Title: INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA DAN INDIA
1INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA
DAN INDIA
2PENDAHULUAN
- Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini
dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi
antara satu sama lain. - Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan
peperangan atau keamanan. - Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar
serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan
kebudayaan antara satu sama lain.
3PERKENALAN ASAS KEPADA INTERAKSI
- Perkenalan sesuatu tamadun perlu mengenali
antara satu sama lain merupakan asas kepada
persefahaman dan akhirnya membawa kepada
kerjasama. - Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu
dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan,
bahasa dan kebudayaan tamadun. - Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun Cina
merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi
antara satu sama lain
4TAMADUN CINA
- Negeri China mempunyai penduduk paling ramai di
dunia. - Islam paling ramai, minoriti terbesar dgn jumlah
lebih kurang 77 juta orang. - Masyarakat Islam yang berketurunan China yang
dikenali sebagai Hui, selain daripada masyarakat
Islam keturunan Turki di wilayah Xing
JiangUighur. - Masyarakat Islam merupakan penduduk majoriti di
dua buah wilayah iaitu Xing Jiang Uighur, Ning
Xia dan dua buah wilayah lain yang juga mempunyai
penduduk Islam melebihi 40 iaitu wilayah Kang
Su.
5Kedatangan Islam Ke China
- Menerusi jalan laut dan jalan darat.
- Islam terlebih dahulu tiba di dua buah wilayah
di Selatan China, iaitu Fujian (Hokkein) dan juga
Guang Dong (Canton). - Ramai orang Cina yang berasal dari dua buah
wilayah ini, khususnya yang terdapat di Asia
Tenggara, tidak mengetahui bahawa di wilayah
Fukien (Hokkein) dan Guang Tong (Canton) sehingga
kini terdapat ramai penganut Islam daripada
keturunan mereka. - Bilangan penduduk Islam tidak berapa menonjol
kerana beberapa sebab, antaranya - Berlaku proses asimilasi antara masyarakat muslim
dan bukan muslim. - Ramai penganut Islam kurang menghayati ajaran
agama dan peraturan makanan.
6BAGAIMANA ISLAM SAMPAI KE NEGERI CHINA
- Islam telah sampai di negeri China pada tahun 652
. - Orang pertama yang tiba di negeri China ialah
utusan daripada Khalifah Uthman ibn Affan r.a. - Menurut sejarah, dua orang sahabat Nabi s.a.w
iaitu Saad Lebid r.a dan Yusuf r.a telah
berdakwah di wilayah ini. - Saad r.a berdakwah di wilayah Chang Chow
sementara Yusuf r.a berdakwah di Guang Dong . - Pada masa, ramai penganut Islam di Guang Dong dan
Fukien menggunakan nama Saa ( mengambil sempena
nama Saad). - Ramai penganut Islam yang menggunakan nama
keluarga Saa secara beransur-ansur meninggalkan
agama Islam pada zaman dinasti Ming.
7Islam di China
- Sebelum Islam, sebenarnya terdapat ramai
orang-orang Arab, Parsi dan Yahudi yang telah
berdagang serta tinggal di wilayah Selatan China.
- Apabila Saad dan Yusuf tiba, mereka telah
berdakwah kepada masyarakat dari Timur Tengah ini
dan mereka secara beramai-ramai menganut Islam. - Orang-orang Timur Tengah ini pula melakukan
dakwah Islam kepada masyarakat setempat menerusi
perkahwinan, selain daripada daya tarikan
keindahan Islam itu sendiri.
8Islam di China
- Islam tersebar di China melalui
- Perdagangan
- Perkahwinan
- Politik
- Sikap dan sifat penganut Islam
- Gabungan budaya Cina dan budaya Islam melahirkan
suatu masyarakat Cina Islam yang unik, iaitu
sedar tentang hukum-hukum Allah dan perasaan
manusia.
9Islam di China - Pendidikan
- Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya
Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam
terkenal yang mengamalkan budaya China dan
kesetiaan terhadap negeri China tanpa berbelah
bahagi. - Prof. Muhammad Pai Shao Yi
- Islam di negeri China memperolehi kekuatan di
peringkat akar umbi. - Masyarakat Islam berjaya menubuhkan institusi
pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya
pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah. - Sekolah-sekolah juga dibangunkan.
10Islam di China - Penulisan
- Terdapat juga penerbitan media massa di kalangan
masyarakat Islam di negeri China. - Lebih daripada 70 Review Islam diterbitkan
- Paling awal ialah Review Bulanan Islam di Yunan
dalam tahun 1915. - Review yang paling lama bertahan ialah The
Crescent-Bulan Sabit dan The Light Of The
Crescent-Cahaya Bulan Sabit (Yueh Hwa) di Bei
Jing dan juga Islamic Review di Shang Hai. - Antara penulis yang terkenal ialah Elias Wang
Ching Chai dan Muhammad Yang Chong Ming. - Mereka ini juga merupakan penterjemah al-Quran ke
dalam bahasa Mandarin dan kamus Arab-China.
11Islam di China - Literatur
- Masyarakat Islam Cina juga secara aktif
melibatkan diri dalam penulisan literatur. - Seorang penulis bernama Lee Yen Shen dikenali
sebagai gergasi literatur dalam zaman Dinasti
Tang. - Lee Hsiun dan Lee Shun Hsuan pula merupakan
penyair-penyair besar. - Mi Fei merupakan seorang penyair dan penulis
kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan
Cina . Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada
hujung tulisan masih digunakan sebagai model oleh
orang-orang Cina, Korea dan juga Jepun.
12Islam di China Falsafah
- Dinasti Manchu terdapat beberapa orang ahli
falsafah Islam Cina yang terkenal. - Ma Ming Loong.
- Sheikh Wang Tai Yu.
- Pu Sung Ling menulis cerita Liao Chai yang
bermaksud rumah yang tidak dikehendaki atau
rumah perbualan. - Cerita Liao Chai dianggap setaraf dengan
cerita Arab Seribu Satu Malam. - Pu Sung Ling dianggap sebagai salah seorang
penulis besar China. - Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien Yang dinasti
Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan
Yang.
13Islam di China Negarawan Ketenteraan
- Ramai negarawan Cina dan tentera Cina adalah
beragama Islam. Antaranya - Takutur Khan, iaitu cucu kepada Jenghis Khan.
- Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah
Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan. - Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula merupakan
seorang jeneral yang terlibat dalam peperangan
antara tentera China dan Jepun pada tahun 1894. - Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan Marshal
tentera empat bintang yang meninggal dunia di
Taipei pada 2 Disember 1966. - Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan, orang yang
menumpaskan tentera Komunis di wilayah Kansu pada
tahun 1948.
14Islam di China Nama-nama Keluarga Masyarakat
Cina Muslim
- Dalam zaman Dinasti Yuan, pendatang-pendatang
Islam kebanyakannya menggunakan nama keluarga
orang-orang Han yang bukan Islam seperti Chau,
Chien, Sun, Lee dan sebahagiannya menggunakan
nama asal mereka. - Masyarakat Cina Islam, ramai yang menggunakan
nama keluarga Ma. Tetapi nama Ma ini tidak
semestinya nama Islam . Nama keluarga ini
terdapat di Barat China. - Ramai di kalangan masyarakat Islam menggunakan
nama yang dieja dengan huruf mim pada
pangkalnya seperti Masud, Mahmud, Malik, Majid
bahkan juga Muhammad.
15- Walaupun nama keluarga orang Islam Cina banyak
yang menggunakan nama Ma, namun ada juga di
antara mereka yang menggunakan nama-nama asal
mereka yang diringkaskan. - Umpamanya , Kha (untuk Khalid atau Hassan), Lah
(untuk Abdullah), Dah untuk Dawood, Saa (untuk
Saad), Ai (untuk Isa), Man (untuk Mansor), Bah
(untuk Baharuddin) dll. - Ada juga di kalangan masyarakat Islam Cina yang
mempunyai nama keluarga Chu menukarkannya
kepada Heh (hitam) kerana Chu bermaksud babi
yang tidak disukai oleh orang Islam. - Hanya orang Islam dari An Hui yang masih
mengekalkan nama keluarga Chu berasal dari
keturunan Chu Yuan Chang, Maharaja Pertama
Dinasti Ming yang beragama Islam.
16INTERAKSI ANTARA ISLAM DAN CINA DI MALAYSIA
- Masyarakat Cina yang berhijrah ke Malaysia pada
masa lalu diterima dengan baik oleh masyarakat
Melayu ketika itu kerana ajaran Islam yang
menekankan sifat menghormati tetamu. - Masyarakat Baba dan Nyonya yang wujud di Melaka
khususnya merupakan satu manefestasi interaksi
yang baik antara masyarakat Cina dan Melayu. - Baba dan Nyonya terus mengamalkan agama asal
mereka walaupun mereka telah mengamalkan budaya
Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.
17INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN INDIA
- Tamadun India merupakan tamadun yang tua.
- Tamadun yang telah berumur lebih daripada lima
ribu tahun ini boleh dibahagikan kepada beberapa
zaman, umpamanya - Zaman Pra Sejarah,
- Zaman Veda,
- Zaman Dinasti Maurya,
- Zaman Emayar Gupta,
- Zaman Kerajaan Islam,
- Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda ,
- Zaman Pemerintahan British,
- zaman Merdeka.
- Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan
kesan besar serta mempengaruhi sifat luaran dan
dalaman negara itu sekarang.
18Asal Usul Nama India
- Nama negara India dalam Zaman Klasik adalah
berasaskan kepada bahasa Sanskrit iaitu Bharata
Varsha atau Bhrarata Khanda sempena nama
seorang pemerintah India ketika itu iaitu
Bharata. - Nama lain bagi India ialah Jambu-Dvipu.
- Orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai
Indu. Berdasarkan kepada nama Indu inilah maka
India dikenali sebagai sebuah negara.
19PEMERINTAHAN ISLAM
- India telah diperintah oleh pelbagai dinasti
kerajaan Islam untuk jangka masa yang agak
panjang. - Kesan peninggalan pemerintahan Islam di India
kekal sehingga ke hari ini. - Antara kesan pemerintahan Islam ialah di India,
yang kini penduduknya melebih 1 bilion orang
terdapat hampir 150 juta penganut Islam. - Bilangan penduduk Islam di India merupakan kedua
teramai selepas penganut agama Hindu. - Pengaruh pemerintahan Islam di India terakam
juga dalam seni bina dan pembentukan bahasa.
20PEMERINTAHAN ISLAM
- Pemerintahan Islam berjalan selama lebih daripada
700 tahun bermula pada tahun 711 apabila seorang
pahlawan Islam bernama Muhammad bin Qasim
menawan satu daerah bernama Daybul. - Masyarakat beragama Hindu dan Buddha yang tidak
mahu menganut agama Islam dan mahu hidup
berbaik-baik telah dilayan sebagai zimmi . -
- Pemerintah Islam telah membangunkan bandar Islam
pertama di India bernama Mansurah pada tahun 730
dan tidak lama selepas itu, bandar ini telah
menjadi pusat Islam dan ibu kota negara Islam
pada tahun 850. - Dari situ Islam telah berkembang ke Punjab di
Utara dan Gujerat di Timur dan Selatan.
21Antara Pemerintah Islam di India
- Mahmud Ghazni (999)
- Muhammad Ghur (1174 M-1206).
- Qutb-ud-Din (- 1228).
- Alau ud Din (1296M-1316M).
- Jalaludin Akbar (1556-1605)
- Jahangir (1605-1627)
- Shah Jahan (1627-1658)
- Aurengzeb (1659-1707 )
22KESULTANAN DELHIKerajaan Ghori ( 1186-1206)
- Kerajaan Ghori didirikan oleh Alauddin Hussein
bin Hussein. - Alauddin telah digantikan oleh anaknya Ghiatuddin
dan Shahabuddin yang kemudiannya dikenali sebagai
Muhammad al-Ghori. - Muhammad al-Ghori telah tewas kepada tentera
Rajpu pimpinan Prithvi Raj tetapi kemudiannya
mencapai kemenangan ke atas Orithvi Raj di sebuah
tempat bernama Tarain. - Dari kota Ghori, beliau berpindah ke Lahore dan
kemudiannya ke Delhi.
23KERAJAAN MUGHAL
- Kerajaan Mughal merupakan kerajaan yang diasaskan
oleh orang-orang berketurunan Monggol. - Sejarah orang Monggol menyerang dan melenyapkan
pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad pada tahun
1258 amat menyayat hati. - Namun demikian, tentera Monggol yang begitu kejam
akhirnya menganut Islam dan membawa obor Islam
pula ke India. - Daripada nama Monggol inilah nama Mughal
diperolehi. - Pemerintahan Mughal berakhir dan digantikan pula
oleh pemerintahan Inggeris. Pemerintahan Inggeris
di India berakhir pada tahun 1947
24DASAR PENTADBIRAN DAN KEGIATAN INTELEKTUAL ZAMAN
MUGHAL
- Pemerintah menjadi penaung kepada kegiatan
keilmuan. - Pada zaman Babur telah diwujudkan Jabatan Kerja
Raya (Shurat-I-Am) yang berperanan mendirikan
kolej-kolej dan sekolah-sekolah. - Humayun pula mendirikan madrasah di Delhi dan
menukarkan rumah hiburan kepunyaan Sher Khan
menjadi sebuah perpustakaan. - Akhbar pula telah mendirikan kolej-kolej di
Fatehpur Sikri, Agra dan lain-lain. - Jahangir pula telah membuat dasar bahawa harta
pusaka hartawan yang tidak mempunyai waris
digunakan untuk membina dan memperbaiki
madrasah, tempat-tempat ibadah dan lain-lain
lagi.
25CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA - BAHASA
- Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu
Urdu. - Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan
perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. - Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk
mewakili bunyi bukan Arab. - Urdu di kawasan-kawasan lain disebut Urdu Dekani
dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan
ialah Urdu Kerajaan Moghul. - Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh
perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi
26CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA - BAHASA
- Dalam bahasa Urdu majalah dan surat khabar sangat
banyak diterbitkan oleh umat Islam di India.
Antaranya ialah - Majalah al-Maarif yang diterbitkan oleh Darul
Mushannifin di kota Azamgarh. Majalah ini terbit
sejak tahun 20an sehingga hari ini. - Majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta
oleh Maulana Abu Kalam Azad dan kawan-kawannya. - Majalah Tamir Hayat yang diterbitkan oleh
Nadwatul Ulama Lucknow merupakan majalah yang
memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan yang
terjadi di dalam dunia Islam
27CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA -
PENDIDIKAN
- Hasil daripada dasar pendidikan baru yang
diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung
zaman Moghul ramai orang Hindu berpeluang
mempelajari bahasa Parsi dan cemerlang di
madrasah-madrasah serta menjadi guru. - Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang
melakukan penulisan buku sains perubatan dalam
bahasa Parsi.
28CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA -
PENDIDIKAN
- Dalam bidang sejarah, karya-karya penting pada
zaman pemerintahan Islam di India adalah seperti
berikut - Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali Ansari
- Ibrat-Nama karya Khairuddin
- Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain
- Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi
29CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA -
PENTERJEMAHAN
- Dalam bidang penterjemahan, pemerintah-pemerintah
Muslim menterjemah karya-karya Hindu biasanya
untuk motif kesarjanaan, antaranya - terjemahan Ramayana, Mahabhrata dan Bhagavata
Purana ke dalam bahasa Bengali, - Mahabharata dan Rajatarangini (Sejarah Kashmir)
ke dalam bahasa Parsi.
30CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA SENI
LUKIS
- Pada masa pemerintahan Akbar, bilangan pelukis
Hindu di istana beliau adalah begitu ramai
sehingga gaya lukisan Hindu telah mendominasikan
gaya lukisan Parsi. - Institut Lukisan Moghul diasaskan pada zaman ini
bertujuan untuk memadukan gaya lukisan Islam
dengan gaya lukisan Hindu. - Setelah kematian Akbar, elemen-elemen Hindu
bertambah banyak dalam lukisan Moghul.
31CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA SENI
LUKIS
- Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan
aspirasi politik Akbar. Antaranya ialah - Lukisan dinding berkembang maju di ibu kota Akbar
iaitu Fathpur Sikri (1570-85). - Pelukis handalan Hindu yang terlibat ialah
Basavan, Lal dan Dasvanth. - Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu
terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.
32CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA
PERSAJAKAN
- Amir Khusraw ( 1253-1325) merupakan seorang
Indo-Muslim yang terulung dalam bidang persajakan
dan sastera. - Khawaja Najm-ud-din Hasan atau lebih dikenali
dengan nama Mir Hassan Dihlvi. Beliau amat
terkenal dengan Ghazal Persia yang menarik dan
mudah difahami. - Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang
cemerlang dan Ghazal ciptaan beliau masih popular
sehingga sekarang.
33CONTOH INTERAKSI ISLAM DAN TAMADUN INDIA SENI
BINA
- Seni bina menunjukkan gabungan ciri-ciri India
dan Parsi. - Mengalami perkembangan pesat pada zaman Moghul
dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat,
Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra. - Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang
unggul dalam bidang seni bina dengan pembinaan
Taj Mahal berdasarkan konsep dan gaya Islam . - Tetapi penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan
motif-motif bungaan lebih bercirikan seni bina
Hindu.
34PENUTUP
- Interaksi antara tamadun adalah suatu
pertembungan yang saling memperkayakan antara
satu tamadun dengan tamadun yang lain. - Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan
banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira
latar belakang anutan agama, bangsa mahupun
budaya. - Pertembungan yang positif seharusnya digalakkan
untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi
pemimpin negara suatu hari nanti. - Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan
budaya tidak seharusnya menjadi penghalang
permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan
negara.