Qawaid Fiqhiyyah - PowerPoint PPT Presentation

1 / 29
About This Presentation
Title:

Qawaid Fiqhiyyah

Description:

Qawaid Fiqhiyyah Kaedah pecahan 1 Melakukan apa yang tidak dimaksudkan, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:842
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 30
Provided by: Fathur
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Qawaid Fiqhiyyah


1
Sessi 2
Qawaid Fiqhiyyah
Ahad 16 May 2010
2
  • Kaedah 1
  • ?????? ????????
  • Setiap perkara dinilai berdasarkan niat.
  • Maksudnya setiap perbuatan manusia samada dalam
    ibadah , muamalah dan sebagainya bergantung pada
    niat untuk mendapatkan ganjaran dan untuk
    diambilkira

3
  • Sumber asal kaedah (dalil)
  • 1)
  • Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia
    beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali
    orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap
    tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan
    tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk
    kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan
    baginya azab yang besar.
  • (An-Nahl 106)

4
  • 2)
  • Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu
    khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa
    yang disengaja oleh hatimu.
  • (Al-Ahzab 5)
  • 3)
  • Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika
    kami lupa atau kami tersalah.
  • (Al-Baqarah 286)

5
  • 4)
  • Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpahmu
    yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi
    Allah menghukum kamu disebabkan (sumpahmu) yang
    disengaja (untuk bersumpah) oleh hatimu. Dan
    Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
  • (Al-Baqarah 225)
  • 5)
  • Dan janganlah kamu membunuh dirimu sesungguhnya
    Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (An-Nisa
    29)

6
  • Dalil dari As-Sunnah
  • 1)
  • Sesungguhnya setiap pekerjaan itu bergantung pada
    niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang
    diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia
    yang ingin diperolehinya atau kerana wanita yang
    ingin dikahwininya maka hijrahnya berdasarkan apa
    yang dia hijrahkannya. (Muttafaq Alaih)

7
  • 2)
  • Hadis Abu Musa Al-Asyaari
  • Telah datang lelaki kepada nabi s.a.w lalu dia
    berkata Ada lelaki yang berjihad kerana harta
    rampasan, dan ada lelaki yang berjihad kerana
    kelelakian, dan lelaki berjihad kerana
    kedudukannya. Mana satukah pada jalan Allah?
    Berkata Rasulullah s.a.w Barangsiapa berjihad
    untuk menjadikan kalimah Allah yang paling tinggi
    maka dia pada jalan Allah. (Muttafaq Alaih)

8
  • Hukum Furu
  • Contoh 1
  • Seseorang yang mencuri alat muzik dgn niat untuk
    menghapuskannya, maka dia tidak akan dikenakan
    hukuman hudud.

9
  • Contoh 2
  • Menyetubuhi isteri harus hukumnya. Akan tetapi
    jika si suami yakin bahawa perempuan yang ingin
    disetubuhi bukan isterinya maka hukumnya haram
    walau pada hakikat wanita tersebut adalah
    isterinya

10
  • Contoh 3
  • Seseorang yang meyakini bahawa wanita yang ingin
    disetubuhi adalah isterinya maka dia tidak akan
    dikenakan hukuman hudud walaupun pada hakikat
    wanita itu bukan isterinya.

11
  • Latihan 1
  • Ahmad memerah anggur dengan niat untuk membuat
    cuka, lalu ia menjadi arak tanpa disedari lalu
    dimakannya.
  • Hukumnya?

12
  • Latihan 2
  • Fatimah berkabung disebabkan kematian suami teman
    rapatnya Aishah.
  • Hukumnya?

13
  • Latihan 3
  • Sufyan enggan membayar zakat, lalu dia dipaksa
    oleh pemerintah untuk mengeluarkan zakat.
  • Hukumnya?

14
  • Latihan 4
  • Zahir menziarahi kubur para solihin kerana ingin
    beribadah dan melakukan ketaatan.
  • Hukumnya?

15
  • Kaedah pecahan 1
  • ???????? ???? ??????? ????? ?? ???????
  • Melakukan apa yang tidak dimaksudkan, bererti
    berpaling daripada apa yang dimaksudkan

16
  • Hukum pecahan
  • Zaki bersumpah tidak akan tinggal di rumah orang
    abangnya. Lalu pada keesokan harinya dia masuk ke
    rumah tersebut untuk mengambil barang-barangnya.
  • Hukumnya?

17
  • Kaedah pecahan 2
  • ????? ?? ?????? ???? ??? ????? ??? ???? ?????
  • Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan
    lafaz umum, namun tidak mengumumkan lafaz khusus.

18
  • Hukum pecahan
  • Siti bersumpah tidak akan bercakap dengan
    manusia. Lalu pada satu ketika anda melihatnya
    bercakap dengan beberapa orang.
  • Hukumnya?

19
  • Kaedah pecahan 3
  • ????? ????? ??? ??? ?????
  • Sesuatu lafaz berdasarkan niat lafaz orang yang
    mengucapkannya.

20
  • Hukum pecahan
  • Seseorang tuan yang mempunyai ramai hamba
    melafazkan perkataan aku akan memerdekakan
    hambaku. Tetapi pada keesokan harinya dapat
    dilihat hanya seorang hamba sahaja yang merdeka.
  • Hukumnya?

21
  • Kaedah pecahan 4
  • ?????? ??? ??? ???????
  • Sumpah berdasarkan niat orang yang bersumpah.

22
  • Hukum pecahan
  • Said bersumpah tidak akan makan daging. Tetap
    kamu melihatnya memakan daging di kantin.
  • Hukumnya?

23
  • Hukum pengecualian dari kaedah
  • Sumpah di mahkamah atau di hadapan qadi
    berdasarkan kehendak qadi atau hakim

24
  • Kaedah pecahan 5
  • ????? ????? ???? ?????
  • Amalan fardhu terlaksana dengan niat sunat

25
  • Hukum pecahan
  • Siti berniat melakukan haji sunat pada tahun ini.
    Tetapi pada hakikatnya dia belum melakukan haji
    sebelum ini.
  • Hukumnya?

26
  • Kaedah pecahan 6
  • ?????? ?? ?????? ??????? ???????? ?? ???????
    ????????
  • Apa yang dipegang dalam akad ialah maksud dan
    makna, bukan lafaz dan bentuk perkataan.

27
  • Hukum pecahan
  • Fazli pergi ke hospital lalu mengatakan kepada
    doktor saya ingin menderma darah. Tetapi Fazli
    meletakkan syarat iaitu hospital haruslah
    memberikannya sedikit wang.
  • Hukumnya?

28
  • Kaedah pecahan 7
  • ?? ??? ?? ???? ?????? ????
  • Segala akad yang maksudnya membawa faedah
    terbatal.

29
  • Hukum pecahan
  • Samad bersetuju melakukan akad untuk menyewa
    kereta Farid dengan syarat yang diletakkan oleh
    Farid iaitu tidak boleh memandunya.
  • Hukumnya?
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com