar.
Perikatan yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya
boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung
dengan MCA MIC namun hal ini tidak dilakukan.
33- Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan
hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini
bersatu padu bekerjasama. - Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada
Inggeris bahawa orang Melayu bukan Melayu boleh
bekerjasama.
34- Januari 1956 rombongan 8 orang wakil berangkat
ke London (4 wakil Raja Melayu 4 wakil
Perikatan). - Diketuai Tunku Abdul Rahman.
- Wakil Raja-raja Melayu
- En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)
- Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)
- Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB
Kelantan)
35- Wakil Perikatan
- Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) selaku KETUA - Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)
- Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)
- Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)
- SETIAUSAHA T.H.Tan
36- Rombongan ini bertujuan untuk berunding dengan
pegawai British sebagai usaha menuntut
kemerdekaan. - Rundingan berlangsung 3 minggu mulai 18 Januari
8 Februari 1956.
37- Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari
1956 dan hasilnya persetujuan - British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31
Ogos 1957. - Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel
menjalankan pemerintahan secara demokrasi. - British mendapat hak menempatkan tenteranya di
Tanah Melayu. - Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal
Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.
38Menurut Perjanjian London, perlembagaan mestilah
mengambilkira
- Pembentukan sebuah persekutuan dgn kerajaan pusat
yang kuat. - Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan
dan hak raja2. - Mewujudkan jwtn ketua negara yg bergelar YDA.
- Pemeliharaan hak2 istimewa org Melayu dan hak2 yg
sah kaum2 lain. - Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yg
seragam utk seluruh Persekutuan TM.
39- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan
1956. - Keahliannya
- Lord Reid (British)
- Sir Ivor Jennings (British)
- Sir William Mckell (Australia)
- B.Malik (India)
- Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
40- Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan
pandangan parti-parti politik, orang ramai,
individu-individu dan Raja-raja Melayu. - Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah
mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat.
Inilah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL.
41KONTRAK SOSIAL
42KONTRAK SOSIAL
- Iaitu kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas
beberapa perkara yang sangat penting kepada
kestabilan negara. - Melalui Kontrak Sosial ini, orang bukan Melayu
telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip Jus Soli
43- Orang Melayu pula diperuntukkan dalam
perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu
dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu. - Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31
Ogos 1957, diperbaharui apabila Singapura, Sabah
Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16
September 1963.
44UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN KONTRAK SOSIAL
- Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk
mewujudkan identiti Malaysia memupuk
persefahaman ke arah perpaduan. - Ia juga kontrak sosial yang telah disepakati
semasa menggubal undnag-undang. - Unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama,
kedudukan istimewa orang Melayu bumiputera
Sabah Sarawak dan pemerintahan beraja.
45- Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara
dan dilindungi di bawah Akta Hasutan. - Dianggap sebagai isu sensitif yang dilarang
dijadikan isu perbincangan awam.
46PERKARA-PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK
DALAM PERLEMBAGAAN
- Perkara 3(1) Islam Agama Persekutuan dan
kebebasan beragama (Perkara 11). - Perkara 8 persamaan hak sama rata dan
pengecualian peruntukan ini dalam soal agama,
kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya. - Perkara 10(4) batasan hak kebebasan bersuara
daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam,
orang Melayu, kewarganegaraan seumpamanya. - Perkara 121 ( 1A ) Mahkamah Sivil tidak boleh
mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah. - Perkara 38 kuasa Majlis Raja-raja menghalang
parlimen membuat undang-undang yang menyentuh
kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam
bahasa Melayu.
47- Perkara 150 (6a) kedudukan agama Islam, adat
istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak,
kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. - Perkara 152 kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa
lain menggunakan bahasa mereka. - Perkara 153 kedudukan istimewa orang-orang
Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum
lain. - Perkara 89 Tanah Rezab Melayu
- Perkara 14-30 Kewarganegaraan
48PERKARA 3
49PERKARA 3
- Agama Islam adalah agama persekutuan.
- Agama-agama lain boleh diamalkan dgn aman dan
damai di mana-mana bahagian di Persekutuan - Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan
iaitu Perkara 11 ( Kebebasan beragama )
50IMPLIKASI PERUNTUKAN
- Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri)
mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk
- menubuhkan,
- menyelenggara,
- membantu penubuhan institusi Islam melaksanakan
ajaran Islam serta - mengeluarkan perbelanjaanyg diperlukan utk tujuan
itu.
51- Perkara 11(1) menyatakan, agama lain boleh
diamalkan dengan aman damai di mana-mana
bahagian persekutuan. - Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan
terhadap semua agama iaitu setiap orang berhak
untuk menganut mengamalkannya tertakluk kepada
Perkara 11(4). - Perkara 11(4) menyatakan undang-undang negeri dan
wilayah boleh menyekat atau mengawal pengembangan
agama-agama lain kepada penganut Islam.
52- Dalam Perkara 11(3) menyatakan tiap-tiap kumpulan
agama berhak - Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
- Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud
agama atau khairat - Memperolehi dan memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang
53- Perkara 12 (3) Larangan memaksa penganut
menerima ajaran dan upacara sembahyang bukan
agamanya. - Perkara 12 (4) Penetapan agama bagi yang
berumur bawah 18 tahun.
54RASIONAL PERKARA 3
- Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi
kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan. - Islam telah diterima sebagai agama persekutuan
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah
ke zaman penjajahan Inggeris. - Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di
negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris.
55- Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam
langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan
urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu. - Sesuai dengan takrif Melayu iaitu Perkara 160
mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang
beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa
Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
56PERKARA 152
57PERKARA 152
- Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang
mengikut implikasi yang diperlukan mestilah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi). - Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau
mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. - Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan
pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
58RASIONAL PERKARA 152
- Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan
rakyat pelbagai kaum. - Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di
Nusantara sejak berabad lamanya. - Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat
lebih tekal dari segi istilah dan sebutan. - Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas
sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
59PERKARA 153
60PERKARA 153
- Menyentuh tentang kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera Sabah Sarawak yang meliputi
jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain
yang diberikan. - Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi
kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab
Yang DiPertuan Agong untuk melindungi hak-hak
mereka yang sah melalui peruntukan lain.
61RASIONAL PERKARA 153
- Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan
Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan
orang Melayu. - Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan,
terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan
kerajaan. - Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada
kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia.
62- Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di
luar bandar. - Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan
dan perlu dibantu dan dibimbing. - Peratusan pelajar Melayu dalam bidang sains juga
rendah.
63 64PERKARA 89TANAH REZAB MELAYU
- 89(1) secara dasarnya menyatakan bahawa mana-mana
tanah yang telah diisytiharkan sebagai tanah
rezab Melayu dibawah Enakmen Rezab Melayu
Negeri-Negeri Melayu kekal statusnya kecuali
telah ditukar taraf oleh 2/3 ahli Dewan Undangan
Negeri berkenaan yang hadir dan mengundi dan
disokong oleh 2/3 bilangan ahli keseluruhan
kedua-dua Dewan Parlimen.
65- Perkara 89(2) membenarkan taraf sesuatu kawasan
atau tanah dijadikan tanah rezab Melayu - Perkara 89(3) memberi kuasa khusus kepada
Kerajaan Negeri berkenaan. Tetapi jika kawasan
yang akan diisytihar itu terdapat tanah yang
dimiliki oleh pemilik bukan Melayu, haknya ke
atas tanahnya tidak berubah sepertimana Perkara
89(4).
66- Perkara 89(5) meliputi pengurusan tanah rezab.
- Perkara 89(6) memberi takrifan kepada phrase
rezab Melayu - tanah yang direzab untuk diberi milik kepada
orang-orang Melayu atau kepada bumiputera2 bagi
Negeri di mana tanah terletak dan orang Melayu
termasuk seseorang yang disifatkan sebagai
seorang Melayu bagi maksud-maksud merezab tanah
di bawah undang-undang bagi Negeri di mana ia
bermastautin. - Perkara 89(8) melanjutkan peruntukan ini kepada
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
67 - Latar belakang
- Undang-undang Tanah Rizab Melayu (ERM) mula
diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen
Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. - ERM 1913 telah dimansuhkan mulai daripada 15
Disember 1933 dan digantikan dengan ERM 1933. - Pada tahun 1935, ERM 1933 telah disemak dan
diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan
digunakan hingga ke hari ini. - Negeri- negeri lain selain daripada NMB
kemudiannya juga telah mewujudkan ERM mereka
masing-masing iaitu - Pihak British tidak mewujudkan apa-apa ERM di
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
68 Rasional Perkara 89
- Menyekat atau melarang tanah kerajaan di dalam
kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan
apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu. - Menyekat Tanah Pegangan Melayu atau Tanah Rizab
Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga
persendirian (private dealings) diantara orang
Melayu dengan orang Bukan Melayu.
69 Matlamat
- Adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu
akan kekal dikuasai oleh orang Melayu.
70Tanah Yang Boleh Diisytiharkan Sebagai Rizab
Melayu
- Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan sebagai
Tanah Persekutuan) - Tanah Hutan Simpan
- Tanah Rizab Awam
- Tanah Milik Persendirian
71Samb
- Tanah Rizab Orang Asli tidak boleh diisytiharkan
sebagai Rizab Melayu. Seksyen 6(2) dan 7(2) Akta
Orang Asli 1954 - Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan
sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai
Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan
diwartakan sebagai batal oleh Menteri Besar di
bawah Seksyen 4(1)b, ERM (NMB Bab 142)
72 73(No Transcript)
74TEMPAT LAHIR
- Seseorang yang lahir selepas merdeka
- Seseorang yang lahir selepas Sept 1965
- Disyaratkan kedua-dua ibu bapa warganegara.
75KETURUNAN
- Seseorang yang berketurunan warganegara (bapa)
tetap akan menjadi warganegara wp dilahirkan di
luar negara.
76PERKAHWINAN
- Wanita asing yang berkahwin dengan warganegara,
boleh memohon jadi warganegara.
77BERMASTAUTIN
- Terbahagi kepada 2
- Kaedah Pendaftaran
- Masukan
78PERLEMBAGAAN ISLAM HUBUNGAN ETNIK
79PIAGAM MADINAH
- Perlembagaan bertulis pertama di dunia.
- Mengandungi 47 fasal yang merangkumi dua
bahagian - Bahagian pertama 23 fasal yang menyentuh
hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama
Islam (Muhajirin Ansar). - Bahagian kedua 24 fasal membabitkan kaum Yahudi
dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam
Madinah.
80PRINSIP UMUM SAHIFAH MADINAH
- Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang
negara. - Masyarakat berbilang agama dan keturunan di
Madinah dianggap sebuah masyarakat yang mempunyai
kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap
negara Islam Madinah. - Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat
dan ketua negara.
81- Semua anggota sahifah mempunyai hak dan kebebasan
beragama. - Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan
hubungan yang erat tanpa mengira agama dan
keturunan. - Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan
membanteras kezaliman. - Memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan
Islam yang menganggotai dan mematuhi peraturan
sahifah.
82(No Transcript)