Title: Penstrukturan Organisasi
1UNIT 4
2Penstrukturan Organisasi
- Prof. Madya Dr. Jegak Uli
3Objektif Selepas membaca unit ini pelajar akan
dapat
- Mengenal pasti jenis struktur organisasi.
- Mengenal pasti faktor-faktor dinamik dalam
penstrukturan organisasi. - Memilih struktur organisasi terbaik.
- Memahami berbagai bentuk perubahan pada komponen
struktur dan kelebihan dan keburukannya. - Memahami struktur organisasi terkini.
4Penstrukturan organisasi meliputi
kegiatan-kegiatan berikut
- (a) menyatukan dan pembahagian tugas berasaskan
pengkhususan - (b) mereka dan menyusun struktur organisasi,
- (c) memperuntukkan kerja, tugas, tanggungjawab
dan autoriti, dan - (d) mengatur kakitangan mengikut corak yang baik
atau patut.
5Tujuan utama penstrukturan organisasi ialah
- untuk mendapatkan kakitangan untuk bekerja
bersama-sama - dengan lebih berkesan dan cekap lagi
- ke arah mencapai matlamat utama sesuatu
organisasi.
6Struktur Organisasi
- Struktur organisasi didefinisikan sebagai corak
perhubungan dan penyelarasan formal yang direka
oleh pihak pengurusan untuk - menyambung tugas atau
- tanggungjawab individu dan kumpulan dalam
mencapai matlamat utama organisasi.
7- Struktur menentukan bagaimana
- pengagihan kerja (division of work),
- Tanggungan (responsibility),
- kerjasama (cooperation),
- perundingan (consultation) dan
- peringkat keputusan
- perlu wujud dalam organisasi.
8Jenis struktur manakah atau gabungan jenis
manakah yang terbaik?
- Mengikut model luar jangka (lihat gambarajah 1)
penstrukturan sebuah organisasi, tidak ada satu
jenis struktur atau gabungan jenis yang terbaik
bagi semua organisasi dalam semua situasi.
9Jenis struktur atau pengumpulan kerja yang
terbaik untuk sesuatu organisasi atau unit
bergantung kepada
- (a) tugas, matlamat atau apakah produk yang akan
dikeluarkan dan perkhidmatan yang akan diberi dan
dicapai, - (b) faktor-faktor seperti saiz kumpulan,
- (c) faktor-faktor dinamik lain seperti teknologi,
kadar perubahan dalam sesuatu alam sekitar, dan
jenis kerja yang berhubung kait dan - (d) pemilihan bidang kawalan pengurusan dan
darjah pemusatan (degree of centralization).
10Gambarajah 1 Model Luar jangka Penstrukturan
Sebuah Organisasi
11Pilihan jenis struktur atau pengumpulan kerja.
- Terdapat berbagai jenis struktur atau pengumpulan
kerja yang boleh digunakan. - Di antaranya ialah seperti
- (a) pengeluaran, atau perkhidmatan,
- (b) fungsi,
- (c) tempat,
- d) pelanggan,
- (e) waktu,
- (f) matriks dan
- (g) struktur lini dan staf,
- setiap jenis ini ada kelebihan masing-masing.
12Pengeluaran atau perkhidmatan
- Bagi jenis ini kegiatan adalah dikumpulkan
mengikut jenis produk yang dikeluarkan atau
perkhidmatan yang diberikan. - Kelebihan pengelompokan jenis ini ialah ia
merapatkan kesemua mereka yang mempunyai
pengetahuan khusus tentang keluaran, dan
memudahkan penyelarasan aktiviti seperti - pembelian,
- pengeluaran dan
- penjualan yang berhubung dengannya.
13Fungsi
- Inilah dasar pengumpulan yang paling umum
digunakan dalam kebanyakan organisasi. - Fungsi-fungsi yang lazim pada sebuah organisasi
termasuk - perjawatan,
- kewangan,
- penyelidikan,
- Pemasaran
- kejuruteraan dan sebagainya.
14Kelebihannya
- Kelebihannya ialah berkaitan dengan pengkhususan.
- Bagi pengumpulan jenis ini, pengkhususan akan
mengumpulkan pengetahuan khusus yang diperlukan
untuk kegiatan yang tertentu itu. - Ini membantu dalam menjamin bahawa perhatian yang
cukup untuknya dapat diberikan.
15Tempat
- Bagi jenis ini pengumpulan kegiatan adalah
berasaskan tempat. - Matlamat jenis struktur ini ialah untuk
menempatkan unsur-unsur organisasi di mana kerja
di buat atau perkhidmatan di beri. - Reaksi masa yang cepat, keberkesanan dan
kecekapan dari segi kos, dan pengetahuan mengenai
keadaan tempatan adalah di antara kelebihan
struktur jenis ini.
16Pelanggan
- Jenis struktur berbentuk ini mengumpulkan
kegiatan berasaskan pelanggan yang dilayani. - Kelebihan utama jenis ini ialah
keperluan-keperluan pelanggan yang tertentu boleh
disediakan dengan lebih bijaksana lagi.
17Waktu
- Pengumpulan kerja jenis ini ialah biasanya
digunakan oleh organisasi yang memp pekerja syif
di mana kumpulan pekerja yang berasingan bagi
syif yang berlainan supaya perkhidmatan atau
pengeluaran dapat dilakukan sepanjang masa.
18Lini dan Staf (Line and Staff)
- Pendekatan pengumpulan kerja jenis ini berasaskan
konsep bahawa ada terdapat dua kategori pekerja
dalam satu organisasi - Lini - orang yang mempunyai autoriti dan
tanggungjawab untuk mencapai tujuan atau matlamat
utama sesuatu organisasi. Mereka ini menentukan
apa yang perlu dibuat dan bagaimana membuatnya. - Staf - merupakan pekerja-pekerja ikhtisas yang
bertanggungjawab untuk membantu dan membuat
kerja kepada pekerja lini.
19Matriks
- Bagi jenis ini, struktur jenis lini dan staf
digabungkan dengan organisasi pengurusan projek
atau program. - Dalam jenis ini setiap orang atau kumpulan
mempunyai dua ketua, iaitu ketua kepada bidang
fungsi dan kepada pengurus projek atau program.
20Faktor Dinamik dalam Penstrukturan Organisasi
- Faktor-faktor berikut boleh juga mempengaruhi
jenis struktur sesebuah organisasi - Saiz
- Teknologi
- Alam Sekitar
- Bidang Kawalan dan Desentralisasi
21Saiz
- Saiz sesuatu organisasi adalah biasanya diukur
dengan bilangan kakitangan yang terdapat dalam
sebuah organisasi. - Selain daripada itu penunjuk lain yang boleh
digunakan ialah pendapatan, jualan, aset dan
sebagainya. - Didapati bahawa lebih besar saiz organisasi dia
akan lebih berbentuk formal dan kompleks - iaitu
lebih banyak peraturan, kedudukan yang formal,
pangkat, unit yang kecil atau bahagian dalam
sesuatu unit kecil.
22- Pada umumnya lebih banyak kakitangan lebih sukar
atau rumit untuk berinteraksi secara tidak formal
lagi. - Oleh yang demikian, peraturan/prosedur lebih
formal perlu diwujudkan dalam bentuk bertulis.
23Teknologi
- Teknologi operasi sebuah organisasi termasuk
peralatan, alat, mekanikal, tindakan, pengetahuan
dan bahan yang digunakan dalam proses pengeluaran
atau memberi perkhidmatan. - Woodward (1958) menunjukkan bahawa nisbah
pengurus dan penyelia dengan jumlah pekerja dan
bilangan peringkat dalam sebuah organisasi
bertambah dengan meningkatnya kompleksiti
teknologi yang digunakan, tetapi tidak ada kaitan
yang nyata di antara saiz dengan kompleksiti
teknologi.
24Kajian yang terbaharu menunjukkan bahawa
- Lebih rutin dan terkenal teknologi tersebut
sesebuah organisasi akan lebih bercorak formal
dan birokratik dan sebaliknya lebih tidak
terkenal dan kompleks sesuatu teknologi,
peraturan dan undang-undang akan menjadi kurang
ketat. - Kesan teknologi terhadap unit yang kecil dan
jenis pengeluaran adalah lebih nyata jika
dibandingkan dengan peringkat pengurusan atasan
atau lain.
25Alam Sekitar
- Struktur organisasi atau unit bergantung kepada
keadaan kepastian atau ketidakpastian alam
sekitaran. - Ketidakpastian sesuatu organisasi atau unit
adalah disebabkan oleh perubahan perubahan yang
agak cepat pada jangka masa yang pendek seperti
penemuan teknik baru, inovasi, turun-naik
permintaan/tidak tetap.
26- Penyelidikan mencadangkan bahawa sesebuah
organisasi (atau unit) patut direka bentuk
berlainan bergantung kepada ketidakpastian dan
ketidakstabilan alam sekitar yang wujud (Burns
Stalker, 1962 Lawrence Lorch 1967).
27- Bagi alam sekitar yang agak stabil, jenis
organisasi yang bercorak mekanistik adalah lebih
sesuai. - Bercorak mekanistik bermaksud ia sangat
birokratik, iaitu mempunyai deskripsi kerja yang
jelas, menetapkan autoriti, tanggungjawab,
pengkhususan tugas, dan kawalan hierarki yang
nyata.
28- Manakala, jika alam sekitar tidak pasti atau
stabil jenis organisasi yang bercorak organik
adalah lebih sesuai. - Bercorak organik bererti
- kurang penetapan autoriti,
- lebih penglibatan kakitangan dalam membuat
keputusan, - dan lebih menumpukan kepada penyesuaian
(adaptability), dan - kuasa berasaskan kepakaran (expertise).
29- Sebuah organisasi yang berfungsi dalam keadaan
yang tidak stabil memerlukan lebih pengkhususan
untuk menghasilkan inovasi dan pengkhususan yang
lebih biasanya memerlukan lebih banyak
penyelarasan. - Pada umumnya hampir semua organisasi memerlukan
gabungan kedua-dua corak tersebut di atas.
30Bidang Kawalan
- Bidang kawalan menentukan beberapa banyakkah
jawatan atau kakitangan yang hendak diletakkan di
bawah kawalan seorang penyelia/ketua? - Faktor ini boleh juga mempengaruhi jenis struktur
yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi.
31- Bukti-bukti mencadangkan bahawa bidang kawalan
yang sesuai bergantung kepada banyak faktor, di
antaranya ialah (Van Fleet Bodeian 1977
356-372)
32- Pengalaman dan pengetahuan orang diawasi. Lebih
banyak pengalaman dan pengetahuan orang diselia
lebih luas bidang kawalan dan sebaliknya. - Kebolehan penyelia - setengah penyelia boleh
mengawal lebih ramai orang daripada yang lain.
33- Kesulitan perlaksanaan tugas itu sendiri. Lebih
rutin kerja itu, maka lebih banyaklah orang yang
boleh diselia. - Keperluan kawalan yang ketat/terperinci. Jika
kawalan ketat atau terperinci diperlukan maka
lebih sempit bidang kawalan dan sebaliknya. - Darjah hubung kait di antara unit. Lebih tinggi
hubung kait (interdependence), lebih banyak
penyelaras diperlukan dan lebih sempit bidang
kawalan.
34Gambarajah 2 Perbandingan bidang kawalan bagi
struktur tinggi dan mendatar
35Struktur Tinggi
- Satu struktur yang mempunyai bilangan peringkat
Hierarki yang banyak dan bidang kawalan (span of
control) yang sempit (narrow).
36Struktur Mendatar
- Satu struktur yang mempunyai bilangan peringkat
Hierarki yang sedikit dan bidang kawalan (span of
control) yang luas (wide).
37Desentralisasi
- Merujuk kepada darjah penugasan tugas, kuasa dan
autoriti ke peringkat penugasan bawahan. Setakat
manakah desentralisasi (Desentralisasi merujuk
kepada sejauh mana penugasan tugas, kuasa dan
autoriti diturunkan ke peringkat bawahan.) atau
sentralisasi (Sentralisasi merujuk kepada sejauh
mana penugasan tugas, kuasa dan autoriti
dikekalkan di peringkat atasan)?
38- Faktor dinamik seperti saiz, teknologi dan alam
sekitar ada kaitan langsung dengan proses
desentralisasi atau sentralisasi. - Sebagai contoh, lebih besar saiz organisasi itu
maka lebih kuatlah sokongan bagi mengadakan
desentralisasi (Steward 1985 118). - Dan dalam alam sekitar yang tidak pasti atau
tidak stabil di mana lebih penglibatan kakitangan
dalam membuat keputusan diperlukan maka
desentralisasi perlu diadakan.
39Menilai Struktur Organisasi
- Oleh kerana faktor-faktor dinamik yang tersebut
di atas sentiasa berubah maka struktur sesuatu
organisasi perlu dinilai dari semasa ke semasa.
40Aspek yang harus dipertimbangkan dalam menilai
struktur organisasi ialah seperti berikut
- Penyelarasan Adakah masalah penyelarasan
bertambah apabila bidang pengkhususan bertambah
dalam satu organisasi? - Ekonomi Apakah kos relatif bagi jenis
pengumpulan atau jenis struktur yang digunakan?
Adakah jenis pengumpulan lebih berkesan dan murah
dari segi kos relatif? - Pengkhususan Apakah pengkhususan yang perlu ada
dan di manakah pengkhususan amat berkekurangan?
41- Kejelasan dalam pembahagian kerja Adakah
pembahagian kerja untuk setiap bahagian jelas? - Konflik Adakah konflik wujud oleh kerana
pengumpulan yang baru?
42Bentuk Perubahan pada Komponen Struktur
- Bentuk perubahan pada komponen struktur umumnya
melibatkan salah satu atau kombinasi berikut - penstrukturan semula organisasi (organizational
restructuring), - pembentukan semula Kerja,
- mengadakan persekutan strategik dan/atau
- mencuba struktur organisasi baru yang
bersesuaian.
431. Penstrukturan Semula Organisasi
(Organizational Restructuring)
- Satu proses membuat perubahan besar dalam
struktur organisasi yang lazimnya melibatkan
pengurangan peringkat pengurusan yang mungkin
mengubah sebahagian komponen besar organisasi
melalui - penghapusan (divestiture) atau
- perolehan/pengambilan termasuk juga
- pengecilan saiz tenaga kerja bagi tujuan untuk
meningkatkan keberkesanan dan kecakapan
organisasi.
44Pengecilan (Downsizing)
- Satu proses mengurang atau menghapuskan lapisan
atau peringkat pengurusan pertengahan yang
signifikan dan mengakibatkan - peningkatan bidang kawalan (wide span of control)
dan - pengurangan saiz tenaga kerja dan
- tujuannya adalah untuk meningkatkan atau
memperbaiki keberkesanan dan kecekapan
organisasi.
45- Proses pengecilan berlaku apabila tenaga kerja
dalam sesebuah organisasi dikurangkan kepada saiz
optimum. - Pengurangan pekerja dilakukan melalui
pemberhentian, secara sukarela dan pencen awal.
46- Biasanya, pengecilan adalah perlu kerana ia boleh
mengurangkan kos buruh dan menggunakan teknologi
kumpulan secara menyeluruh. - Bagaimanapun, pengecilan perlu dikendalikan
secara berhati-hati kerana ia boleh menjatuhkan
moral dan produktiviti pekerja.
47- Tujuan pengecilan adalah untuk mengecilkan saiz
firma demi kelangsungan firma. - Pengecilan dilakukan akibat kemajuan teknologi
dan komputer menyebabkan pengurangan bilangan
pekerja yang diperlukan, peningkatan kos buruh,
dan penurunan permintaan terhadap produk yang
dikeluarkan.
48Kebaikan Pengecilan Organisasi
- Pengecilan akan memberi kebaikan berikut
- Pembayaran dividen yang lebih tinggi kesan
daripada bilangan pekerja yang lebih kecil. - Mengurangkan kos gaji.
- Membolehkan firma berbelanja dalam ruangan
belanjawan yang telah ditentukan.
49- Memudahkan komunikasi di antara pemimpin dengan
pimpinan atasan. - Meningkatkan keberkesanan operasi dengan
mengurangkan pertindihan atau penduaan. - Memudahkan urusan penyeliaan
50Keburukan Pengecilan Organisasi
- Di samping itu, pengecilan juga mendatangkan
keburukan-keburukan berikut - Kehilangan pekerjaan.
- Memaksa pekerja mencatu sumber organisasi.
- Sumbangan input pekerja berkekurangan.
- Produktiviti menurun akibat bimbang akan
dikeluarkan daripada organisasi.
51Masalah Yang Dihadapi Dalam Proses Pengecilan
- Pengecilan boleh menimbulkan pelbagai masalah.
52Antara masalah yang akan dihadapi oleh organisasi
dalam melaksanakan program pengecilan adalah
- Pekerja bimbang untuk melakukan sesuatu kerja
yang berisiko. - Pekerja hilang keyakinan.
- Kecelaruan dan rasa tidak selamat.
- Kejatuhan moral dan produktiviti di kalangan
pekerja. - Masa pekerja banyak digunakan untuk mendapatkan
kerja lain daripada memberi tumpuan kepada kerja
sekarang.
53- Meningkatkan ketegangan.
- Organisasi akan menghadapi masalah kewangan yang
disebabkan oleh pembangunan semula struktur
tugas. - Pekerja yang berkebolehan berhenti secara
sukarela. - Ramai pekerja bersedia untuk bersara awal.
- Organisasi terpaksa menghadapi tindakan mahkamah.
54- Organisasi tidak mampu memotivasikan pekerja
akibat daripada persepsi negatif ke atas
pengecilan. - Peningkatan mainan politik kerana pekerja cuba
mengambil hati pihak atasan bagi tujuan
mendapatkan tambahan pampasan, memperoleh
keutamaan dan penambahan kuasa.
55Cara Mengurangkan Permasalahan Yang Dihadapi
- Antara cara yang organisasi boleh digunakan untuk
mengurangkan permasalahan di atas adalah - Memaklumkan kepada pekerja rasional di sebalik
pengecilan. - Mengakui hakikat kepentingan pekerja serta
bersedia berbincang mengenai perasaan mereka.
56- Penekanan sistem berorientasikan pencapaian dalam
pembayaran imbuhan. - Menyediakan program sandaran (buffer) atau
faedah-faedah kewangan lain sebagai persiapan
kepada pekerja sebelum memperoleh kerja baru.
572. Pembentukan Semula Kerja (Work redesign)
- la merupakan reka bentuk jadual waktu kerja
supaya kerja dilakukan dengan lebih efisien dan
bersesuaian dengan corak hidup subordinat
terutama mereka yang mempunyai keluarga dan anak.
58a. Masa Kerja Anjal
- Masa kerja anjal merupakan satu kaedah apabila
pekerja diberi kebebasan yang lebih untuk
menentukan jadual waktu kerja mereka dan apa yang
penting ialah mereka mesti hadir bekerja semasa
kerja utama (core hour) dilakukan sahaja.
59b. Memampatkan Minggu Kerja
- Pekerja perlu melakukan kerja dalam sejumlah jam,
tertentu untuk beberapa hari berturut-turut. - Ini bermaksud untuk hari yang lain, mereka tidak
perlu datang untuk bekerja.
60c. Perkongsian Kerja
- Melibatkan dua atau lebih orang pekerja
bekerjasama untuk melakukan satu kerja. - la boleh mengurangkan beban kerja dan kerja boleh
diselesaikan dengan lebih banyak jika dilakukan
secara sinergi.
61d. Pusingan Kerja
- Mengilir subordinat daripada satu pekerjaan ke
pekerjaan lain. - Tujuannya untuk mengurangkan kebosanan.
62e. Bertugas Secara Jarak Jauh (Telecommuting)
- Membiarkan pekerja melakukan kerja mereka di
rumah dan hantar hasil kerja secara elektronik ke
pejabat. - Perlu menggunakan komputer, mesin faksimile,
telefon selular dan e-mail. - Memperkenalkan kaedah ini bertujuan menjadikan
kerja lebih menarik, meningkatkan kepuasan kerja
dan akhirnya mengurangkan kadar lantik henti yang
mana boleh mengancam kelangsungan sesebuah
organisasi.
633. Struktur Organisasi Baru
- Struktur Pasukan
- Organisasi Maya
- Organisasi Tanpa Sempadan
- Organisasi Mengutamakan Kebajikan Ahli
64a. Struktur Pasukan
- Struktur ini menggunakan pasukan sebagai pusat
koordinasi. - Di antara ciri-ciri struktur pasukan adalah
kesediaan untuk memecahkan halangan penjabatan
dan kuasa membuat keputusan decentralisasi berada
pada tahap pasukan. - Di samping itu, pasukan kerja dianggotai oleh
ahli yang memiliki kemahiran umum dan khusus dan
seterusnya, anggota pasukan bersedia untuk
melaksanakan tugas secara fungsi silang.
65b. Organisasi Maya
- Konsep organisasi maya bertunjangkan kepada
mengapa perlu memiliki satu organisasi kecil dan
teras jika boleh dilaksanakan oleh pihak lain
untuk menjalankan fungsi perniagaan yang utama
dan jika didapati ia lebih menguntungkan. - 0leh itu, organisasi maya mengamalkan pemusatan
yang tinggi dan hampir tiada penjabatan,
fleksibiliti dalam menghubungi pengeluar,
pengedar, pemasaran dan fungsi perniagaan yang
lain. - Peranan utama pengurus dalam organisasi maya
adalah mengkoordinasi dan mengawal perhubungan
luar.
66c. Organisasi Tanpa Sempadan
- Organisasi ini diamalkan oleh organisasi yang
bersaiz gergasi yang cuba menghapuskan rangkaian
arahan, mengehadkan bidang kawalan, menggantikan
penjabatan dengan memperkasakan subordinat. - Antara amalan organisasi ini adalah membolehkan
setiap individu menilai individu yang lain tanpa
mengira sama ada subordinat atau pengurus. - Melalui penghapusan sempadan menegak, pengurusan
akan meratakan hierarki di mana status dan
pangkat diminimumkan. - Antara contoh penghapusan sempadan ialah
globalisasi, strategi bersekutu dan perhubungan
erat organisasi dengan pelanggan.
67e. Organisasi Mengutamakan Kebajikan Ahli
- Organisasi yang memberi penekanan kepada
kebajikan ahli. Organisasi ini dibentuk oleh
ciri-ciri berikut - Meletakkan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada
individu. Pekerja dilayan sebagai individu yang
mempunyai perasaan dan perlu dihormati. - Tidak pentingkan diri sendiri. Oleh itu, ahli
dalam organisasi ini mengeratkan hubungan secara
formal dan tidak formal bersama ahli-ahli lain
dengan membelakangkan sempadan bangsa, jantina,
umur dan pangkat.
68- Kerjaya sebagai satu perkhidmatan -Kesediaan
untuk memberi perkhidmatan terhadap organisasi
dan orang lain, bukan menjadikan kenaikan
pangkat, kuasa dan kenaikan gaji sebagai matlamat
yang paling utama. - Komitmen terhadap perkembangan pekerja -
Organisasi seperti ini bersedia untuk memberi
peluang terhadap perkembangan kerjaya kepada
pekerja, pembangunan kemahiran pekerja dan
pengalaman pembelajaran.
69- Komuniti setiakawan - Mereka akan mengadakan
hubungan yang rapat, saling mempercayai dan
mengambil berat antara satu sama lain. - Perkongsian kuasa - Semua matlamat diagih dan
dikongsi bersama. Semua ahli yang terlibat akan
dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat dan diberi
peluang dalam membuat keputusan.