WACANA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

WACANA

Description:

KOHESI DAN KOHERENSI Hubungan penyesuaian alami ialah hubungan yang bersifat gramatikal. Hubungan yang bersifat gramatikal tentulah kohesi dan menjadi asas koherensi. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:4040
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 37
Provided by: FBMK8
Category:
Tags: wacana | muhammad

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: WACANA


1
MINGGU 14
Tatabahasa Wacana
2
OBJEKTIF
  • Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan
  • pengertian wacana
  • unsur penting wacana
  • konteks wacana
  • kohesi dan keherensi

3
WACANA
  • Kita menggunakan bahasa dalam kewujudan ayat yang
    saling berkaitan. Ayat pertama berkait dengan
    ayat kedua, ayat kedua berkait dengan ayat
    ketiga, dan seterusnya.
  • Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan
    tertinggi/terbesar atas ayat/klausa dengan
    koherensi dan kohesi tinggi yang
    berkesinambungan, yang mempunyai awal dan akhir,
    yang nyata disampaikan secara lisan atau tulisan.

4
UNSUR PENTING WACANA
  • Satuan bahasa
  • Terlengkap/terbesar/tertinggi
  • Di atas ayat
  • Teratur/tersusun rapi, dan wujud rasa koherensi
    (kepaduan bentuk)
  • Berkesinambungan
  • Rasa kohesi (kepaduan isi)
  • Lisan atau tulisan
  • Awal dan akhir yang nyata

5
WACANA LISAN DAN TULISAN
  • Wacana lisan yang menekankan interaksi antara
    penutur dengan pendengar ialah tanya jawab antara
    doktor dengan pesakit, polis dengan pesalah,
    hakim dengan terdakwa
  • Wacana lisan yang menekankan isi ialah pidato,
    ceramah, dakwah, deklamasi atau kuliah.
  • Wacana tulisan yang bersifat interaksi
    termasuklah polemik, surat menyurat antara
    ilmuan, sasterawan, sahabat dan kekasih.
  • Wacana tulisan yang bersifat transaksi ialah
    instruksi, pemberitahuan, pengumuman, iklan,
    surat, undangan, makalah, esei, cerpen dan novel.
  • Wacana memerlukan penyapa dan pesapa. Dalam
    wacana lisan, penyapa ialah pembicara dan pesapa
    ialah pendengar. Dalam wacana tulisan, penyapa
    ialah penulis, dan pesapa ialah pembaca.

6
IMPLIKASI KONVENSIONAL DAN UJARAN
  • Implikasi konvensional didasarkan pada
    pengetahuan kita tentang dunia, dan implikasi
    ujaran didasarkan pada data ayat dalam arus
    ujaran. Contoh
  • (a) Ahmad ke sekolah pagi-pagi lagi
  • Ia terlupa membawa kunci bilik guru.
  • (b) Jangan pulang malam-malam, Minah!
  • (c) Bagaimana Amin sekarang?
  • Sudah baik. Dia tidak memukul isterinya lagi.
  • (d) Perutku sudah berbunyi.
  • kan, ada restoran di sana!

7
KONTEKS WACANA
  • Konteks wacana terdiri daripada pelbagai unsur
    seperti situasi, pembicara, pendengar, waktu,
    tempat, adegan, topik/judul, peristiwa, bentuk
    amanat, kod, saranan.
  • Bentuk amanat mungkin berupa surat, esei, iklan,
    pemberitahuan, pengumuman
  • Kod ialah ragam bahasa yang digunakan seperti
    bahasa Melayu baku, dialek, ideolek
  • Saranan ialah wahana komunikasi yang memerlukan
    kontak langsung antara pembicara dengan
    pendengar, mungkin melalui telefon, televisyen,
    komputer

8
KONTEKS WACANA
  • Wacana ujaran yang sama mungkin mempunyai
    pengertian yang berbeda jika situasi dan unsur
    lainnya berbeda. Contoh Situasi 1
  • Pembicara seorang ahli kumpulan pengembara
  • Pendengar anggota kumpulan pengembara yang lain
  • Tempat hutan tebal
  • Waktu senja
  • Situasi kumpulan itu telah lama mencari jalan
    keluar dari hutan tebal itu. Mereka mula berasa
    ragu, dan beranggapan bahawa mereka telah
    tersesat. Ketua kumpulan itu tiba-tiba maju ke
    hadapan, dan mula menebas kayu-kayan untuk
    memulakan perjalanan. Seorang ahli kumpulan
    berkata Izam itu memangnya seorang pemberani

9
KONTEKS WACANA
  • Situasi 2
  • Pembicara seorang mahasiswa UPM
  • Pendengar kumpulan mahasiswa seprogram
  • Tempat Dataran Pelajar, FBMK
  • Situasi
  • Sekumpulan mahasiswa sedang mengusik sekumpulan
    mahasiswi. Kecuali Izam yang diam sahaja, dan
    kelihatan tidak berminat. Seorang mahasiswa
    berkata, Izam itu memang pemberani

10
KONTEKS WACANA
  • Dalam situasi 1, pemberani bermaksud mempunyai
    sifat berani (mempunyai hati yang mantap dan rasa
    percaya diri yang besar dalam menghadapi bahaya,
    kesulitan, dan sebagainya.
  • Dalam situasi 2, pemberani bermaksud sebaliknya,
    iaitu penakut atau pemalu.

11
KONTEKS WACANA
  • Jika seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun
    mengatakan
  • Saya dapat melompat parit besar itu.
  • Kita yang mendengar akan berasa kagum dan hairan
    kerana dalam keadaan biasa, kanak-kanak yang
    berusia 4 tahun tidak mungkin dapat melompat
    parit besar itu. Jika yang berkata itu seorang
    pemuda yang berusia 20-an, tentu kita mempunyai
    tanggapan yang berbeda.

12
KONTEKS WACANA
  • Perbedaan pendengar juga akan membawa pengertian
    yang berbeda. Ungkapan kamu manis sekali akan
    menimbulkan tanggapan dan kesan rasa yang
    berbeda, bergantung pada siapakah yang ditujukan
    ungkapan itu.
  • Seorang anak kecil
  • Anak gadis yang berusia 15 tahun
  • Janda beranak dua
  • Wanita 30-an
  • Wanita 40-an
  • Nenek yang berusia 60-an

13
KONTEKS WACANA
  • Ungkapan yang sama dapat menerbitkan makna yang
    berbeda berasaskan perangkat benda yang menjadi
    konteksnya. Contoh
  • Mahasiswa di sini memiliki buku dan komputer
    sendiri.
  • Orang di sini selalu memperhatikan pelancong
    asing.
  • Sungai Pahang menjadi sumber kehidupan penduduk
    di sini.
  • Rukun Negara menjadi wawasan kami di sini.

14
KONTEKS WACANA
  • Frasa preposisi tempat di sini mewujudkan
    fenomenon berikut
  • Bilik kuliah/universiti disyaratkan adanya
    mahasiswa, buku dan komputer (mahasiswa di sini
    memiliki buku dan komputer sendiri).
  • Orang dan pelancong memunculkan kota, pekan atau
    tempat wisata (orang di sini selalu memperhatikan
    pelancong asing).
  • Sungai Pahang, sumber kehidupan dan penduduk,
    serta mewujudkan daerah aliran (Sungai Pahang
    menjadi sumber kehidupan penduduk di sini).
  • Rukun Negara dan wawasan hidup mewujudkan
    pengertian Malaysia (Rukun Negara menjadi wawasan
    kami di sini).
  • Berasaskan keadaan ini, dapat dibuat kesimpulan
    bahawa wacana dapat membentuk konteksnya sendiri.

15
KONTEKS WACANA
  • Perhatikan pula contoh ayat yang berikut
  • (a) Sekarang pukul berapa?
  • (b) Sekarang semuanya mahal.
  • (c) Di manakah anda tinggal sekarang?
  • (d) sekaranglah masa yang sesuai.
  • (e) Anda patut pergi sekarang.
  • Sekarang dalam (a) merujuk saat, iaitu masa
    peristiwa itu terjadi. Sekarang dalam (b),
    merujuk waktu yang lebih panjang dari (a),
    mungkin bertahun-tahun tetapi lebih pendek dari
    (c).
  • Ini menunjukkan bahawa makna sekarang berobah
    daripada satu ayat kepada ayat yang lain, sesuai
    dengan konteks situasi.

16
KONTEKS WACANA
  • Kepelbagaian makna suatu unsur dalam ayat dapat
    ditemukan pada pembaca, pendengar atau acuan
    unsur yang lain.
  • Pemilihan bentuk yang akan digunakan ditentukan
    oleh andaian pembicara tentang tahap pengetahuan
    pendengar. Contoh
  • Usman Awang! Usman Awang sasterawan negara
    sasterawan terkenal, Usman Awang sasterawan yang
    nama penanya Tongkat Warrat wanita yang
    bertudung labuh dan berbaju kebaya jejaka yang
    berkaca mata hitam, gadis yang selalu berpakaian
    lelaki, mahasiswi manis yang mengancam mahasiswa
    tampan dengan jambang dan kumis perempuan yang
    suka merayu dan menggoda

17
KONTEKS WACANA
  • Angkubah yang menarik ialah yang melibatkan
    pelbagai peranan yang dimainkan oleh seseorang
    dalam masyarakat. Secara umumnya, dalam sesuatu
    konteks sosial yang khusus, seseorang akan
    memainkan satu peranan pada satu-satu waktu
    tertentu. Contoh
  • Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
    Kebangsaan (NUTP), Tengku Habsah Tengku Petera
    berkata, kejadian menunjukkan betapa seriusnya
    masalah sosial dalam kalangan pelajar.
  • Bekas Pengerusi dan Pengarah Besar Tabung Haji,
    Tan Sri Hanafiah Ahmad berkata keadaan itu
    berlaku kerana

18
KONTEKS WACANA
  • Pengarah Eksekuti AFB, Lim Ching Choy, berkata
    dengan pembukaan cawangan di Kota Kinabalu itu
  • Anak keempat Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik
    Abdul Aziz, 34 memfailkan notis usul permohonan
  • Dalam ayat di atas, orang dikenali melalui
    peranannya yang relevan dengan isi tulisan.
    Walaupun pada hakikatnya, mereka juga berperanan
    sebagai suami, isteri, datuk, anak, saudara,
    pemain golf, penulis atau pelukis. Oleh sebab
    peranan lain itu tidak relevan dengan konteks,
    maka tidak ditampilkan pada kesempatan itu.

19
KONTEKS WACANA
  • Peranan lebih daripada satu mungkin juga relevan
    pada waktu tertentu. Selalunya dinyatakan sebagai
    kontras antara peranan itu. Contoh
  • Sebagai sahabat, saya hormat kerpadanya, tetapi
    sebagai rakan sekerja, saya menganggapnya kurang
    serius.
  • Kami menghargainya sebagai ketua, tetapi sebagai
    ilmuan, dia belum wajar mendapat penghargaan.
  • Saya suka akan wanita itu sebagai rakan kerja,
    dan dia sangat menyenangkan sebagai sahabat,
    tetapi sangat menyusahkan sebagai teman hidup.

20
KONTEKS WACANA
  • Unsur wacana atau konteks wacana penting dalam
    menentukan pentafsiran makna kerana dalam wacana,
    pengertian teks sering ditentukan oleh pengertian
    teks yang lain. Teks mungkin berupa ujaran,
    paragraf atau wacana lain.
  • Jika di suatu sudut, kita bertemu dengan papan
    tanda yang bertulis TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA
    ANDA, kita akan terpinga-pinga untuk mencari
    sebab mengapa kita harus menerima ucapan terima
    kasih. Apabila kita melihat pada sudut yang lain,
    tertulis DILARANG MEROKOK, barulah kita memahami
    mengapa kita diucapkan terima kasih. Pemahaman
    ini disebabkan oleh peranan konteks situasi.

21
KONTEKS WACANA
  • Perhatikan pula contoh yang berikut
  • (a) Kelihatan seorang wanita, dan seorang lelaki
    di anjung rumah itu.
  • (b) Wanita itu membaca buku dan tampak gembira,
    manakala lelaki itu tampak gelisah, dan berdiri
    dekat jendela kaca.
  • (c) Lelaki itu menjenguk ke luar dan menoleh ke
    kiri dan ke kanan.
  • (d) Ia tampak dukacita, dan tanpa bicara terus
    keluar.
  • (e) Sesampainya di sebuah restoran, lelaki
    itupun masuk.

22
KONTEKS WACANA
  • (f) Ia duduk pada sebuah meja, memesan minuman
    sambil menghisap rokok.
  • Wanita dalam (b) merujuk wanita dalam (a) yang
    sedang membaca buku dan tampak gembira. Lelaki
    dalam (b) merujuk lelaki dalam (a) yang gelisah
    dan berdiri dekat jendela kaca.
  • Pada (d) kata tanpa bicara terus keluar tentulah
    dilakukan oleh lelaki, kerana kata itu
    dirangkaikan oleh kata hubung dan. Ayat (e) dan
    (f) semuanya merujuk lelaki itu.
  • Pentafsiran wacana ini berasaskan prinsip
    pentafsiran tempatan. Prinsip ini menyatakan
    bahawa pesapa tidak membentuk konteks lebih besar
    daripada yang diperlukannya.

23
KONTEKS WACANA
  • Jika kita berada dalam sebuah bilik, dan seorang
    daripada kita berkata, mari keluar. Kita mungkin
    mentafsirkan bahawa kita keluar dari bilik. Kalau
    suasananya ialah kejemuan akibat terlalu lama
    tinggal di rumah, maka ungkapan mari keluar
    bermaksud keluar dari rumah, bukannya keluar dari
    bilik.
  • Prinsip pentafsiran tempatan dapat diterapkan
    pada waktu. Contoh
  • (a) Pada minggu itu agak dingin sewaktu aku ke
    Kajang untuk menziarahi makam ibuku. Pukul 10
    pagi aku tiba di makam itu.

24
KONTEKS WACANA
  • (b) Selesai menziarah, aku singgah di rumah
    teman lamaku di bandar itu. Dia dan isterionya
    sedang menikmati pagi itu dengan beristirahat di
    halaman rumahnya.
  • (c) Kami bertiga berbual-bual tentang kisah
    lama, tanpa sedar matahari telah tinggi. Setelah
    makan tengah hari di rumah kawanku itu, aku
    kembali ke Melaka pukul 4 petang.
  • Pembaca akan mentafsirkan bahawa pagi itu ialah
    pagi hari minggu. Ujaran aku kembali ke Melaka
    itu berlaku pada hari minggu itu juga. Pukul 4
    bermaksud jam 4 petang, bukannya 4 pagi, kerana
    dibatasi oleh ungkapan makan tengah hari.

25
KONTEKS WACANA
  • Prinsip analogi, iaitu penerapan akal untuk
    mentafsirkan makna sesuatu ungkapan. Prinsip ini
    digunakan oleh pembicara dan pendengar untuk
    menentukan tafsiran dalam konteks. Contoh
  • (a) Itu merupakan pukulan terpahit bagi
    Muhammad Ali yang pernah dialaminya.
  • (b) Itu merupakan pukulan terpahit bagi
    Muhammad Ali yang pernah dialaminya daripada
    sekian banyak pengurus yang telah dilantiknya.
  • Ayat (a) membawa pengertian bahawa pukulan
    terpahit itu ialah pukulan fizikal, tetapi
    analogi kita berobah apabila dalam ayat (b)
    ditambah daripada sekian banyak pengurus yang
    dilantiknya. Ungkapan ini memastikan bahawa
    pukulan terpahit itu bukanlah pukulan fizikal,
    tetapi musibah lain yang mungkin berupa penipuan

26
KOHESI
  • Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara
    proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh
    unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang
    membentuk wacana. Contoh
  • (a) Apakah yang dilakukan oleh si Minah?
  • (b) Dia memukul anaknya.
  • (c) Apakah yang dilakukan oleh si Minah?
  • (d) Jahanam itu memukul anaknya.
  • Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi
    dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan
    dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang
    merujuk si Minah. Pada ayat (d), perkaitan itu
    dinyatakan dengan frasa jahanam itu yang dalam
    konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu
    si Minah. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada
    kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai
    kesinambungan makna.

27
KOHERENSI
  • Koherensi juga merupakan perkaitan antara
    proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara
    eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat
    yang mengungkapkannya. Contoh
  • (a) Angkat telefon itu, Man!
  • (b) Aku sedang mandi, Ziz!
  • (c) OK!
  • Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c),
    perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi
    tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan
    gramatikal atau semantik.
  • Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek
    daripada ayat Aku sedang mandi, Ziz!. Oleh itu,
    aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara
    ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau
    begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.

28
KOHESI DAN KOHERENSI
  • Perbedaan antara kohesi dengan koherensi itu
    menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali
    gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga
    wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi.
    Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa
    koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak
    koherensi tidak mungkin membentuk suatu wacana.
    Contoh
  • (a) Siapakah yang dipukul oleh Ali?
  • (b) Ali memukul budak kecil itu.
  • Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat
    perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi
    tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a)
    ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan
    ialah orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan
    biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil
    itu (yang dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali
    memukul budak kecil itu.

29
KOHESI DAN KOHERENSI
  • Kohesi dapat dikenal pasti berdasarkan hubungan
    unsur ayat. Unsur ayat ini dihubungkan melalui
    kata hubung
  • Pertentangan yang dinyatakan dengan kata tetapi
    atau namun.
  • Pengutamaan yang dinyatakan dengan kata malahan
    atau bahkan.
  • Pengecualian yang dinyatakan dengan kata kecuali.
  • Penyetujuan yang dinyatakan dengan kata walaupun
    atau meskipun.
  • Tujuan yang dinyatakan dengan kata agar atau
    supaya.

30
KOHESI DAN KOHERENSI
  • Contoh
  • Ayahnya bersetuju, ia ke bulan, tetapi ibunya
    tidak membenarkannya pergi.
  • Anak itu tidak serik, malahan saudaranya yang tua
    dilawannya.
  • Mahasiswa itu setiap hari makan budu, kecuali
    hari Jumaat.
  • Wanita itu amat dicintainya, walaupun tidak
    pernah diucapkannya.
  • Mahasiswi itu belajar dengan tekun agar beroleh
    kejayaan cemerlang.

31
KOHESI DAN KOHERENSI
  • Kohesi ditandai juga oleh pengulangan kata atau
    frasa, baik secara tuntas atau sebahagian.
    Contoh
  • Abang membelikan adik ayam serama. Abang tahu
    bahawa adik amat suka akan ayam serama.
  • Pak Asraf telah meninggal dunia pada tahun lalu.
    Pak Asraf merupakan satu-satunya tokoh bahasa
    yang tekal dalam perjuangannya. Oleh itu, Pak
    Asraf dihormati dan disegani ramai.

32
KOHESI DAN KOHERENSI
  • Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan
    kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang
    ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan
    dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama.
    Contoh
  • (a) Anak penyair terkenal itu semakin besar.
    Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh.
  • (b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu
    subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih itu
    bekerja dengan tidak mengenal jemu.
  • Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai
    rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi,
    dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian
    juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang
    sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu
    dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu
    pula oleh kehadiran kata lain seperti laut yang
    membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut
    pada waktu subuh untuk menangkap ikan ialah
    nelayan.

33
KOHESI DAN KOHERENSI
  • Sejajar dengan penggantian leksikal ialah
    penggantian bentuk yang tidak menuju ke acuan
    yang sama, tetapi ke kumpulan yang sama. Contoh
  • (a) Jiran saya memiliki unta. Pak Hassan juga
    memiliki seekor.
  • (b) Mahasiswi itu bersiar-siar di taman Mawar.
    Sewaktu ke pintu keluar, ia memetik sekuntum dan
    disematkannya ke sanggulnya.
  • Kata unta dan seekor merujuk kumpulan yang sama.
    Demikian juga kata mawar dan sekuntum merujuk
    kumpulan yang sama, iaitu bunga. Keadaan ini
    dikatakan sebagai hubungan penyesuaian alami,
    kerana bentuk ekor dan kuntum merupakan
    penggolongan binatang dan bunga.

34
KOHESI DAN KOHERENSI
  • Hubungan penyesuaian alami ialah hubungan yang
    bersifat gramatikal. Hubungan yang bersifat
    gramatikal tentulah kohesi dan menjadi asas
    koherensi.
  • Hubungan anaforis ialah hubungan antara kata
    ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar.
    Contoh
  • (a) Apakah yang dipandang oleh emak?
  • (b) Dia memandang bulan di langit.
  • Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak.

35
KOHESI DAN KOHERENSI
  • Hubungan kataforis ialah hubungan antara kata
    ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya.
    Contoh
  • (a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah
    Malaysia.
  • (b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan
    motosikalnya itu, Busro diajak mengelilingi
    bandar Kajang.
  • Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada
    kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b),
    kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi
    Halim. Ini dinamakan hubungan anaforis.

36
KESIMPULAN
  • Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan
    tertinggi
  • Terdapat lapan unsur penting wacana
  • Wacana dapat dirincikan dari sudut konteks wacana
  • Kohesi ialah kepaduan bentuk dan koherensi ialah
    kepaduan makna
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com