PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA- PUSAT SUMBER KERJAYA@ - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA- PUSAT SUMBER KERJAYA@

Description:

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA-PUSAT SUMBER KERJAYA_at_ CAREER RESOURCE CENTRE Ibrahim bin Ya akub Koordinator, Pusat Sumber Kerjaya, – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1478
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 20
Provided by: cikgubrah
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA- PUSAT SUMBER KERJAYA@


1
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERJAYA-PUSAT SUMBER KERJAYA_at_CAREER RESOURCE
CENTRE
  • Ibrahim bin Yaakub
  • Koordinator,
  • Pusat Sumber Kerjaya,
  • SMK Tun Habab,
  • 81900 Kota Tinggi

2
Pendahuluan
  • Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya
    merupakan suatu usaha
  • pelengkap kepada perkhidmatan bimbingan dan
    kaunseling sedia ada pada
  • keseluruhannya.
  • Untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan
    dan kaunseling kerjaya
  • yang efisyen, sepatutnya dimulakan dengan
    membina atau menubuhkan
  • Pusat Perkhidmatan Kerjaya (Mizan
    Adiliah,199289) atau Perpustakaan
  • Kerjaya ( Othman,2005229).
  • Dalam konteks Perkhidmatan Bimbingan dan
    Kaunseling di SMK Tun Habab adalah
    dicadangkan penubuhan sebuah Pusat Sumber Kerjaya
  • atau Career Resource Centre atau singkatannya
    CRC bagi memenuhi
  • keperluan pelajar khasnya.

3
Rasional
  • Penubuhan CRC bertujuan membantu individu yang
    memerlukan maklumat tentang kerjaya. Biasanya
    maklumat yang terkumpul dengan teratur dan
    sistematik di suatu tempat khas akan dapat
    membantu individu mendapatkan jawapan tentang
    persoalan yang berkaitan dengan perkembangan
    kerjaya.
  • Individu tersebut juga boleh mendapatkan
    penjelasan yang lebih teratur dan sempurna dengan
    bantuan serta bimbingan dari seorang kaunselor.
  • Klien yang datang mengunjungi CRC akan dapat
    membaca, menyedari peluang latihan pekerjaan yang
    terbuka untuk mereka dan boleh berbincang bersama
    secara lebih mendalam dengan kaunselor tentang
    hal-hal kerjaya dan perkembangan swadiri.

4
Matlamat
  • Mengadakan kemudahan sebuah Pusat Sumber Kerjaya
    atau Career Resource Centre ( CRC ) bagi
    menyokong Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
    Kerjaya yang efisyen serta sistematik dimana
    CRC berkenaan mengandungi data-data yang tepat,
    maklumat semasa, serta bercorak aneka bahan
    rujukan yang sesuai dengan keperluan pelajar dan
    watak organisasi sekolah.

5
Objektif
  • Membantu individu yang memerlukan maklumat
    tentang kerjaya mendapat jawapan tentang soalan
    yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya.
  • Menyediakan tempat yang sesuai dan kondusif di
    mana segala maklumat terkumpul dengan teratur di
    satu tempat khas.
  • Individu mendapat penjelasan yang lebih teratur
    dan sempurna dengan bantuan serta bimbingan
    seorang kaunselor pelajar.

6
Lokasi
  • Adalah dicadangkan CRC yang hendak ditubuhkan
    berada dilokasi Bilik Rawatan Pergigian sedia
    ada. Justifikasinya ialah Ia berada bersebelahan
    Unit Bimbingan dan Kaunseling sedia ada Berada
    di laluan pengguna pada masa lapang Lokasinya
    berhampiran dengan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
    yang dapat memberi kemudahan kepada pengguna yang
    ingin belajar atau membuat rujukan di PSS dan
    seterusnya peluang menapak ke CRC.

7
( Blok Tun Seri Lanang )
Pusat Sumber Sekolah Pusat Sumber Sekolah Pusat Sumber Sekolah Pusat Sumber Sekolah Pusat Sumber Sekolah
Dewan Saujana Bilik PERTINA Kelas UBK CRC
8
Suasana
  • CRC hendaklah dibangunkan dengan menampilkan
    beberapa ciri yang memiliki keistimewaan seperti
    dari segi konsep bilik/pejabat yang terbuka,
    tenang,kondusif , pemilihan serta kedudukan
    perabot yang moden dan milinium disamping
    mengelakkan daripadan suasana bilik darjah.
  • CRC sebegini diyakini akan berjaya memupuk
    kesedaran serta tanggapan/persepsi baru bahawa
    bagi mendapatkan kaunseling kerjaya adalah
    berlainan daripada mempelajari subjek/mata
    pelajaran di kelas atau di bilik darjah.

9
Sasaran
  • Perkhidmatan yang disediakan di CRC disasarkan
    kepada
  • Pelajar
  • Guru
  • Staf sokongan
  • Ibubapa/penjaga

10
Kewangan
  • Adalah mustahak agar perkhidmatan bantuan yang
    teguh diperolehi dari pihak yang menguasai sumber
    peruntukan serta tanggungjawab membuat keputusan
    asas dasar yang difikirkan penting bagi kemajuan
    perkembangan CRC.

11
JAWATANKUASA PENGURUSAN CRC
  • Penasihat
  • Encik Mustafa bin Sani
  • Pengetua,SMK Tun Habab
  • Pengerusi
  • Encik Azman bin Abd. Hamid,
  • Ketua, Unit Bimbingan dan Kaunseling
  • Koordinator
  • Encik Ibrahim bin Yaakub
  • Ahli
  • Puan Sara binti Ithnin
  • Petugas CRC

12
Masa Operasi
  • CRC akan dibuka kepada pengunjung/pengguna
    mengikut waktu berikut
  • Hari Isnin Khamis
  • Masa 8.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Hari Jumaat
  • Masa 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
  • 3.00 petang hingga 6.00 petang

13
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya
  • 1.Inventori Individu dan Rekod Pelajar
  • Mengemaskini kad maklumat pelajar
  • Menyenaraikan pelajar yang difikirkan perlu
    mendapat perkhidmatan
  • kaunseling
  • 2.Pemberian Maklumat
  • Maklumat tentang peluang-peluang pelajaran,
    latihan dan pekerjaan
  • selepas SPM/STPM.
  • Maklumat yang mendalam tentang pekerjaan.
  • Cara-cara menyediakan pelajar kearah kerjaya
    yang diminati.
  • Maklumat tentang tekanan perasaan,kebimbangan
    dan
  • hubungankaitnya dengan pencapaian dalam
    pekerjaan.
  • Menyediakan maklumat bimbingan melalui risalah,
    katalog dan poster
  • yang sesuai.

14
  • 3.Perkhidmatan Penempatan
  • Memupuk bakat, minat dan motivasi melalui
    aktiviti persatuan
  • dan kurikulum.
  • Penempatan kepada program pengalaman kerja
    atau khemah
  • kerja.
  • 4.Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan
  • Merujuk pelajar dan individu kepada
    sumber-sumber
  • maklumat tentang peluang-peluang
    pendidikan.
  • Berunding dengan guru tentang unsur-unsur
    kerjaya yang
  • boleh diterapkan dalam pengajaran.

15
  • 5.Konferensi dengan Ibubapa
  • Membantu ibubapa merancang masa depan
    anak-anak mengikut
  • potensi mereka.
  • Bertukar-tukar pendapat dan maklumat tentang
    pencapaian anak-
  • anak.
  • Meningkatkan kefahaman ibu bapa tentang
    perkembangan kerjaya
  • anak-anak selepas SPM/STPM.
  • 6.Perkhidmatan Penilaian
  • Penilaian keperluan dan masalah utama
    pelajar tingkatan 4.
  • Penilaian pelajar yang dianggap berisiko
    tinggi berkaitan dengan
  • kesedaran kerjaya mereka.

16
Fungsi CRC
  • 1. Pemberian maklumat mengumpul, menyedia dan
    menyebar maklumat kerjaya dan latihan.
  • 2. Mengemas kini fail-fail maklumat kerjaya.
  • 3. Memberi penerangan tentang cara mengisi borang
    permohonan pekerjaan.
  • 4. Mengelolakan lawatan kerjaya.
  • 5. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya
    sama ada secara individu, kelompok atau kumpulan
    besar.
  • 6. Penempatan akademik, kerjaya

17
Koleksi Bahan
  • A. Kumpulan maklumat pendidikan
  • B. Kumpulan maklumat pekerjaan
  • C. Kumpulan maklumat keperibadian dan masyarakat.

18
Penutup
  • Untuk memperkasakan Unit Bimbingan dan Kaunseling
    dari aspek perkhidmatan yang ditawarkan kepada
    warga sekolah maka penubuhan CRC akan menjadi
    katalis atau pemangkin kepada Penawaran
    Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya
    yang lebih sistematik dan komprehensif.

19
KAJIAN KEBERKESANAN PUSAT SUMBER KERJAYA, SMK TUN
HABAB KOTA TINGGI
  • Abstrak
  • Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan
    Pusat Sumber Kerjaya (PSK) atau Career Resource
    Centre (CRC) yang telah diwujudkan di Sekolah
    Menengah Kebangsaan Tun Habab. Borang Maklum
    Balas Kepuasan Pelanggan yang dibina sendiri oleh
    penyelidik digunakan untuk melihat keseluruhan
    kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan
    pelanggan. Selain itu dokumen seperti catatan
    pelawat dan testimoni juga digunakan sebagai
    sumber maklumat maklum balas pelanggan. Sampel
    kajian seramai 49 orang terdiri dari mereka yang
    telah mendapat kemudahan dari perkhidmatan Pusat
    Sumber Kerjaya sama ada pelajar sekolah SMK Tun
    Habab sendiri selain pelawat dari luar daerah dan
    negeri Johor. Dapatan kajian mendapati lebih 80
    pelajar atau klien yang telah mendapatkan
    perkhidmatan dari Pusat Sumber Kerjaya ini telah
    berjaya memberikan pekhidmatan yang berkualiti.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com