ISMAIL AHMAD - PowerPoint PPT Presentation

1 / 10
About This Presentation
Title:

ISMAIL AHMAD

Description:

MERAH SILU ISMAIL AHMAD SINOPSIS Setelah berkahwin Merah Gajah dengan Puteri Betong, dikurniakan 2 orang anak lelaki bernama Merah Silu dan Merah Hasum. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:117
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 11
Provided by: word1495
Category:
Tags: ahmad | ismail | about | liar

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ISMAIL AHMAD


1
MERAH SILU
  • ISMAIL AHMAD

2
SINOPSIS
  • Setelah berkahwin Merah Gajah dengan Puteri
    Betong, dikurniakan 2 orang anak lelaki bernama
    Merah Silu dan Merah Hasum.
  • Selama ini Merah Gajah tidak mengetahui isterinya
    mempunyai sehelai rambut keemasan di tengah
    kepala sehinggalah beliau terpandang semasa
    isterinya sedang menyikat rambut.
  • Merah Gajah hendak mencabut tetapi dihalang oleh
    isterinya. Semasa isterinya tidur, Merah gajah
    mencabut rambut itu lalu keluarlah darah dari
    liang rambut tersebut. Sebaik darah berhenti,
    Puteri Betong pun hilang.
  • Berita Puteri Bentong hilang diketahui
    ayahandanya, Raja Muhammad lalu dibunuh
    menantunya. Berita pembunuhan Merah Gajah
    diketahui oleh ayahandanya, Raja Ahmad lalu
    berlakunya peperangan antara kedua kerajaan
    mereka.
  • Kedua-duanya meninggal dunia.
  • Merah Silu dan Merah Hasum meninggalkan negeri
    Semerlang. Mereka sampai di negeri Beruana dan
    membuka perkampungan di sana.

3
SAMBUNGAN SINOPSIS
  • Suatu hari ketika Merah Silu bermain di sungai,
    beliau melihat banyak ikan dan meminta orang
    membuat bubu untuknya.
  • Setelah bubu dipasang dan diangkat, dipenuhi
    dengan cacing selama 3 hari berturut-turut. Lalu
    Merah Silu mengambil keputusan merebus cacing
    tersebut dan dengan takdir Allah cacing itu
    bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
  • Suatu hari Merah Silu mengupah orang membuat
    lubang untuk menangkap dan mengurung kerbau liar,
    dan berita itu sampai kepada Merah Husam lalu
    meminta Merah Silu keluar dari negeri itu jika
    tidak mengikut katanya.
  • Merah Silu meninggalkan negeri itu dengan membawa
    semua harta dan kerbaunya hingga sampai ke
    Karang. Penduduk di situ meminta beliau tidak
    berada di sana kerana kerbau beliau memusnahkan
    tanaman penduduk.
  • Merah Silu keluar dari Karang dan sampai ke Buluh
    Tenang dan bertemu Megat Iskandar lalu mempelawa
    Merah Silu tinggal di sana. Merah Silu bermohon
    kepada Megat Iskandar agar menjadi bapa
    angkatnya.
  • Merah Silu gemar menyabung ayam, sesiapa yang
    kalah dibayar taruhan dan diberikan kerbau oleh
    beliau. Pada penonton juga diberikan seekor
    kerbau.

4
SAMBUNGAN SINOPSIS
  • Megat Iskandar bercadang menjadikan Merah Silu
    raja Rimba Jerun namun Tun Aria Benong tidak
    bersetuju.
  • Setelah Merah Silu diangkat menjadi raja, datang
    Sultan Maliku 1-Nasar ke Rimba Jerun lalu
    berlakunya peperangan. Sultan Maliku berundur ke
    Benua dan diserang selepas itu oleh Merah Silu di
    sana menyebabkan baginda berundur ke rimba.
  • Merah Silu menamakan Benua itu sebagai Pertama
    Terjun.
  • Merah Silu memerangi lagi Sultan Maliku1-Nasar
    sehingga beliau berundur ke Gunung Telawas tetapi
    Sultan Maliku berjaya melepaskan diri. Merah Silu
    menamakan tempat itu Kubu.
  • Sultan Maliku terus berundur dari Pekersang ke
    Kumat.
  • Berita tentang Sultan Maliku diketahui oleh Megat
    Iskandar lalu menyerang Sultan Maliku sehingga
    kalah.
  • Seorang hulubalang Sultan Maliku iaitu Tuan Aria
    Benong lari ke Barus dan ditangkap oleh raja
    Barus.
  • Akhirnya Merah Silu dirajakan oleh Megat Iskandar
    sebagai raja di Rimba Jerun.

5
TEMA DAN PERSOALAN
6
WATAK DAN PERWATAKAN
MERAH SILU
  • Anak kepada Merah Gajah dan Puteri Betong.
    Mempunyai saudara yang bernama Merah Husam.
  • Kematian ibu disebabkan ayahandanya mencabut
    rambut keemasan di kepala ibunya.
  • Negerinya musnah akibat peperangan antara
    datuknya sesama sendiri.
  • Meninggalkan negeri Semerlanga bersama-sama Merah
    Husam dan beliau membuka kampung di negeri
    Beruana.
  • Semasa menahan bubu, bubunya dipenuhi cacing,
    apabila direbus, dengan takdir Allah, cacing itu
    menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
  • Seorang yang kaya dengan harta dan emas. Berjaya
    menangkap kerbau liar dan menjinakkannya.
    Perbuatannya tidak disukai oleh Merah Husam lalu
    dihalau dari Beruana.
  • Telah berhijrah ke Karang dan seterusnya ke Rimba
    Jerun. Meminta Megat Iskandar menjadi bapa
    angkatnya. Suka menyabung ayam.
  • Seorang yang pemurah dan memberi wang taruhan dan
    kerbau pada mereka yang kalah menyabung dengan
    ayamnya.
  • Gagah perkasa kerana mengusir Sultan
    Maliku1-Nasar dan diangkat menjadi raja Rimba
    Jerlun oleh Megat Iskandar.

7
SAMBUNGAN WATAK DAN PERWATAKAN
MEGAT ISKANDAR
Maliku1-Nasar
  • Seorang yang baik hati apabila menjamu Merah Silu
    apabila Merah Silu sampai ke negerinya, Buluh
    Telang.
  • Merajakan Merah Silu sebagai Raja Rima Jerlun.
  • Bapa angkat Merah Silu dan kakanda kepada Sultan
    Maliku1-Nasar.
  • Menyerang Sultan Maliku1-Nasar di Kumat.
  • Adinda kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah
  • Menyerang Merah Silu di Rimba Jerlun.
  • Diusir Merah Silu dalam setiap peperangan.
  • Dikalahkan oleh Megat Iskandar semasa berperang
    di Kumat.
  • Tindakannya memerangi Merah Silu disokong oleh
    Tun Aria Benong.

8
LATAR
9
NILAI MURNI
10
PENGAJARAN
  • Kita hendaklah mengetahui kelemahan isteri
  • Kita perlu berhijrah untuk membina kehidupan
    baru.
  • Kita wajar menolong antara satu sama lain.
  • Kita hendaklah mengawal perasaan marah.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com