KULIAH 6 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 22
About This Presentation
Title:

KULIAH 6

Description:

... dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat. Cth: Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan Kos cetak RM6.50/naskah 15. Tanda Penyingkat ( ) ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:130
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 23
Provided by: yola415
Category:
Tags: kuliah

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KULIAH 6


1
KULIAH 6 TANDA BACA
2
MENGAPA TANDA BACA DIANGGAP SAMA PENTING DENGAN
EJAAN, DAN BAGAIMANAKAH PENGGUNAANNYA YANG TIDAK
TEPAT BOLEH MENGELIRUKAN PEMBACA?
3
Tanda baca sama pentinnya dengan ejaan
kedua-duanya menentukan keberkesanan penyampaian
mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda
baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca.
Dalam tulisan rumi bahasa Melayu terdapat 15
tanda baca yang digunakan dengan mantap.
1. Tanda Titik (.) 9. Tanda Seru (!)
2. Tanda Koma (,) 10. Tanda Kurung ( () )
3. Tanda Koma Bertitik () 11. Tanda Kurung Siku ( )
4. Tanda Titik Bertindih () 12. Tanda Petik ( )
5. Tanda Sempang (-) 13. Tanda Petik Tunggal ( )
6. Tanda Pisah (-) 14. Tanda Garis Miring ( / )
7. Tanda Elipsis (.) 15. Tanda Penyingkat ( )
8. Tanda Tanya/Soal (?)
4
  • 1. TANDA TITIK (.)
  • Tanda titik atau noktah digunakan seperti
    berikut
  • Di akhir setiap ayat lengkap
  • Cth UKM ialah sebuah institusi yang
    bertanggungjawab memperkembangkan bahasa Melayu.
  • Di akhir ayat perintah atau suruhan yang
    kadang-kadang terdiri dari pada satu suku kata
    sahaja.
  • Cth Berhenti.
  • Jangan buang sampah di sini.
  • Penamat ayat tanya yang berbentuk retorik yang
    tidak memerlukan jawapan.
  • Cth Mengapa kita tidak meneruskan perbuatan ini
    lebih lama lagi.
  • Penamat ayat tanya dalam ragam cakap pindah.
  • Cth Dia bertanya siapakah nama anda.
  • Kependekan nama.
  • Cth P. Ramlee

5
  • 1. TANDA TITIK (.)
  • Tanda titik atau noktah digunakan seperti
    berikut
  • Akhir singkatan gelar, jawatan, pangkat dan
    sapaan.
  • Cth Dr. (Doktor) En. (Encik) Pn. (Puan)
  • Singkatan kata atau ungkapan yang sudah sangat
    umum. Bagi singkatan yang terdiri daripada tiga
    huruf atau lebih, hanya dipakai satu tanda titik.
  • Cth b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada)
    u.p (untuk perhatian)
  • Selepas setiap nombor senarai.
  • Cth Buah-buahan tempatan yang dieksport ialah
  • 1. Pisang.
  • 2. Durian.
  • 3. Manggis.
  • Di belakang angka atau huruf dalam suatu
    bahagian, iktisar dan daftar.
  • Cth 1.1 Pendahuluan
  • 1.2 Umum

6
1. TANDA TITIK (.) Tanda titik atau noktah
digunakan seperti berikut J. Memisahkan angka
jam, minit dan saat yang menunjukkan waktu, dan
memisahkan angka ringgit dan sen. Cth RM3.30
k. Tanda perpuluhan atau pecahan Cth 1.5
peratus 6.3 x 4.5 l. Dibelakang alamat yang
akhir dan tahun dalam pendahuluan surat
menyurat. Cth No. 38, Jalan Delima
Merkar, Kampung Sungai Tangkas, 43000
Kajang, Selangor. 23 Ogos, 2010.
7
  • 2. Tanda Koma ( , )
  • Berfungsi sebagai unsur pemisah.
  • Memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang
    berurutan.
  • Cth Bendera itu berjalur putih, kuning dan
    hitam.
  • Tanda koma hendaklah diguna sebelum dan,
    atau, dan serta yang diikuti dengan frasa.
  • Cth kata bentuk aspek menerangkan sama ada
    sesuatu perbuatan itu belum, sedang atau sudah
    dilakukan.
  • Memisahkan unsur nombor yang berurutan.
  • Cth Sudah lima kali ia membilang sepuluh, dua
    puluh, tiga puluh, hingga ke seratus.
  • Memisahkan perbilangan dan pengulangan.
  • Cth satu, dua, tiga!
  • Memisah kata atau ungkapan yang diulangi.
  • Cth tidak lain yang dibuatnya, melainkan
    menjerit, menjerit, menjerit!
  • Memisah beberapa ayat setara.
  • Cth Pelita itu dinyalakan, dibawa masuk ke
    bilik tidur, diletakkan di hujung katil.

8
  • 2. Tanda Koma ( , )
  • Berfungsi sebagai unsur pemisah.
  • Memisahkan kata hubung tak setara atau
    bertentangan fakta daripada ayat induk.
  • Cth Tidak dibenarkan masuk, kecuali dngan
    urusan
  • Memisahkan baris-baris pantun khususnya akhir
    baris pertama dan baris ketiga.
  • Cth Tuai padi antara masak,
  • Esok jangan layu-layuan
  • Intai kami antara nampak,
  • Esok jangan rindu-rinduan.
  • Memisahkan bahagian awal ayat dengan petikan
    langsung.
  • Cth Katanya, saya akan datang pada hari
    Rabu.
  • Memisahkan klausa komplemen yang mendahului ayat
    induk (dlm ayat songsang)
  • Cth Untuk menyiapkan projek itu, mereka
    memerlukan perbelanjaan yang banyak

9
  • 2. Tanda Koma ( , )
  • Berfungsi sebagai unsur pemisah.
  • Memisahkan kata seru di hadapan ayat induk.
  • Cth Aduhai, seksanya badan yang menanggung
    rindu!
  • Memisahkan nama khas atau judul pendahuluan di
    akhir ayat.
  • Cth Tuan Setiausaha, apakah keputusan mesyuarat
    yang lalu?
  • Memisahkan kata pangkal ayat sebagai kata
    praklausa.
  • Cth Hatta, baginda pun belayarlah dengan
    senang hati.
  • b. Sebelum klausa yang berfungsi sebagai
    pelengkap
  • Cth Pegawai itu berkata, siasatan akan dibuat
    segera.
  • c. Selepas kata hubung pangkal ayat.
  • Cth Masalah itu tidak akan dapat diselesaikan
    oleh penduduk bandar itu sahaja. Oleh itu, pihak
    berkuasa perlu campur tangan.
  • d. Sebelum kata hubung tertentu di akhir ayat.
  • Cth Ada enam orang lagi yang terlibat dalam
    peristiwa itu, sebenarnya.

10
  • 2. Tanda Koma ( , )
  • e. Selepas kata hubung di pangkal ayat kedua
    dalam ayat yang disatukan dengan tanda koma
    bertitik.
  • Cth Dia sudah berlepas dahulu padahal, kita
    telah berjanji akan pergi bersama-sama.
  • f. Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang
    menjadi penjelasan lanjut kepada frasa akhir
    dalam ayat induk
  • Cth Dia ke bandar dengan kereta adiknya, Proton
    Wira Biru.
  • g. Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang
    bermula dengan iaitu, yakni,
  • Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang
    membawa erti penidakan atau penafian
  • Cth Dia dilahirkan di Surabaya, bukan di
    Medan.
  • Memisahkan ayat petikan langsung.
  • Cth Ayahnya berasal dari Mataram, emaknya,
    Sulawesi.

11
  • 3. Tanda Koma Bertindih( )
  • Tanda koma bertindih digunakan seperti berikut
  • Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang
    biasanya disambung dengan kata hubung dan,
    tetapi, namun dan lalu.
  • Cth Membaca menambahkan ilmu berfikir
    mempertajam akal jadikanlah kedua-dua ini
    pegangan hidupmu.
  • Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung
    juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu,
    oleh yang demikian dan sebagainya.
  • Cth Seminar akan diadakan pada minggu depan
    oleh yang demikian, kita perlu bermesyuarat untuk
    membuat persiapan.
  • c. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam
    sesuatu ayat.
  • Cth Karya ini menggunakan berbagai-bagai
    pendekatan ada yang membuat analisis karya
    Zaba. Disesuaikan ke dalam bentuk buku teks ada
    yang menerapkan teori-teori baharu.

12
  • 4. Tanda Titik Bertindih( )
  • Tanda titik bertindih memenuhi fungsi berikut
  • Memperkenalkan atau menambah keterangan.
  • Cth Prinsip hidup saya senang sahaja Tekun dan
    ikhlas.
  • Memisahkan
  • Subjudul daripada judul utama buku dalam
    penulisan.
  • Cth Politik kini Prinsip dan Persoalan.
  • Nombor adegan daripada nombor babak drama,
    lakonan atau filem. Juga dalam surah al-Quran
  • Cth Atap Genting Atap Rembia 23 (bermaksud
    adegan 2, babak 3).
  • Al-Baqarah 229 (bermaksud surah 2, ayat 29).
  • Nombor jilid, bilangan dan halaman rujukan bagi
    majalah.
  • Cth Dewan Budaya 642 (bermaksud bilangan 6,
    halaman 42)
  • Dalam teks drama, sesudah kata yang menunjukkan
    pelaku dalam percakapan.
  • Cth Ibu Bawa bungkusan ini, Fatin!
  • Fatin Baik, bu

13
  • 5. Tanda Sempang ( - )
  • Tanda sempang umumnya digunakan untuk
    mengurangkan kekeliruan.
  • Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu
    perkataan
  • Cth K-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-u-n-g
  • Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.
  • Cth M-m-maksud saya begitulah, katanya
    dengan gagap
  • c. Memisahkan angka yang berbeza fungsinya.
  • Cth 03-89216885
  • d. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan
    untuk menyatakan sifat.
  • Cth Anglo-China Indo-Belanda
  • e. Menunjukkan kata ganda.
  • Cth gotong-royong
  • Merangkaikan unsur bahasa Melayu dengan unsur
    bahasa asing.
  • Cth Meng-upgred-kan

14
  • 6. Tanda Pisah ( - )
  • Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya dua
    kali tanda sempang dan tidak diapit oleh ruangan
  • Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu
    siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir
    ayat.
  • Cth Novel yang dibacanya itu meninggalkan
    berbagai-bagai kesan pada dirinya sedih,
    gembira, marah, kesal.
  • Menunjukkan aliran fikiran penulis yang
    terganggu, terhenti atau berubah-ubah. Untuk
    menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di
    celah ayat, tanda ini digunakan.
  • Cth Mereka semua mengenal Haji Nayan - guru
    tua di pekan kecil itu - sebagai seorang
    dermawan.
  • c. Menggantikan perkataan hingga, ke,
    sampai.
  • Cth Jun - Ogos
  • 1952 - 1996

15
  • 7. Tanda Elipsis ( )
  • Elipsis ialah tiga titik ( ) yang mempunyai
    jarak biasa dengan fungsi berikut
  • Menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya
    petikan, sama ada di bahagian awal, tengah atau
    akhir sesuatu ayat atau teks.
  • Cth sesiapa yang bertaqwa kepada Allah
    nescaya. Dia akan mengadakan baginya jalan
    keluar, dan memberinya rezeki dengan tidak
    disangka-sangka (Surah al-Talaq 652-3)
  • Menunjukkan satu siri atau senarai nama yang
    bersambung yang bermaksud dan seterusnya atau dan
    sebagainya.
  • Cth Anak kecil itu baru belajar mengira 1, 2,
    3
  • c. Menandakan hentian sebentar dalam pengucapan,
    atau penyampaian idea tidak lancar.
  • Cth Siapkan laporan itu hari ini juga.
    Kemudian beri satu salinan kepada Abu.

16
  • 8. Tanda Tanya/Soal ( ? )
  • Tanda tanya atau soal memenuhi fungsi berikut
  • Digunakan pada akhir ayat untuk menyatakan
    soalan, sama ada ayat itu dimulai dengan kata
    soal ataupun tidak.
  • Cth Berapa harikah dia akan tinggal di sini?
  • Saya sudah memberitahu mereka tentang perkara
    itu, bukan?
  • Tanda soal dalam tanda kurung menyatakan ada
    fakta dalam ayat itu yang diragui atau kurang
    dapat dibuktikan kebenarannya.
  • Cth Ia dilahirkan pada tahun 1959 (?)
  • Wang sebanyak RM3 juta (?)
    hilang
  • Tanda Seru ( ! )
  • Digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang
    beupa seruan, perintah atau mengungkapkan
    kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang
    kuat.
  • Cth Amboi! Cantiknya baju yang dipamerkan itu!

17
  • 10. Tanda Kurung ( () )
  • Tanda kurung digunakan untuk tujuan tertentu
    seperti berikut
  • Mengapit singkatan, akronim, keterangan, atau
    penjelasan tambahan.
  • Cth Latihan itu akan diadakan di BPG (Bahagian
    Pendidikan Guru)
  • Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan.
  • Cth Berbagai-bagai jenis ayat dalam bahasa
    Melayu dapat dipelajari daripada buku Tatabahasa
    Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al.,
    1994)
  • c. Mengapit angka atau abjad yang menunjukkan
    bilangan.
  • Cth Saksi itu memberi keterangan dalam tiga
    peringkat, iaitu
  • (i) Pemeriksaan utama
  • (ii) Pemeriksaan balas
  • (iii) Pemeriksaan semula
  • Keterangan boleh juga dituliskan dalam ayat
    seperti berikut
  • Cth Saksi itu memberi keterangan dalam tiga
    peringkat, iaitu
  • (i) pemeriksaan utama, (ii) pemeriksaan balas,
    dan (iii) pemeriksaan semula.

18
  • 11. Tanda Kurung Siku ( )
  • Tanda kurung siku mengapit huruf, kata atau
    kelompok kata yang ditambah kepada bahagian teks
    yang ditulis oleh orang lain untuk memudahkan
    pembacaan.
  • Cth Sang Sapurba men d engar bunyi gemersik.
  • Tanda kurung siku mengapit tahun dalam tatacara
    sebutan kes diikuti dengan rujukan halaman.
  • Cth Azimah lwn Nordin 1968 MLJ 123.
  • c. Tanda kurung siku mengapit ayat penjelas yang
    mempunyai keterangan dalam tanda kurung
  • Cth Penjelasan tentang tajuk kecil ini (lihat
    Bab 30) dibuat dengan panjang lebar.

19
  • 12. Tanda Petik ( )
  • Tanda ini digunakan untuk tujuan seperti berikut
  • Mengapit cakap ajuk, petik langsung daripada
    naskah atau bahan bertulis.
  • Cth Bila sampai? tanya Munawar.
  • Pagi tadi, jawab Majnun.
  • Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab
    buku yang dipakai dalam ayat.
  • Cth Karangan Mana Sikana yang berjudul
    Membina Keunggulan Menurut Teori Tks Dealisme
    diterbitkan dalam Dewan Sastera.
  • Sajak Ayah, karya seorang pelajar BM2,
    telah dideklamiskan pada pertandingan Risisita
    III.
  • c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang
    mempunyai erti khusus.
  • Cth Kusairi sedang menyediakan anatomi
    halaman buku ini.

20
13. Tanda Petik Tunggal ( ) Tanda petik
tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang
sudah diapit tanda petik Cth Amboi! Sejak
menjadi orang kaya baru, batang hidungnya pun
tak nampak, sindir Ramli. 14. Tanda Garis
Miring ( / ) Tanda ini digunakan seperti
berikut a. Nombor rujukan surat rasmi. Cth
DBP/174/12/4 K.5 (28) b. Sebagai pengganti kata
dan, atau, dan per ataupun dipakai semasa menulis
nombor alamat. Cth Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan
Kos cetak RM6.50/naskah 15. Tanda Penyingkat
( ) Tanda penyingkat ini digunakan untuk
menunjukkan ada bahagian kata atau nombor yang
hilang. Cth Malam dah tiba. (dah sudah)
Hal ini terjadi tahun 45 (45 1945)
21
KULIAH DAH HABIS TAPI TUGAS BELUM LAGI YA.
22
  • KUASA PENGGUNA
  • 1 PENGGUNA 1 SUARA
  • Kuasa pengguna ditakrifkan sebagai pengguna mampu
    mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran
    barang dan perkhidmatan dalam pasaran yang
    kompleks. Melalui kuasa yang ada pada mereka,
    mereka boleh mencorakkan pola permintaan terhadap
    barangan dan perkhidmatan tersebut. Pengguna juga
    berkuasa memastikan penipuan, penyelewengan dan
    penindasan oleh peniaga tidak berlaku
    sewenang-wenangnya melalui peningkatan
    pengetahuan, memperkuatkan jati diri, mengetahui
    dan mengamalkan hak mereka sebagai pengguna.
  • Kuasa pengguna dapat diperlihatkan melalui
  • Pengguna berkuasa dalam pasaran
  • Pengguna bersatu menuntut hak
  • Sebulat suara dalam tindakan
  • 1 pengguna bermaksud pengguna perlu bertindak
    secara bersepadu dalam satu masyarakat pengguna
    yang kuat dan membentuk satu pengguna yang
    bergerak seiring secara efektif dan mewakili satu
    golongan yang kuat dan disegani. Pengguna juga
    mempunyai hak yang sama tanpa mengira latar
    belakang mereka dan hak ini perlu dihormati.
  • 1 suara mempunyai maksud setiap pengguna perlu
    bertindak secara besepadu untuk menegakkan amalan
    dan nilai kepenggunaan yang bersifat sejagat.
    Ini bermakna pengguna perlu bertindak sebagai
    satu entiti yang bermatlamat untuk mencapai suatu
    kehendak dan hak yang sama melalui penglibatan
    secara berkumpulan, sama ada dalam organisasi
    atau persatuan.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com