ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 17
About This Presentation
Title:

ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA

Description:

Kertas kerja hendaklah disediakan dalam bentuk yang asli (original) bukan ciplakan atau yang dihasilkan semula dengan mengubah suai bahan sedia (nota) ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:236
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 18
Provided by: Amin165
Category:
Tags: aspek | bahasa | dan | fungsi | kerja | kertas

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA


1
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
  • Aspek Bahasa
  • Corak bahasa Melayu dapat diperincikan melalui
    empat matra atau dimensi, iaitu
  • Bentuk (lisan dan tulisan).
  • Tahap Penguasaan
  • Tahap Penggunaan
  • Mutu bahasa
  • MINGGU 2

2
  • Bentuk Bahasa Melayu
  • Dari segi bentuk, bahasa Melayu dapat dianalisis
    melalui ciri pengungkapan bahasa lisan dan bahasa
    tulisan. Terdapat perbezaan antara bahasa lisan
    dan bahasa tulisan.
  • Bahasa Lisan
  • Bersifat agak bebas, seperti yang digunakan dalam
    temu bual atau wawancara.
  • Bersifat mesra atau kehadiran tanda kemesraan,
    misalnya menggunakan kata ganti nama yang mesra.
  • Tatabahasa tidak mementingkan kesempurnaan
    tatabahasa kerana menggunakan strategi seperti
    memendekkan kata atau menggugurkan bahagian
    tertentu dalam ayat. Selain itu, terdapat juga
    penggunaan unsur bukan bahasa atau parabahasa
    (paralinguistik).

3
  • Bahasa Tulisan
  • Terkawal dan dapat diedit atau disunting.
  • Bersift rasmi dan kerasmiannya lebih ketara dalam
    wacana tulisan.
  • Tatabahasa mementingkan tatabahasa yang sempurna

4
Bahasa Tulisan
  • Pada umumnya, ada dua jenis bahasa tulisan,
    iaitu
  • Bahasa tulisan umum tidak mementingkan semua
    ciri bahasa tulisan tetapi diterima umum kerana
    ada kelaziman tertentu. Contoh penggunaannya
    seperti dalam akhbar, majalah, risalah, iklan,
    sepanduk, dan lain-lain.
  • Bahasa tulisan rapi terancang, tersusun, dan
    disunting dengan teliti.

5
Bahasa Lisan
  • Bahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga
    jenis, iaitu
  • Bahasa lisan subbaku bahasa lisan yang tidak
    terkawal, mengandungi unsur tempatan atau
    bersifat individu (ideolek). Jenis bahasa yang
    tergolong dalam kategori ini ialah dialek dan
    bahasa pasar.
  • Bahasa lisan umum adanya unsur bahasa basahan,
    seperti kependekan dan penggunaan kata ganti nama
    yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk
    panggilan hormat dan bersopan.
  • Bahasa lisan terkawal diungkapkan dalam konteks
    rasmi, menggunakan bahasa terkawal. Sistem
    panggilan, tatabahasa dan intonasi amat
    dipentingkan.

6
Tahap Penguasaan
  • Peringkat penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan
    pengguna bahasa mengikut konteks dan tahap
    tertentu.
  • Pengguna bahasa mestilah menguasai tahap
    kemampuan berbahasa yang berpadanan.
  • Dapat menggunakan neka bahasa dan ragam bahasa
    mengikut konteks dan bidang.
  • Dua tahap penguasaan bahasa, iaitu tahap budaya
    dan tahap fungsional.

7
Tahap Budaya
  • Penguasaan bahasa lisan pada tahap budaya
    mempunyai ciri yang berikut
  • Mengandungi unsur tempatan.
  • Mengandungi unsur individu dialek dan ideolek.
  • Pertuturan bersahaja dalam konteks tidak formal.
  • Pertuturan oleh cendekiawan yang biasanya
    menghilangkan ciri bahasa lisan yang umum,
    seperti kependekan dan kemesraan.
  • Penggunaan sebutan yang lebih tekal (konsisten).

8
Tahap Fungsional
  • Dimaksudkan dengan taraf penggunaan bahasa yang
    diperlukan oleh pengguna bahasa untuk memenuhi
    tugas tertentu dalam kehidupan seharian.
  • Bahasa lisan pada tahap ini bersifat terkawal.
  • Digunakan dalam situasi formal, seperti dalam
    penyampaian berita di radio atau televisyen.
  • iii. Bahasa tulisan pada tahap fungsional
    digunakan dalam majalah, jurnal, laporan, catatan
    minit mesyuarat dan sebagainya.

9
Tahap Penggunaan
  • Penggunaan bahasa yang sempurna memerlukan
    pengolahan bahasa yang baik.
  • Untuk mencapai kesan yang maksimum, seseorang
    pengguna bahasa perlu menguasai aspek yang
    berikut
  • Kemahiran bahasa
  • Penghayatan
  • Pengetahuan
  • Penglahiran
  • Penghujahan
  • Kekritisan
  • Mekanik Penulisan

10
Mutu Bahasa
  • Mutu bahasa bermaksud kemampuan seseorang
    menggunakan bahasanya. Kemampuan ini merangkumi
    ciri yang berikut
  • Ketepatan
  • Kewajaran
  • Kematangan
  • Kelancaran
  • Keluwesan
  • Gaya
  • Laras

11
TUGASAN KURSUS BBM 3401 BAHASA
MELAYU TINGGI
  • Tajuk tugasan
  • Tulis sebuah kertas kerja secara individu
    berdasarkan salah satu tajuk yang disenaraikan
  • i. Proses dan aspek-aspek penting dalam
    pembakuan bahasa Melayu.
  • ii. Kecelaruan bahasa dan kesannya terhadap
    pembakuan bahasa.
  • iii. Persepsi dan sikap masyarakat terhadap
    penggunaan bahasa Melayu baku.
  • iv. Cabaran dan kendala dalam usaha memperkasa
    dan memertabatkan bahasa Melayu.
  • v. Penggunaan bahasa Melayu baku dalam media
    elektronik.

12
  • vi. Penggunaan bahasa Melayu baku dalam media
    cetak.
  • vii.Kesan dan implikasi penggunaan bahasa
    Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik
    terhadap usaha pemerkasaan bahasa Melayu.
  • Format Tugasan
  • Kulit luar

13
  • No. Matrik
  • BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI
  • Kerancuan Bahasa dalam Media
  • Elektronik
  • Oleh
  • Nama
  • Program
  • Trimester
  • Tarikh
  • FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
  • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

14
  • Halaman Kandungan
  • PENDAHULUAN
  • Pengenalan
  • Objektif
  • Kaedah
  • Batasan
  • Definisi konsep/operasional
  • FAKTOR YANG MEWUJUDKAN KERANCUAN BAHASA
  • Sikap
  • Pengetahuan
  • Pendedahan

15
  • ASPEK KERANCUAN BAHASA
  • Morfologi
  • Sintaksis
  • Semantik
  • SARAN PENYELESAIAN MASALAH
  • KESIMPULAN DAN PENUTUP
  • BIBLIOGRAFI
  • LAMPIRAN (jika perlu/berkaitan)

16
  • 4. Panjang kertas kerja tidak kurang daripada
    20 halaman tetapi tidak melebihi 30 halaman.
  • 5. Kertas kerja hendaklah ditaip menggunakan
    jarak dua langkauan (double spacing), kertas
    berwarna putih, dan bersaiz A4.
  • 6. Kertas kerja hendaklah disediakan dalam
    bentuk yang asli (original) bukan ciplakan atau
    yang dihasilkan semula dengan mengubah suai
    bahan sedia (nota) atau kertas kerja yang telah
    dihasilkan.
  • 7. Kertas kerja ini diberikan nilaian markah
    30, iaitu
  • Isi 15
  • Bahasa 10
  • Format/organisasi 03
  • Rujukan 02

17
  • 8. Tarikh akhir penerimaan kertas kerja ialah
    pada atau sebelum 8 Januari 2007.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com