Unit 10 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 38
About This Presentation
Title:

Unit 10

Description:

Title: Unit 6 Author: User Last modified by: Zaitul Created Date: 8/19/2005 12:02:37 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) Company – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:98
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 39
Provided by: edum68
Category:
Tags: dada | unit

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Unit 10


1
Unit 10 11 Makna Leksikal dan Makna Tatabahasa
BBM 3206 Semantik
Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon
HamzahJabatan Bahasa MelayuFakulti Bahasa Moden
dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
2
Pengenalan
  • Semantik leksikal menekankan kajian makna pada
    tingkat kata.
  • Leksem unit asas/minimum yang bermakna bagi
    kosa kata sesuatu bahasa
  • Contoh kata dasar lari, berlari, melarikan,
    pelarian ialah bentuk terbitan daripada leksem
    lari.
  • Leksikologi cabang linguistik yang mengkaji dan
    menganalisis butir kosa kata sesuatu bahasa
    berserta dengan makna dan evolusinya.

3
Sambung
  • Leksikon 1. Sekumpulan kosa kata bagi sesuatu
    bahasa atau dialek, contoh senarai
    perkataan umum dalam kamus dan senarai
    perkataan khusus dalam glosari.
  • - 2. Komponen bahasa yang
    mengandungi
    segala maklumat yang berkaitan dengan
    perkataan, iaitu makna dan penggunaannya.
  • Leksis Tahap analisis linguistik yang tidak
    bersifat fonologi atau tatabahasa, yang biasanya
    terdiri daripada butir kosa kata atau makna
    leksikal atau semantiknya dalam konteks tertentu.
  • Leksikal- makna sesuatu perkataan itu sendiri
    (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat)
  • 1. bersangkutan dengan
    bentuk dasar (atau leksem)
  • 2. bersangkutan dengan kata
  • 3. bersangkutan dengan
    leksikon, tetapi bukan dengan
    gramatika (tatabahasa)

4
Makna dalam leksem
  • Makna dalam leksem bentuk yang sudah dapat
    diperhitungkan sebagai kata.
  • Contoh kunci dikunci, mengunci
  • pagar dipagari, memagari
  • Kata kunci dan pagar telah memilki makna
    leksikal

5
Makna Istilah
  • Denotasi - Aspek makna suatu kata atau kumpulan
    kata yang berdasarkan rujukan jelas kepada dunia
    luar yang dapat dilihat, dan berdasarkan
    kelaziman.
  • Disebut juga makna kamus /makna kognitif

6
Makna leksikal
  • Makna yang bersangkutan dengan kata.
  • Makna yang terdapat dalam kamus atau makna
    perkataan yang terlepas daripada hubungannya
    dengan perkataan lain dalam ayat.
  • Contohnya lari, selari, berlari, berlarian,
    melarikan, larian, pelari dan pelarian telah
    memiliki makna leksikal. Makna leksikal dapat
    dirujuk dalam kamus.
  • Urutan huruf se, ber, ber..an, an dll tidak
    memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna
    gramatis.

7
Konotasi
  • Aspek makna suatu kata atau kumpulan kata yang
    berdasarkan perasaan dan tanggapan yang timbul
    dalam pemikiran penutur atau penulis, dan
    pendengar atau pembaca.
  • Contohnya, kancil membawa konotasi
  • cerdik.

8
Eufemia dan disfemia
  • Eufemia- Penggantian ungkapan yang kurang baik
    dari segi konotasi dengan ungkapan yang lebih
    halus. Contohnya pembantu rumah untuk orang gaji.
  • Disfemia- pemilihan bentuk-bentuk bahasa atau
    ragam bahasa daripada yang lembut dan halus
    kepada bentuk-bentuk yang kasar dan kesat.

Bentuk Halus Bentuk kasar Bentuk kesat
meninggal mati mampus
manusia orang binatang
Bilik air tandas jamban
9
Kelompok kata
  • Dalam kelompok kata, makna yang ingin disampaikan
    merupakan jalinan daripada makna satu perkataan
    dengan perkataan yang lain dalam kelompok kata
    tersebut.
  • Contoh a. lima ekor.
  • b. lima ekor lembu.
  • a. Bahawa ekor ada lima tetapi tidak menyatakan
  • ekor apa.
  • b. Lembu ada lima ekor atau ekor lembu ada lima.
  • c. Contoh lain kaki
  • Dia membeli lapan kaki cendawan.

10
Contoh lain
  • c. air mata mata air
  • d. gigi air tanah air
  • e. air mata kucing air mata buaya
  • Susunan perkataan sangat penting dalam bahasa
    Melayu kerana dalam susunan yang sama pun
    maknanya boleh berbeza apatah lagi jika susunan
    perkataan tersebut berlainan. Contoh tidur ayam,
    ayam tidur
  • katil besi, besi
    katil

11
Kata paduan/rangkai kata
  • Dalam kelompok kata, maknanya saling
    bersambungan antara satu perkataan dengan
    perkataan lain melalui hubungan luaran.
  • Dalam kata paduan, perkataan itu memiliki satu
    makna yang padu atau disebut juga hubungan
    dalaman.
  • Contoh kereta api rumah api bunga api

12
Contoh lain
  • Satu hal yang perlu dinyatakan mengenai makna
    dalam ayat ini ialah wujudnya ayat yang kabur
    maknanya. Lihat contoh-contoh ayat yang berikut
  • 1. Dia buang air.
  • 2. Hatinya hancur.
  • 3. Dia ke tandas.
  • Ketiga-tiga ayat ini boleh membawa lebih daripada
    satu makna.
  • Ayat 1 (a) Dia mencurahkan air untuk dibuang,
    atau (b) Dia membuang air kecil . Ayat 2 (a) Dia
    kecewa atau terlalu sedih atau (b) Hatinya (satu
    daripada organ dalam tubuh) rosak (disebabkan
    penyakit atau kemalangan).
  • Ayat 3 (a) Dia (hanya) ke tandas atau (b)
    Dia ke tandas dan buang air.

13
Kiasan
  • Bahasa kiasan ialah bentuk bahasa yang
    memperkatakan sesuatu dengan mengiaskannya kepada
    perkara yang lain, sama ada dengan menyebutkan
    bandingannya ataupun tidak.

14
Peribahasa -Simpulan Bahasa
  • Simpulan bahasa ialah ungkapan atau rangkaian
    perkataan yang tersusun dalam susunan yang khas,
    membawa pengertian yang berlainan daripada erti
    perkataan-perkataan asalnya.
  • Simpulan bahasa
  • daripada cerita-cerita yang masyhur atau
    kejadian-kejadian yang luar biasa yang dijadikan
    perbandingan, seperti Pak Pandir, Lebai Malang,
    Abu Nawas, Pak Kaduk, dan sebagainya.

15
Perumpamaan
  • Mempunyai makna dua lapis Bentuk peribahasa ini
    kadang-kadang menyebutkan bandingannya dan
    kadang-kadang tidak. Menggunakan perkataan
    bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seperti, dan
    umpama.sebagai mengiaskan sesuatu dengan perkara
    lain secara perbandingan
  • Contoh 1) Yang menyebutkan bandingan
  • (a) Seperti katak di bawah tempurung.
  • (b) Seperti rusa masuk kampung.
  • (c) Seperti kera mendapat bunga.
  • (d) Seperti pungguk merindukan bulan.
  • (e) Bagai anak ayam kehilangan ibu.

16
  • 2) Yang tidak menyebutkan bandingan
  • (a) Jong pecah yu kenyang.
  • (b) Kuman di seberang laut nampak,
  • Gajah di tepi bibir tidak kelihatan.
  • (c) Rumah sudah, pahat berbunyi.
  • (d) Memasang jerat di pergentingan.

17
Bidalan
  • Bidalan, iaitu susunan kata-kata yang telah umum
    dipakai orang, di dalamnya terkandung
    perbandingan, teladan dan pengajaran (makna
    selapis). Contoh
  • (a) Berani kerana benar, takut kerana salah.
  • (b) Alah membeli menang memakai.
  • (c) Yang bongkok juga dimakan sarung
  • (d) Hati hendak semua jadi.
  • (e) Tepuk dada tanya selera.
  • (f) Terdorong gajah kerana besarnya
  • (g) Telaga kering hilanglah timba
  • (h) Sebelum tercapai pantang surut

18
Pepatah
  • peribahasa yang berangkap, iaitu mempunyai
    rangkaian perkataan yang berkerat-kerat atau
    berpatah-patah.
  • . Contoh
  • (a) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
    tepian
  • bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
    kemudian.
  • (b) Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di
    tengah-
  • tengah
  • (c) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
  • (d) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
    tidak
  • berguna.
  • (e) Lain yang bengkak lain bernanah lain
    yang untut lain
  • yang mengesot

19
Kata Perbilangan
  • terdiri daripada ungkapan berkerat-kerat,
    diucapkan seperti orang membilang sesuatu. Isi
    kandungannya bersangkut-paut dengan adat (adat
    perpatih).
  • Contoh
  • 1) Hukum berdiri dengan saksi
  • Adat berdiri dengan tanda.
  • 2) Biar mati anak, jangan mati adat.
  • 3) Siapa menjala siapa terjun
  • Siapa berhutang siapa membayar
  • Siapa salah siapa bertimbang
  • Siapa membunuh siapa kena bunuh.
  • 4) Hidup dikandung adat
  • Mati dikandung tanah

20
Lidah pendeta
  • Lidah pendeta ialah kata-kata pujangga atau ulama
    atau ahli-ahli bijak pandai. Lidah pendeta kurang
    terkenal, kalau dibandingkan dengan peribahasa
    dan simpulan bahasa. Kata-kata ini dijadikan
    pedoman hidup dan menjadi percakapan umum di
    kalangan ramai.
  • Contoh-contoh lidah pendeta
  • 1) Kita mesti menanti waktu.
  • Waktu tidak menanti kita.
  • 2) Bersetia jaya, bercerai merbahaya.
  • 3) Lidah manusia lebih tajam daripada pisau
    dan
  • parang.

21
Kiasan bukan peribahasa.
  • Menurut Zaba, bahasa kiasan boleh dibahagikan
    kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan
    permanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat,
    kias ibarat, tamsil ibarat dan cerita ibarat atau
    cerita kiasan.

22
Kiasan Asal-simile
  • Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan
    sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain
    sebagai perbandingan. Jenis kiasan ini
    menggunakan kata-kata perbandingan seperti,
    ibarat, umpama, laksana, bagai, macam dan bak.
    Contoh
  • Merah macam biji saga
  • Berlari pantas seperti dikejar anjing
  • Hancur hati bagai kaca terhempas ke batu.

23
Kiasan Berpindah-metafora
  • Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh
    jenis, iaitu
  • Kiasan sandar ialah kiasan yang dikaitkan dengan
    benda lain kerana keupayaan sifat atau perbuatan
    benda tersebut mempunyai persamaan dengan perkara
    yang hendak dikiaskan. Contoh mandi kerbau,
    tidur ayam, hangat-hangat tahi ayam, jinak
    merpati,pening lalat dan sebagainya.

24
  • b. Kiasan terus ialah kiasan yang menyatakan
    sesuatu perkara secara terus dengan benda lain.
    Contoh harimau berantai, kutu embun, ayam
    tambatan, pisau cukur.
  • Kiasan berangkap ialah kiasan yang menunjukkan
    perbandingan secara berirama atau mempunyai
    pertentangan bunyi antara perkara yang
    diperkatakan dengan benda yang dikiaskan.
  • Contoh
  • sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan
    binasa,
  • tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak
    kata,
  • banyak udang banyak garam, banyak orang banyak
    ragam.

25
  • Kiasan berbunga ialah kiasan yang menggunakan
    perkataan-perkataan yang berbunga-bunga dan
    indah. Contoh
  • Angin lembut, merah menyala-nyala, ruan menyambar
    meriak air tenang.
  • e) Kiasan pemanis atau gayang ialah kiasan untuk
    melindungi seseorang daripada memperkatakan
    sesuatu yang kurang elok atau manis jika disebut
    secara terus terang. Contoh nafkah batin, orang
    rumah, meninggal dunia, membuang air besar dan
    sebagainya.

26
  1. Kiasan melompat ialah kiasan yang melangkah satu
    tingkat atau lebih daripada perkara yang
    sebenarnya. Contoh minum kopi, menanak nasi,
    mencucuk atap, menjahit baju.
  2. Kiasan melarat ialah kiasan daripada perkataan
    yang sudah menyimpang jauh daripada maksud asal
    perkataan tersebut. Contoh kaki botol, memotong
    cakap orang, mengambil berat, badan berisi dan
    sebagainya.

27
3 Kiasan Permanusiaan-personafikasi.
  • Kiasan ini menggunakan objek tertentu yang tidak
    bernyawa dan diberikan sifat atau perlakuan
    manusia. Kiasan ini juga dikenali sebagai
    personafikasi. Contoh kiasan ini ialah sungai
    membisikkan sesuatu, tiupan angin menyampaikan
    salamku, lamunanku melambai sekejap dan berlalu
    tiba-tiba dan sebagainya.

28
4 Kiasan berkacau
  • Kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana
    mengandungi fakta-fakta yang bertentangan antara
    satu sama lain. Contoh nafsunya merentak-rentak
    seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lautan
    cinta berahi.

29
Kata gabungan
  • Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang
    mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan
    tersebut menyimpang daripada deretan perkataan
    yang umum dalam bahasa Melayu.
  • Contoh maha luas, tinggi, siswa
  • anak watan, negeri, kampung
  • bumi putera

30
Makna ayat
  • Makna sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila
    dalam bentuk ayat. Andaian ini tidak selamanya
    tepat kerana kehadiran ayat yang dibina daripada
    kata dan kelompok kata, tidak semuanya hanya
    memiliki satu makna. Ada perkataan yang memiliki
    dua makna dan ada juga yang memiliki tiga makna.
    Ada pula perkataan yang tidak memiliki makna
    tetapi hanya mengandungi makna.
  • Makna ayat terbahagi 3, iaitu
  • makna tersurat,
  • makna terselindung, dan
  • makna tersirat.

31
Makna tersurat
  • Makna yang diperoleh semata-mata daripada makna
    yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja.
    Tetapi makna ayat juga kurang tepat jika
  • 1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
  • 2. Mereka-mereka yang berminat sila jumpa saya.
  • 3. Emak membeli enam ekor ayam.
  • 4. Mereka berehat di bawah sepohon pokok
  • mangga.
  • 5. Burung itu hinggap di atas pokok.
  • 6. Burung itu terbang di atas pokok.
  • Penggunaan kata jamak, kata bilangan,
  • penjodoh bilangan menentukan makna ayat.

32
Contoh lain
  • Perkara itu ada dalam pengetahuan saya.
  • Pengetahuan itu di luar pengetahuan saya.
  • Di atas sebab-sebab yang tertentu, saya mohon
    tarik diri dari menyertai kumpulan itu.
  • Penggunaan kata arah dan kata sendi nama juga
    menentukan makna ayat.

33
Makna terselindung
  • Makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana
    perkataannya tidak dihadirkan. Walaupun sesuatu
    perkataan itu tidak hadir tetapi maknanya dapat
    dikesan pembaca atau pendengar.
  • Contoh
  • 1. Adik ke kedai Pak Ali.
  • 2. Adlina di rumah Mak cik Ina.
  • Kata kerja yang terselindung (pergi, bermain,
    berada dsb).

34
Contoh lain
  • 1.Cikgu Ahmad guru Matematik di sekolah itu
  • (kata pemeri).
  • 2. Aku aku. Anak kampung seberang yang
  • berjiwa merdeka (kata pemeri perlu).
  • 3. Pergi dari sini sekarang juga.
  • 4. Nyamuk lah. Pergi pasang ubat nyamuk.
  • 5. Makan.
  • Yang terselindung ialah kata pemeri, kata ganti
    nama diri, kata permintaan.

35
Makna tersirat
  • Makna yang diperoleh berbeza daripada makna yang
    tertulis atau makna yang diujarkan.
  • Bahasa seperti ini wujud dalam masyarakat Melayu
    atas keinginan mereka menyatakan sesuatu dengan
    maksud yang lain.

36
  • Contoh makna peribahasa, dan kiasan

Peribahasa Makna
Umpama cincin di tangan, ada berbatu ada tidak Nasib yang tidak serupa
Laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna Sesuatu yang tidak berharga akan berguna juga apabila diperlukan
Menguak-nguak bagai hidung gajah Nafas orang yang termengah-mengah atau semput, kembang kuncup hidungnya
Ibarat burung di sangkar emas, badan terkurung mata terlepas Dipelihara dengan baik tetapi tidak mempunyai kebebasan
37
Latihan
  • Terangkan makna istilah yang berikut dan berikan
    contoh setiap satu
  • Eufemia, disfemia
  • Denotasi, konotasi
  • Bahasa terselindung
  • Bahasa tersirat
  • Bahasa tersurat
  • Kata paduan
  • Setiap jenis kiasan

38
  • Sekian

Terima Kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com