SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 24
About This Presentation
Title:

SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA

Description:

SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA Kuliah 2-3 ALIRAN SASTERA Klasisisme Romantisme Realisme Klasisisme dalam Kesusasteraan Pengaruh teori klasik sangat besar. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:153
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 25
Provided by: none107
Category:
Tags: aliran | bahasa | dan | makna | seni | ilmiah | karya

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA


1
SENI BAHASA DAN ALIRAN MAKNA
  • Kuliah 2-3

2
ALIRAN SASTERA
  • Klasisisme
  • Romantisme
  • Realisme

3
Klasisisme dalam Kesusasteraan
  • Pengaruh teori klasik sangat besar.
  • Aspek pengaruh kategori gaya, kualiti gaya,
    istilah-istilah sastera,, prinsip penilaian,
    prinsip ciptaan atau kreativiti, dan dasar teori
    gaya atau stilistik.
  • Kategori Gaya Gaya tinggi, gaya pertengahan,
    Gaya mudah.
  • Kualiti Gaya Kemurnian, Kejelasan, Kewajaran

4
Aliran Klasisisme
  • Nasihat dan tanggungjawab sosial-sastera sebagai
    medium pendidikan.
  • Tanggung jawab terhadap masyarakat bersifat
    kolektif dan milik bersama.
  • Sastera berpaksikan fikiran dan akal budi yang
    luhur dan berpekerti tinggi tanpa dibaluti rasa
    keburukan.
  • Sastera yang terhasil adalah karya yang bersifat
    bersih dan suci.

5
Prinsip Aliran Klasisisme
  • Kebijaksanaan Pemilihan diksi yang berkesan
    berhasil memancarkan kebijaksanaan berdasarkan
    makna-makna yang diungkapkan secara luaran dan
    dalaman.
  • Kebenaran Karya yang dihasilkan sewajarnya
    mengungkapkan kebenaran bukan kepalsuan.
  • Keanggunan merujuk kepada adab, tatasusila, dan
    kehalusan berbahasa.
  • Kefasihan kebolehan pengarang mengadun dan
    memilih kata yang persis yang akhirnya makna
    dapat disampaikan dengan persis.
  • Keadilan aktiviti atau tatacara sesuatu itu
    dibuat atau diperoleh.

6
Kategori Gaya Berdasarkan Aliran Klasisisme
  • Cicero memberikan 3 kategori gaya dalam seni
    pengucapan
  • Gaya tinggi
  • Gaya pertengahan
  • Gaya Mudah

7
Gaya Tinggi
  • Mengandungi mutiara fikir atau falsafah
  • Bahasanya bersifat impresif, mengesankan dan
    dicipta mengikut gaya seni bahasa kehalusan
  • Mempunyai kesan keharuan.

8
Gaya Pertengahan
  • Isinya mengandungi fikir dan moral
  • Diksi sederhana tetapi bukan bahasa biasa.
  • Kesannya menyeronokkan.

9
Gaya Mudah
  • Isinya berfenomena biasa.
  • Bahasanya menggunakan kiasan semasa.
  • Ragamnya konvensional dan sesuai untuk
    menggambarkan sesuatu yang biasa.
  • Kesannya biasa.

10
Kualiti Gaya
  • Kemurnian (Purity)
  • Ketepatan bahasa sebagai piawai pertama.
  • Bahasa perlu baik iaitu terlepas daripada
    kesalahan yang boleh menyalahi maksud atau
    terkeluar daripada maksud.
  • Kejelasan (clearity)
  • Bahasa yang mudah difahami
  • Kewajaran (decorum)
  • Seni bersatu dengan alam. Pengucapan seni perlu
    sesuai dengan konteks, nada, suasana dan sasar
    khalayaknya.

11
Aliran Romantisme
  • Penulis melahirkan gagasan atau ideanya yang
    indah-indah tanpa cacat cela atau sebarang
    kekurangan.
  • Jika kebahagian, maka kebahagian digambarkan
    dengan penuh kesempurnaan.
  • Jika kesedihan, penulis menggambarkannya sehingga
    mampu menitiskan air mata pembaca.

12
  • Aliran romantisme berteraskan sensitiviti atau
    sensori yang sentimental sifatnya.
  • aliran ini menonjolkan perasaan dengan
    mengkesampingkan pemikiran rasional dan
    lain-lain pertimbangan.
  • Sifat emosional yang terungkap menyebabkan
    karya-karya sastera beraliran ini tidak berpijak
    di bumi nyata dan kurang mementingkan aspek
    kebenaran.

13
Seni Bahasa Berdasarkan Aliran Romentisme
  • Seni sastera adalah produk hati dan rasa. Hanya
    dengan intuisi dan perasaan rahsia alam dan
    fenomenanya dapat diterokai.
  • Isi karya Biasanya objek-objek biasa dalam
    kehidupan seperti pengembaraan, kesatriaan dan
    percintaan yang berkait dentggan sejarah silam,
    makhluk atau tokoh-tokoh istimewa dalam alam
    semesta.
  • Sudut Pandangan Bersifat omnicient point of
    view iaitu pengarang serba tahu. Pengarang
    terlibat sama dengan cara memberi sempati atau
    antipati kepada kehidupan dan fenomenanya.

14
  • Watak bersifat superhuman dan supernatural iaitu
    memperlihatkan unsur-unsur keluarbiasaan dan
    keajaiban dari segi kelakuan dan tindakan.
  • Seniman bersifat opologetik dan menolak moral
    dalam sastera kerana tujuan yang demikian akan
    merosakan seni itu sendiri.
  • Teknik menggunakan unsur fantasi dan imaginasi.
    Gaya bahasa menjadi cukup romantis halus dan
    hiperbolistik sifatnya.

15
Aliran Realisme
  • Aliran ini menggambarkan sesuatu berdasarkan
    keseluruhan kenyataan atau realiti yang
    sebenarnya ada.
  • Pemaparan kejadian dan peristiwa dilihatkan
    secara teliti.
  • Sesuatu itu diperlihatkan secara logik tanpa
    membawakan sesuatu yang berlebih-lebihan sehingga
    terkeluar daripada garis kerasionalan dan
    realitinya.

16
Seni Bahasa dalam Aliran Realisme
  • Aliran realisme yang menggambarkan realiti secara
    jujur dan objektif seperti yang dilihat dan
    dirasa indera.
  • Seni realisme menekankan realiti iaitu kebenaran
    indera. Kewujudan manusia bukan disebabkan
    paksaan nasib tetapi berdasarkan sebab dan akibat
    seperti keturunan, kemiskinan, penyakit, fenomena
    alam,

17
  • Pemaparan tentang kisah, tokoh, watak dan
    perwatakan dalam sesebuah karya wujud secara
    alamiah.
  • Dapat ditafsir secara zahir dengan mata hati
    tanpa diwarnai oleh sesuatu yang boleh mengaburi
    kebenaran dan sesahihan dalam dunia nyata.

18
  • Pengarang bersifat empati iaitu tidak terlibat di
    dalam penceritaannya.
  • Pelukisan manusia dan kehidupan bersifat
    semulajadi panoramic dan impresi.
  • Penggunaan imaginatif dan kreativiti tidak
    ditolak oleh pengarang
  • Watak dan kehidupan adalah sebagai manusia biasa
    Ada kelebihan dan kekurangan.
  • Semua unsur intrinsik disesuaikan mengikut
    konteks.

19
CIRI BAHASA KESUSASTERAAN
20
Gaya Bahasa Fungsional dan Gaya Bahasa Sastera
  • Gaya Bahasa Rasmi
  • Fungsi Mengadakan hubungan / urusan rasmi
  • Teks Isinya bersifat arahan dan perintah
  • Unsur Stilistik Struktur ayat rumit. Tidak
    mengandungi perasaan

21
Gaya Bahasa Ilmu
  • Fungsi Menyampaikan kebenaran ilu. Bersifat
    logik dan objektif.
  • Teks Isinya bersifat ilmiah, komentar, kritikan
    dan ulasan.
  • Unsur stilistik
  • Kata bersifat netural daripada nilai sastera.
  • Tanpa emosi
  • Istilah monosemi, jarang menggunakan istilah
    sastera
  • Ayat terjalin dengan padu.

22
Gaya Bahasa Wartawan
  • Fungsi
  • Menyampaikan maklumat atau informasi
  • Memberi penjelasan dengan tepat dan jelas
  • Teks
  • Artikel majalah dan akhbar
  • Unsur stilistik
  • Kata sebagai lukisan tentang perkara-perkara dan
    kejadian, penggunaan slogan dan kata pemula yang
    menarik

23
Gaya Bahasa Seharian
  • Fungsi
  • Untuk pergaulan santai yang alamiah
  • Teks
  • Isinya berkaitan harian ada unsur emosi, tegang
    dan santai
  • Unsur stilistik
  • Bahasanya mudah, lancar dan santai
  • Unsur stilistik
  • Bahasanya mudah
  • Ada hambatan dalam perbincangan
  • Cenderung kepada ayat dasar pendek-pendek
  • Tidak mementingkan tatabahasa dan ketepatan

24
Gaya Bahasa Sastera
  • Fungsi
  • Menyampaikan fikiran dan perasaan
  • Teks
  • Karya Sastera
  • Unsur stilistik
  • Bahasa yang bergaya
  • Gaya yang terbentuk daripada gaya di atas
  • Menghasilkan segala kemungkinan kesan bahasa.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com