BUDAYA KERJA CEMERLANG - PowerPoint PPT Presentation

1 / 27
About This Presentation
Title:

BUDAYA KERJA CEMERLANG

Description:

BUDAYA KERJA CEMERLANG KECEMERLANGAN Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh individu tertentu tetapi juga oleh sesuatu organisasi yang ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:613
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 28
Provided by: NoorA7
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BUDAYA KERJA CEMERLANG


1
BUDAYA KERJA CEMERLANG
2
KECEMERLANGAN
  • Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang
    diimpikan bukan sahaja oleh individu tertentu
    tetapi juga oleh sesuatu organisasi yang
    berwawasan.
  • Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi,
    kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan, dan
    pelbagai lagi sikap dan sahsiah yang positif.
  • Amalan budaya kerja cemerlang mampu menghasilkan
    perkhidmatan yang berkualiti.

3
KECEMERLANGAN
  • Biasa dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan
    produktiviti.
  • Merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan
    sahaja oleh individu tetapi juga oleh organisasi.
  • Kecemerlangan membawa implikasi maju kehadapan,
    bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan,
    dan menjadi role model kepada masyarakat.
  • Budaya kerja cemerlang yang hendak dibentuk
    hendaklah menggambarkan komitmen pengurusan
    meningkatkan kualiti dan produktiviti.

4
KECEMERLANGAN
  • YAB Dato Seri Dr. Mahathir b. Mohamad ada
    menegaskan bahawa
  • Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang
    tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja.
    Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti
    yang lebih baik yang mesti dikejar.
  • Kenyataan Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1995)
  • Perlumbaan kepada peningkatan kualiti
    sebenarnya adalah dua perlumbaan.Satu untuk
    kehadapan dan satu lagi sentiasa dihadapan.

5
NILAI ETIKA DALAM TUGAS
KETRAMPILAN DIRI
BUDAYA KERJA TINGGI (HEALTHY ORGANISATION)
MEMAHAMI RAKAN TINGKAHLAKU
KECEMERLANGAN INDIVIDU ORGANISASI
BELAJAR DARI MAKLUMBALAS
KOMUNIKASI YANG BERKESAN
MENANGANI KONFLIK
KEPIMPINAN YANG BERKESAN
PASUKAN (TORI) T - TRUST O - OPENESS R -
REALIZATION I - INDEPENDENCE
HUBUNGAN INTERPERSONAL YANG BAIK
6
ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
  • NILAI
  • MAKSUD Tanggapan dan penerimaan individu dari
    sudut pemikiran masing-masing.
  • Melaksanakan sesuatu keputusan perlu berdasarkan
    pemuafakatan secara
  • Pr- Problem (Kenalpasti masalah)
  • O- Objective (Menetapkan objektif)
  • A- Alternatives (Menyenaraikan pilihan)
  • C- Consequences (Mengenalpasti kesan dan
    natijah satu-satu pilihan)
  • T- Trade-Off (Mengenalpasti kos melepas
    berdasarkan satu-satu pilihan)

7
ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
  • NORMA
  • MAKSUD Nilai-nilai atau peraturan-peraturan
    hidup dan amalan yang diterima dalam sesebuah
    masyarakat.
  • SIKAP
  • MAKSUD Kesediaan seseorang dari segi mental dan
    fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu.
  • Merupakan peranan penting sebagai pendorong dalam
    tindakan manusia samada untuk menerima atau
    menolak sesuatu.

8
ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
  • ETIKA
  • MAKSUD Prinsip-prinsip yang terbentuk daripada
    gabungan unsur nilai, norma dan sikap yang
    dikongsi bersama dalam kumpulan.
  • Juga disebut sebagai falsafah moral, disiplin
    yang memberi penekanan kepada apakah yang baik
    atau buruk, benar atau salah dari segi moral.
    Istilah yang juga digunakan kepada sebarang
    sistem atau teori prinsip atau nilai moral
  • Ensiklopedia Britannica,(2001)

9
UNSUR KECEMERLANGAN
  • Menghayati matlamat (ada misi dan visi)
  • Terfokus dan spesifik
  • Dapat diukur pencapaiannya
  • Boleh dicapai
  • Realistik
  • Sabar (masa)
  • Perancangan yang rapi
  • Penilaian terhadap kekuatan, kelemahan, peluang
    dan halangan dari pelbagai aspek (material,
    jasmani, sosial, emosi, rohani dan intelek)

10
UNSUR KECEMERLANGAN
  • Ketrampilan (intangible)
  • Berfikir
  • Komunikasi
  • Pengurusan masa
  • Pemantauan
  • Pentadbiran(governan)
  • Polisi
  • Matlamat
  • Tatacara dan prosedur
  • Kaedah

11
UNSUR KECEMERLANGAN
  • Adab dan akhlak (etika) yang terpuji yang
    membangun jati diri, sahsiah dan peribadi.
  • Adab Perlakuan yang betul yang dilakukan sesuai
    dengan masa, ketika dan suasana
  • Akhlak terpuji Mengamalkan segala sifat
    mahmudah dan menjauhi segala sifat mazmumah

12
BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • PRA-SYARAT
  • Mewujudkan mind-set yang berorientasikan
    kecemerlangan.
  • Supaya kakitangan lebih komited kepada pencapaian
    matlamat dan mempunyai kesedaran yang tinggi
    terhadap dasar kualiti organisasi.
  • Agar kakitangan bersedia untuk berubah dan
    menyesuaikan keadaan dalam menghadapi perubahan
    di sekitarnya melalui anjakan paradigma demi
    mencapai kecemerlangan.

13
BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • PRA-SYARAT
  • Penerimaan hakikat bahawa usaha mewujudkan
    kecemerlangan dalam organisasi bukan pelaksanaan
    yang mudah dan boleh diperolehi dengan sekelip
    mata.
  • Usaha untuk mencapai kecemerlangan adalah suatu
    usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang
    ditetapkan.
  • Pihak pengurusan perlu peka tentang ruang-ruang
    yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa bagi
    menampung kelemahan-kelemahan yang masih ada.

14
  • Jangan masukkan sampah sarap dalam otak kita.
    Kalau kita sangka kita malas maka Malaslah kita.
    Kalau kita sangka kita lembab, maka lembab lah
    kita.Kalau kita fikir kita mangkuk maka
    mangkuklah kita tetapi Kalau kita fikir
    kecemerlangan itu mudah, maka mudahlah untuk kita
    jadi cemerlang
  • Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang
    yang gagal memberikan alasan.

15
PENGURUSAN PERUBAHAN
  • BUDAYA KUALITI

Peningkatan Produktiviti
Penerapan dan pengamalan proses penambahbaikan
secara berterusan
Kuantiti, Kualiti, Masa, Kos
Pengetahuan, Sikap, Kemahiran,Kesihatan,Rohani
Kerajianan,Displin,Kegigihan,Daya Cipta, Semangat
Bekerjasama/Berpasukan,Mementingkan Kualiti
GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
16
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Benar
  • Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab
  • Bercakap benar dan menepati janji
  • Cermat dan berhemah dalam membuat keputusan
  • Bertindak berasaskan profesionalisme
  • Memberikan arahan yang jelas dan tepat
  • Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas
  • Sanggup menerima teguran dan nasihat

17
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Amanah
  • Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas
    dan tanggungjawab
  • Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap
    yang terbaik
  • Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja
  • Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan
    kemahiran sepanjang masa
  • Bertanggungjawab ke atas hasil kerja, tindakan
    dan keputusan yang dibuat

18
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Bijaksana
  • Berilmu dan berkemahiran
  • Minda yang sentiasa aktif dan badan yang sihat
  • Terbuka dan responsif kepada perubahan, idea,
    pengetahuan
  • Pertimbangan teliti sebelum bertindak atau
    keputusan
  • Bertindak atau membuat keputusan dengan segera
    dan cekap
  • Tertib dalam bertindak dan membuat keputusan
  • Menegakkan kebenaran dan menegur kesilapan
  • Melaksanakan keputusan muktamad
  • Kreatif, inovatif dan proaktif, bersabar
    menangani tekanan

19
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Telus
  • Mengamalkan kaedah syura dalam apa tindakan dan
    keputusan yang hendak dibuat
  • Bersikap terbukan dalam memberi buah fikiran dan
    pendapat serta yakin dalam menegakkan kebenaran
  • Memaklumkan tindakan dan keputusan kepada
    pihak-pihak yang berhak mengetahuinya, samada
    pihak-pihak dalam organisasi atau di luar
    organisasi
  • Menepati piawai kualiti perkhidmatan.

20
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Besyukur
  • Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama
  • Menghargai kejayaan orang lain dan memberi
    pengiktirafan kepada yang layak
  • Sabar dan tenang menghadapi masalah
  • Bersederhana dalam meraikan kejayaan
  • Berterima kasih atas bantuan
  • Bersyukur, bersungguh-sungguh, bersedia menabut
    bakti ke tahap optimum

21
NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Adil
  • Membuat penilaian secara objektif dan profesional
  • Menerima pandangan dan bersedia membuat
    pertimbangan semula apabila mendapat maklumat dan
    fakta yang lebih lengkap dan tepat
  • Kritikal dalam membuat pertimbangan menggunakan
    kaedah yang betul
  • Menghargai hak dan keperluan setiap invidividu
    dan kumpulan serta bertindak dengan penuh
    bertimbang rasa
  • Memberi peluang yang saksama kepada pembangunan
    diri dan kemajuan kerjaya
  • Seimbang pembawaan dan adil kepada diri sendiri
    serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan
    rakan sekerja

22
NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Bertanggungjawab
  • Tanggungjawab bererti sesuatu kerja, tugas atau
    janji yang mesti ditunaikan dan seseorang yang
    diberi tanggungjawab handaklah melaksanakan tugas
    yang telah diamanahkan dengan bersungguh-sungguh.
  • Berdedikasi
  • Berdedikasi bermaksud kesungguhan seseorang bagi
    melaksanakan tugas dengan sempurna dan sanggup
    melaksanakan kerja lebih daripada yang diharapkan.

23
NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Berdisiplin
  • Merupakan satu sifat yang mengawal diri seseorang
    untuk sentiasa berperilaku berlandaskan
    undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai
    mulia.
  • Berkerjasama
  • Saling tolong-menolong untuk kebaikan dalam
    menjadikan kerja yang berat menjadi lebih ringan
    dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
    Merupakan elemen yang penting kepada peningkatan
    kualiti dan produktiviti.

24
NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Bersih
  • Adalah nilai yang melambangkan sifat suci
    daripada kekotoran rohani dan jasmani di dalam
    menjalani kehidupan. Seseorang yang bersih akan
    terjelma pada perawakan dan pembawaannya yang
    bersih dan kemas dari segala sudut
    (pemakaian,tempat kerja dan tempat tinggal)
  • Berbudi Mulia
  • Merupakan satu nilai yang ada pada seseorang yang
    mudah memberi kesenangan atau menolong orang lain
    tanpa disuruh dan tanpa mengharap apa-apa balasan.

25
NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Ikhlas
  • Bermaksud hati yang bersih dan suci dalam
    melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh
    keredhaan dan berusaha membuat yang terbaik
    secara berterusan.
  • Tekun
  • Bermaksud bersungguh-sungguh, komited, sabar dan
    teliti dalam melaksanakan sesuatu tugas.
    Ketekunan akan menghasilkan output yang
    berkualiti dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

26
NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
  • Sederhana
  • Merupakan sifat yang menolak keterlaluan atau
    berlebihan melalui kebijaksanaan dalam membuat
    pertimbangan.
  • Sabar
  • Adalah sifat kekuatan dan ketahanan diri dalam
    menerima kesusahan atau halangan dengan
    menganggap tekanan dan kesukaran tugas adalah
    dugaan dari Tuhan.

27
  • Manusia tidak merancang untuk gagal, tapi mereka
    gagal untuk merancang
  • Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda
    dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu
    melantun kembali
  • Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang
    ingin sentiasa melakukan yang terbaik
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com