Unit 4 Pengumpulan - PowerPoint PPT Presentation

1 / 23
About This Presentation
Title:

Unit 4 Pengumpulan

Description:

... Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan Darul Naim (kelate.net) menyifatkan kehilangan dua tonggak utama Red Warriors, ... 7/12/2006 7:35:39 AM Category: – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:100
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 24
Provided by: UPMUn8
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Unit 4 Pengumpulan


1
Unit 4Pengumpulan Penulisan Berita
untuk Media Cetak
2
  • Penulisan berita merangkumi tulisan-tulisan yang
    berbentuk-
  • Laporan berita
  • Rencana berita dan
  • Ulasan berita
  • Namun, dalam sesebuah akhbar, bahagian yang
    penting ialah laporan berita.

3
  • 1. Laporan Berita
  • Laporan berita adalah laporan yang faktual
    (mempunyai fakta bukan rekaan atau dongengan),
    baharu dan menarik minat untuk orang membaca,
    mendengar dan menontonnya (Chamil, 2008).

4
  • Ciri-ciri Laporan Berita
  • 1. Judul berita lazimnya berbentuk ringkas dan
    kadang kala tidak memenuhi peraturan tatabahasa
  • 2. Kadang kala nama jurulapor (byline)
    dimasukkan, tetapi amalan ini tidak berlaku bagi
    semua berita.
  • Contoh
  • Gaji minimum ditangguh
  • Oleh Saifulizam Mohamad dan Amran Mulup

5
  • 3. Laporan berita dimulakan dengan penyataan
    tempat dan tarikh berita itu berlaku.
  • Contoh
  • Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia nama tempat
    ditulis dengan huruf besar. Contohnya KUALA
    LUMPUR 3 Mei
  • Berita Harian. Kuala Lumpur
  • Kosmo. KOTA BHARU-
  • Harian Metro. SHAH ALAM
  • NST. KUALA LUMPUR
  • The Sun. PETALING JAYA (Oct 16, 2012)

6
  • 4. Bahasa
  • Ayat-ayatnya panjang, selalunya satu perenggan
    terdiri daripada satu ayat. Hal ini demikian
    kerana pemberita ingin memuatkan segala maklumat
    yang relevan dalam perenggan tersebut. Dengan
    demikian, ayat yang dihasilkan berbentuk ayat
    majmuk campuran yang padat dan penuh dengan isi.
  • Contoh
  • KUALA LUMPUR 3 Mei Perdana Menteri, Datuk Seri
    Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa
    cadangan gaji minimum RM900 seperti yang diminta
    oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
    tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan pada masa ini.

7
  • 5. Sifat memetik
  • Berbentuk sesuatu yang dinyatakan oleh seseorang.
    Petikan boleh berbentuk laporan (tidak langsung)
    dan boleh juga secara langsung.
  • Contoh pertama Beliau berkata demikian kepada
    pemberita selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2008
    di Stadium Putera Bukit Jalil di sini hari ini.
  • Contoh kedua Beliau berkata, Sebagai sebuah
    kerajaan yang bertanggungjawab, kita mempu-nyai
    sebab untuk menangguhkannya.

8
  • Penulisan laporan Berita terbahagi kepada-
  • 1. Pendulu
  • 2. Tubuh berita
  • 3. Penutup berita

9
1. Pendulu
  • - Pendulu Berita atau (intro, pendahulu, para,
    lead) adalah perenggan pertama sesebuah berita
    merupakan ciri yang terpenting.
  • - A. Samad Ismail berpendapat pendulu boleh
    disifatkan sebagai pintu sebuah rumah, ia
    mengajak pembaca masuk ke dalam bilik demi bilik
    hingga ke seluruh rumah orang yang menjadi
    pembimbing pembaca tadi ialah pemberita.
  • - Mulakan intro dengan Who dan What.
  • - Pemilihan pendulu berpandukan fakta penting
    luar biasa.

10
  • Peristiwa luar biasa lebih menarik minat pembaca
    daripada peristiwa biasa yang mendatar dan
    bersahaja. Walaubagaimanapun, pemilihan pendulu
    banyak bergantung kepada jenis berita sama ada
    berita berat, berita susulan dan sebagainya.

11
  • Mansor Ahmad Saman berpendapat bagi menghasilkan
    pendulu yang baik-
  • - ayat yang digunakan mestilah tidak melebihi 25
    perkataan.
  • - 2-3 baris ayat sudah memadai bagi menghasilkan
    pendulu yang baik.
  • Contoh-
  • KUALA LUMPUR 15 Okt. - Sekumpulan penjenayah
    memecah masuk sebuah syarikat pembinaan milik
    Datuk Lee Chong Wei di Bandar Puteri Puchong
    dekat sini dan turut mencuri gambar
    praperkahwinan jaguh badminton negara itu dengan
    teman wanitanya, Wong Mew Choo.

12
  • Tujuan Pendulu
  • 1. Untuk menarik perhatian pembaca
  • 2. Memudahkan pembaca

13
Jenis-jenis Pendulu (Berita Berat)
  • 1. PENDULU TRADISIONAL _at_ PRAMID TERBALIK
  • - Intro tradisional adalah pendulu yang ditulis
    secara piramid terbalik.
  • - Fakta paling penting kejadian atau peristiwa
    atau kejadian diletakkan paling atas diikuti
    dengan fakta-fakta penting yang lain, fakta
    sokongan maklumat-maklumat mendokong berita.
  • - Kebanyakan intro lazimnya menguatkan elemen
    siapa apa.

14
  • Di kalangan siapa ada yang penting dan ada yang
    tidak begitu penting. Kalau dia dikenali,
    kedudukannya _at_ jawatannya tidak perlu disebut
    dalam intro.
  • Contoh 1 (libatkan orang yang terkenal)
  • KUALA LUMPUR 15 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin
    menggesa pakatan pembangkang terutama Pas supaya
    mengetepikan perbezaan politik untuk bekerjasama
    dengan Barisan Nasional (BN) bagi membantu
    pendaftaran pemilih

15
  • tetapi nama tidak dikenali hanya akan menjadi
    intro dalam musibah seperti kemalangan jalan
    raya, atau terlibat dalam jenayah
  • Contoh 2 (libatkan orang yang tidak terkenal)
  • JOHOR BAHRU 15 Okt. - Seorang pengetua sekolah
    agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari
    ini dengan 14 pertuduhan menyalahgunakan kuasa
    untuk mendapatkan suapan berjumlah RM1,120,462.40
    .

16
2. INTRO SATU _at_ DUA BUTIR _at_ LEBIH
  • Intro _at_ pendulu boleh memuatkan satu _at_ dua butir
    _at_ lebih. Sebaik-baiknya intro hendaklah satu
    butiran. Dengan itu mudah untuk difahami.
  • Contoh intro 1 butir
  • SHAH ALAM 16 Okt. - Mangsa renjatan elektrik
    bervoltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon bakal
    menyambung pelajarannya ke peringkat sijil
    kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan
    Pemulihan (PLPP).

17
  • Contoh intro 2 butir
  • IPOH 15 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa
    Malaysia (Perkasa) mengambil ketetapan untuk
    menyokong serta membantu memenangkan Barisan
    Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

18
  • Contoh intro 3_at_ lebih butir
  • KOTA BHARU - Kelab Penyokong Bola Sepak Siber
    Kelantan Darul Naim (kelate.net) menyifatkan
    kehilangan dua tonggak utama Red Warriors,
    Mohammad Ghaddar dan Norfarhan Mohammad tidak
    menjejaskan persiapan.

19
Jenis-jenis Pendulu (Berita Berterusan dan
Berita Susulan)
  • Intronya hendaklah memberi perkembangan terbaharu
    mengenai kejadian itu dan pada waktu yang sama
    dimuatkan latar belakang kejadian itu. Ada dua
    jenis intro-
  • 1. Intro memikat
  • 2. Intro naratif

20
1. Intro Memikat
  • Mengaitkan isu yang diperkatakan dengan pembaca.
    Sering ditulis menggunakan teknik rencana.
  • Contoh
  • KOTA BHARU - HIDUNG anda selalu tersumbat akibat
    selesema. Hingus anda berwarna kuning dan pekat.
    Anda juga sering batuk serta berasa penat dan
    pening. Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas
    gigi dan dahi sering berasa gatal.

21
2. Intro naratif
  • Gaya naratif memulakan intro dengan penuh drama
    dengan tumpuan diberi kepada karektor
    utamanya.Intro ini terdapat dalam berita jenayah
    atau mahkamah.
  • Contoh
  • SHAH ALAM Seorang suami yang berdrama sedih
    berikutan kematian isterinya serta mahu berita
    kematian itu tidak dihebahkan, ditahan polis
    selepas bedah siasat mayat wanita itu mendapati
    lehernya mempunyai kesan lebam.

22
2. Tubuh Berita
  • Terdapat maklumat penting di bahagian ini. Namun
    ia tidak sepenting bahagian pendulu. Ia merupakan
    huaian, rincian berita dari maklumat yang
    terdapat di bahagian pendahuluan.
  • Contoh
  • SHAH ALAM 15 Okt. - Seorang lelaki yang membuat
    laporan isterinya mati akibat terjatuh di bilik
    mandi rumah mereka di Apartmen Kiambang, Taman
    Bukit Subang di sini Sabtu lalu, ditahan polis
    selepas pihak hospital menemui kesan lebam di
    leher mayat wanita itu.
  • Lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai tiga orang
    anak berusia 10 bulan, 6 dan 7 tahun itu ditahan
    selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah
    (IPD) Shah Alam di sini pukul 4 petang semalam.

23
3. Penutup Berita
  • Menempatkan maklumat yang tidak berapa penting
    dengan badan berita. Hanya untuk menyokong
    bahagian badan dan pendulu.
  • Contoh
  • SHAH ALAM 15 Okt. - Seorang lelaki yang membuat
    laporan isterinya mati akibat terjatuh di bilik
    mandi rumah mereka di Apartmen Kiambang, Taman
    Bukit Subang di sini Sabtu lalu, ditahan polis
    selepas pihak hospital menemui kesan lebam di
    leher mayat wanita itu.
  • Lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai tiga orang
    anak berusia 10 bulan, 6 dan 7 tahun itu ditahan
    selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah
    (IPD) Shah Alam di sini pukul 4 petang semalam.
  • Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior
    Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata,
    suspek memaklumkan yang isterinya terjatuh di
    dalam bilik air ketika membawa wanita itu ke
    Hospital Sungai Buloh dekat sini.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com